Friday, September 9, 2011

~ Hari Raya 2011 (DaY 4) ~

This time kami menuju ke Zon Utara plak.
Lepas beraya agak sakan kat kampung halaman yang nun indah permai dimata pemerhati.

Kami gerak dari rumah around 1100 kot.
Pastu sembahyang jumaat kat area area ulu yam.
Saje mule mule nak masuk jalan lama sebab nak sembahyang Jumaat.
Lepas sembahyang Jumaat baru masuk highway.

Weeehuuu...
Walllllllllahhhhhh~

Sepanjang perjalanan tampak rileks jer..
Suasana yang memang dah biasa daku lihat.
Sama jer mase aku pulang ke Zon Utara untuk belajar.
Takde langsung perubahan yang ketara.
Yang beza?
Jalan raya yang kadang kadang jam, kadang kadang lancaq gila abaq ang!
Tudiaaa!

Tapi ade satu tempat tu.
Ekceli tak satu arr.
Dalam 2 3 tempat gak arr.
Jam memang seteruk teruknyer!
Kalau anda tahu dimanakah tempat ini.
Aku bagi tepukan gemuruh kat korang dengan sepenuh jiwa dan raga aku!
Hahhh!
Punye excited aku nak bagi korang dapat jawab...

 Lokasi pertama
Anda tahu dimanakah ini?
Jangan tanya aku sebab aku pun tak ingat kat are mane ni.
Hehehehe~

 Lokasi kedua.
Hahh!
Sape tak tau memang nak kene cepuk dengan aku.
Yang ni aku tau sangat sangat.

 See?
Lepas turunpun dari bukitpun still lagi jammed.

Sampai sini.
Dan ke depan lagi.
Dan lagi dan lagi...
Aku rase dekat 5-7 kilometer kot!

Nasib perjalanan dari Selatan ke Utara lancar dan bahagia bagi semua pengguna.
Sampai kat umah TokCik around 2000 kot.
Sebab pa lambat?
Sebab banyak berenti.
Makan, solat, toilet, isi minyak.
Skali berenti minimum 30 min.
So??
Total arr brapa banyak kali stopped.
Hehehee~

Pastu makan malam kat umah TokCik
Then tidoq jugak kat umah TokCik.

~ Jaa ~

~ Hari Raya 2011 (DaY 3) ~

Haaaaaaaaaaa.....
Cerita Raya Lagi Meyh!
Weeehuuuu~

So, untuk hari ke-3 ni.
Misi nak jalan jauh jauh sampai mata rabak!
Wohooo!
Jadi pandaman kejap.

So, Bangun awal pagi solat pastu sambung tito jap dalam 2 jam kot.
Pastu bangun gosok gigi makan apa yang patut seperti lemang dan lemang jer.
Duk kat ruang tamu tonton Gua.PunyaTv.
Agak agak MakCik PakCik duk bising bising suh yang lain lain bangun.
So, mandi arrr sorang sorang dan gosok baju nak pergi beraya.
Around jam 1300 kami gerak ke rumah pertama untuk beraya dan makan skali tengahari.
Umah MakLang kat Palong.
Sesi membalas kunjungan.

Kami gerak 3 keter.
Total pada hari tu 12 orang jerr.
Bapak & Big Bro bawak keter memasing.
Aku bawak keter Along Fadh.
Haaaa.....
SAJE JE MOTIP NAK BAGITAU AKU TUKANG BAWAK KETER HARITU.
Hehehehe~

Sampai sampai solat zuhur terus rembat makan.
Serius sedap gler keluarga MakLang masak aritu.
Sangat sangat!
Memenuhi citarasa!
2-3 pinggan gak arr aku tambah.
Pinggan jerlah, isi taktau ade ke tak.

Agak agak perut dah sendat, lubang tali pinggangpun dah kene pindah ke lubang yang lebih besar.
Kamipun gerak ke next station.
Ke rumah MakNgah kat Bukit Jalor.
Sesi membalas kunjungan lagi.
Kat Umah MakNgah kami dihidang dengan laksa.
Sedap okie!
Chef yang masak.
Memang superb arr kan.

Muka yang penuh kekenyangan!

