Thursday, August 18, 2011

~ Cerita 7 PerjalanaN ~

Ada pepatah yang mematahkan perkataan,
"Jauh Perjalanan Luas Pemandangan"
Maybe istilah gua rasa boleh bolehlah.
Kalau stakat jalan jalan yang gua dah biasa lalu.
Pemandangan tu pun dah tak payah gua nengok.
Dah terlekat dalam sanubari gua dan minda gua.

Semalam gua ada date.
Bukan date dengan perempuan.
Gua date dengan member gua masa gua sama sama Universiti dengan dia dulu.
So, semalam die mintak gua teman dia ke Key Ill.
So, dia dari Banting turun ke Alamanda.
Dari Alamanda gua guide dia ke rumah gua.
Sebab gua nak letak balik kereta kat rumah gua.

Lepas tu gua say papai kat mama gua.
Gua gerak dengan kereta member gua.
Owh! Mama gua bising.
Mama gua suruh gua potong rambut.
Aduhh~
Tunggulah, nanti gua potong kat Jantzen kat Mid Valley ye mama...

Kitorang gerak dari rumah around 12++.
Member gua sebenarnya nak gi baiki jam dia kat main Fossil dekat Menara Atlan.
So, gua dah belek belek kat maps.google.com.my tempat dia.
Owh! Senang jer gua nengok.
Celah lubang telinga jaa.
Dugaan sungguh bulan posa nih.
Telinga gua asyiklah gatai sejak 2-3-4-5 arini.
Terpaksa sabar dengan penuh tekun.
So, kitorang sampai kat Atlan Tower tu 1330 sebab parking susah cari. Daiiim!
Member gua parking kat Nasi Kandar Pelita.
Bukan kami "break fast" awal ekk!
Kami parking jaaa!
Then, bile dah sampai kat office dia.
Kami kena tunggu plak sampai jam 1400 sebab lunch hour.

Tepat jam 1400, technician sampai lepak lepak cungkil gigi.
Member guapun bagilah jam dia.
Tak sampai 15min, siap!
Just tukar battery jer.

Ada sorang customer tu tukar battery gak kene charge RM80 gua dengar.
Wooop!!
Bapak mahal.
Battery tahan setahun jer..
Teruk teruk. Songlap duit betol gua bicara dalam hati kecil.

Lepas tu gua dengan member gua lepak kat KLCC.
Pusing pusing masuk setiap butik yang ada.
Eyh! FCUK kat KLCC dah takde eyh???
Gua puas cari tapi tak jumpa jumpa.
Mana pindah?????
Naik angin jugak arrr gua.

Last last gua dapat rembat spender Renoma ja kat "U" Setan.
Member gua pun sama.
Rembat boxer Renoma jer.
So, raya ni gua pakai spender jerlah.
Hahahaha~

Around 1630 Kitorang gerak ke Shah Alam plak.
Nak bukak posa kat sana dengan awek member gua.
Jalan jam takyah cter arr..
Macam haremmm saja.
Gua yang memang seorang penyabar duk rileks kat krusi sebelah driver.
Gua tengok saja keindahan sekeliling yang tak menarik.

Around 1845 kitorang sampai kat Nasi Lemak Cinta Sayang Seksyen 7.
Hujan renyai renyai bagi sejuk badan.
Gua cedok nasi lemak buh dalam atas pinggan, lauk pauk.
Owh! Terima kasih sahabat.
Lu payung gua makan bukak posa.
Ada masa gua balas balas balik yeah!

Makan kenyang kenyang.
Lepas tu awek member gua dengan member dia 2 orang mau lepak kat Klang.
Gua taktau nau describe macam mana.
Patut gua gelarkan tempat tu Uptownkah? DownTownkah? Takdaq TownKah??
Hurmmmmmm.....

Member gua tu beli baju melayu sepasang.
Murah!
Sebab dapat harga kenalan kenalan.
Yang kenal tu awek member gua.
Memang bestprice dia kasi.
Coool!

Around 22++ member gua cakap mau balik.
Lagipun member gua nak balik jauh ke Banting.
Jam 2300 sampai rumah gua.
Pastu member gua terus shoot balik Banting.
Jam 000+ gua dapat message dari member gua cakap dia dah selamat sampai kat rumah.
Owhh!
Tenang jiwa gua baca.
Terus gua layan online puas puas sampai mata rabak tak tahan yang takleh blah punya.
7 tempat gua jalan semalam.
Penat takyah cter arr.
Gua rabak seyhh...

~ Seri Kembang Semangkuk - Alamanda - Atlan Tower - KLCC - Nasi Lemak Cinta Sayang Shah 

Alam - Klang - Seri Kembang Tak Kembang Kembang Dah ~

Gua bangun sahur jam 0505..
Agak lewat dari biasa.
Sebab biasa gua bangun jam 0500.
Hahaha~
Gua baca doa.
Gua Gosok gigi.
Gua Mandi.
Gua Solat.
Gua wat entry ni.
Dan Gua Post Entry Nih.
Lu orang?
Baca sajaaaaa.
Terima Kasih...

~ Jaa ~

4 comments:

Carmen said...

korek tinge x batal posa.. :)
cheers

KuaLaM KeinDahaN said...

tp aku tak selesa nak korek2 nih. hehee~

::FAIZ FARISH:: said...

tak baik korek2....

KuaLaM KeinDahaN said...

btl2... makruh katanya..