Thursday, December 31, 2009

~ Rekaan Semata-MatA 2~

Pada masa yang sama Panglima Pacak berada di salah sebuah Mall yang baru tak baru jugalah bukanya di Negeri Ambang Tergolek. Negeri Ambang Tumbang dan Negeri Ambang Tergolek merupakan jiran sahaja. Terletak kira-kira 17 batu nautika kearah selatan, 11 batu nautika arah timur. Disitulah terletaknya Negeri Ambang Tergolek dari Negeri Ambang Tumbang.

Mall yang Panglima Pacak pergi adalah Mega Mall Mid-Valley. Salah sebuah Mall yang terbesar di negeri tersebut.

Sedang Panglima Pacak bersiar-siar dengan berpakaian segak berbaju melayu zaman pahlawan Melayu Melaka, beserta keris mati di pinggang, bertanjak dikepala berwarna pink, memakai jam tangan ROLEX, berkasut NIKE, dia singgah dikedai “world of puzzles” kerana dia sangat menggemari akan permainan “puzzle”. Katanya, ia diibaratkan sedang membuat strategi untuk melawan musuh Negara iaitu Komunis Malaya di negerinya.

Akan tetapi, sepanjang Panglima Pacak menjadi backbone untuk pertarungan antara mereka dengan Komunis Malaya, Panglima Pacak tidak pernah sekalipun menang akan pertarungan tersebut. Kerana sedang mereka bertarung dengan musuh Negara tersebut, Panglima Pacak sibuk dengan “puzzle”nya. Katanya “selagi aku belum siapkan puzzle ini, aku tidak akan turun padang bersemuka dengan Komunis-Komunis itu. Kamu sahaja yang berlawan. Tunggu aku siapkan dulu.”.

Sebaik sahaja hulubalang-hulubalangnya dengar akan Panglima Pacak berkata sebegitu, mereka terus berhenti berlawan. Merekapun beredar dari situ dengan perlahan-lahan. Maka, Panglima Pacakpun turut serta beredar bersama-sama hulubalangnya.

Kerana mereka tahu yang mereka tidak akan menang didalam pertarungan tersebut...

~ Jaa ~

3 comments:

Zuralimusa said...

ngarut ah.
bahaha.

akhirnya aku jmpe kau jenjen.
kelakanya.

sheena maat said...

hahaha kaki mengarut betul.

KuaLaM KeinDahaN said...

chu gler=OMG OMG OMG!!! chu gler dah jumpe aku.. ahahahaha... ;D

nana=biasalah.. jen mmg suke bab ngarut2 ni.. seronok pe.. akakaka... ;D