Wednesday, September 29, 2010

~ Semakin Hampir Munuju Ke PuncaK ~

RAYA KE-7

Hari ni aku ade janji yang perlu aku tunaikan yakni pergi beraya ke rumah member-member yang menjemput aku dengan budak-budak skolah yang lain.
Tapi, takdelah kuar awal pagi ye nak pergi beraya. Bahaha.. Itu namenya tak senonoh. Tito pun tak puas lagi dengan penat semalam. Wuhh~
Then, bangunpun dah ke tengah hari, of courselah petang baru gerak. At first, ade open house dekat Bangi. Then, rumah beliau aku tak tau kat mane. Jadi, akupun menjemputlah Bestie Seri Kembangan *Encik Nurudin Setefarzi* untuk join bersama. Pada ketika itu, aku call beliau dan beliau berada di Bangi kerana mempunyai urusan yang perlu diuruskan. Beliau kate pada jam 1520 baru beliau sampai dirumah. Jadi, aku menunggu beliau kerana beliau lebih expert dengan area Bangi. Jadi, pada jam 1530 baru kami bertolak dari rumah. At o’clock 1600 baru kami sampai dirumah yang dijemput iaitu Cik Azah.
Owh! Kuew teaw goreng yang dihidangkan memang sedap. Aku nak je tambah tapi tak berkesempatan kerana member-member yang lain yang telahpun sampai terlebih dahulu telah menunggu kami hampir 1 jam di rumah tersebut. Bahaha~
Jadi, kesempatan untuk makan lebih itu sedikit terbatas kerana kami mempunyai rumah yang ingin ditujui di area Bangi juga.
Jadi, pada jam 1640 kami beransur pergi ke rumah seterusnya iaitu ke rumah Abang Nash. Yang turut serta didalam konvoi ni dalam 10 orang dengan 3 bijik kereta.
Di rumah Abang Nash ni tidaklah menghidangkan kami seperti dirumah-rumah yang lain. Abang Nash cuma hidangkan kami dengan ayamas & nudget. Lebih ke arah ke-Barat-an sikitlah ye. Ahaha~ TAPI! Masih lagi ada kuih raya yang menjadi sampingan untuk dijadikan juadah.
Di rumah Abang Nash ni kami lepak agak lama jugalah. Pas solat Asar pe sume barulah gerak cz nak pergi ke Salak Tinggi plak. Tau tak kat mane Salak Tinggi tu????? Haa! Salak Tinggi tu kat area-area Sepang tuh. Masuk kali ni kire dah dua kali dah pergi ke rumah beliau iaitu kediaman Umar Hasif. Yang pertamanya ialah pada kenduri kahwin kakak beliau yang ada juga entry terselit dibawah nun jauh jugalah.
Kami bertolak dari rumah Abang Nash around 1840 kot. Nak ke Salak Tinggi dari Bangi boleh tahanlah juga jauhnya. Kami sampaipun cantek-cantek maghrib tengah berkumandang. Jadi, kami berhenti seketika untuk menunaikan solat Maghrib di Masjid ape ntah namenya. Taktaulah. Tambahan plak Umar Hasif tiada di rumah. Beliau berada di luar seketika kerana mempunyai urusan yang perlu dibuat. Beliau beritahu yang beliau akan menjemput kami di masjid untuk kerumah beliau. Kerana takut akan ditahan oleh guard. So, adanya tuan rumah, kami senang untuk pecah masuk. Bahaha~
Kami pun sampai di rumah beliau pada jam 2010 rasanya. Kami dihidangkan dengan ketupat yang enak. Kuih raya yang lazat, air yang menarik. Duit raya yang menawan. Hehehe~
Kami bertolak dari rumah beliau adalah dalam jam 2200 kot. Pastu, kami dipandu arah oleh member yang bawak kami kemane-mane jerlah die suke. Ahahaha~
Jauh perjalanan. Dan akhirnya kami sampai di jalan masuk pintu gate masuk ke UPM. Tapi, malangnya, gate tersebut telahpun ditutup kerana apa tak taulah. Jadi, kami mengambil keputusan untuk berhenti seketika dan mengambil gambar banyak-banyak untuk dijadikan kenangan untuk tahun ni. Huhu~ dekat 30 minit gak arr duk melepak amik picca.

