Thursday, December 30, 2010

~ Tahniah Sugar DaddY ~

Cerita yang nak disampaikan ni mungkin dah kelihatan seperti sangat lama dan baru terhegeh-hegeh nak update segala bende. Ish ish. Terok cukup!!!
Pada Jumaat lepas aku bersama-sama adik-beradik aku yang lain pulang ke kampung di Negeri Sembilan sebab Sugar Daddy ade hari yang bersejarah yang hendak diukirkan di dalam kenangan beliau.
Kami yang dari oversea gerak pulang dengan awal pagi juga.
Tetapi, itu hanyalah percakapan yang dilontarkan, tetapi, tetap bergerak lewat dari biasa. Uhh~ Itu kebiasaan sebenarnyer. Hee~
Kemudian, kami breakfast dahulu baru bergerak ke kampung dengan hati yang girang untuk bertemu dengan sedara-mara yang lain sebab diorang dah sampai hari kamis lagi.
Kami gerak kalau tak silap pada jam 1040.

So, bermulalah perjalanan kami adik beradik dengan menggunakan 70% lebuhraya Utara-Selatan.
Selebihnya jalan biasa terus ke rumah Sugar Daddy.
Jam 1300 kami sembahyang di Masjid Tapah, lepas tu terus shoot ke Negeri Sembilan. Tiada lunch uhh time tu. Serius bapak punyer lapar semata-mata nak kejar masa ni. Sebab kami takut ketinggalan nak nengok hari sejarah Sugar Daddy.

Pe bende yang aku ngarutkan ni eyh?
Pe yang hari sejarah yang aku duk kecohkan sangat ni kan?
Hahaha~
Actually, Sugar Daddy nak kawen owhh..
Sugar Daddy ni lah yang akan sponsor kami tiap tiap tahun time raya dengan aktiviti aktiviti yang best iaitu *cousin nite out on 2nd day of syawal*. Mesti tiap tiap tahun die sponsor. Tu sebab aku gelarkan die Sugar Daddy. Hehe~

Sedara mara time tu kate kul 1730 nak gerak gi umah pengantin perempuan dah sebab takut lambat sampai. Perjalanan tak silap dekat sejam lebih gak arr baru sampai. Leh tahan jauh die. Huhu~
Tu yang kami kene save time semata-mata nak sampai tepat pada waktunyer. Nak pergi sendiri memang tak arr kan. Rumah pengantin perempuan pun tak tau kat mane. Huhh~
Kami bergerak pada kadar kelajuan yang ditetapkan oleh kerajaan. Jangan laju laju nanti kene saman. Sapa mau bayar? Haa! Masak kau! Haha~

Then, kami sampai kat rumah Sugar Daddy around 1740 kot. Nasib diorangpun tak gerak lagi. Yang best, kate kul 1730, tapi gerak kul 1830 gak. Ish ish.
So, dengan masa yang ada akupun pergi arr mandi and bersiap siap pe sume. Selamat kau. Kalu tak busuk busuk pergi majlis. Wekk!

1830 sumepun bergeraklah berkonvoi untuk Sugar Daddy untuk pergi akad nikah.
Kami konvoi dalam 8 kereta kalau tak silap.
Bergerak dengan penuh kegembiraan uhh.
Sebab kitorang macam tak caya jer yang Sugar Daddy dah nak kawen. Ish ish.
Gerak gerak dan terus bergerak.
Kamipun sampailah kat salah sebuah masjid kat area rumah bakal pengantin perempuan nih untuk solat maghrib dulu.
Pastu baru gerak pi rumah bakal pengantin perempuan.
Dah selesai pe sume kamipun geraklah pi rumah perempuannya.
Sampai jer, wuhh! Satu kampung duk berkampung sambut kami. Haha~
Gilerlah. Memang cuak duhh kalau aku yang jadi pengantin ni. Mau gugup aku time nak meng'akad nanti. Hehe~
Nasib bukan aku lelakinyer. Wuhh! Lega lega!!!
Dah sampai kami pun duduk duduklah pe sume sambil tunggu pak imam nak datang rumah untuk melangsungkan upacara. Nak tau?!!! Hahahaha~
Bukan Sugar Daddy sorang je yang akad nikah malam tu. Masuk Sugar Daddy orang yang KETIGA kot. Perghh! Memang ramai arr yang kawen malam ni. Hehee~
Pastu, bile pak imam dah sampai, diepun mulakanlah upacara.
Memanggil 2 orang saksi yang adil *owh! bapak aku jadi saksi kedua untuk Sugar Daddy kawen ni. Slalu sangat bapak aku jadi saksi, macam dah lali jer aku nengok. Dulu mula mula nak dijadikan saksi macam takut takut jer, skrang senang, orang panggil untuk jadi saksi, bapak aku ok kan saja. Huhu~
Pastu, pak imam terang terangkan semua isi kandungan yang tertera kat kertas pe bende ntah, pastu, bagi tarbiah skit kat Sugar Daddy pastu, bagi ke ayah pengantin perempuan untuk dijadikan tukang nikah.
Kalau nak dilihatkan, Sugar Daddy sangat tenang, serius! Tenang giler even kiri kanan, depan belakang, celah celah tingkap dengan handphone nak record & amik gambar, tetapi, ayah kepada pengantin perempaun yang nampak lebih nervous. Huhu~
Kami dah senyum senyum time tu. Takpelah.
Untuk akad nikah Sugar Daddy kene 2 kali akad.
Sebab akad pertama diminta diulang kerana saksi pertama tak berapa dengar dengan lafaz Sugar Daddy.
So, untuk kali kedua lulus!!!
Semua orang mengucapkan *Alhaldulillah. Bukan tahniah ye! Lepas baca doa baru ucap tahniah. Bagi berkat dulu. Hee~
Lepas baca doa pe sume yang sangat panjang, kedua dua pengantin pun mulakanlah sesi batalkan wudhu', dan sesi sarungkan gelang dan cincin utk kedua dua pihak. *gelang untuk perempuan, cincin untuk lelaki.
Pastu, pa lagi! Salam salam arr makcik pakcik sume dan sesi photography.

Then, kami yang bukan nak di ambil gambar ni di jemput untuk makan juadah yang dah disediakan.
Aku time tu memang lapar tahap gler punyer, bayangkan just breafast je yang aku makan. Mana leh tahan dong sampai kemalam. Pa lagi pekene arr makanan diorang. Tak kire sedap ke tak, deria aku hilang time tu. Janji dapat makan dah syukur giler. Haha~

Pastu, dah habis makan pe sume, kamipun pulanglah kerumah Sugar Daddy, sebab banyak lagi urusan nak kene buat and siapkan.
Kami sampai kat rumah pun tak silap around 2300 kot.

Re3n, Tuan Qilaf & Me waiting for others

Time ni my mum ask us suh naik keter mane yang kosong jer. Huhu.
Car pool kan bagus, jimat!

 Time ni tak silap tengah tunggu pak imam nak datang. So, kami main snap snap je gambar. Huhu~

Ni masa perbincangan dengan dua dua pihak. Tak tau pe yang diorang duk sembangkan. Hee~

Time ni Sugar Daddy tengah akad nikah. Kanan skali berkopiah tu my daddy. Huhu~ 
Baju hijau tu pak imam & bersongkok hitam baju biru tu ayah kepada pengantin perempuan.

Erk! Sabar MakLong. Jangan gigit jari tengah akad ni. Belom selesai lagi. Huhu~
Yang kiri bawah skali tu mak kepada Sugar Daddy. Huhu~
Ni sebahagian kaum hawa yang ada.

Terlupa 1 part, time ni Sugar Daddy tengah lafaz ikrar pada pengantin perempuan.

Masa pakaikan gelang pada isteri tercenta.

Semasa sarungkan cincin

Gambar seterusnya adalah semasa kami ditugaskan untuk menyelesaikan tugasan tugasan yang perlu dilakukan oleh sedara mara.
Tidak kira tua mahupun muda, kami pasti akan duduk serumpun dan membuat bersama sama.
Gelak tawa semua pasti terasa, penat lenguh sama sama dihadapi.
Memang ini yang kami akan lakukan setiap kali sedara mara yang akan ke gerbang perkahwinan.
Seronok! Bukanlah tiap tiap bulan or tiap tiap hari kami dapat buat sama sama.
Ini cumalah sekali dalam seumur hidup untuk setiap sedara yang kawen.

Ini semasa sedang packing barang nak dijadikan souvenir untuk hadirin yang akan datang nanti.

Owh! Ini biasa arr kan. Mesti arr bergambar jer lebih. Hehe~
Kejer tetap buat ye! Paling banyak tau!

Dalam bekas bulat kecik banyak banyak tu adalah coklat.
Disponsor oleh kazen aku yang duk kat Key Ill.
Sangat banyak ok!
Kalau korang nak rasa mai arr rumah aku, ade je coklat tu.
Sampai tak termakan makan pun ade. Huhu~

Stakat ni je dulu untuk edisi akad nikah & souvenir.
Next entry would be the resepsi bagi pihak perempuan.

~ Jaa ~

2 comments:

KuraKura said...

kakak tuh dah macam makcik2 ngan selendang atas leher n sanggul rambut gaya lepas pantang.. haisshhh.. dia tak baca kan komen ni kan? hahahaha

KuaLaM KeinDahaN said...

ahahaha... makcik kampung lg vogue kot. huhu~
opps! mungkin baca kot. :D