Ni merupakan Cerita aku sepanjang 10 Syawal Yang terakhir
Kite akan bermula dari cerit yang ini dululah ye semua semua. then, picca akan diupload kemudian hari apabila saya pulang ke rumah kelak. terima kasih.
30092010
Tarikh ni plak aku kene kejer skit. Kejer pe? Haa~
Mari teka beramai-ramai.
Soalannya,
Pekerjaan apakah yang dimaksudkan oleh penulis blog http://kualamkeindahan.blogspot.com pada tarikh 30 September 2010 ini?
A) Sebagai pendatang untuk menghabiskan makanan.
B) Diundang sebagai VIP oleh majlis tersebut.
C) Sebagai photographer.
D) Sebagai pengacara majlis.
Jawapannya ialah:
10 saat akan diperuntukkan bagi soalan ini.
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
Tett~
Jawapannya ialah D!
Tett! Salahhh!!! Cuba lagi.
Jawapan yang sebenarnya ialah A, B dan juga C!
Ngahaha~
Actually, tugas aku pada malam tu ialah sebagai photographer jer sebab diundang oleh rakan serumah aku.
Aku ok ok sahaja. On jerlah.
Then, dah dekat sane, takkan nak duk diam amik pica sume orang jerkan macam kayu tunggul kat sungai tu. Sambil sambil tu kene arr makan kenyang-kenyang skali.
Majlis yang aku pergi ni sebenarnya anjuran Kelab Bahasa Arab UiTM Kedah. Ni jamuan kire jamuan raya kelab tersebut arr. Aku diundang untuk mengambil pica sepanjang program ni berjalan.
Makanan yang dihidangkan ni enak-enak belaka.
Firstly, makanan yang ditunggu-tunggu aku ialah nasi beriani akeem. Ni kire nasi beriani die memang sedap arr wa cakap sama lu olang sume. Hahaha~
Bukan setakat nasi beriani jer, ade jugak satey, buah-buahan, jagung bakar, nasi impit. Apa lagi? Ermm.. tu je kot. Huhu~
Majlis start around 2100 macam tu. Tapi, macam biasa arr, tera nak tunggu sume ahli-ahli yang datang tu pun dah makan masa jugak arr. Ade arr delay skit dari masa yang ditetapkan tu.
Then, majlis tamat around 2330. Pastu kene tunggu plak member aku ni wat sidang mesyuarat untuk majlis tu. Biasa untuk mereka-mereka ni akan wat posmotem bile tamat majlis or event.
Tunggulah mereka sume ni abis wat tu sume. Baliklah ke rumah. Sampaipun dah dekat 0100. Penat sungguh malam tu. Huhu~
Ni Lauk Untuk Nasi Beriani
Owh! Ni bende yang Kami Masak
Opps! Mereka yang masak. Aku cuma Makan Je kat Sana
Tehee~
Ni Para tetamu Yang Hadir
Tetamu Yang Menjadi AhLi SahajA OkiE!
MereKa inI Orang KuaT KelaB Bahasa Arab
Dan MereKA Juga BesFreN Aku
Tahu TakUT MinTak AmpUn
Hahaa~
01102010
Haa! Tarikh ni special skit. Sebab ada undangan dari classmate untuk pergi rumah beliau selepas sembahyang jumaat. Beliau ada buat open house untuk kami kami ni. Rumah ni kami gelar sebagai “pudding”. Bukan pe, pudding yang beliau buat ni serius memang sedap gilar arr!! Tak tipu 0o0o0o.. Kisah untuk gelaran tu sebab, last year punya raya, kami dijemput untuk pergi ke rumah beliau jugak sebab beliau buat open house. Tambah-tambah plak, pas makan makan pe sume kami dihidangkan plak dessert pudding. Perghh!! Memang meletup arr! Terus dapat gelaran tu untuk rumah tersebut. Hehe~
Pada hari ni, rumah Cik Adlina buat pelbagai jenis juadah juga.