 Owh! Lupa nak bagitau.
Ni Along Fadh.
Mate die masuk serangga, siap dah kene sengat skit malam tadi mase tito.
Pastu doktor tak kasi bukak bendealah tu.
Tu die jadi pirate of the Caribbean Versi malaysia punye.
Hehh~

 This is Yani & Me
My Kazen

 Ema & Sis re3n & Yani

Haaa!
Ni budak tak senonoh nih.
Kazen paling kecik.
Hisham busyuk name die.
Hahaha~

Lepas makan perut naik kembung macam ikan buntal.
Kamipun gerak ke next station lagi.
Ke rumah PakTeh.
Dekat jugaklah dengan umah PakNgah.
Kami elok elok jer sampai.
Anak anak MakLong pun sampai gak sama waktu dengan kami.

Sampai sampai terus wat hal kami ni.
Hehehehe~
Mengetest superbike jap.

Kat umah MakTeh.
Kami dihidangkan plak dengan bihun sup kot.
Alamak!
Tak ingat plak makan pa.
Hee~
Lepak lepak sambil tonton PakTeh.PunyaTv.
Nak dekat jam 1900 kami gerak chow pulang ke umah kampung smula.

Lepak lepak lepak makan sampai nak meletop!

Singgah Maghrib kat Masjid.
Pastu terus shoot pulang.
Sampai around 2100-2115 kot.
Pastu lepak tunggu makcik makcik memasak untuk makan malam.
Lepas makan around jam 2300 camtu.
Keluarga aku balik umah kat Seri Kembang Semangkuk.
Sebab esoknyer mahu pulang ke Zon Utara plak.
Heeee~

~ Jaa ~

Thursday, September 8, 2011

~ Hari Raya 2011 (DaY 2) ~

Bangun pagi gosok gigi cuci muke minum milo sama lemang sangat sedap owh yeahhhh.
(nyanyi lagu ala ala "bangun pagi gosok gigi cuci muka bla bla bla........)
Hari hari mau makan rendang daging banyak banyaaaaaak.
Pastu lepak kat ruang tamu tengok tv + online kejap (walaupun line berokband sangat teruk!)
Tapi dengan penuh kesabaran di hari lebaran ke-2
Aku gagahi dengan penuh keimanan di dada.

Wa lepak lepak sambil lelapkan mate sebab tak tahan mengantuk main mercun malam tadi.
Sampailah sedap sedap mate bangun time matahari naik elok jerrr slow slow ke tahap tegak atas kepala.
Tapi gua tak mudah terpedaya.
Gua tetap lelapkan mata gua slow slow walaupun tito tito ayam macam dalam reban tuh.
Sampai satu tahap, wa tak tahan, gua bangun wa gi mandi.
Lepas tu aku sambung tito ayam balik kat krusi depan.
Hohohohoooo~

Sampailah jam 1330.
Time ni aku memang bangun dengan tahap kesedaran yang tinggi
Sebab keluarga PakNgah datang berkunjung.
Lepak lepak sembang sambil tonton Gua.PunyaTv.
Sampailah keluarga MakLang serta anak anak beliau ke rumah.
Sangat meriah!
Nasib arr umah kampung ni sangat besar dan sangat besar..
So, takde hal pasal nak duduk kat mane skalipun.

Sampailah jam 1430.
Ni arr time yang ditunggu tunggu oleh semua orang iaitu time makan.
Hoho~
Sedap gleeeeeeeeer!
Makan memang orang kate tak hingat dunia arrr..
Bantai cukup cukup sampai mengah owh.

Lepas makan keluarga MakNgah & MakLang pergi beraya ke rumah MakLong & sebagainya.
Kami duk umah tunggu sape sape nak datang beraya lagi.

Bangah & wife nye pulang ke Perak beraya belah isteri die.

Around jam 1700 camtu.
Keluarga PakTeh semua plak tibe.
Pastu keluarga MakAchik plak datang.

Kire hari ke-2.
Kami lepak kat umah jer.
Tak pergi beraye ke mane mane pun...

Malamnya??
Malamnye tonton muvie lagi.
Sampai arr jam 0200.
Baru masuk tito.

