Wednesday, September 29, 2010

~ Semakin Hampir Munuju Ke PuncaK ~

RAYA KE-7

Hari ni aku ade janji yang perlu aku tunaikan yakni pergi beraya ke rumah member-member yang menjemput aku dengan budak-budak skolah yang lain.
Tapi, takdelah kuar awal pagi ye nak pergi beraya. Bahaha.. Itu namenya tak senonoh. Tito pun tak puas lagi dengan penat semalam. Wuhh~
Then, bangunpun dah ke tengah hari, of courselah petang baru gerak. At first, ade open house dekat Bangi. Then, rumah beliau aku tak tau kat mane. Jadi, akupun menjemputlah Bestie Seri Kembangan *Encik Nurudin Setefarzi* untuk join bersama. Pada ketika itu, aku call beliau dan beliau berada di Bangi kerana mempunyai urusan yang perlu diuruskan. Beliau kate pada jam 1520 baru beliau sampai dirumah. Jadi, aku menunggu beliau kerana beliau lebih expert dengan area Bangi. Jadi, pada jam 1530 baru kami bertolak dari rumah. At o’clock 1600 baru kami sampai dirumah yang dijemput iaitu Cik Azah.
Owh! Kuew teaw goreng yang dihidangkan memang sedap. Aku nak je tambah tapi tak berkesempatan kerana member-member yang lain yang telahpun sampai terlebih dahulu telah menunggu kami hampir 1 jam di rumah tersebut. Bahaha~
Jadi, kesempatan untuk makan lebih itu sedikit terbatas kerana kami mempunyai rumah yang ingin ditujui di area Bangi juga.
Jadi, pada jam 1640 kami beransur pergi ke rumah seterusnya iaitu ke rumah Abang Nash. Yang turut serta didalam konvoi ni dalam 10 orang dengan 3 bijik kereta.
Di rumah Abang Nash ni tidaklah menghidangkan kami seperti dirumah-rumah yang lain. Abang Nash cuma hidangkan kami dengan ayamas & nudget. Lebih ke arah ke-Barat-an sikitlah ye. Ahaha~ TAPI! Masih lagi ada kuih raya yang menjadi sampingan untuk dijadikan juadah.
Di rumah Abang Nash ni kami lepak agak lama jugalah. Pas solat Asar pe sume barulah gerak cz nak pergi ke Salak Tinggi plak. Tau tak kat mane Salak Tinggi tu????? Haa! Salak Tinggi tu kat area-area Sepang tuh. Masuk kali ni kire dah dua kali dah pergi ke rumah beliau iaitu kediaman Umar Hasif. Yang pertamanya ialah pada kenduri kahwin kakak beliau yang ada juga entry terselit dibawah nun jauh jugalah.
Kami bertolak dari rumah Abang Nash around 1840 kot. Nak ke Salak Tinggi dari Bangi boleh tahanlah juga jauhnya. Kami sampaipun cantek-cantek maghrib tengah berkumandang. Jadi, kami berhenti seketika untuk menunaikan solat Maghrib di Masjid ape ntah namenya. Taktaulah. Tambahan plak Umar Hasif tiada di rumah. Beliau berada di luar seketika kerana mempunyai urusan yang perlu dibuat. Beliau beritahu yang beliau akan menjemput kami di masjid untuk kerumah beliau. Kerana takut akan ditahan oleh guard. So, adanya tuan rumah, kami senang untuk pecah masuk. Bahaha~
Kami pun sampai di rumah beliau pada jam 2010 rasanya. Kami dihidangkan dengan ketupat yang enak. Kuih raya yang lazat, air yang menarik. Duit raya yang menawan. Hehehe~
Kami bertolak dari rumah beliau adalah dalam jam 2200 kot. Pastu, kami dipandu arah oleh member yang bawak kami kemane-mane jerlah die suke. Ahahaha~
Jauh perjalanan. Dan akhirnya kami sampai di jalan masuk pintu gate masuk ke UPM. Tapi, malangnya, gate tersebut telahpun ditutup kerana apa tak taulah. Jadi, kami mengambil keputusan untuk berhenti seketika dan mengambil gambar banyak-banyak untuk dijadikan kenangan untuk tahun ni. Huhu~ dekat 30 minit gak arr duk melepak amik picca.

Ni Kat Rumah Cik Azah. Time Ni Nak Chow Dah

Ramaikan Jemputan Skolah Yang Di Jemput Kat Rumah Azah
Dah Macam Reunion Nengok. Boleh Kate Sume Budak-Budak Skolah SMKSS

Ni Kat Rumah Abang Nash
Jamuan Santai Jerk

Berangkat Ke Rumah Encik Umar Hasif

Oppss!! Kami Dapat Duit Raya
Brapa??? Mana Leh Gtau
Rahsia Kami Kami . Hehe~

Disebabkan Takleh Nak Masuk Disebabkan Gate Tutup
Kami Amik Gambar Kat Tepi-Tepi UPM

Haa~ Ni Last Gambar Untuk Entry Kali Ni

Pastu, diorang ade request untuk pergi ke Shah Alam kerana ade member seorang ni nak pegi ambik motor di sana untuk dibawa pulang ke Serdang. So, aku tak dapat nak follow, sebab esok paginya aku perlu pulang ke Kedah sudah. Jadi, aku pulang dan kemas barang sumanya untuk dibawa pulang ke Melbourne.

~ Jaa ~

No comments: