Thursday, January 6, 2011

~ Ini Fashion AkU ~

Apa yang aku nak kisahkan ni adalah kisah aku yang dah lama nak di publish tapi time tu rase malas jer & jari yang halus mulus ni jadi kaku seketika bilamasa aku nak mulakan menaip.
So, ape yang aku nak begitau adelah mengenai cara pemakaian aku.

Memang benar sape yang tak nak pakai baju yang branded branded gegiler tu sume macam FCUK, Kelvin Klien, ZARA, TOPMAN, Esprit & macam macam jenama yang lain yang mahal mahal giler belaka.

It is true its all about fashion. Fashion that anybody can follow.

As for me, if u guys looking back my past entry, aku ade sentuh & mengecop jenama jenama yang aku pakai setiap kali aku pergi mane mane. Even gi Pasaraya Abang Giant pun pakai yang mahal mahal. Sape nak tengok? *walaupun just untuk beberapa entry jerrr...
See? Dan disebabkan itu jugaklah ade jugak yang mengkritik sebab dianggap sebagai menunjuk nunjuk kat semua orang.

Jadi, disebabkan itu aku tidak lagi bubuh ape ape jenama sebagai sandaran di entry aku sebab tak nak disalah tafsir oleh orang lain.
Jika dilihat aku ni memanglah dari keluarga yang agak sederhana selepas bapak aku pencen dari kerajaan beberapa tahun yang dulu.
Mungkin dulu hidup aku agak mewah sebab bapak masih lagi bekerja dan gaji agak besar utuk menyuap 5 orang keluarga aku. Itupun tidak termasuk arwah atuk & arwah wan yang masih hidup ketika itu.

Kalau diikutkan aku hanya pergi shopping bile ade sales.
Sales! Yes! Sales!!!
Tak kesahlah mase musim perayaan Hari Raya, Kristmas, Tahun Baru Cina, Year End Sale, etc..
Sebab ini sajelah masenyer aku nak berjimat semasa bershopping.
Memang aku akui yang aku ni agak boros bile berbelanjer.
Asal aku rase murah dan aku rase aku ok dipandangan mate aku, aku main rembat jer tanpa perlu pikir panjang & bayar kat kaunter.
Itu cara aku shopping. Kalau tak percaya, orang yang hampir sekali dengan aku mase shopping saje yang tau iaitu My Sis Re3n. At the end, bende yang aku beli tu worth it! Serius!
Sampai skrang ni semua yang aku beli, semua aku pakai, belum ade lagi dalam almari aku yang belum dipakai walaupun sekali jer. Hehe~

Masa dulu, lewat umur belasan tahun, jenama yang aku paling suke adelah Nike, tropicana life, & brand jenama yang setaraf dengan diorang tu kecuali converse! (jenama yang paling tak boleh masuk dengan aku). Nike normally untuk kasut jer. Baju Nike aku tak banyak sangatpun sebab susah nak kene dengan aku tambah tambah perunding pakaian aku akan cakap TIDAK dekat aku mase try baju tu. Die adelah My Sis Re3n. Ade je yang tak kene, yelah, design baju Nike normally biasa biasa jer. Tak de lah menarik sangatpun. Tapi, kualiti yang dicari. Sebab tu tak banyak sangat baju Nike yang aku ade.
Bile umur dah makin lewat ke lepasan SPM, aku mula jinak jinakkan diri dengan pakaian yang lebih berjenama seperti Topman & Esprit.
At this time memang bersepah sepahlah baju dalam almari aku terutama Esprit.

Bile dah masuk ke alam pengajian yang lebih tinggi, taste akupun dah mula berubah sedikit demi sedikit.
Aku dah pandai mula untuk mencari kemewahan dengan FCUK, Zara, Padini/Seed, etc.
Ini semua disebabkan peredaran semasa yang juga merubah sentimental seseorang terhadap sesuatu barangan yang hendak dimiliki.
Memang aku akui & aku mengaku, aku dalam alam ini pada masa itu dan juga sekarang ni.
Bukan aku nak MENUNJUK NUNJUK yang aku ni "tak kaya tapi nak berlagak kaya". Owh! Tidak!! Jangan berandaian seperti itu. Tak baik...
Jika diikutkan itulah cara pemakaian aku. Dan fashion memang cepat aku boleh berubah.
Dari seorang yang hingusan ke arah orang yang kemas sehinggalah ke seorang yang tahu apa itu fashion! Itu penting. Semakin kita melonjak ke arah yang lebih dewasa, memang nafsu kita tu berlainan. Mahu kelihatan segak, tampan, & indah di pandangan orang sekeliling.
Tapi harus diingat! Hati biar tulus!!! Jangan ada rasa riak+takbur dengan orang lain.
Dengan adek beradek takpa!!! Kan Kakak??!! Ahahaha~
Nikmat boleh ditarik bile bile mase je tau!