~ Jaa ~

Wednesday, September 7, 2011

~ Aktiviti Di Malam Raya PertamA ~

Lepas makan makan makan rehat tengok tv hampir hampir tertito.
Kazen gua turun rumah mau pasang pelita.
Aku dari yang mengantuk terus segar mau pasang pelita skali.
Pasang pelita baru.
Yang lama punye tak tau pi mana.
Agak agak dah nak maghrib baru nyalakan sumbu.

Bila maghrib berlalu, semua pakat nak tengok berita tetibe dipasang cerita "Flat 3A" di television.
Lalu, dipasang terus sehingga tamat.
Owh!
Kaum adam sudah ada planning mau dibuat.
Kami sengaja pasang cerita "Flat 3A" sebab nak bagi kaum hawa duk lepak tengok tv lama lama
Tak turun main apa yang kami mainkan.
Heehehe~
Macam biasa arrr.
Tiap tiap tahun mesti "Sugar Daddy" sponsor mercun + bunga api kaw kaw punye.
This time aku main sampai badan aku lenguh lenguh dan lenguh sangat sangat.
Sampai nak angkat tanganpun macam dah takde deria owh.
Ni barang disponsor.

Ini baru suasana raya di kampung.
Kat bandar dah takde sangat nak buat macam ni.

 Ni barang disponsor oleh "Sugar Daddy"
Banyakkan?
 Ada bola, telor, yang macam dynamitepun ada gak.
Bunyi takyah cter arrr.
Bergegar kampung aku.

Yang paling best kami lawan mercun dengan kampung sebelah.
Tiap tiap tahun macam tu.
Yang menang sapa??
Kami arrr.
Hahahaha~

Sebabnyer, diorang bakar dulu.
Tanda mengajak.
Pastu kami balas non-stop.
Lepas satu satu, satu satu...
Dekat 2 jam lebih gak arr duk membaling mercun bola bla bla bla tuh.
Sampai kampung sebelah senyap terus tak bakar dah mercun.
Kitorang je yang duk bakar lagi
Hahahaha~

Sebenarnyer aku taktau aku duk wat pe time ni.
Duk menari tarian pa pun tak tau.
Ish ish ish...

Sampai arr ke kemuncak main mercun..
Ini dia..
Ni barang paling dinanti nantikan.
Aku panggil mercun KLCC.
Yang ni 48 das punye.
Malam mase aku on the way balik tu "Sugar Daddy" dah bakar yang 138 das.
Yang lagi besar dan power punyer.
Daiiimmm!
Tak dapat nengok!




Agak agak Dah jam 2245-2300, kamipun stop main.
Sebab dah abis.
Kami main skali round jer.
Takde simpan simpan dah.
Agak seronok kalau raya.
Hehehe~

*next entry mengenai raya seterusnya*

~ Jaa ~

Tuesday, September 6, 2011

~ Hari Raya 2011 (DaY 1) ~

Kami gerak pulang ke kampung malam raya which is malam tadi arr.
Sampaipun around 2300 kot.
Singgah umah PakChek, Then terus tito kat sane.
Kami tak tito kat kampung terus since macam tak larat dah.
So, esoknyer (hari raya) pagi pagi lepas subuh terus balik ke kampung.
Tak jauhpun. Dalam 30min jer.
Dalam Jam 0800 sampai kampung.
Makan lemang banyak banyak, baru mandi siap siap nak gi sembahyang raya.

Balik sembahyang raya lepak lepak tengok tv sambil makan kuih raya yang patut dihidangkan kat orang
Yang datang berkunjung tapi dimakan oleh tuan rumah sendiri.
Hehh~

Di beranda yang penuh klasik!
Sebab rumah ni dibina tahun 1977
Dan cat kat dinding tu pun kaler asal tahun 1977 tau!
Haaaaa~
Kitorang duk tengok pa ntah.
Hehehe~
Dahlah betol betol depan jalan raya ni.
*My Dad With Me*

Baju melayu yang recycle kembali
Hoho~

Lepas makan makan bergambar salam raya dengan semua orang dalam rumah tu
Kamipun gerak ke umah Tok Darat.
Tok Darat ni kire ayah kepada PakUsu aku.
Umah Tok Darat betol betol depan umah kampung aku.

Makan lagi..
Tapi aku makan bihun jer & beberapa jenis kuih raya.

