Thursday, December 9, 2010

~ Sedikit Perihal Diri SendirI ~

Secara jujurnya aku mahu melontarkan satu persoalan yang bermain di kotak fikiran.
Tidak kesahlah anda yang membaca ini tertonggeng dibatang hidung sendiri or tidak.
Sebabnya aku sekadar mahu mempersoalkan perkara ini.
Secara jujurnya juga aku tidak ada niat untuk menyinggung perasaan sesiapa melalui perkataan, perbuatan, pangkat, darjat, umur, hubungan antara kita.
Ini sekadar luahan antara aku dan juga blog ini.

Secara jujurnya, aku memang suka berkias kiasan.
Tidak suka untuk berterus terang.
Tidak suka menengking nengking.
Tidak suka meluahkan apa yang terjadi.

Jadi, aku hanya memendamkannya walaupun ia menyakitkan hati aku.
Tapi aku tidak kesah sebabnya, perkara perkara yang menyakitkan hati aku itu HANYA akan bertahan selama 2-3 hari sahaja.
Selepas itu aku akan kembali kepada keadaan asal.
Normal.

Kamu?
Aku tidak marah lagi.


Dosa yang terjalin?
Hapus begitu sahaja.


Kerana apa?
Kerana aku memaafkan setiap umat di dunia ini pada setiap malam.

Malah aku meminta semoga dimurahkan rezeki dan dilimpahkan kurnia dan darjat.
Mudah mudahan.

Memang benar kita berbeza.
Perasaan kita lain lain.
Masing masing punya penghayatan berbeza.
Maksud yang berbeza.
Penilaian yang berbeza.

Tetapi, janganlah dibangkitkan perkara sedemikian lagi terhadap aku.
Dan juga jangan mengingatkan perkara sedemikian kepada aku lagi.

Memang benar, kadang kadang penulisan yang berbentuk OR berbaur unsur unsur seperti mahu menghentam seseorang itu akan kelihatan oleh aku.
Itu cuma perasaan syaitonirrajim yang menghasut akan hati umat ISLAM supaya memecahbelahkan keadaan.

Tetapi, beberapa kemudian harinya, ada aku umumkan kepada rakyat dengan apa yang kamu terjadi kepada aku beberapa ketika dahulu?
Tiada.

I repeat! TIADA.
Kias kiasan yang hanyalah sering disalah ertikan dan layu begitu juga tanpa persoalan yang jelas.

Demikian juga dengan apa yang terjadi.
Persoalan yang ingin dilontarkan adalah.
Salahkah untuk seseorang umat itu untuk menyuarakan permasalahan secara kias kiasan?
Salahkah ia disisi masyarakat kita?
Dihentam dengan penilaian penilaian yang tiada unsur yang jelas lagi nyata?

Fikir fikirkan.



Aku tidak mengambil hati dengan apa yang terjadi.

Malah aku menyokong dengan apa yang dilakukan.
Hidup bahagia tetapi hati dan kotak pemikiran tidak tenteram.
Kombinasi yang boleh menyebabkan jiwa menjadi kacau bilau + stress + marah marah.

Apa function?
TIADA...

Itu sahaja
~ SekiaN ~


*Sila Baca Dengan Nada Yang Tenang Kerana Penulis Tidak Ada Perasaan Marah Marah
Baca Dengan Tenang Dengan Hati Yang Tenteram*

~ Jaa ~

4 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

suka tgk pic sawah bndg tu

KuaLaM KeinDahaN said...

hoho.. terima kasih..
pic tu kredit utk member aku...
aku pun xsangka die ade bakat terpendam. hehee~ :P

Anonymous said...

Terima kasih, pekerjaan yang baik! Ini adalah hal yang saya harus miliki.

KuaLaM KeinDahaN said...

terima kasih kembali...
semoga berjaya.. :)