Sunday, January 2, 2011

~ Hari Sedikit RilekS ~

Now I will write about what happened during reception on the groom side.
This day is December 26 2010 which is on Sunday.
So, pagi ni memang kalut + bising + banyak kejer nak kene buat kerana hari ni kenduri belah lelaki plak.
Nanti kunjungan pihak perempuan akan datang waktu tengahari. Erk! Memang macam macam nak kene buat.
Pagi tu kazen kazen semua sedap duk tito sampai kul 0800. Tu pun suara radio free yang duk berkumandang suh bangun kemas kemas rumah segal bagai arr.
Wuhh. Memang orang kate pagi yang indah disinari oleh cebisan cebisan permata. Perghh! Hiperbola abis. Paham tak??? Takpa. Rujuk dari orang yang lebih pakar ye. Hee~
So, bile bangun tu rase sangat penat kot. Dahlah malam tadi operasi keselamatan abis lambat. Kul 0130 macam tu sampai rumah. Tito pun tak silap around 0230. Erghh~
Indah sungguh. So, bile dah bangun tu memang mate sepet abis arr. Then, aku duduk terlantar kat atas kerusi sambl nengok cter CSI kat AXN. *CSI ni memang cter favourite gler aku. Tak kesah Miami ke, Ny ke, CSI takde name ke. Memang aku layan… So, bile dah sedap terlantar kat krusi tu memang aku dah jadi malas arr nak bergerak ke hulu ke hilir dah. Hehe~
Bile kazen aku sorang sorang dah bangun, sume ntah menghilang kemanepun taktau. Yang pasti still kat kawasan rumah Sugar Daddy. Aku? Still sedap melayan cter CSI. Hahaha~
Nak kate aku pemalas? Erk! Ramai dah yang datang tolong. Jiran jiran sume sebok memasak & cuci pinggan mangkuk. Pakcik pakcik semua kemas meja. Kazen duk lap krusi. Pa lagi yang kene buat? Hurmm.. aku keliru time tu nak buat pe. Macam serba salah pun ade. Tapi, tu lah aku memang tak tau nak buat pe. Hahaha~
Jadi, dengan rasa tidak kenal salah, aku pergi gosok gigi lepas tu aku pergi makan. Perghh!
Kenyang perut aku time tu. Ahaha~
Bile dah abis makan tu, & time pun tunjuk jam 1100, bangah yang dari luar lepas letak KON KESELAMATAN tu kat tengah jalan raya & kawasan tak boleh diparking, diepun masuklah ke dalam rumah untuk buat pudding buah buahan. Perghh! Tak tau plak yang die ni reti buat sume bende ni. Haha~
Pastu, aku pun dengan bestnyer pa lagi, gi arr nengok. Bile dah siap, sesi untuk menggubah makanan untuk hidangan pengantin plak. Part ni je yang aku buat ohh. Seronok nengok makanan duk dijadikan experiment semata mata nak jadi cantik dipandangan orang ramai nanti. Huhu~
So, macam macam arr kami buat. Makanan untuk pengantin pun sedap sedap kot.
Tapi, makanan untuk tetamu yang hadirpun sedap jugak. Sebab ada 5-6 jenis gak arr. Dari lembu, kambing, ayam, sayur. Wuhh. Sedap sedap. Sebab aku dah makan. Hahaha~
So, bile dah nak settle hiasan untuk pengantin, kami kami ni sume kenelah mandi awal ye.
Sebab masa dah semakin suntuk. Kerje kerje yang selebinyer akan diserahkan kat kazen kazen yang lebih berpengalaman buat. Time ni makcik pakcik kazen yang tak duduk kat rumah MakChek datang untuk tolong pe yang patut. So, kamipun lepas tangan untuk sementara waktu untuk bersiap. Masa semakin suntuk ni. So, bile dah abis pe sume & jam pun tunjuk 1230. Aku diberitahu oleh bangah yang Sugar Daddy dah otw ke rumah dah skali dengan rombongan pengantin perempuan. So, aku kenelah bersiap lagi untuk jadi pengapit yang kali ke-2 nyer. Hehe~
Khidmat aku sangat diperlukan ohh? Hehehe~
So! Seperti biasa arr. Tema untuk belah lelaki adalah kaler biru. Kalau korang rujuk picca yang sebelum ni yang hantaran untuk pihak perempuan, haa! Yang tu arr kaler die. So, yang biasanyer adelah aku takde baju melayu lengkap! Erghh!! Pa lagi, suh arr Ema (adek kepada Sugar Daddy) datang carikan baju melayu. Hurmm. Yang tak bestnyer, Sugar Daddy tak banyak baju melayu. Tak silap just ade 3 jer. Erk! Kaler merah yang seluarnyer tak muat tu, kaler hijau yang aku jadi pengapit mase kat kenduri pihak perempuan & kaler gold mase Sugar Daddy akad nikah. Aku time tu dah rase serba pening dah. Aduhh. Mau pakai yang mana si? Hurmmm.. Ada yang rancang suh pakai balik baju kaler hijau tu. Aku macam , uhh??? Mane leh. Tau arr kaler semalam.. hurmm.. Pening pening. Yang tinggal hanyalah baju akad nikah tu jer. So, dengan muke tak malunyer akupun amiklah dan pakai dengan takde rase serba salahpun. Ahahhaa~
Wuhh! Muat kot bile pakai. Pastu pakai sampan dan SIAP!! Yeahh!
Aku jadi pengapit berbajukan akad nikah. Time ni dah ramai dah tetamu yang datang makan.