Firstly, makanan yang serius aku duk tunggu-tunggu dari setiap rumah yakni makanan favorate aku nih! Mee kari. Wow!! Serius! Mane-mane rumah aku pergi beraya before this takdepun yang nak hidangkan aku mee kari nih. Tak kesahlah mee kari ke, mee bandung ke, mee kuah ke. Janji mee yang mempunyai kuah untuk dihirup. Perghh! Lepas gian siot dapat makan mee kari yang Mak Cik Adlina ni buat. Pastu, ade lagi bihun sup, pudding yang ditunggu-tunggu, ada nasi impit, rendang. Wuhh! Kuih muih lagi yang pelbagai. Pe lagi? Hurmmm… Yang pasti, memang kenyang giler arr makan.
Dah settle makan pe sume elok sangat orang masjid baru pas sembahyang Asar, so, mereka-mereka terus datang ke open house Cik Adlina nih. Jadi, kamipun teruslah masuk ke dalam rumah untuk sambung berborak. Tak puas borak-borak kat luar. Dahlah cuaca agak panas. So, kat dalam ada kipas, sejuklah skitkan kami-kami ni yang baru pas makan makanan yang panas macam meletup-letop tuh. Wuhh!
Bile kat dalam macam biasa arr. Mesti arr bergambar je kejer kami kami nih. Hahaha~
Baik lelaki mahupun perempuan. Sama sahaja kami nih. Ish ish~
Kalaulah “Mak Mentua” duk tengok. Aduhhaaaii…. Buruk betoi perangai.. Haha~
Dah penat bergambar pe sume kami pun berangkat arr pulang ke rumah masing-masing dengan perot yang tak tau malu yang duk angkut makanan yang dimakan tadi. Gendonglah sampai ke rumah.
Pastu, kami tak wat pape dah arr. Rehatlah kami sampai ke malam. Ehehe~
Ni KAt DepAn Rumah Beliau
InI ParA JejakA Yang HensEm Yang DaPAt Turut SerTA
Ni Plak KauM Hawa
Ni JumLah TetaMu YAng Hadir Kat Rumah BEliaU
SemUaNya Batch Kami & SAtU Kelas
02102010
Haa! Hari hari mesti ada open house. Penat arr! Ceith! Seronok arr! Hahaha~ itu baru ayat yang betoi.
Hari ni lecturer plak yang anjurkan open house. Satu hari die wat open house. Dari petang sampai ke malam.
Tapi, ada section section nyer ye. Petang untuk para lecturers. Malam barulah untuk student die.
Name lecturer ni Madam Rabitah Harun. Beliau mengajar subjek Research Methodology untuk kelas kami semester ini. Madam sangat baik dalam kelas. Setiap kali pembelajaran die, pasti akan selit selitkan ilmu agama. Bagus! Secara tak langsung ada jugaklah pendedahan yang berilmu yang dijadikan sampingan selain belajar Research Methodology ni kan. Terbukak jugaklah mata ni. Takde mengantuk mengantuk dalam kelas beliau. Kami ni kan tak berapa nak kaya dengan ilmu agama. Jadi, ada orang untuk belajarkan kami atau sampaikan ilmu agama sangatlah bersyukur.
Haa! Malamnye, aku n bebudak rumah + bebudak kelas pergi rumah madam around 2115 macam tu lah. Time tu madam dah bising-bising dah datang lambet pe sume. Haha~
Takpa madam, kami tetap datang. Jangan risau. Hehe~
Sampai sampai je tunjuk muka bagi salam, terus serbu makanan yang ada. Ahahaha~
Madam buat nasi tomato, ayam masak merah, ada satey, bihun sup, mee sup kuih muih and pelbagai lagi. Perghh! Muke memang dah tak malu kalau bab nak makan nih. Memang melantak jerlah aku kat rumah madam tu. Itu pun ramai lagi yang nak datang rumah madam. Tapi, makanan banyak dah kene sebat dek kami ni ha yang pelahap. Ahaha~
Aduhh! Next time kene makan dululah baru pergi beraya rumah orang. Nanti abis pulak makanan yang dihidangkan kat aku. Huhh~
Kat rumah madam kami dapat duit raya. Berapa isinya? Haaa! Biarlah rahsia. Tak baik beritau berapa, nanti dikire tak ikhlas plak madam bagikan. Ish ish~
Pastu, pulanglah ke rumah dengan waktu menunjukkan sangat lewat dah. Hehe~ kami ni mane reti lepak kejap kejap je. Mesti lama lama punye.
03102010
Pada tarikh ni ada 2 events yang kami sekelas lakukan.
Pertama tama kalinya ialah, geng geng Cik Nuryn + Geng Aku plan nak surprise kan Madam sebab hari ni merupakan bufday Madam Rabitah. Kenai ke tidak madam ni?? Ni lah Madam yang kami pergi beraya malam semalam tuh. Adoihhaaaiiii…….
Hari ni jugak kelas Cuma sejam jer. Sebab Madam kene jaga booth yang merupakan event kedua aku jap lagi cerita.
So, kelas macam biasa. Berlangsung seperti biasa. Cik Nuryn, Daten, Nadz pergi belikan kek kat town. Diorang masuk kelaspun lambat. Around 1020. Tapi, Madam tak kesahpun. Berlangsung seperti biasa. Then, bila kelas makin lama semakin hampie ke penamatnya, aku & Cik Nuryn plan suh member-member pergi lengah lengahkan masa. Sebab? Sebab kami nak pergi ke luar nyalakan lilin. So, plan berjalan dengan lancarnya. Bile member dah settle, kami dari luar terus masuk sambil nyanyikan lagu Bufday & ALLAH selamatkan Kamu.
Madam time tu wahh! Teruja + terharu. Huhu~
Ini bukanlah nak bribe or seangkatannya yer! Ni merupakan appreciated kami untuk lecturer yang sempoi + best!
So, bile dah nyanyi tu, Madam hembus lilin & potonglah kek. Pastu, kek tersebut edar-edarkanlah kepada satu kelas. Seronk tul time tu.
Selamat Hari Lahir Puan Rabitah Binti Harun
Yang Ke-30 Tahun
Maaflah tiada pica untuk ditunjukkan sebab handphone aku on untuk mengambil video. Member member yang lain jugak wat video. Ingat adalah pica diorang amik. Ahahaha~ tak mengapalah.
Pas settled majlis di dalam kelas, kami pergi plak ke event ke-2 yang bertempat di depo kenderaan.
Haa! This time majlis dianjurkan oleh UiTM sendiri. Majlis diberi nama “Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Mahasiswa”. Majlis ni dibuat untuk seramai 5000 orang. 5000 OK! Sangat banyak makanan yang diorang buat. Terlalu banyak. Serius!
Macam macam jenis makanan diorang duk pamer untuk dirasa. Antaranya, bihun sup, mee sup, lemang + rendang, nasi impit + kuah kacang, pudding, nasi tomato+ayam masak merah, & bla bla bla…..
Yang aku sempat merasa just, nasi impit, lemang yang sangat banyak, bihun sup & beberapa juadah sampingan. Perghhh! Sengkak perut gak arr makan.
Owh! Terlupa plak! Event ni start kul 1100-1530. Aku pergi lepas kelas around 1130 macam tu sampailah jam 1300. Lama gak arr. Sedap tul duk makan, bergambar, kaco orang, ngutuk orang. Bahahaha~
Pas makan tu, kami pun beredar arr pulang ke rumah masing-masing untuk beristirehat.
SebaGai GamBaR PemBukA
Kami Memang SUke Giler BerseMBang Dan BerCerita
Haha~
Owh! Dorm Dorm The Dorm Dorm Sangat ManJa Dengan Aku
Tapi, JangAn Risau Beliau Sudah MempunYai Aweks.. Hehe~
TimE Ni WakLu Sedih Kami Semua Nak Balik Rumah Dah
Lama SanGat Kot Kami Duk Lepak Kat Sini
Ish ISh
RilekS Ye WakLu
07102010, 08102010 & 09102010
3 tarikh yang berbeza ni merupakan aktiviti Kelab Bahasa Mandarin yang terakhir untuk semester ni untuk diturut serta. Hahh! Akhirnya, abis jugak aktiviti untuk sem ni. Semester yang terlalu banyak aktiviti untuk diturut serta + mengendalinya. Lega rasanyaaaaaa nyahhh… ahaha~
Aktiviti kali ni event paling besar arr yang pernah Kelab Bahasa Mandarin buat iaitu Konvensyen Kelab Bahasa Mandarin yang diturut serta oleh 2 buah kampus UiTM yang lain antaranya ialah UiTM Terengganu dan UiTM Perlis dan juga UiTM Kedah sendiri sebagai tuan rumah.
