March 25th 2010 merupakan hari dimana aku rasa diri ini tidak setenteram seperti biasa.
Tidurku tidak cukup, asyik terjaga dari tidur.
Mungkin aku sedang menunggukan sesuatu untuk dibalas.
Tetapi, penantian aku itu hampa kerna ia tetap tidak dibalas seperti yang aku harapkan.
Aku akan terus menunggu.
Menunggu dengan penuh harapan.
Mungkin aku telah melakukan kesalahan kepadamu.
Aku juga telah meyakinkanmu.
Tetapi, keyakinan yang aku berikan itu tidak juga diterima olehmu.
Aku tahu yang kamu mungkin berasa marah dan cemburu dengan perbuatanku itu.
Tetapi, haruskah sampai sedemikian rupa?
Kerana kamu tahu yang aku amat menyayangi dirimu.
Tidak mengapalah.
Aku akan tetap akan cuba yang terbaik.
Jangan dikau menghampakan diriku lagi dimasa hadapan sudahlah.
Kerna aku tetap akan terus menunggumu.
~ Jaa ~
No comments:
Post a Comment