Agak agak aku dah tertito sambil duk nganga mulut 30 darjah.
Baru arr balik umah siap siap nak gi beraya umah PakLong plak.
Kat umah PakLong kami makan lontong.
Perghh!
Perut tengah sendat gler kot!
Kejer makan makan makan.
Sembang sembang amik gambar gelak huha huha.
Kitorangpun gerak ke umah PakCik Pilus plak.

PakCik Pilus ni abang kepada PakUsu aku.
Lepak makan lagi.
Sembang gelak huha huha.
Sampai Alongpun tito baiiiik punye duk landing atas krusi.
Hahaha..
Agak agak air liur basi dah nak meleleh kitorang gerak ke umah yang paling aku tunggu tunggukan!!!
Owh!
Rumah TokChek.
Sebab aku nak jumpe "Sandra Bulldog" aku.
Hahahaha~
At first ingat die takde.
Sebab tak nampak langsung.
Sampai arr kazen aku nampak & lebih excited dari aku gtau die nampak "Sandra Bulldog".
Perghh!
Apa lagi!
Muke terus ada happy arrr.
Hahahaha~

Before dat, bergambar dulu.

 Along Fadh, Alang Myza & Me En. Sepet

Owh!
Harap harap balak Alang Myza nengok blog ni & pic ni.
Hahahahaa..
Saje wat gambor kontroversi.

Lepas makan makan minum je kejer 1 ari ni.
Then, agak agak orang tua dah puas sembang.
Kitorangpun gerak arr nak ke umah PakChek smula nak beraya.

Kat umah PakChek makan lagi.
Walaupun MakChek ade masak nasi lauk sardin masak asam.
Aku tak makan dah.
Sebab perut serius full kaw kaw.
Even kalau makan nasi baru arrr rase puas rase kenyang.
Tapi, aku dah tak larat.
Aku tito jer.
Hehehehe~

Agak agak dah jam 1830 kitorangpun balik arr ke kampung smula.
Pakcik Makcik sume singgah umah sape ntah.
Kitorang kazen kazen je balik.
Sampai umah mandi manda makan lemang lagi.
Pastu tunggu aksi malam plak in the next entry!

~ Jaa ~

Monday, September 5, 2011

~ Iftar Di Concorde HoteL (28/08/2011) ~

This time aku cter pasal iftar kat luar plak.
Tiap tiap kali iftar mesti kat rumah jer.
Jaranglah makan kat luar.
Sebab lebih selesa makan kat rumah.
Senang nak wat papepun.
Hoho~

So, untuk harini, Big Bro & Sis Re3n yang punye cadangan.
Nak berbuka kat Concorde Hotel Shah Alam.
Sebab ade promotion 2 hari jer.
27/08/2011 & 28/08/2011 Sahaja!
RM50/Head.
So, kire okie arr.

Juadah kat hotel tu pun tak lokek.
Macam macam jenis ada.
& sedap gak arr.
Yang pasti!!!!
Daging kambing ada..
Wuhhh!
Itu makanan fav!
2 kali kot aku pi amik...
Memang aku tarik banyak gler arrr sampai pale dah nak nak naik pening diwatnyer.
Hahaha~

Gambar gelap sebab Sis Re3n tak reti amik gambor.
Hahaha~

Muke ku with rambut yang baru dipotong petangnyer before gerak.
Hehe~

Ni arr kaki kaki yang berbuka aritu.
Penuh sepenuhnyer orang time tu.

Ni makanan semasa berbuka.
Ni baru 1st round.
Aku makan sampai 4-5-6 round kot.
Serius!
Sampai waitress situ kejer duk angkat pinggan kat meja kitorang jerlah.
Lepas satu satu, lepas satu satu.
Hahahaa~
Memang aku seksa die sikit arrr.
Kejer aku duk berjalan cari makanan yang nak dimakan.
Tetibe plak aritu perut aku jadi perut buaya + biawak.
Non-stop mulut aku duk kunyah.
Kire orang kate pe?
Tak rugi arr bayar..
Hahaha~
*serupa arr kalau di makan kat kenduri kawen. kaw kaw aku bantai makan
Yang Penting Apa??
Tiada Pembaziran Yang Berlaku Semasa Makan

Itu Mustahak!