Setiap negeri menghantar seramai 40 orang wakil. Jadi secara totalnya ialah 120 orang tidak termasuk ahli-ahli jawatankuasa dan majlis tertinggi kelab. Tetapi, jumlah yang Berjaya hadir pada konvensyen ini cumalah 105 peserta tidak termasuk ahli-ahli jawatankuasa dan majlis tertinggi kelab. See?? Agak memberansangkan. LAGI memberansangkan adalah peserta wanita lagilah ramai giler giler dari kaum Adam nih. Haaa~ lelaki adalah dalam 30 orang macam tu. Tetapi, kaum Hawa memonopolikan keadaan dengan kehadiran melebihi dari 70 orang. Perghhh! Semangat kot nak handle event nih. Ahahaha~
On 07102010, majlis bermula pada 2130. Walaupun pihak Terengganu tiba pukoi 1900 dan Perlis tiba pada jam 2115. Agak lewat dari jangkaan.
So, malam tu, macam biasalah ye. Akan dipecahkan kumpulan untuk meletakkan setiap wakil kampus ada dalam kumpulan. Then, buat ice breaking untuk kenai antara satu sama lain pe sume. Then, suh mereka wat trademark & nama kumpulan.
Dah settle pe sume, ada skit makanan untuk supper.
Pastu, rehatlah semua orang.
The best part is, aku ngan giant tito di dewan mini UiTM Kedah. Dengan sejuk nak mati pe sume, tito atas krusi berselimutkan alas meja yang ada. Ahhahaa. Reason? Haa! Sebab kalau balik rumah tito, nanti takut terlajak tito untuk next morning punye aktiviti. Haa~ Terpaksalah ye. Takpa, dah biasa. Hehe~
Ni HanyA SebahaGian Sahaja
NI AnTara Group Yang BAgi Aku MenArik Arr PUnye TradeMArk
KesInaMBungan Dari Atas
Then, on 08102010, aktiviti yang menarik untuk sume peserta iaitu games yang bertajuk “Mandarin Happy Hours”. Games start at 0930. Sebab, kul 0900 tu sarapan pagi.untuk games kali ni ada 4 games je. Nampak sikit tapi makan masa ye. Yang penting! Seronok! Enjoy! Dan boleh bergambar. Bahaha~ Itu yang paling penting.
First game ialah kepit kacang dengan chopstick.
Second, permainan tepuk tepuk tangan. Game ni tak tau arr nak terngkan camne. Kene demo baru leh tau. Ahahaha~
Third, bina pakaian yang berunsurkan opera cina dengan kertas kertas yang diberikan.
Fourth, kaligrafi.
Then, rehat, makan tengah hari & solat Jumaat. Games kire end around 1245 gak arr.. kire tu pun dah lari jauh gak arr masa. Sebab target 1230. Nak bagi masa untuk para lelaki bersiap siap untuk Solat Jumaat.
Then, pas solat Jumaat dalam jam 1530 camtu, ada sesi interaksi dengan semua kampus. This time, setiap kampus akan mempersembahkan ahli-ahli jawatankuasa & aktiviti-aktiviti yang telah dibuat sepanjang semester. Firstly, sebagai tuan rumah, kami wakil Kedah present dahulu diikuti oleh Perlis dan akhir skali dari Terengganu. Tetapi, kalau nak tau, pihak Terengganu sebenarnya tiada Kelab Bahasa Mandarin mereka sendiri. Yang datang untuk Konvensyen ni adalah pelajar-pelajar yang mengambil subjek Mandarin sebagai third language mereka.
Jadi, pihak Terengganu mempromosikan negeri Terengganu untuk dilawati. Menarik! Serius menarik! Mereka memang stylo! Ahaha~
Pastu, bile dah abis ape sume, mereka boleh pulan guntuk berehat untuk aktiviti malam pula.
