Saturday, July 31, 2010

~ Kau Aku Dan Dia ~

Sejak akhir-akhir ni aku seolah-olah tidak berdaya untuk menulis diblog aku sendiri.
Aku mempunyai pelbagai cerita yang mahu disampaikan cuma aku seperti kaku untuk menekan-nekan, menghentak-hentak keyboard tersayang ini.
Mungkin aku tidak dibenarkan lagi untuk terus berhubung dengan orang luar dengan cerita-cerita dongeng yang aku rekakan.
Ataupun aku tidak dibenarkan untuk berkongsi masalah-masalah yang muncul difikiran aku.
Ataupun aku tidak dibenarkan untuk bercerita kepada umum dengan keadaan aku ini.

Sudah banyak kali aku menekan new post.
Tetapi apabila ia sudah terpancar di screen LapTop aku dengan kotak-kotak kosong.
Aku menjadi kaku diam seribu bahasa.
Tidak mampu untuk menulis lalu aku beralih ke arah facebook, blog walking.

Sebelum ini sudah banyak kali aku cuba untuk menulis dan mem-publish-kan ke blog aku cuma aku tidak terdaya.
Adakah ini yang dikatakan masalah untuk menekan?
Ataupun masalah untuk menge-post?
Ataupun masalah untuk berkongsi cerita?
Hurmm...

Mungkin aku perlu berubah sedikit supaya aku dapat meng-update blog aku dengan meriah, ceria.

Owh Kamu! Kamu adalah LapTop tersayang Aku.
Owh Aku! Aku adalah Aku!
Dan Owh dia! Dia adalah Blog!

~ Jaa ~

2 comments:

Anonymous said...

Tu me manques :D

KuaLaM KeinDahaN said...

yeah yeah yeah...
tq~