Saturday, June 18, 2011

~ Jiwa Aku Menangis Tiap Kali Mengingatkan KamU ~

Tiada siapa yang tahu jika ia melibatkan hati, jiwa
Kerana ia tersembunyi di dalam sanubari
Sukar dilafas, apatah dikongsi.

Jiwa aku menangis tiap kali aku mengingatkan kamu
Walaupun tiada titisan air mata yang keluar jatuh ke bumi
Tapi dalaman aku cukup terseksa.

Terseksa yang bagaimana?
Kerana aku merindui kamu!
Sungguh! Aku rindukan kamu!

Jika masa mampu diulang
Memang aku akan patah kembali di saat sebelum aku melafaskannya
Kerana waktu itu, aku akan berdiam tidak berkata-kata.

Biarpun menyakitkan
Tapi, akan aku telankan
Seorang diri, aku rela!

Kerana apa?
Kerana aku tidak mahu kehilangan disaat-saat manis kita lalui.
Walaupun singkat, tapi aku bahagia!

Aku berdoa pada yang ESA
Memohon kehadratNYA
Agar kita dipertemukan, dijodohkan.

Kamu perlukan masa?
Aku berikan
Tetapi jika ia terlalu lama, senyum tiada kata dan makna akan terukir di pipiku.

Selain kepada Maha ESA aku panjatkan
Kepada kamu juga aku ingin katakan
Kata-kata yang aku harap kamu akan fahami.

Jika kamu sudah bersedia, nyatakan!
Jika kamu tidak mahu, nyatakan juga!
Kerana perkara yang tidak pasti, memang tidak akan terungkap selagi tidak diketahui.

Kamu yang aku mengambil berat.
Kamu yang aku rindukan.
Dan kamu juga aku sayangkan!

~ Jaa ~

4 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

erk... jiwang gak ko kan kekadang

KuaLaM KeinDahaN said...

ahhahaa...
biasa arr..
perasaan mane leh dibuat2.. hee~

Anonymous said...

haiiisshhh kalau dah rindu cinta ka apa ka cakap je laa.. jangan ego budak panjang wehh..

emm tapi makhluk yang dimaksudkan dalam madah jiwang ni, dia perempuan kan? kihkihkih


-akak cantik lagi manis yang bernama Azwana Alia-

KuaLaM KeinDahaN said...

heheheheee...
semestinyer perempuan..
klw laki gler "gay".. yuks! haktuih! ahhahaa :D