Malamnya merupakan aktiviti bebas. Maknanya? Haaa. Actually, malam ni merupakan masa untuk mereka practise. Practise? Practise pe plak nih?? Adehh~ Tak jelas arr.
Ok ok ok ok… akan diterangkan kat sini.
Actually, before mereka-mereka datang, setiap pihak kampus telah diberitahu dan HARUS menghantar 2 kumpulan untuk berlakon diatas pentas secara pantomime. So, kat sini bagi mereka practise untuk kenai-kenai stage yang kecik je nih sebab dewan utama tengah dibina. Then, kami sume ahli-ahli kelab kene berjaga sampailah ke jam 0200+++… sangat penat sebab takde rehatpun. Hurmm.. sok pagi nak kene datang awal nak set up pape yang belom siap.
Game PerTama
Owh! Main TiPU Ye!!! Hahaha~
Ni Game TePuk TepUk TanGan Tuh
Owh! Orang OperA Boleh PeGAng CamEra Ye??
HurmM...
Ish! Besaq SunGGuh Hidung Minah KAt DePan Nih
Ish ISh
NiLah HasiLnya
And The LAst Game For ThaT Day
Ni Wakil Kedah
Sume Kaler Merah
Sorang Je Sesat . Die Tu Bukan Dari Kedah Ye
Ni Wakil PerLis
Owh! Tak Semua Yang Ada Dalam Picca Ni
Ini Orang Ganu Kito
Ahaa~
Wakil Dari TerengGanu
09102010 plak merupakan majlis penutup untuk konvensyen. Merupakan hari yang boleh berehat dengan secukup-cukupnya. Huhh!
Majlis pagi ni start dalam 0915 macam tu. Aku pada hari tersebut jadi sebagai pembaca doa. Wahh! Reti rupenye aku baca doa. Ahahaha. Aku reti lerr! Aduhh~
Pastu, kejer aku jaga video arr yang untuk dirakamkan dari mula event sampai habis.
Dah semalam setiap group penat duk practise, then, pagi ni kumpulan demi kumpulan duk persembahkan. Owh! Terlupa! Walaupun pantomime, tapi, ada markah untuk nyanyian. Dalam pantomime ni adalah nyanyian yang dipersembahkan. Sedap suara-suara peserta yang masuk. Huhu~
Dah abis persembahan, komen dari ketua juri then, sesi penyampaian hadiah.
Pihak Perlis merangkul sekadar saguhati sahaja untuk kedua-dua persembahan iaitu di tempat ke enam dan kelima.
Diikuti oleh pihak Terengganu di tempat keempat dan ketiga oleh tuan rumah sendiri.
Bile tinggal 2 kumpulan sahaja lagi, so, sini agak sengit sebenarnya, sebab kedua dua kumpulan jalan cerita yang dipersembahkan adalah menarik best, nyanyian yang sedap.. Wuhh~
Kemudian ketua juri umumkan tempat pertama… tinggal 2 kumpulan jer lagi nih. Wakil Kedah dan juga Wakil Terengganu. Then, juri umum yang tempat pertama jatuh kepada Wakil Tuan Rumah, Kedah. Kami semua menyorak kegembiraan. Jadi, Terengganu just tempat kedua sahaja.
Kalau nak diikutkan markah bagi kedua-dua kumpulan adalah tersangat sengit. Tapi, jangan citer kat orang lain ye. Ni rahsia rahsia kite je. Ahahaha~
Pastu, penyampaian hadiah pe sume. Lepas tu tibalah sesi bergambar.
Then, tibalah untuk makan tengahari yang special iaitu nais beriani akeem. Perghh! Sedap! Lauk kambing. Perghh! Menawan. Ahahaha~
Then, tunggulah semua ahli ahli wakil negeri untuk pulang. Then, around 1500 aku pun pulanglah ke rumah untuk beristirehat yang sangat memenatkan 3 hari ni. Ahaha~
Tamatlah sudah cerita untuk 10 Syawal terakhir dengan aktiviti-aktiviti makan yang mengenyangkan dan memenatkan ni. Sekian untuk sekarang. Terima kasih sebab sudi baca cerita yang giler panjang yang pernah aku wat sebelom sebelom nih. Huhu~~ Jaa ~
No comments:
Post a Comment