Thursday, January 27, 2011

~ Kau , Aku Dan KitA ~

Di saat ketika kita memutuskan untuk tidak bersama lagi
Aku menjadi resah dan pilu
Aku tahu itu adalah keputusan yang aku inginkan
Akan tetapi, sukar untuk aku luahkan
Bagaikan ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Perkara yang lepas perlu dilepaskan
Usah dikenang mahupun difikirkan
Aku mohon cuma satu
Maafkan daku yang bersalah ini
Aku tahu sukar bagimu untuk bersuara
Aku juga begitu
Aku mengerti.
Apa yang aku lakukan adalah yang terbaik untuk kita berdua.

Aku

Kau

Kita

Jadi, jadikan ia sebagai satu perkara yang mengasyikkan untuk diri kita
Aku tahu ia nya sukar, tetapi usaha tidak mengenal akan kesukaran itu
Biarpun ia melanda bagaikan ombak mengganas di tepi pantai
Bagai langit disambar petir dan guruh
Kerana usaha itu adalah tangga kejayaan.

Kini, kita tidak lagi bertemu, bersuara, berpimpinan tangan
Biarkan ia berlalu begitu sahaja
Pasti akan menjadi satu keajaiban di dalam kehidupan
Keajaiban yang memastikan tiada lagi persamaan yang dihadapi.

Kadang kala ia dibicara oleh sesetengah masyarakat
Dibualkan dan juga di-gossip-kan
Keutuhan yang dibina dileraikan bersama
Yang menjadi kepincangan adalah mereka semua.

Kau

Aku

Kita

~ Jaa ~

No comments: