Thursday, March 3, 2011

~ Keluhan DirikU ~

Kisah ini adalah berputik pada February 27th 2011 at about 0215 early in the morning.

"malam ini aku merenung disebalik sisir sisir tingkap yang gelap,
aku perhatikan sekeliling,
seperti biasa, rutin kejiranan pada ketika ini adalah beristirehat.
kerana esok adalah hari bekerja bagi wilayah utara yang aku duduki ini,
di negeri jelapang padi.
aku? masih terlalu awal untuk aku beradu,
paling kurangpun jam 0300 barulah mata aku mula terasa berat untuk melelapkan mata.
 untuk aku, hari ahad merupakan hari untuk aku meneruskan istirehat dirumah yang begitu berselerak ini
biasalah, rumah bujang.
pasti pakaian bergelimpangan dimerata-rata tempat,
botol mineral yang kosong juga menghiasi diatas lantai lantai,
'snack' bersepah-sepah.
sebut saja 'snack' apa yang dimahukan
Lay's? Chipsmore? M&M? roti krim?
kesemuanya pasti ada.

rutin harian aku adalah sangat membosankan,
bosan yang tidak berpenghujung,
selagi mana jari jemari aku ini tidak dapat menggeletek keyboard seperti harianku sebelum ini,
selagi itulah kehidupan aku yang membosankan.

aku merenung kembali disebalik sisir sisir tingkap yang gelap ini,
aku cuba ilhamkan sesuatu mengenai penulisan,
tetapi, kegagalan yang muncul,
seolah olah mindaku ini beku untuk seketika,
aduhh! aku mengeluh kehampaan.
tiada idea mahu aku karangkan.

aku merenung ke langit,
sambil meninggalkan senaskah buku kertas kajang bersama sama sebatang pensel mekanikal,
aku cuba tinggalkan perasaan itu buat seketika,
aku cuba untuk menghayati keindahan malam yang dingin ini,
sambil dihidangkan dengan gemerlapan cahaya cahaya matahari yang terpancar ke atas para bintang di langit,
aku senyum tanda ketenangan,
tenang dari segala galanya.

aku pejamkan mataku,
tiba tiba, aku cuba untuk merenung kehidupan aku dimasa hadapan kelak,
mampukah aku untuk membahagiakan orang yang aku sayangi?
mama, bapak, abang, kakak, sedara mara, teman teman rapat, teman yang kurang rapat
ataupun bakal teman istimewa nanti?
mampukah aku untuk menghadapinya kelak?
mampukah aku untuk menjadi insan yang berjaya dimata mereka?
mampukah aku untuk menyara kehidupan keluarga aku kelak?
mama, bapak.

walaupun cita-cita aku semasa dibangku sekolah memang tidak dapat aku kecapi,
tetapi, cita-cita baru yang ditanam harus aku usahakan,
itulah perkara yang ingin aku buktikan,
buktikan pada keluarga, teman teman, jiran tetangga,
aku mahu buktikannya selagi badan dikandung hayat,
selagi senyuman yang masih mampu terukir di pipi mama dan bapak.

setiap saat yang berdetik memang tidak dapat dikembalikan lagi,
ia sudah diibaratkan sejarah buat diri kita,
jika sesaat itu adalah perkara yang baik, maka senyum kerianganlah diri ini,
jika sesaat itu adalah perkara yang kurang baik, maka kekesalanlah yang akan menyelubungi diri.
aku masih menanti,
menanti jawapan yang bakal menjelma,
dan aku berharap ia adalah perkara yang paling manis dalam hidup aku.

aku bukakan mata,
aku mengeluh...
keluhan itulah yang perlukan sedikit usaha untuk berjaya,
keluhan itu jugalah yang akan membawa diri kita ke arah yang lebih baik dimasa hadapan kelak."

~ Jaa ~

3 comments:

KuraKura said...

nak 'sneak' ape pulak bob manjaaaa?? snack lahh..

ke kak mulan yang salah? hehehe

::FAIZ:: said...

ayat power ni... berbungga-bungga

KuaLaM KeinDahaN said...

akak mulan - arghh! damn! bob yg salah. ahahahaa.... :D

faiz - uishh.. bunga2 ke?? mcm biasa jer... :D