Ni Kat Rumah Cik Azah. Time Ni Nak Chow Dah

Ramaikan Jemputan Skolah Yang Di Jemput Kat Rumah Azah
Dah Macam Reunion Nengok. Boleh Kate Sume Budak-Budak Skolah SMKSS

Ni Kat Rumah Abang Nash
Jamuan Santai Jerk

Berangkat Ke Rumah Encik Umar Hasif

Oppss!! Kami Dapat Duit Raya
Brapa??? Mana Leh Gtau
Rahsia Kami Kami . Hehe~

Disebabkan Takleh Nak Masuk Disebabkan Gate Tutup
Kami Amik Gambar Kat Tepi-Tepi UPM

Haa~ Ni Last Gambar Untuk Entry Kali Ni

Pastu, diorang ade request untuk pergi ke Shah Alam kerana ade member seorang ni nak pegi ambik motor di sana untuk dibawa pulang ke Serdang. So, aku tak dapat nak follow, sebab esok paginya aku perlu pulang ke Kedah sudah. Jadi, aku pulang dan kemas barang sumanya untuk dibawa pulang ke Melbourne.

~ Jaa ~

Monday, September 27, 2010

~ Sambung Sambung Dan SambunG ~

RAYA KE-4
Hari ni kami tak pergi berayapun. Sebab hari ni kami satu keluarga dah kene balik rumah dah di Selangor. Tahun ni juga seperti tak banyak sangat rumah yang dikunjungi seperti raya-raya sebelom ni. Tak taulah kenapa. Huhu~
Owh! Abang tak follow balik ke Selangor bersama-sama, sebab abang nak pergi beraya di Melaka dengan member-member die. So, maybe esoknya baru die pulang jika berkesempatan.
Jadi, petang jugalah kami baru pulang.
And tak banyak sangat cerita untuk hari ini. Jadi saya skip ketarikh berikutnya yea. Hehe~

RAYA KE-5
Owh! Maaf untuk diperkatakan. Raya untuk hari ke-5 ni tak ke manepun.
Just aku, kakak and mama jer pergi ke Alamanda sebab nak pergi beli barang persiapan untuk buat Open House 2010 di Kediaman Tuan Haji Ibrahim.
Owh! Itu nama bapak aku ye sekalian.
Jadi, aku tak pergi berayapun satu hari ni. Yang aku buat cumalah berinternet. Hehe~
Jadi, eloklah juga jikalau aku skip ke tarikh berikutnya.

RAYA KE-6
Pagi-pagi buta mama sudah pasang radio tidak berbayar suh bangun tolong potong-potong ape yang patut untuk dimasak. Aduhh~
Tidor ku terganggu seketika. Tidak mengapalah. Asalkan Open House tahun ni jadi. Sebab dah hampir 3 tahun kalau tak silap tak dapat buat disebabkan masa yang tak brapa cahantek. Haha~
Then, dari pukol 0900-1900 macam tu barulah settle pe suma. Dengan kemas rumah, pasang carpets, cari kerusi kat pejabat persatuan, buat air, hidang makanan atas meja, beli tembikai kat kedai, beli ais, basuh pinggan yang hamper 100 bijik, cawan lagi, kuali besar, mangkuk besar. Ish ish. Memang memenatkan, tapi, tak kesahpun.
Then, around 2045 macam tu orang-orang surau & penduduk taman pun dating. At 1st, kami wat dulu doa selamat & tahlil bagi arwah atok & nenek kedua-dua belah parents aku ye. Pas sudah pe sume, barulah bermulanya majlis raya kecil-kecilan.
Jenis masakan yang mama masak tak perlu di-mention-kan kat sini. Yang pasti, memang banyak giler mama masak. So, yang tak dapat dating & taknak dating tu agak kerugianlah sedikit yer. Huhu~
A big thank to fadzil, bob topup and member mereka lagi 2 orang yang namanya agak keluparan sikit. Ehehe~ mereka ni mewakili untuk member-member UiTM.
& A BIG THANK TO Engku Dayana Athirah, Adek!!!, Naeim, Fadhil, E-Chams, Amer, Mulie, Siti Atika, Hazwani, Peanut, Yana Mohamad, Norshim, Sabiq & Bintu Hassan (nama Fb . Hehe~) kerana anda mewakili untuk SMKSS pada tahun ni.
Ni Bebudak Lelaki Yang Hadir

Picca Time Dengan Bebudak SMKSS

Candid Kah????


Maaf kepada wakil UiTM Kedah. Picca anda berada di camera abang saya. Saya belom punyai picca di camera abang saya. Jadi, diharapkan anda semua bersabar.

Majlis abis secara menyeluruh adalah dalam pukol 0030. Pas sumenya, mulalah majlis kami-kami kat rumah plak yang kene kemas sumenya. Ahahaha.. aksi yang sangat memenatkan. Sungguh!
Basuh pinggan, lap meja, sapu lantai, main internet. Ahahaha~
Owh! Anda mesti datang lagi ye kalau ada Open House tahun-tahun akan datang. Actually, ramai yang tak dapat datang sebab diorang ada hal yang perlu dilakukan & tak dapat dielakkan & ada yang berkunjung kerumah mereka juga pada hari tersebut. Tak palah, benda dah lepas, so, No Harm Done. Ok!
Thanks yea guys!!! Sangat-sangat menghargainya!!!

~ Jaa ~

~ Kesinambungan Dari Entry Sebelom InI ~

RAYA KE-2
Owh! Raya kedua kami pergi satu rumah jer. Taktaulah kenapa satu rumah je kami pergi. Hurmm…
Rumah sape ye. Hehehe…  aaaaa… Rumah Pakcik Pilus…
Malam harinya, kami ade cousin gathering. Macam biasa untuk setiap tahun. Tapi, kali ni tak meriah sangatlah sebab Sugar Daddy tak follow skali. Aduhh. Katanya die sangat penat sebab malam tadi or pagi tadi die kene kejer. Kesian kat Sugar Daddy. Tak mengapalah. Kami pergi just bersembilan sahaja. Adik-beradik saya, adik-beradik Tuan Qilaf Ibrahim dan Yani & Hisham.
Gathering kali ni simple je tak seperti tahun tahun yang lalu. Kami just pergi main bowling. 1stly kami pergi Seremban 2, tapi, malangnya diorang dah nak tutup. Siput tul! Baru pukoi 0000 kot. Bukannya pukoi 0200. Aduhaiii.. Boleh plak jage kaunter tu cakap *tutup awal sebab nak raya*. Apelah punya alasan dahlah yang jaga tu bukan melayu. So, paham-paham jerlah ye. Tak boleh mention kaum apakah die. Bahaya. Saya tak mahu terlibat dengan masalah dunia. Hehe~
Die cakap macam tu. Adoihai.. pastu kami pun belah arr pergi Seremban Parade. Nasib baik kat ditu tutup kul 0100. Kami sampaipun dah nak dekat 0005. Haa. Mintaklah lane pe sume. Pastu, die bagi kami 4 lanes. Sebab die nak budget kami habis main around 0100 gak.
Kamipun main jerlah dengan riangnya macam kanak-kanak riang. See???
Kami memang bahagia arr. Pas main tu elok-elok jer time kul 0100. Sangat menepati masalah kami main ni. Elok-elok diorang dah nak tutup kedai. Pas kami main bowling kami berangkat ke Port Dickson. Saje nak amik angin. Port slalu kami pergi pas ronda-ronda di Seremban. Huhu~
Tapi, kami tak lepak lame sangat or overnite kat Port Dickson sebab kami di-warning suh balik awal sebab esoknyer kami perlu berjalan jauh. Takut, nanti driver driver sekalian penat or kami-kami ni nanti balik rumah and tito tak hengat dunia punya. Tu sebab kami kene balik awal. Huhu~

RAYA KE-3
Hari ni aku bangun agak lewat dari semalam sebab mungkin aku ni penat skit kot beraya semalam. Ahahah~
Around 0930 kot baru bangun. Agak arr, kot kot tu.. Bangun serius muke memang lesu abis arr…. Dengan mate pandaman. Ahahaha~
Raya untuk hari ni kami pergi rumah sape ye. Ermmmm….. Haa! Raya ke-3 kami pergi jauh skit. Kami pergi beraya kat rumah MakLang, MakNgah & rumah MakTeh. Jauh perjalanan kami semua. Kami bergerak dengan 4 keluarga. Keluarga saya, PakUsu, PakChek & MakAchik. Kami gerakpun dah lambat gak arr. Pas Zuhur kot baru gerak. Dengan kaum hawa duk sebok ber-make-up. Kami laki-laki pa lagi, berkaraoke arr sambil duk tunggu diorang siap. Sempat gak arr 8-9-10 lagu duk nyanyi. Punyalah bosan duk nunggu. Boleh bayangkan tak?? Hahaha~
1stly kami gi rumah MakLang. Sebab nak makan tengahari disane.
Lame gak ar duk melepak makan kuih raya lagi. Wuhh~ senak gak arr perot nih kalau nak dikirekan. Ish ish~
Then, pas rumah MakLang, kami berangkat ke rumah MakNgah. Jauh juga perjalanan dari rumah MakLang ke rumah MakNgah. Dirumah MakNgah kami dihidangkan dengan laksa. Wahh. Sedap gak arr…
Pastu kami beransur plak ke rumah MakTeh. Tapi, this time rumah MakTeh taklah jauh sangat dari rumah MakNgah. Adelah dalam 10-15 min jer dengan berkenderaan.
Kat rumah MakTeh kami dihidangkan pulak dengan mee bandung ke mee kuah eyh. Ntahlah.. tak ingat plak. Dah settle pe sume agak agak around 1830 macam tu pulanglah kami.
Time pulang tu plak. Adoiyai…. Kami diberitahu oleh PakTeh untuk ikut laluan yang diberikan. Tetapi, malangnya, laluan yang diberikan tu tersangatlah salah untuk ketika itu. Bukan apa, laluan yang kami lalu tersangat jauh dan juga tersangat jammed! Duhh! Dah nasib, mahu buat macam mana kan. Terpaksalah kami laluinya juga dengan hati yang sedikit kurang senang. Hahaha~
Bayangkan kami tersangkur dengan jam plus minus adelah around 2 hours. Daaaa~
Kami pun terus ke rumah PakChek sebab diorang ada dirumah mereka. Mereka tidak pulang terus ke kampong. So, kami pun singgahlah kejap untuk makan malam pulak.
Pas makan dalam kul 2300 ke 0000 ntah kami berangkat pulang ke kampong untuk beradu seketika.

~ Jaa ~

~ Dah Mula Ber-BeloG ~

~ Ini cerita aku mase raya 2010 ~

Maaflah aku takde nasi himpit, lemang, ketupat, kuah kacang, rendang dan cerita yang nak diceritakan mase raya aritu. Eyh! Rayakan sebulan! So, skrang ni pun still raya what?? Am I right?? Ahahaha…
By the way, I have lots of story to tell.
Firstly, aku balik kampong Negeri Sembilan aritu malam raya. Kami sekeluarga tunggu abang yang on the way balik ke Selangor dari Overseas. Then, die sampai before berbuka puasa untuk kali yang terakhirnya. Sebab esok dah raya. Pakcik Ngah dah umum dah kat tv awal-awal lagi. Hahaha~
Then, malamnya kami gerak pulang ke kampong dengan 2 bijik keter. Sebijik mana cukup skrang ni. Dengan barang masing-masing penuh bonet+keter. Ish ish. