Wednesday, December 15, 2010

~ BudI ~

Budi?
budi bahasa?
adakah budi bahasa itu teman baik seseorang?


Budi?
Budi bahasa?
Kenapa “ia” perlu bersama dengan manusia?

Tidakkah “ia” patut bersama-sama dengan benda hidupan yang lain?
Kenapa mesti manusia yang perlu dikejar dan didampingi?
Kadang-kadang manusia menjadi rimas. Rimas!

Rimas dari segala aspek.
Rimas dari segi dalaman dan juga luaran.
Rimas yang tidak berpenghujung.

Segala pertuturan akan menjadi kebinasaan.
Segala percaturan pasti akan musnah.
Segala-galanya akan terkubur begitu sahaja.

Tetapi, mengapa “ia” masih dengan jiwa yang bernama manusia?
Kenapa tidak dengan hidupan-hidupan yang lain?
Argh!! Kerunsingan.

Runsing dari semuanya.
Segala yang diinginkan pasti akan hilang.
Hinggakan deria perasaan menjadi satu.

Jiwa perasaan menjadi tidak menentu.
Hati yang tenang menjadi ribut.
Pemikiran yang indah menjadi gelap.

Jika seruan Ilahi dapat didampingi.
Segala kekucar-kaciran dapat dihindari.
Jika ini dapat diamalkan, pasti hidup menjadi aman dan tenteram.

Kadang-kadang apa yang berlaku hanyalah mainan yang dirancang.
Biarkan apa yang mungkin terjadi.
Amik iktibar dan sebagai pengajaran di dalam hidup.

Apa yang di catit bukanlah tidak kena dengan penulis.
Sekadar hiasan dan pelajaran.
Agar hidup lebih teramal dan tersusun.

Akhir kata tiada berpenghujung.
Tamat bicara begitu sahaja.
Indah dalaman indah luaran, Indah rupawan indahlah bahasanya...

~ Jaa ~

2 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

Budi bahasa budaya kita.. (feeling mcm Dato Ct nyanyi)

KuaLaM KeinDahaN said...

haa.. pa lg? aku request ni. nyanyi lagu tu kt blog ko nanti.. ahaha~