Perkara tidak akan terjadi sendiri jika tidak ada ribut mahupun taufan.
Tetapi, perkara yang sudah berlaku pasti akan berlaku kembali kerana ia tidak mengenal erti apa itu tidak boleh diulang kembali.
Perkara yang lepas yang ingin sangat dilupakan pasti akan terkenang kembali.
Perkara yang kita benci mungkin akan menjadi perkara yang kita amat sukai.
Perkara kita sukai pasti akan menjadi perkara yang kita benci seumur hidup kita.
Perkara –perkara begini selalunya terjadi kepada seseorang yang bergelar manusia.
Begitu juga perkara yang dimaksudkan ini terjadi kepada diriku.
Tetapi, perkara ini menjadi sedikit kelainan apa yang cuba disamakan dengan perkara-perkara diatas.
Perkara yang aku maksudkan ini mungkin menjadi sekadar kiasan ataupun sekadar siratan.
Dulu aku amat suka kepada perkara yang aku hadapi ini.
Selepas beberapa kejadian perkara tersebut membuatkan diri aku terasa TERSANGAT benci terhadapnya.
Benci yang hanya aku ketahui tetapi tidak pada orang sekeliling.
Tetapi aku tetap berhubung dengannya.
Tidak ada perkataan “putus” perhubungan disitu.
Kami tetap berhubung walaupun tidak sama sekali berjumpa kerana apa?
Kerana aku sangat pasti dengan apa yang dihadapi dengan dirinya.
Perasaan malu, segan, & benci menjadi tajuk UTAMA kepada dirinya. Disamping dengan beberapa kejadian yang berlaku yang menimpa keatas dirinya.
Selepas aku menyendiri dengan hanya khabar “Happy Birthday” sahaja yang menjadi perbualan diantara kami dan juga menjadi penghubung antara kami.
Dan mungkin juga beberapa kerat perkataan yang kami cuba hubungi di rangkaian jalur lebar “Facebook”.
Selepas sekian lama kami menyepi, tetiba sahaja aku mendapat seutus surat moden di talipon bimbit aku.
Aku terkedu! Tidak mampu untuk berkata apa-apa. Apatah lagi mahu membalas utusan surat moden nya.
Selepas beberapa kian yang agak lama, aku pun membalas.
Mungkin aku tidak akan membalas apa yang diutuskan.
Mungkin juga aku tidak menjawab apa yang disoalkan.
Dan mungkin juga kamu tidak akan berasa puas hati dengan jawapan aku.
Tetapi, aku tetap akan melakukannya. Bukan kerana apa, dulu kamu hanya pandang aku dengan penuh keikhlasan.
Kemudian kamu dengan perkara yang terjadi.
Kini?????
Biarlah aku dan kamu melihat dihadapan.
Jangan terlalu mengikutkan nafsu keinginanmu samata-mata.
Fikirkan apa yang akan berlaku.
Fikirkan juga apa yang akan difikirkan oleh sekeliling.
Fikirkan juga apa yang akan kamu dan aku akan hadapi kemudian hari.
Bukan kerana aku tidak me***ka* diri kamu. Tetapi, selepas kejadian yang terjadi keatas kita yang membuatkan aku terasa seperti tidak selesa untuk berhadapan dengan situasi yang kita sedang hadapi ini.
~ Jaa ~
No comments:
Post a Comment