Sunday, October 3, 2010

~ Masih Lagi Mood RayA ~

RAYA KE-8
Owh! Kene pulang ke Melbourne sudah. Aduhh~
Cepat sungguh. Dahlah banyak lagi Open House yang perlu dihadiri pada hari Sabtu ni yakni raya ke-9. Aiseyhh… Rugi sungguh tak dapat nak datang ke rumah mereka.
Pagi yang indah ini kami bertolak dari rumah around 1000 macam tu lah.
Kami bukan berlima seperti biasa, tetapi berenam kerana boyfriend kakak ku follow skali tapi die akan di-drop-kan ke Penang. Jadi, seperti biasa macam balik ke kampong. Kami beraya ke belah Utara dengan 2 bijik kereta. Bukan kerana boyfriend kakak ku ada sekali. Tidak!! Jangan risau Encik Rafiq. Tetapi, cuti abang ku tidak mengizinkan beliau untuk berada terus lama di Selangor+Kuala Lumpur. Sebab, beliau diberi cuti sehingga ahad ini. Cukuplah beliau beraya di belah Utara before beliau pulang ke oversea.
Kami berempat naik kereta abang, dan mama & bapak kereta 1 lagi. Romantic bukan???
Owh~ on the way balik tu kami tidak terus ke Kedah, tapi kami singgah sementara di Taiping kerana abang mahu beraya di rumah kawan beliau. Melantak lah sungguh-sungguh aku, kakak & boyfriend kakak. Serius!!! Kami betol-betol melantak. Ahaha~ Tanpa rasa malu sikitpun. Siap mintak nak tapau lagi. *tapi, kami tak tapau ye…* Hehe~
Kami bertolak dari rumah bersama-sama, tetapi, tidak sepanjang perjalanan. Siapa sampai dahulu di Kedah, akan tunggu 1 bijik kereta lagi.
Owh! Lupa! Sedara yang tinggal di Lagenda Height ada buat open house. Jadi, kami terus ke rumah beliau untuk makan-makan. Actually, rumah tersebut baru je beli and di-renovated. Sedara ni juga tinggal kat Key Ill. Die balik raya ni & wat open house skali. Dah alang-alang, nak jugak beraya kat rumah sendiri kan. Hehe~ Kami yang menaiki kereta abang sampai dahulu di rumah sedara tersebut. About 10 minutes later, daddy & mummy sampai.
Lepas makan-makan, minum-minum, makan lagi kami pun berangkatlah ke rumah sedara 1 lagi kat Amanjaya untuk beristirehat. Almost each time we’re here, we must sleep at her house.

RAYA KE-9
Owh! Hari ini ada kenduri kahwin anak kepada Tuan Rumah Sewa Single Valley Yang Tak Boleh Bertolak Ansur di laluan ke Tanjung Dawai. Tak sure name tempat die.
Kami sampaipun dah agak lewat skit. Adalah dalam jam 1530. And harini plan nak pergi beraya di Penang right after kenduri kawin nih.
Owh! Abang tak follow skali ke kenduri kawin sebab die pergi beraya di rumah kawan die kat area-area Sungai Petani ini. Tetapi, beliau follow untuk pergi ke Penang.
Dah abis makan pe sume, mama nak pergi beli ikan bilis kat Tanjung Dawai untuk di bawa pulang ke Selangor. Biasalah, slalu gak kalau turun ke Kedah ni mesti pergi beli ikan bilis kat sane. Apa yang menarik pun tarak tahu. Haha~
Pastu, jam dah menunjukkan around 1700, kami berangkat ke rumah sedara 1 lagi untuk bertemu dengan abang untuk ke Penang. Jadi, kami exchange kereta dan naik kereta abang. Tetapi, kami beraya dulu dirumah sedara 1 lagi ni.
Nak dekat jam 1800 kot baru gerak ke Penang. Jalan tidaklah berapa jam, Cuma di tol Jambatan Penang tu je yang sedikit jammed teruk. Tapi, kat atas Jambatan ok ok sahaja. Jadi, 1st checkpoint kami di mana ya. Hurmmm… saya ni kurang arif dengan nama-nama di Penang. Jadi, maafkan saya ye! Kami pada malam tersebut kami beraya di 3 buah rumah sahaja. Actually, banyak giler rumah nak pergi, but then, masa tak mengizinkan. Kami kuar dari Penang pun dah around 2330. Tera nak sampai kat Kedah dah nak dekat 0030. See? Kami tiada cukup masa untuk pergi rumah beraya dengan lebih lanjut. Huhu~
Pulanglah kami ke rumah sedara kat Amanjaya tersebut.
Rehatlah kami dengan riangnya.

RAYA KE-10
Owh! Nama sahaja raya! Tapi, kuliah sudahpun bermula! Ceith! Tapi, jangan risau. Aku masih lagi beraya. Hahaha~
Aktiviti hari ini beraya di rumah Pakcik dekat area-area SP and ada majlis wedding yang perlu dihadiri iaitu ex-Jiran aku dulu time aku duduk SP. Anak beliau *Uncle Leman & Antie Saridah* yang kawin.
Jadi, right after kelas aku berangkat beraya terlebih dahulu barulah pergi ke majlis kawin tersebut.
Jadi, Special Congratulations To Abang Wan Kerana Sudah Menjadi Seroang Suami
J
Lepas majlis tu kami perlu berangkat pergi ke Tesco pula untuk pergi beli barang keperluan aku. Tak boleh lambat-lambat kerana mama, bapak, kakak & her boyfiee kene pulang ke Selangor pulak. Owh! Abang sudah pulang ke oversea lepas kenduri kawin tadi.
Lepas beli beli barang pe suma pulanglah aku ke rumah sewa yang tak boleh dirunding ni. Bosan juga rupanya.
Jadi itu sahaja kot 10 raya pertama ni.
Banyak lagi cerita untuk 20 raya akan datang. Jari ni dah lenguh dah duk menaip jer. Haha~
See yeah guys later!!

~ Jaa ~

2 comments:

Nor atau Nad said...

uitm kedah gak ke???
amek ape???

KuaLaM KeinDahaN said...

a'ah.. di bawah naungan mak leha. ahhaha~
uitm kedah juga..
amik b'ness..
pre law kan??
selamat berkenalan.. :)