Friday, July 8, 2011

~ I'm Just Tired Of WaitinG ~

Aku sekarang keseorangan.
Keseorang yang berada di dalam kesepian.
Mencari ilham di suatu tempat dimana terdirinya lambang kemegahan Umat Islam bagi penduduk kawasan ini.
Dihadapan aku terdirinya sebuah Masjid yang tersergam indah
Sambil dibahagian kirinya terpampang sebuah tasik yang tenang dimata pemelihat.
Dilimpahkan dengan cahaya cahaya lampu dari sekeliling tasik ke atasnya.
Indah sungguh nikmat dunia ini!

Kebiasaan dahulu kala semasa aku berada di sini,
Ramai yang sedang melakukan riadah bersukan, bergambar sana sini,
Ada yang membawa ahli keluarga yang lain bermain badminton.
Rakan rakan bermain kereta kawalan jauh.
Yang si kanak kanak riang bermain basikal kecil mereka.

Memang seronok jika dilihat.
Kerana jika kita melihat kembali di zaman kita dahulu kala.
Kita juga begitu.
Seronok tanpa memikirkan masalah.
Masalah peribadi mahupun masalah dunia.

Semakin kita membesar, semakin banyak masalah yang timbul.
Mungkin semua masalah itu adalah perkara yang negatif, ada juga yang positif.
Cuma cara corak kita menyelesaikan masalah itu sahajalah yang akan menjadikan ia baik atau buruk.

Ingin aku kongsikan satu perkara.
Or mungkin beberapa perkara yang telah lama aku pendamkan selama ini.
Tiada siapa yang ketahui apa yang aku rasakan.
Kamu, dia ataupun sesiapa.
Walaupun ada jugalah beberapa orang yang aku kongsikan tetapi hanyalah sekadar mendengar.
Takpelah.
At least ada juga yang sudi untuk mendengar rintihan aku.

Sebenarnye im just tired of waiting.
Waiting of what?
Okie!
Tired of waiting a gurl to be a part of my life.
Maybe sound "owh! kesiannyer mamat ni"...
Just read my story first, then u may judge.
At least leave a comment.
I dont mind at all.
I will take it all as a positive comments.

Semasa di bangku sekolah rendah, aku sekolah semuanya lelaki.
Tiada pergaulan dengan perempuan.
Jadi sifat aku sangat pemalu dengan kaum berketurunan "hawa".
Benar!
Semakin aku membesar dan terus membesar.
Masuk disekolah menengah di form 1-3.
Tiada langsung perasaan aku terhadap perempuan.
Sungguh! Tiada langsung.
Sehinggalah aku berumur 17 tahun.
Semasa itu aku form 5 di dalam aliran Sains Tulen kelas nombor 2.
Aku ada kenali seorang gadis yang aku minat.
Tinggi, mempunyai rupa yang menawan, mempunyai background yang baik.
Aku minat die!
Sungguh! Berani aku utarakan di blog ini.
Tetapi, MALANGNYA akibat perasaan malu aku terhadap wanita memang menyukarkan aku
Untuk meluahkan apa yang aku rasakan.
Sekadar di dalam sistem pesanan ringkas sahaja yang mampu aku ucapkan.
Walaupun kami sering berjumpa tetapi tiada pun ucapan yang mampu aku luahkan.
Sangat sukar.

Sehinggalah pada suatu ketika aku mendapat tahu bahawa die sudah mempunyai teman lelaki.
Hati aku tersangat sakit, remuk, hanya TUHAN sajalah yang tahu.
Aku berdoa juga pada yang ESA mohon agar kuatkan hati & jiwa aku ini.
Kesakitan itu aku tanggung sangat lama.
Sehinggalah aku mendapat tahu yang die sudah tidak bersama dengan jejaka yang pernah bersamanya.
Pada saat itu aku masih lagi menaruh harapan agar diperjodohkan antara kami.
Kami masih lagi berhubung antara satu sama lain.
Saat itu harapan aku sangat tinggi.
Tingginya sangat menggunung.
MALANGNYA aku masih lagi berasa segan untuk meluahkan apa yang aku rasa
Secara face-to-face.
Itu sebenarnye apa yang dia mahukan.
Tapi aku tak dapat tunaikan permintaannya.

Sehinggalah aku mendapat tahu bahawa die sudah berpunya yang lain.
Hati aku ketika itu remuk sekali lagi.
Aku menunggu beliau sehingga 2 tahun setengah.
BENAR! 2 TAHUN SETENGAH.
Saat itu hati aku sudah musnah.
Harapan aku tak boleh lagi untuk diberikan kepada beliau.
Sekadar ungkapan "KAWAN" sahaja mampu aku ucapkan diantara kami.

Umur akupun semakin lanjut sehinggalah aku mendapat tawaran untuk tahap Diploma.
Di saat ini aku inginkan kegembiraan.
Kegembiraan bersama rakan rakan baru.
Seronok!
Semuanya satu kepala.
Sampailah aku bertemu dengan seorang gadis dimana beliau sangat memahami aku.
Benar! Aku sayangkan dia..
Bukan mudah untuk aku bertemu dengan gadis yang aku minat dan sayang.
Apatah lagi timbul perasaan untuk bersama sama dengannya.
Akhirnya aku proposed beliau pada Feb 14 2009.
Malangnya, hubungan kami tak kekal lama.
Sekadar 9 Bulan 3 Hari secara official.
Iaitu semasa aku di semester 3 hinggalah ke semester 4.
Dielah gadis pertama yang benar benar menjadi kekasih aku.
Kamu memang baik, penyayang dan benar!
Memang aku menyesal kerana tinggalkan kamu.
Tapi, jika itu yang terbaik untuk kedua dua pihak, aku relakan juga.
Maaf!
Memang aku pentingkan diri sendiri.
Punca kami tidak bersama, takpelah.
Biarlah aku seorang sahaja yang tahu dan akan aku simpan sehingga ke akhir hayat aku.
Jangan risau, tiada siapa yang tahu.
Ahli keluarga mahupun teman rapat mahupun sesiapa sahaja.
*peace*
"mohon tidak diutarakan persoalan ini kepada aku kelak"
Yang penting! Kita tidak bersama secara baik.
Itu yang dimahukan, bukan? :)
Cuma satu sahaja aku mohon kepada kamu
MAAFkan daku yang pernah sakitkan hati kamu
Dari hujung rambut sehinggalah kehujung kaki.
MAAFkan juga daku di dunia dan juga diakhirat kelak.
Itu sahaja daku pohon kepada kamu.

Kemudian ada seorang gadis ini, kami tidak pernah berjumpa.
Sekadar sistem pesanan ringkas sahaja yang menjadi perhubung antara kami.
Benar!
Semakin lama kami berkenal semakin rapat.
Pertama kali kami bertemu adelah semasa aku pergi ke rumah beliau nak bagi adiah sempena bufday beliau.
Dan pada malam itu juga aku ke Alamanda sebab nak pergi nengok muvie.
Sedangkan esok adelah Maal Hijrah.
Hahaha~
After that kami bertemu kali kedua semasa beliau datang kerumah aku sebab nak bagi adiah bufday aku.
Hehh~ Masih ingat lagi chocolate Cadbury di dalam frame.
Kemudian, pada suatu hari aku dijemput untuk hadirkan diri untuk bufday anak buah die.
Dekat je ngan umah aku.
So, akupun pergilah.
Itulah kali ketiga kami berjumpa.
Selepas itu, tidak lagi berjumpa sehingga sekarang.
Perhubungan kami sekadar di atas angin.
Kami masih lagi berhubung.
Tetapi berhubung jika ada urusan yang penting sahaja.

Aku menjadi sunyi.
Memang sunyi.
Walaupun aku dah biasa hidup keseorangan.
Keseorangan tanpa sesiapa selain ahli keluarga dan sedara mara.
Tetapi kadang kadang aku perlukan juga seorang teman yang sangat rapat untuk aku berkongsi masalah.
Berkongsi kegembiraan.
Berkongsi segala jenis cerita yang mahu diceritakan.

Sehinggalah pada suatu hari.
Dan disebabkan aku ini kurang cerdik untuk satu subjek ini.
Aku terpaksa extend satu semester.
Aku berada di semester 7.
Di saat ini aku bersama sama dengan budak Junior aku.
Seronok sebab mereka tahu untuk respect orang yang lebih tua dari mereka walaupun beza hanyalah 1tahun.
Tapi, respect yang diorang bagi tu memang aku respect diorang balik!
Sehinggalah aku kenai seorang gadis ini.
Bersuara lantang dan juga straight forward dengan apa yang dicakapkannya.
Itu bagus! Dan itu juga yang aku mahukan sebab mudah untuk aku fahami.
Aku kenal dengannya agak lambat.
Sebab aku di dalam kelas sangat pendiam.
Jika diajak borak barulah aku bersembang. Jika tidak aku dengan hal aku saja.
Tanyalah mereka, mereka semua tahu.
Sampaikan kadang kadang nama akupun diorang tak tau.
Hahaha~

Aku kenai dengan gadis ini semasa hampir hampir nak study week.
Masih lagi aku ingat ayat pertama die kepada aku "eyh! jangan rajin sangat". Hahh~
Sebab waktu tu aku di dalam kelas sedang buat assignment.
Due date plak dah nak hujung hujung.
So, aku sebagai senior kenalah tunjuk sifat yang baik kepada junior.
Sejak dari hari itu, hubungan kami semakin hari semakin rapat.
Benar!
Sejak dari hari itu jugaklah aku hati aku ade sedikit terpaut dengan sifat yang die berikan pada aku.
Penyayang, caring, manja, lemah lembut walaupun kadang kadang agak tegas.
Sifat yang aku rasa mesti ada pada setiap wanita.

Pernah aku cakapkan pada seseorang,
Bukan mudah untuk aku jatuh perasaan pada seseorang.
Munculnya seseorang hanyalah perkenalan dahulu bagi aku.
Jika perasaan suka dah muncul, perasaan sayang akan muncul seterusnya.
Untuk aku, ade banyak peringkat untuk menjadikan seseorang itu sebagai kekasih aku.
Yang aku rasa die sesuai memang aku susah untuk lepaskan.
Jika aku lepaskan memang sakit hati aku ini.

Munculnya gadis ini, aku dah ade sifat untuk berterus terang.
Tiada sifat berselindung.
Ini semua selepas apa yang aku pelajari dari masa silam aku.
Aku tidak lagi mahu untuk berkias kias dengan seseorang ataupun memendam seorang diri.
Tapi, jika aku kata itu adalah rahsia, memang itu rahsia yang tidak boleh dikongsi dengan sesiapa.

Pernah aku mencurah isi hati aku, aku menunggu sehingga sekarang.
Beberapa jam dari sekarang cukuplah 30 hari aku menunggu.
Menunggu jawapan yang tiada jawapan darinya.
Benar!
Setiap hari aku berdoa pada yang ESA mohon diperjodohkan antara kami.
Kerana aku tidak mahu perhubungan aku seterusnya tidak mendapat keredhaan oleh-NYA.
Aku takut!
Takut isi hati hanyalah mainan syaitan.
Tapi, setiap doa dari seorang insan yang bernama hambaNYA.
Tidak pernah tidak didengari olehNYA.
Cukup 30 hari, maknanya harapan aku hanyalah tinggal harapan.
Tidak mengapa.
Kali ini memang benar!
Benar dari kata katanya.
"Kalau niat baik, InsyaALLAH tuhan makbulkan".
Mungkin niat yang dicurahkan belom cukup sempurna untuk ditemukan antara kami.

Takpalah.
Aku redha dengan apa yang berlaku.
Aku tidak akan sesekali memaksa seseorang untuk menyukai aku.
Aku meminjam ayat seseorang untuk diletakkan kat sini
Mohon diizinkan
"aku tak mahu orang suka aku kerana terpaksa"
"aku tak mahu orang suka aku kerana kasihan"
"aku tak mahu orang suka aku kerana harta"
"aku tak mahu orang suka aku kerana paras rupa"
"aku tak mahu orang suka aku kerana nafsu"

Ini antara perkara yang aku memang tak suka.
Mintak maaf!

Apa yang aku tuliskan kat sini bukan niat untuk menghukum seseorang tu.
Apa yang aku tuliskan kat sini bukan niat aku untuk mengaibkan seseorang tu.
Apa yang aku tuliskan kat sini hanyalah apa yang aku bukukan di hati selama ini.
Apa yang aku tuliskan kat sini hanyalah apa yang aku rasa aku mempunyai hak untuk diluahkan.

Aku tidak memaksa korang untuk tidak membaca entry ni.
Cuma aku mohon jangan ada sesekali niat untuk memburuk burukkan seseorang dengan hanya coretan "sampah" disini.
Apa yang aku tulis sebenarnya dari apa pengalaman aku hadapi.
Memang nampak sorrow je.
Gelap dan malap.
Benar!
Maybe benar kata sesetengah orang tu.
"U ARE A LOSER"
"L"!

Fine!
Whatever!
Ape yang aku cari adelah seseorang yang memang akan aku bawak sehingga ke akhir hayat aku.
Ikatan yang akan aku bela sehingga ke hujung umur aku.
Pertalian yang akan aku jaga sehingga ke akhir nafas aku.
Dan seorang gadis yang akan aku bersama mendapat keredhaan oleh-NYA.
Im just done my story.
Thats all.

~ Jaa ~

11 comments:

*loue me* said...

sedih betul kisah cinta ko ni..
sbg kakak yg memahami..this is my opinion

yg 1st totally it's your fault. Sape suruh ko xberanikan diri.pastu mensia2kan masa selama bertahun2.so yg tu xperlu la nak kecewa ke apa. ko yg sia2kan peluang yg diberi.kalau aku jd perempuan tu pun, xkuasa aku nk tunggu ko lama2

yg 2nd mungkin aku tau la reason nya kenapa. mungkin bkn faktor utama tetapi mungkin salah satu faktor ko clash dgn dia kn. but let it be a secret. shhhh

yg 3rd aku rasa aku tau sape dia.hahaha. what i can say..kalau cmtu relationship nya bermakna kau xde chemistry dgn dia.mungkin lbh sesuai sbg teman

yg last tu, bg aku it's her fault.at 1st place kalau xnk lelaki fall in love dgn dia atau dia blm bersedia, jgn dok melayan sgt.ini dah sayang mayang bagai last2 cakap xbersedia. bullsh*t la.kalau aku berada di tempat ko pun aku xleh terima alasan dia.it's like ko mainkan perasaan org la.kalau ko pernah rasa disakiti, ko akan tau apa rasanya.sungguh xbaik.jd insaf2 la

Kepada girls kat luar sana..
Jangan sesekali mainkan perasaan adik aku. Hati dia sangat2 suci. Yang aku tau sekali dia cinta, dia akan setia selamanya sebab dia bukanlah lelaki yg mudah untuk jatuh cinta.mungkin dia agak dungu dalam nk express his feeling but actually dia ni romantik orgnya (sampai kdg2 aku rsa nk muntah).

last but not least. NEVER EVER MAINKAN HATI DAN PERASAAN ORANG KALAU TAKNAK TERKENA PADA DIRI SENDIRI

n to u lil bro, chill la bro.ko masih muda lg.I know that 1 day u'll find ur true love

love,
ur sis

KuaLaM KeinDahaN said...

peeewiitt!
rock kapak arr jawapan ko..
ahahahaa..
xkesahlah..
thanks!! :D

Anonymous said...

heyyyy come on laa Bob.. bulu ketiak pun tak cukup kerinting lagi dah nak bercintan-cintun.. hahaha..

cinta ni kalau kita asyik cari, memang takkan jumpa yang ngam dengan diri kita..

pergi tanya semua orang, kebanyakan diorang bertemu dengan jodoh diorang dalam keadaan yang tak terduga..

lainkali, kalau nak katakan nak.. tidak dia tertanya2..

mungkin Bob ada silap kat mana2 kot.. contoh bob adalah sejenis pakwe yang asyik nak SMS/call 24/7.. bob adalah seorang pakwe yang terlebih manja.. bob adalah seorang pakwe yang tak reti buat keputusan..

jangan risau.. cinta tu akan datang..

sementara single ni, nikmatilah hidup sebagai seorang GAYah.. oppss sebagai seorang single..

bercakap pasal hati dan perasaan memang takkan ada yang memahami.. pasal tu adalah hati dan perasaan kita.. so, sila jaga hati masing2.. sebab tak siapa paham hati org lain sepenuhnya macam kta paham hati dan perasaan diri sendiri.. ehh apsal ayat belit2 ni?

-si cantik tujuh belas-

KuaLaM KeinDahaN said...

anonymous-hurmmm.. ade kebenarannyer gak..
mcm kenal
*akak mulan eyh?

Anonymous said...

bob : eleehhh nak menyamar jadi cik anon pun takleh.. ape bob ingat cik anon tu peminat dalam diam kamu kah? perasa ;p

-si cantik tujuh belas-

KuaLaM KeinDahaN said...

ahahahaa.. xyah nk nyamar2.. terang2kan je kan senang.. hehee~

Anonymous said...

jgn risau la jen. mesti ade someone yg btul2 sesuai nnt. jodoh akan dtg jgk. jgn sedih2.. i'll always pray for ur happiness. chill ok! :)

KuaLaM KeinDahaN said...

daten-hehee.. thanks! xpa2. bende dh pun berlaku. so, xperlah.. :)

Anonymous said...

sape daten? keh3... jenjen2..

KuaLaM KeinDahaN said...

hurmmm... u must be "nana".
IF IM NOT MISTAKEN cause u're using "anonymous" name.
im just guessing. sorry.. :)

Anonymous said...

Im sorry ��