Nyum nyum.
Jarang aku dapat makan tiram.
Sebab susah nak jumpe kat luar luar kedai biasa.
Nyummy!

Makan makan makan solat maghrib makan makan makan...
Sampai arr jam 2115 gak arr.
Ke lebih.
Ntahlah.
Baru arr blah dari situ.


Pastu lepak kat Kompleks PKNS & SACC Mall.
Kat SACC Mall, terjumpelah plak Baki 8TV
Duk jadi tourguide 2 orang mat saleh duk shopping baju raya gak.
Pastu nga Sis Re3n duk try & nak beli baju, tetibe aku ternampak
Eyh! "Nabil Rajalawak" dengan awek die (bakal tunang) duk shopping shopping baju raya gak.
Owhooo.
Kejer nampak artis jerlah time tu.
Pastu ade keter ZainalAbidin yang agak stylo duk parking kat luar.
Rasenye ade wat show kot...

Pas pusing pusing lepak sampai kakipun agak lenguh dengan duk carry perut yang buncit.
Kitorangpun balik arr ke rumah.
Kenyang ggggler.
Hehe~

~ Jaa ~

~ Reunion SMKSS Batch SPM 2006 YeaR 2011 ~

Haaaa.
Walaupun cter ni dah basi tapi aku tetap nak update.
Biasa arr tu kan.
Hehee~
So, reunion kali ni kitorang dah plan seperti di entry entry sebelom ni.
So, bagi sesiapa ade follow memang tau arr kan.
Entry kali ni bukan aku nak cter pasal plan plan bagai tu.
No No No.

Kali ni just nak update pasal event pada hari tu jer.
So, lepas kitorang bincang dan akhirnye kami decide nak buat pada
20/08/2011 (Saturday)

Kitorang kumpul kat tasik tepi skolah around 1730.
Then, jam 1800 kami gerak ke
Restoran Perantau Hill, Bangi.
Kami konvoi tak ramai.
Dalam 4 bijik keter jer.
Tapi, bile dah sampai kat Perantau around 1800
Rupenyer dah ramai kat sane.
Hoho..
Pastu kamipun lepak kat atas kat keja makan.
Sembang sembang sambil tunggu yang lain yang on the way.


Ni adelah pintu masuk utama.
Tapi boleh je masuk kot mane mane yang nak.
Sebab besar gler glerrr tempat ni.

Around 1900 sume dah sampai.
Ekceli, tahun ni adelah tahun ke-3 berturut turut.
Last 2-year 34 orang yang hadir.
Last year 24 orang yang hadir.
& for this year a new record dah dicipta iaitu seramai 45 orang yang datang.
Kalau ikutkan 52 orang.
Tapi, yang lain tak dapat datang last minute.

Makanan untuk hari tu ade 11 jenis.
Banyak glerkan???
Bayaran just RM20.00 per head.
Kire tujuan kitorang makan sampai muntah.
Hahaha~

Lepas makan makan solat solat...
Pastu memang bergambar sakan arr kan.
Hehh~

 Nilah muke muke yang hadir tak termasuk cameraman
*credit to anakanda puan aishah untuk pic ni*

 Hasil makanan yang bergelimpangan kami makan sampai licin.
Kenyang sampai nak meletop owhhhh...

Owhooo!
Ini adek saya.
Panggil je die "AinTomoda"
Rindu gler kat die.
Heee~

Yang best tempat ni ade 3 bahagian.
Tempat duduk bersila ala ala meja jepun (tempat kami makan) siap ade gambar cantek cantek kat blakang kitorang.
Tempat makan bermeja batu standard kat restoran restoran lain.
Lagi satu ade tempat makan tertutup (yang ni tak silap dalam renovation)

Ni arr gambor tu.
Sila abaikan gadis gadis ayu di depan tu.
Hehehehe~

Dekat jam 2130 gak arr kitorang duk lepak sembang bergambar.
Pastu ade suara suara ajak gi Uptown kat Cheras & Jalan Reko, Bangi.
So, berpecahlah kami kat situ.
Aku follow ke Jalan Reko, Bangi.

Lepas lepak lepak usha usha barang.
Baliklah ke rumahhh...

~ Jaa ~