Mega pancaran bersilau-silau.
Putaran berpaksi Timur ke Barat.
Malam “berbentuk” indah menyeri.
Tumbuh-tumbuhan bergoyang bertambah sepi.
Buah yang elok menjadi keutamaan.
Wajah yang girang, hati yang tenang.
Bila dikopek, kepala tersengguk.
Disangkakan “perfect” tetapi sangkaan.
Buah dadu dibaling-balingkan.
Membuat taruhan menjadi pilihan.
Yang dikejar tak dapat bertaburan.
Yang dikendong habis berciciran.
Kita hidup di dalam pelbagai bangsa.
Warna kulit dan juga bahasa.
Pertuturan dilempar mengikut suka.
Sesudah habis badan binasa.
Ulam pucuk ulam diraja.
Enak dicicah bersama sambal belacan.
Sungguh manis berkata-kata.
Umpama baldu menjadi idaman.
~ Jaa ~
No comments:
Post a Comment