Untuk umum juga, kalau korang nampak aku kat luar tu, janganlah kate aku nak menunjuk nunjuk ye bile aku pakai baju yang mahal mahal siap ade lambang or cop cop mohor kat baju tu. Sebab itu memang cara pemakaian aku. Takde maknenyer aku nak menunjuk nunjuk, & dah baju tu diprinted macam tu dah. Tak kanlah plak aku nak kikis buang sume logo logo tu kan. Baik aku beli baju pagoda jer pakai ari ari wat jalan jalan, gi kelas, gi surau or masjid. elokkah begitu?

Buka minda anda

Anda pun seorang yang mahu tampak kemas dan anggun + menawan di mata sekeliling terutama BF/GF. Tu memang kompom arr. Tak yah cakappun dah tau. Itu normal.
Aku pun penah lalui saat saat tu. Tapi tu dulu. Huhu~
Tapi, aku lebih suke pakai cara santai yakni seluar pendek + t-shirt.
Tapi, janganlah plak pakai baju tu kat function function penting. Itu tak cerdik namanya. Ikutlah tema yang diberi. Hehe~
Walaupun aku suke berfashion, takdelah sume bende aku nak nampak mahal.
Aku rase asal elok dan BERKUALITI bagi aku dah memadai untuk aku pakai.

Aku tak mau sentuh mane mane orang tentang fashion sebab tu akan mengaibkan seseorang. & itu tidak bagus! Tu jugak hak masing masing nak cara berfashion. Tak amik portpun. Lantaklah kat korang sume. Tapi, biarlah sopan dimate orang. Janganlah dedah sane dedah sini. Tu seksa mate aku & bahu kiri aku pun turut seksa kot. Wuhh~ Ish ish~
Walaupun memang lumrah lelaki, mesti nak tengok seksi seksa jer sume bende. Seronok.
Tapi, aku suke nengok yang kemas & elok dipandangan. Tak payah susah susah nak jatuhkan baju kat bahu tu & dedah dedah gunung ganang 5 posen. Dah cantek dah kalau kemas.

Satu perkara sebelom tutup penulisan, aku bukan nak bersifat takbur + riak.
Ini adalah normal. Masing masing ade perasaan nak berfashion.
Mahal, Murah, Masing masing ade minat dengan jenama sesuatu.
MNG, Zara, Esprit, Converse, Aldo, Replay, Nike etc.
Memang bersepah jenama kat dunia ni.
Cume satu! Bijak bijakkanlah minda bila bershopping.
Pilih masa yang sesuai untuk bershopping.

Hahh! Seperkara lagi. Majoriti baju yang aku miliki tu semuanya duit yang aku simpan.
Bukan simpanan ASB. Dan juga bukan simpanan masa hadapan.
Aku jugak bukan mintak kat mak bapak aku on the spot nak gi beli baju yang mahal mahal tu.
Mau pelempang penyepak bagi kat aku.
Or mintak kat sape sape untuk belikan aku itu ini.
Duit duit tu sume duit yang aku simpan setiap tahun.
Jadi, takde salahnyer aku nak berpakaian mahal mane sekalipun, sebab duit yang aku simpan takde berkaitan dengan duit korang. Ahahaha~
Sebab tu mase raye aku akan jadi sangat sangat mewah bile berpakaian.
Aku sangat appreciate dengan bende yang aku beli dengan duit aku simpan berbulan bulan + bertahun tahun.
Kalau ada yang memberipun memang aku hargai paling tinggi skali (ini benar).
Thats all.












~ Jaa ~

4 comments:

::FAIZ:: said...

muka ko berubah-ubah la...

Cnth, Pic no 1 lain...
No 2 lain.
No 3 lain....

Jenama tak Penting, yang penting pandai pilih pakaian yg sesuai...
dan pakai suai padankan ngan aksesori....

KuaLaM KeinDahaN said...

owhh..
a'ah.
aku pun prasan. huhu~
senang nak menyamar camni. :D

*loue me* said...

pic 1st mungkin blm akil baligh
bila pic lain2 baru nmpk makin dewasa sikit

memang ko suka menunjuk2!!!!
tapi kat aku je la..aku tau tu

KuaLaM KeinDahaN said...

hahh! tu biasa..
janggutpun tak tumbuh lg. hahaha~

uish~ ngan ko mmg. kene tunjuk lbh2 skit.. ngahahaa~