Bile aku kuar je dari bilik untuk salin baju, abis sume orang duk tanya, “jadi pengapit ke? Jadi pengiring ke?”, akupun dengan senyum lebar kate “a’ah. Hee~”…
Samelah jugak bile aku kuar nak pergi ke pengantin, ade jugak makcik makcik yang tegur.
Mase ni pengantin lelaki & perempuan duduk kat rumah jiran sebelah. So, aku akan keluar ke jalan raya untuk kesebelah. Yang bestnyer, dahlah aku berpakaian melayu langkap siap bersampin, bile keter lalu lalang jer abis sume duk pakat nengok macam aku yang nak kawen. Ahahaha~
Aku time tu biasa arr, jenis takde perasaan, memang rileks jerlah. So, bile aku dah sampai kat pengantin, Sugar Daddy kate, eyh, baju ni. Bagus bagus amik berkat. Ahaha~ pastu, die nengok, haa, sampan ni raya tahun ni punyer. Aku kire wahh! Cantek arr! Baju raya abang, baju raya aku gak. Ahahaha~
So, tunggulah lama skit sampailah sorang ni tukang kompang mintak sape sape tolong jagakan lalulintas sebab kite akan berarak gune sebelah jalan raya. So, bile dah ready, mulalah ayunan kompang, akupun macam biasa arr, berpayungkan Sugar Daddy sampailah ke rumah sehinggalah ke pelamin. Yang bestnyer lagi!!!!!!!! Kaler baju yang aku pakai jadi pengapit ni sedondon plak dengan pengapit perempuan. Sugar Daddy jahat gler kot! Die kate, “hahh! Same kaler arr. Ade jodoh ni.. die still single.”. aku time tu “erk! Jangan, takpelah”.. hahaha~
Lagi yang best, kakak aku siap leh bergosip lagi ngan kazen aku pasai kaler same aku ngan pengapit perempuan.. Ish ish. Jahat sungguh mereka ini. Hahaha. Ini hanyalah kebetulan, tiada perancanganpun antara kami ye. Tapi, bagus jugaklah. Takdelah mencacatkan majlis tu.
Dan disebabkan tu jugak aku ingin menjelaskan bahawasanya aku hanyalah memakai selipar jamban ye. Before that aku tanya kakak, should I wear slipper or shoe? Kakak cakap slipper cukup, sebab banyak tahi ayam. Akupun, ok! Selamber jerlah.
Ahahaha.. so, dari berarak sampailah majlis renjis renjis sampailah kea dab meja makan, aku just berselipar jer. Rileks rileks semua. Aku Cuma mahu membangkitkan balik zaman dulu dulu kala dimana para pahlawan hanyalah memakai selipar waktu tu. Mane ade zaman perbu dulu pakai kasut Nike, Adidas, Crocodile pe sume tu. So, aku mengembalikan zaman tauliah tu tau. Ahaha~
So, bile sesi ranjis ranjis dipilis selesai, kami ke majlis makan plak. Wuhh! Saat dinanti nantikan walaupun aku dah pelahap 1 pinggan makan nasi berlaukkan tetamu. Skrang aku makan lauk pengantin plak siap air oren jus original lagi bangah buatkan. Huhu~ sedap sedap!!!
Bile dah selesai makan, so, macam biasalah sesi bergambar plak. Tapi, kali ni takde plak bergambar kazen kazen pe sume. Just family Sugar Daddy jer.
Then, majlis tamat around 1600.
Kat sini kite dapat nengok bezanya orang kampong dan jugak orang Bandar bile mase majlis kawen diadakan. Bukan pe, kalau kat Bandar tu, orang still akan datang even dah lewat yang hamper hamper tamat majlis dah. Tapi, bile kat kampong, orang akan peak gler gler mase tengahari yakni masa bersanding. Lepas jer bersanding & makan, tetamu dah sikit gler datang. Means, dalam 1-2 keluarga sahaja. Dalam jam 1500 senarnyer dah kire macam takde orang. Huhu~
So, bile dah selesai pe sume, kamipun rehat arr kat dalam sambil nengok hantaran Sugar Daddy & sambil makan kek kawen diorang. Huhu~
Barang hantaran yang paling mahal adelah jam tangan ye. Jenama Tag Heuer. Harge tak yah bagitau arr kan. Memang original punyer. Huhu~ terkejut kami.
Bile dah lewat skit aku pun tito arr sebab penat gler kot. Pastu, settle arr.
Tunggu cter malam punyer plak in the next entry.


Ni hantarannyer
11 dulang rasenyer
*Untuk entry yang lepas lepas, hantaran untuk pihak perempuan 9 dulang senornyer bukan 10. huhu~

See? Aku tukang pengapit lagi
&
Tukang bawak bunga manggar tu kiri Tuan Qilaf & kanan Hisham si budak hingusan. Hahaha~

Semasa berarak
Jalan memang jam arr time ni. serius, depan blakang. Haha~
Sabar jerlah ye. Kejap je pun. Dah masuk abislah. Ish!

Haa! Aku pakai slipper je?
Ni kakak yang suruh. Hahaha~

Ni adek kepada Pengantin Perempuan

Wahh Wahh! Tuan Qilaf! Ko pun renjis gak?
Amik berkat ke??? Hahaha~ 

Akhirnyer sempurna gambar family

Nilah mase potong kek yang dibantal oleh kami kazen kazen makan kat dalam rumah
Hahaha~

Ni mase sesi suap kek kek.
Aduhh~ Mereka ni lawak sungguh...


Nanti next entry mase sesi malam plak ye.
Banyak cter ni.

~ Jaa ~

No comments: