Wednesday, April 13, 2011

~ Akhirnya Pulang Juga Ke Ganggang TelefoN ~

Setelah hampir sebulan lebih aku menapak kat Negeri Jelapang Padi ni,
Perasaan aku menjadi sedikit tidak tentu arah.
Dengan kelas yang kejap ada kejap tiada.
Dengan Event yang kene handle.
Dengan Bufday yang kene sambut.
Dengan kerenah perut yang sentiasa lapar.
Dengan mata yang semakin hari semakin sepet.

Macam macam perkara yang berlaku dalam sebulan ni.
Tadi, aku pergi ke town sebab nak bayar cukai pintu
& cukai tanah untuk rumah di Negeri Jelapang Padi ni.
Bukan rumah sewa tapi memang rumah persendirian.
Jadi, aku dah plan sejak beberapa hari yang lalu untuk melunaskan
Tunggakan beberapa hari dari tarikh surat sampai.
Jadi, pada pagi ini aku mempunyai kelapangan untuk melakukannya.

Jauh merenung, jauh lagi pemikiran.
Itulah yang berlaku sebaik aku bangun dari tito pagi tadi.
Set alarmpun macam tak gune, sebab bangun lagi awal dari yang ditetapkan.
Tapi, tak mengapa, aku rehatkan diri sampailah alarm clock berbunyi dengan lagu
"Girl's Generation-Hoot".
Riuh bangunku dengan nada lagu tersebut.
Lalu, akupun bangun dan bersiap untuk ke toilet dan mandi.
Owh! Sebelom itu aku online seketika kerna toilet ada orang guna.
Hurmmm.....

Aku open satu persatu, Facebook, Twitter, Blogspot & Yahoo Mail.
Tiada apa sangat yang menarik dipagi ini.
Lalu akupun bacalah seketika blog seseorang.
Lepas sahaja baca, akupun terus ke toilet untuk mandi & bersiap di pagi yang indah ini.

Aku pinjam kereta milik housemate ku untuk ke tempat yang ditujui.
Selepas 20min macam tu akupun sampailah di tempat yang harus aku bayar terlebih dahulu.
Iaitu cukai pintu.
Setibanya disana, aku mengambil nombor giliran.
Ini pertama kalinya aku membayar sedemikian rupa yer.
Aku tidak tahu bagaimana procedure die.
Aku hanya hipokrit bertindak macam tau tau saja.
Lalu, seorang pakcik jaga menegur aku,
"Adik, adik.. Adek ada resit ke?"
*Pada ketika itu aku memegang sehelai kertas salinan resit cukai tanah untuk dibayar sejurus selepas cukai pintu ni.
Akupun pergilah ke pakcik tadi tu,
& "saya takde resit cukai pintu. Yang saya pegang ni resit cukai tanah."
Gerbelut seketika kami disitu.
Pakcik kata, pergi ke kaunter 7 untuk mengambil resit.
Lalu, akupun dengan muka yang agak ok ok saya pergi dan pergilah ke kaunter 7.
Setibanya, saya nak bayar untuk setahun terus ye cukai pintu.
Siap siap dicetak, aku keluarkan duit tetapi tidak menghulurkan kepada penjaga kaunter 7 tersebut.
Kakak tersebut kate, encik pergi amik nombor giliran dan bayar di kaunter sebelah sana.
Ok, kene ambik no lain ye? Ok...
Lalu aku mengambil nombor giliran yang lain & tunggu dalam seminit, dan terus ke kaunter 4 untuk pembayaran.
Habis melayang RM194.00.
Nasib duit tersebut bukanlah duit aku. Hehe~

Selepas itu aku menelefon mama nak tanya tempat untuk bayar cukai tanah plak.
Bla bla bla bla bla.....
Akupun pergilah dengan panas yang terik di atas langit.
Aku mendongak sambil menelan air liur. Glurp!
Dehydrate aku 2min.
Setibanya di pejabat pembayaran cukai tanah, aku mengambil pula nombor giliran yang berangka 1117.
Pada ketika itu nombor sedang berada pada angka 1113.
Dalam 3min selepas itu, nombor aku diangkat naik ke papan angka giliran.
Aku tersenyum! *nasib tak tunggu lama.
Akupun memberikan surat salinan yang di emailkan kepada aku oleh Sis Re3n.
Selepas dilihat oleh brother kaunter tu, lalu diminta sebanyak RM80 untuk cukai tanah.
Akupun bayarlah.
Dalam masa 35min settle dua perkara yang sangat perlu aku settlekan.
Lega dihati ini.

Aku bergegas ke kereta.
Start enjin, lalu aku memikirkan "owh! tiket bus".
Aku pergi ke stesen bus untuk membeli tiket bus Transnational.
Begitu banyak skali ULAT-ULAT tiket bus kat sini.
Tensi betol aku!!!
Datanglah sorang brother ni, asal aku datang sini mesti muke die yang datang,
"abg, abg. nak pergi mana? key ill?"
Aku mengangkat tangan sambil dengan muka yang agak sombong!
Sebab aku tak suke ulat ulat tiket ni.
Walaupun mereka mencari rezeki, tapi aku tak suka.
Biar pembeli yang buat pilihan.
Aku terus pergi ke kaunter bus Transnational.
Maaf to say! Hanya Transnational sahaja yang akan aku naik untuk perjalanan jauh.
Bus lain? Maaf! Aku tak rela.
Lalu aku membelilah tiket untuk ke Key Ill.
Lega! Masih ada lagi kosong.
Jam 1600 bertarikh 04-14-2011.
Iaitu esok sajalah ye! Yeah!

Dapat saja tiket, aku mahu pergi ke saloon rambut yang slalu aku pergi iaitu saloon beaufort
(kalau tak salah eja)
Memang lama dah aku potong di kedai ni.
Sejak aku dulu dulu lagi mase duduk sinipun kedai ni dah bukak.
Very trusted arr untuk aku.
Unfortunately, kedai die belom buka lagi.
Baru jam 1100.
Jadi, aku memikirkan kemana harus aku pergi.
Haa! Tesco!
So, aku ke Tesco berhampiran untuk beli air mineral & cashew nuts.

Selepas tu, aku singgah kat salah satu gerai.
Gerai ni tersangat famous amos ye!
Cendol die tersangat superb!
Bihun sup die lagi arr super duper superb!
Laksa ermmm. Aku jarang makan laksa, so, aku tak tau sangat nak describe macam ne. Hehee~
Sebut saja "cendol petronas", pastu ramai yang tau.
Aku hanya tapau cendol pulut.
Lepas tu, aku pergi ke petronas di sebelah gerai tu jer sebab nak kuarkan duit di mesin ATM Maybank
& aku beli ais cream cornetto.
Terubat aku dengan bende bende ni sume.
Ahh! Bihun sup die aku tak beli sebab brother yang jage tu cakap, sup tak panas lagi.
So, Cendol pun cendol arr..
Senyum ke telinga keriangan...

Lepas beli, aku pergi isi minyak keter dulu di Shell.
*dah pinjam keter orang , takkan tak isi minyk keter plak kan. hehe~
Lepas diisi, aku pergi semula ke saloon rambut aku tu.
Nasib tak ramai pelanggan.
So, duduk tak sampai seminit aku dipanggil untuk di-saloon-kan.
Hee~
Then, bile dah abis akupun bayarlah RM17.00
Erghh! Naik lagi ke harga?
Aritu datang RM15.00.
Hurmm. Takpalah.
Janji potongan rambut OK bagi aku.

My new hair?
Kinda nice! Heehee~
*maaf. belom rela nak amik picca. bile dah amik, aku publish di sini kemudian hari

Bile dah selesai, akupun pulanglah.
Sebelom sampai di rumah, aku pergi dulu ambik baju di dobi.
Suppose semalam dah boleh amik, tapi, aku pergi dah lewat, diepun dah tutup dah. Adehh~

So, esok aku dah boleh balik rumah!
Yeehaa!!!
"akhirnya pulang juga aku ke ganggang telefon rumah"
Heee~
Ade kene mengena ke?
Hurmmm...

~ Jaa ~

2 comments:

::FAIZ:: said...

secara Details ko buat entri, nampak sgt bersungguh-sunguh kau terangkan....

KuaLaM KeinDahaN said...

ahaaha.. mesti.. excited! hee~