Saturday, August 6, 2011

~ Sempadan Antara Hujan Dan PanaS ~

Minggu lepas bersamaan dengan Julai 30 2011 iaitu hari Sabtu.
Aku sekeluarga berangkat berkhelah ke Port Dickson bersama sama dengan keluarga PakUsu.
Disebabkan keluarga PakUsu cakap mahu makan puas puas dan bermandi manda sebelom bermulanya puasa Ramadhan yang kita tunggu tunggukan sepanjang tahun ini.
Semasa puasa kita dah tidak berpeluang untuk beriadah seperti begini lagi.

Putaran masa terus berputar as kami gerak dari rumahpun sudah lewat sedikit.
Sebab tunggu mama masak untuk bekalan makanan semasa berkhelah nanti.
Mama masak bihun goreng untuk haritu.
Buat sandwich dan air Rootbeer dan beberapa makanan sampingan.

Pada hari itu aku yang memandu ke Port Dickson.
Aku terasa excited mahu berkhelah.
Walaupun aku hanyalah tidur dalam masa 1 jam sahaja.
Tetapi penglihatan aku terhadap jalan raya masih lagi terang dan tiada bayangan bayangan yang mampu memudarkan semasa aku memandu.

Sepanjang perjalanan kami di iringi oleh hujan rahmat yang turun membasahi bumi yang sedikit kering kerana cuaca sangat panas beberapa hari yang lalu.
Sedikit sebanyak mampu membuatkan hidupan hidupan lain yang hidup di bumi ini mampu untuk survive.

Sebaik sahaja tiba di persimpangan Port Dickson, hujan semakin lebat.
Malah jam tersangat teruk!
Aku pandang ke kiri kanan jalan.
Banyak pokok pokok besar tumbang.
Dahan dahan pokok yang patah menghimpap di jalan jalan raya utama.
Itu yang menyebabkan kesesakan sehingga beberapa kilometer.

Sungguh! Ini kali pertama aku melihat sepanjang perjalanan utama Port Dickson pokoknya tumbang dan dahan dahan patah disana sini.
Dalam hati kecil aku berbicara "mungkin ini balasan yang ALLAH mahu tunjukan kepada masyarakat bahawa mungkin terlalu banyak maksiat yang berlaku disekitar kawasan sini".
Seperti orang orang tua berkatalah "kalau kau buat perkara berdosa dan orang sekeliling tidak menegurnya, bala lah yang akan menimpa bukan hanya pada kamu, malah pada penduduk sekeliling".
Mungkin itu satu iktibar yang mungkin rakyat perlu prihatinkan.

Sampai satu tahap dimana kenderaan langsung tidak bergerak sehingga 1 jam akibat petugas petugas unit khas sedang memotong pokok yang tumbang yang menghalang jalan utama.
Owh! Aku terlupa satu perkara. Akibat ada satu jalan raya juga dihadang oleh pokok besar.
Jadi penduduk kampung bekerjasama dengan petugas petugas unit khas mengawal lalu lintas.
Dan disebabkan itu kami dipandu ke satu kawasan kampung dalaman.
Alangkah terkejut aku melihat! Satu kampung tu ditenggelami oleh banjir.
Aku bagaikan teruja! Mujur jalan raya tidak ditenggelami terlalu dalam. Jadi semua kenderaan melalui jalan tersebut sebagai jalan alternatif.

gambar mungkin sedikit jadi double as tangkap dalam keadaan kereta sedang bergerak 

see? ini betul betul tenggelam nih.
macam tengah naik sampan pun ade. hehe~

So, setibanya dipersimpangan keluar dari kawasan kampung berkenaan.
Kami teruskan lagi perjanan. Kali ini masih lagi pokok tumbang. Tapi, cable cable elektrik jugak turut tumbang.

memang ini sajalah suasana sekeliling seluruh Port Dickson.
pokok tumbang, dahan patah, cable elektrik tumbang.
MALAH! Turut ade jugak yang menghimpap kenderaan.

 pic ni, kenderaan CRV.
depan lagi ade kereta wira hitam.

yang ni, signboard jugak runtuh.
alangkah "nightmare" suasana pada ketika itu.
aku hanya mampu terdiam dan bersembang sahaja dengan mama disebelah aku.

Ada pada satu ketika, aku seronok melihat kelibat pemandu pemandu di hadapan aku.
Adalah boleh dikira dengan jari jemari tangan aku yang keluar dari pintu pemandu duk "stretching" badan, pergi ke bonet kereta mengambil makanan. Ada juga yang sempat bersembang dengan kenderaan dihadapan mereka.
Suasana yang aku rasa sedikit menghiburkan. Tiada perasaan amarah since keadaan ketika itu adalah bencana alam.
Jika aku merasa marah, yakni aku memarahi akan alam semulajadi. Itu aku rasa tidak sesuai.

Selepas hampir sejam, jalan mulai bergerak dan cuaca masih lagi hujan renyai renyai.
Jalanraya ketika itu diseluruh simpang panjangnya hampir 4-7km. Sungguh aku tidak tipu!

Arah tujuan kami adalah berkumpul di Blue Lagoon.
Alangkah terkejutnya aku dan itu adalah kuasa yang MAHA ESA.
Setibanya di satu bulatan.
Cuaca panas!
Bagaikan aku melepasi satu garisan sebagai pemisah diantara hujan dan panas.
Benar kata sepupu aku yang mengatakan bahawa di Blue Lagoon panas.
Sedangkan semasa aku tiba hujan siap ribut sedang melanda.

Mungkin Tuhan mahu uji.

Mungkin aku akan bersambung ke entry yang lain jika mempunyai kelapangan.
Sekian.

~ Jaa ~

6 comments:

fahmie firas said...

Nice experience, indeed.

Nor atau Nad said...

o.O

KuaLaM KeinDahaN said...

fahmie-yes. it was a great experience :)

KuaLaM KeinDahaN said...

cik nor - O.o

sara zainol said...

kuasa allah semua itu.. kn?

KuaLaM KeinDahaN said...

sara-yup2.. hebat rasenyer..