Malam tadi (8th February 2010) aku tito sangat lambat dari biasa. Sebabnyer, otak aku perlu menghafal sesuata yang amat berharga untuk mase depanku kelak. Aku baca hafal & melakukan pelbagai cara untuk masa depan aku. Jam menunjukkan 0100.. hurmm. Awal lagi ni kalau nak tito. Takperlah, aku lepak-lepak kejap. Aku pun pergi ke bilik guard depan untuk bertanyakan khabar rakan-rakanku. Akupun lepak. Disamping itu aku selitkan juga dengan sedikit perbualan & gelak ketawa bersama-sama mereka bertiga yang juga merupakan pemilik bilik guard depan tersebut.
Masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Aku bagaikan dibuai dengan khayalan yang dibawa oleh rakan-rakanku. Jam terus berputar dengan rancaknyer.
Eyh! Sudah Jam 0230. Aku pun berhenti berbual, gelak ketawa bersama-sama dengan mereka. Akupun beredar pergi ke bilikku dengan harapan menyambung semula penghafalan yang perlu aku lakukan demi masa depan aku. Malangnyer, satupun tidak singgah di otak aku. Aku runsing dengan keadaan tersebut. Akupun bangun dan pergi ke bilik hujung dunia. Aku ketuk pintu neraka. Pintu neraka terbuka dengan luasnyer. Aku terasa bahangnyer dengan panas sekali. Aku melihat “mereka”, “mereka” juga melihatku dengan muka yang garang sekali atau lebih dikenali sebagai muke tidak puas hati. Mungkin aku telah melakukan kesalahan terhadap “mereka” ini? Hurm… Aku tidak hirau akan “mereka” sama sekali. Aku mengangkat tangan kananku menunjukkan aku bertanyakan “hye”. Aku melangkah masuk dengan kaki kanan. Aku pun switch on the plug. Aku menolak sound button ke tahap maximum begitu juga button off ke on.
Aku menekan-nekan “keyboard” dengan harapan sedap sekali bunyian yang aku hasilkan semasa bermain. Malang sekali, aku begitu runsing sehinggakan terbawa-bawa ke peralatan musik yang aku mainkan.
Jadi, begitu hancur berderai sampaikan penghuni bilik hujung dunia menggelang-gelengkan kepala mendengarnyer. Aku hampa.
Akupun beredar pulang ke bilikku sendiri. Masa menunjukan Jam 0300. Aku sambung menghafal sehinggakan pada satu tahap aku berasakan hatiku bergitu gelisah sekali. OK! I have to stop now & I need to get a very good sleep. OK! Akupun close lah segala-galanyer except for fan. Kalau tak, mati kami kepanasan.
Aku target, bangun nanti aku perlu sambung semula untuk menghafal demi masa depanku. Akupun membaca doa-doa yang membolehkan aku tito dengan lena + tenang. Sesudah selesai, aku mengucapakn “Good Nite” kat roommate aku walaupun dia sudahpun di awang-awangan tito.
3 jam berlalu
Akupun bangun sambil melihat keadaan diatas meja begitu berselerak sekali dengan bahan-bahan yang perlu aku hafal. Masa terus berlalu tapi aku tidak hiraukan. Aku sambung tito. Sehinggakan roommate aku sudah siap bangun mandi lagi kerana mahu pergi ke library dengan neighbor ku untuk menghafal & baca sepertiku. Tetapi, itu adalah untuk masa depan mereka. Tidak untuk aku. Aku hanya boleh membantu mereka sahaja.
Jam menunjukan Jam 1100. Aku terjaga kerana dek suara yang sumbangsih yang dinyanyikan oleh roommateku sekor nih. Lagu tersebut khas ditujukan padaku. Ahh! Aku tidak tahan lagi. Akupun bangun. Dia gelak + berkata “haha! Ni je cara yang leh wat ko bangun.. hahaha~” Huhh!! Takperlah. Aku pun bangun dengan keadaan mate aku yang begitu sepet sekali + kelesuan. Aku masih lagi tidak menghiraukan masa depanku itu.
Jam menunjukan Jam 1350
OK!!! It’s time for me to face my future. Waa~ Im so excited + nervous. Kami semua masuk je dalam kelas terus membuat formation demi memudahkan kami berinteraksi dengan “lecturer”. OK! Ko kat sane, aku sini. Ko, ko sane ok?!! Ok set! Chanteklah!
Sungguhpun kami mempunyai dua bahagian yang berjauhan. Akan tetapi ukhuwwah yang terjalin diantara kami sangat akrab semenjak semester 1 lagi. Kami amat rapat didalam pertolongan. Sejauh mana or secorok mane anda pergi, kami pasti akan datang membantu.
Jam 1530 ramai yang sudah keluar dari bilik penghadapan masa depan. Begitu juga dengan aku. Aku begitu riang kerana aku rase masa depan aku kelihatan cerah dari biasa.
Itulah saat-saat getir untuk masa depan kami semua hadapi iaitu TEST 1 FOR MALAYSIAN ECONOMIC. The killer subject I guess. With 4 credit hours we carried. Wuhh~ We need to get flying color for this subject and also other subjects too.
Untuk dipendekkan cerite, satu ari aku tak makan nasi. Aku sangat lapar. Before menghadapi masa depan tu aku study untuk test + kelas tadipun dari jam 1400-1800. Adehh~ Lepas kelas gi makan pisang goreng. Malam aku tito sebab sangat penat dari jam 2100-2230. Bangun-bangun je dari tito aku tersangat-sangat lapar. Berorkestralah senang citer dalam perut aku nih. Last last aku buat air Hazelnut Old Town White Coffee dicicahkan bersama-sama dengan biskut gule. Wahh~ Tahanlah skit perut ni sampai esok. Esok aku nak melantak tak hagak-hagaknyer nanti makan… Haha~
~ Jaa ~
No comments:
Post a Comment