MAAF! SAYA TIDAK MEROKOK!
Sumber Akak Google Yang Kiut
Ni kisah masa aku dulu kecik kecik sampailah aku sekarang ni yang dah pun berumur 21Tahun 7Bulan 17Hari. Owh! Aku suka angka 7 disitu. Hehe~
Okie! Aku mengaku yang teramat masa aku range umur 8-9 year-old aku macam nak try try gak arr. Ni sebab pengaruh dari orang yang memang tua dari aku. Bukan oleh bapak, mama, abang mahupun kakak aku ye!
Ni oleh orang yang lebih tinggi pangkatnya dari keluarga aku. Aku tak mau sebut siapakah orangnya. Aku tak mau mengAibkan seseorang yang sudahpun tiada lagi dimuka bumi ini.
Tapi, bila aku semakin meningkat usia, aku diajar, diceramah dengan pelbagai cara supaya LANGSUNG tidak memegang sebatang rokokpun, sehingga sekarang aku tidak berani untuk memegang sebatang rokok. Dan itu berhasil!!!
Masa aku ditingkatan 1, pengaruh "rakan-rakan" budak budak kampung sangat kuat. Walaupun mereka sebaya aku, tetapi, mereka dah pandai merokok. Hello! Ko baru 13tahun okie! Mau Mati Awalkah??? Daaa~
Diorang ada jugak nak suap suap aku nak bagi rokok, I SAID NO!!! Go to the hell dude! Time tu aku takdelah speakingkan. Tak reti lagi nak berbahasa Englishhh ni. Tehee~
Bile semakin lama, rakan rakan semua memahami aku, diorang tiada lagi mau mengajak ajak aku untuk merokok. Sebab, diorang tau yang aku kuat dengan pegangan aku tu yang Aku Memang Tidak Merokok.
Itu cerita masa aku Sekolah Menengah Sungai Layar. Ni cerita masa aku di-transfer-kan ke Segamat plak. Ini lagilah. Sekeliling aku semuanya merokok. Sangat ramai. Bebudak kelas aku saja yang lelaki hampir 90% semuanya merokok. Wuhh! Boleh bayangkan tak??? Brapa kerat je yang tak merokok seperti aku ni???
Penah skali tu, time tu dahlah aku ni budak "baru" yang di-transfer. Adelah sorang budak nih kire serius bapak gengster arr skolah tu sampai tahap kes polis tawar aku rokok. Ntah macam mane ntah aku terterajang die dan aku cakap "sorry, aku tak merokok". Tapi, terajang aku tu bukanlah terajang yang mengakibatkan sakit or patah riukkan. Just orang kate terajang manje je. Nasiblah aku tak diapa apakan oleh mamat tu. Pastu, die blah macam tu jer. Time tu aku mane kenai pun sape yang gengster or baik kan. Just in my mind, everybody are same. Like us.
Bile makin lama aku kat skolah tu, semua budak budak or member aku ni semua memahami aku. Bile, mereka bersama aku, and ada yang nak bagi aku rokok, member member ni yang tolong backup kan aku. Kata "eyh! die tak merokok. Jangan bagi dah lepas ni". See??? Mereka memang bagus! Serius aku sayang mereka. Bile ade gangster gangster offer aku rokok, diorang jugak yang backup kan aku kate jangan ganggu lagi pe lah. Sangat bagus!
Kini aku sudah berusia 21Tahun. Seorang insan yang masih benci pada rokok, jika aku mahu sentuh rokokpun tangan aku mesti beralas. Nampak macam poyo tahap cipankan? Tapi itulah aku. Aku tidak akan sesekali mencemarkan jari jemari aku untuk memegang hanya sebatang rokok mahupun KOTAK ROKOK. Dari HANYA SEBATANG ROKOK BOLEH MEMUDARATKAN LAGI UNTUK BEBERAPA BATANG ROKOK. DARI BEBERAPA ITULAH AKAN MENJADI KETAGIH UNTUK MEROKOK. See??
Bagi aku, rokok tu umpama membakar duit jer. Kalau die kaya sekalipun, anak jutawan, hartawan, dermawan, tapi kalau merokok! Hello! Takde bezanyerlah dengan seorang yang pemboros yang tak tahu apa yang dibelanjakannya.
Penah satu blog ni aku baca mengenai remaja hisap rokok dengan seorang pakcik tua. Kisah die macam ni. Secara simple je lah ye.
"Ada seorang remaja sekolah yang baru habis skolah pada ptg tu. Diepun tunggulah bus kat perhentian. Sambil tunggu, die hisap rokok sebatang. Tengah sedap sedap feeling feeling hisap, datang seorang pakcik tua berbasikal dekat die. Pakcik ni pun tanyalah kenapa anak ni merokok? Kan lebih baik kalau anak ni simpan je duit dari beli rokok. Kalau sehari anak hisap sehari RM5, kalau sebulan dah RM150. Kalau setahun dan berapa? Kalau anak dah tamat belajar kat skolah ni dah berapa ribu dah anak boleh simpan. Anak dah boleh beli motor besar nanti. Lepas tu, remaja ni pun tanyalah PakCik ni, PakCik merokok tak? Pakcik ni pun jawablah TIDAK. Then, Remaja ni pun tanyalah PakCik ni, Habis tu? Kenapa pakcik ni tak pakai pakai pun lagi motor? Muka Pakcik tu pun merahlah tanda kemarahan. Pakcik tu pun sergahlah anak muda ni dengan "Ahh! Sudahlah. Malas Pakcik Nak layan. Pakcik tu pun pergilah dari situ dengan hati yang marah."
Begitulah al-kisahnya. hahahaa~
Sebab aku tidak merokok adalah banyak faktor. Pertama, Family aku. Second, Niat aku. Third, Pegangan aku. Fourth, Orang sekeliling aku. Disebabkan itu aku tidak akan sesekali menyemtuh rokok mahupun kotak rokok.
Tetapi, bagi mereka yang merokok, aku tidak akan mengata mahupun menyalahkan korang mahupun menyumpah nyumpah korang sume. Just, tolonglah tak perlu kot nak merokok. Tak nampak lagi macho pun dengan merokok. Tak nampak lagi kaya giler pun kalau merokok. Tak perlu kot nak kate yang merokok nih leh buat hilang tension. Banyak lagi cara ada dong.. Selamat diri sendiri dan jugak orang sekeliling. Tapi, kite tetap fren bagi yang memang kawan ye. Hehe~
Sumber Dari Akak Google Yang Comel
Oppss! Aku Tak Kata. Monyet Ni Yang Kata Okie.
Maksudnya, mereka hampir samakah???
Sumber Dari Akak Google Yang Manis
2 comments:
good boy.. i like.. =)
ur name please?? hee~
anyway thanks :)
Post a Comment