Thursday, December 31, 2009

~ Rekaan Semata-MatA ~


Pada suatu hari, cuaca begitu panas terik sekali, sekali-sekala diselit juga dengan awan-awan yang bergerak-gerak meliputi cahaya-cahaya panas matahari yang terik terus kebumi.
Panglima Pancung pergi bersiar-siar di pasar malam berhampiran dengan Pasar Rabu di Negeri Ambang Tumbang. Panglima Pancung berjalan-jalan hendak membeli makanan yang begitu enak dilihatnya. Semasa Panglima Pancung sedang membelek-belek makanan yang hendak dibelinya, tiba-tiba seorang gadis lalu dibelakangnya. Dengan bau haruman yang menyusuk dikalbu hatinya,  Panglima Pancung terus menoleh untuk melihat gadis tersebut.
Dari pandangan belakang gadis tersebut, ia kelihatan begitu ayu sekali dengan rambut diikat tocang diselitkan dengan sebatang “chopstick” yang tiada fungsi dirambutnya. Panglima Pancung pun terus bergerak menuju mengikut gadis itu pergi kemana sahaja. Gadis tersebut tidak perasan akan panglima pancung yang sedang mengekorinya.
Gadis itu pergi untuk beli sayur di gerai nez xiansheng. Gerai itu jual semua jenis sayur-sayuran yang “fresh” terus dari ladang belakang rumahnya. Sedang membelek-belek, Panglima Pancung pergi berhampiran dengan gadis tersebut tanpa menoleh melihat akan wajah gadis itu.
Panglima Pancungpun membelek-belek sayur sambil menyanyi “wahai sayur yang segar, senang dimasak, mudah dihidang, enak dimakan…”. Selepas itu gadis itupun sambung nyanyian Panglima Pancung itu “kadang-kadang yang muda suka melihat, yang tua menggatal, yang pendek itu dibuli, yang tinggi itu pemerhati, dan yang besar itu berkuasa…”.
Panglima Pancungpun terkejut dengan gadis yang tak seberapa gadis kerana suaranya yang begitu kasar didengar. Dengan pantas Panglima  Pancung menoleh untuk melihat muka gadis tersebut. Jengjengjeng!!! Panglima Pancung jatuh terbolek kebumi. OMG, OMG, OMG... Kata Panglima Pancung sebelum rebah.. 
Rupa-rupanya gadis itu adalah “TULEN” punya.

P/s="TULEN" disini bermaksud pondan@nyah...


~ Jaa ~



No comments: