It is a long story, seriously. A day that has a moment to remember & of course lots of funny + silly things that me myself & my cousin did. Wuhh! Seriously!
Cant wait ouhh to tell. Hehe~
Ok!
Pagi ni makcik makcik, pakcik pakcik, jiran jiran, sedara mara semua tengah sebok dah dengan melapah daging lembu, mengopek bawang, potong sayur, blander tu blander ni, goreng tu goreng ni.
Kami kazen kazen semua sedap je nga tito. Hahaha..
Sampailah around 0830 camtu kot mama aku dah bising bising suh bangun kemas tempat tito (yerlah, dah ramai ramai mesti arr tito kat ruang tamu), tolong kemas ruang tamu skali, & tolong pe yang patut arr. Hahaha~
Aku kul 0900 baru bangun. Perghh! Terganggu kau sleeping beauty aku! Uhh!
Tapi takpa. Aku bangun & kejut yang lain skali then kemaslah sume sumenyer.
Then, lepak tengok tivi dulu. Best pulak cter die tayang time Christmas ni. Adehh! Dengan cter Barbie nyer lagi & cter pe ntah. Lupe plak. Memang layan arr bebb!! Wuhh! My favorite kot cter cter barbie & karton yang jenis jenis macam ni. Hahaha~
Layan layan!!!
Pastu, lepak lagi, jam terus bertik tok sampailah kul 1030.
Owh! Semua dah duk pakat bising nih.
Kitorang tetap rileks. Hehehee~
Bising bukan ape! Sebabnyer, sorang sorang belom mandi lagi.
Dahlah kul 1230 kene gerak dah dari rumah nak pergi rumah pengantin perempuan.
Sorang sorang mandi bukannyer kejap. Ntah ape duk belekpun tak tau. Hahaha~
Sampailah jam 1100, barulah start sorang sorang mandi.
Yang berkampung kat rumah MakChek ni keluarga aku, PakUsu, MakAchik. tu jer kot. Sebab kat kampung ni semua makcik pakcik rumah dekat dekat. So, takdelah semua nak berkerumun kan kat rumah MakChek ni. Huhu~
Jam berputar, sorang sorang dah abis mandi dan bersiap siap.
Tapi, Sugar Daddy kene pergi awal ke rumah pengantin perempuan sebab nak bersiap, bermake up & segala bagailah.
Aku dah iron baju yang nak pergi nanti. Siap tidak ada sikitpun kedutan. Seronok + excited nyahh!
Jam berdetik tik tok sampailah menunjukan 1230. Owh! Time ni pun ade lagi yang belom siap. Mandipun ade lagi. So, sume pakat express arr sume bende. Gerakpun belom lagi. So, kitorang begitau pihak perempuan bersanding lepas Zuhur.
So, ade mase skit lagi ni nak bersiap siap pe sume.
SECARA TETIBA!!!
Bangah bagitau aku "hahh! bob, abang z (Sugar Daddy) takde orang nak jadi pengapit, die mintak kau jadi pengapit die".
Bayangkan aku time tu, "owh! serius? macam ne ni? aku dahlah bawak baju melayu sahaja. tidak secara full set baju melayu". Aku time tu dah macam owh man!
Pastu, bergegas arr mintak ema (adek kepada Sugar Daddy) carikan baju melayu abang z. Size aku ngan Sugar Daddy lebih kurang same jer. So, muat muat arr test.
Cari punye cari, dapat 1! Kaler merah. Akupun cepat cepat gi test, cz time ni sume dah ready dah ni kat keter.
Aku try! Ughh! Ughh!! Haiiyakk! Aiseyh, baju dah cantek dah ni, seluar plak wat hal. Kecik gler kot! Aku ni dahlah boyot. Hahaha~
Pastu, fikir fikir macam ne, pastu, cari lain. Ade kaler hijau lembut ala ala torquise *betol ke eja?*
Aku try masuk fitting room. Oppss! Masuk bilik lerr..
Try.. Hurmm.. Ouchh! Ok!
Sangat sesuai. Hahaha! Nasib seluar ni bergetah. So, molek sangat dah dengan aku yang boyot ni. Then, cari plak sampin. Nasib ado kau.
Pastu, bergegas arr naik keter. Lega rasenyer time tu. Wuhh!
Sepanjang perjalanan aku risau kalau kalau Sugar Daddy dah ade pengapit lain. Gler ko! Mane taknyer, dahlah aku tak bawak suar jeans nak wat ganti kalau kalau cancel jadi pengapit. Haha~ Full set baju melayu arr nampaknyer aku nanti gi kenduri ni. Tak pernah aku pakai baju melayu gi kenduri kawen. Hahaha~
Bile dah sampai ikut depan, aku dah nervous. Mengalahkan pengantin kot! Hahaha.
Tetibe adek kepada pengantin perempuan datang kate minta parking diseberang satu lagi, sebab pengantin lelaki tunggu kat sane. So, naiklah keter, parking seberang satu lagi. Seberang satu lagi kalau nak diikutkan dekat gler kot, sebelah jerpun (bayangkan, satu jalan, pengantin lelaki duk kat seberang yang hanya dipisahkan oleh khemah. tu jer. hahaha~ pusing kemain lagi macam round the world. hehehe~ gurau jer!)
Owh! Kami dapat special parking kot. VIP carpark. Huhu~
Haaa! Terlupe plak, serius! Yang konvoi untuk kali ni sebanyak 15-16 biji kereta. Taktaulah dapat pecah rekod ke tak, sebab mase anak MakLong kawenpun gler banyak keter yang konvoi. So, ni antara terbanyak jugaklah. Ni keluarga besar saya sahaja ye. Huhu~
Mase dah sampai, akupun turunlah terus check kot kot dah ade pengapit ke. Tengok dan lihat wuhh! Lega kau! Takde, so, aku kompom jadi pengapit Sugar Daddy kali ni. Hahaha~ Lega lega!!
Pastu, pa lagi, kemas kemaskan diri terus siap nak berarak.
First experience kot jadi pengapit nih! Haha~
Tapi, aku tak nervous cuak pun. Rileks jer. Bangga lagi ader arr! Muka aku kompom kompom masuk lagi album kawen kazen aku.
Dulu pangkat aku just jadi tukang bawak bunga manggar untuk kedua dua anak PakTeh, along fizah & abang hafiz.
Skrang aku dinaikkan pangkat jadi pengapit duk sebelah Sugar Daddy. Hahaha~
Walaupun tema kawen belah perempuan kaler pink, tapi, baju aku kaler hijau. Ado eden kesah? Sikitpun eden tak kesah tau... Eden banggo lagi adolah.
Berarak bawak payung, sampai ke pelamin. Kipas kipas, suh Sugar Daddy senyum skit, lap lap tapak tangan yang kene renjis renjis tu. Hehe~
Walaupun Sugar Daddy yang kawen, aku pun tumpang glam kot!! Ngahaha~
Bile dah abis sesi renjis renjis sume tu, tibelah sesi makan yang paling aku gemarkan. Makan makan makan.
Biasalahkan, meja makan pengantin yang paling special dari semua semua. So, aku dapat makan makanan yang sedap sedap arr chottt! Hehe~ Sedap sedap!!
Siapa kate kat meja makan pengantin kite kene beradab?
Hahh! Ketepikan semua tu. Makan jer pe yang korang nak. Ade orang lain kesah? Diri sendiripun tak kesah. Aku memang bedal arr sampai kenyang. Hahaha~ Siap menambah nambah ko makan. Ish ish~
Bile dah abis makan pe sume, pastu sesi bergambar arr plak. Ni sesi untuk pengantin, bersama keluarga, keluarga besar, cousins, makcik pakcik.
Habis sume bergambar.
Part ni arr yang paling best kalau nak tau.
Kalau nak tau, sedara mara or to be exact, keluarga besar kami memang jenis tak malu.
Selamber mati arr orang kate.
Part ni nanti korang nengok jerlah picca kat bawah...
So, bile dah abis bergambar & jam menunjukkan 1445. So beransurlah kami semua tinggalkan pengantin untuk pergi solat Zuhur kat masjid yang kitorang pergi semalam tu & terus pulang ke rumah.
Seperkara lagi before lupe, mase kenduri belah perempuan ni, bapak aku, PakAchik, bapak kepada Sugar Daddy & beberapa lagi *tak ingat sape, tak dapat pergi sebab terlalu sebok dengan urusan yang tak dapat dielakkan di belakang rumah.
So, gambar jerlah seterusnyer ceritekan.
Ni adalah barang hantaran untuk pihak perempuan.
Brapa dulang ntah. 10 kot.
Haa! Hensem tak aku? Hahaha~
Ni time before kene naik keter pergi ke seberang balik ni. Hehe~
Ni mase berarak nak pergi ke pengantin perempuan
Berkaca mata Ray Ban kau!
Ni masa dijumpakan
See? Aku sorang je yang lari tema. Haha.
Ado eden kesah?
Eyh! Mano Ray Ban Ko Sugar Daddy??
Ni kaki kaki tukang bawak hantaran. Huhu~
Aku tak nampak kekok kan?
Maybe aku dah biasa tengok orang jadi pengapit, so, aku main bedal jer arr.
Maybe aku dah biasa tengok orang jadi pengapit, so, aku main bedal jer arr.
Nasib takde bende yang pelik pelik berlaku. Hahaha~
Aku time tu bersifat sangat rileks.
Siap lap peluh sendiri kot. Bukan pengantin. Haha~
Ni time tunggu nak orang pergi merenjis. Panas ouhh..
Aku siap kipas aku sendiri lagi time tu. Hahaha~
*ade aku tanya Sugar Daddy "panas ke". die cakap, mau tak panas.
Aku pa lagi, kipas die macam kipas satey kejap. Laju laju. Hahaha~
Seronok tul sebab orang lain mane leh wat pape kat aku.
Rileks sudeyhh~
Ni mase sesi makan beradab *bagi mereka
Aku tak beradab mase makan. Lantaklah korang cakap pe pun. Huu~
Ni gambar family, tapi, PakChek tak dapat datang sebab urusan dirumah.
Ni yang aku cakap selamber gler tu. Hahaha~
Time ni senornyer, PakUsu & MakUsu nak duk sebelah sebelah jer, then PakTeh datang cakap kat pengantin *haa! bangun bangun bagi Busu ko duduk. Diorang teringin.
Hahaha~
Pastu, tu terus jadi macam ni. Hehe~
Ni lah PakTeh & MakTeh.
PakTeh ni memang kamcing abis ngan PakUsu.
PakTeh ni memang selamber gler.
Memang riuh kalau PakTeh ni ade. Huhu~
Ni time ngan cousin cousin.
ekceli ade je lagi yang takde dalam picca ni.
Rase diorang takmo kot.
So, inilah pengantinnyer.
Sugar Daddy & Isteri terchente beliau.
Opss! should i call her Sugar Mummy too??
Hurmmm...............
Hurmmm...............
~ Jaa ~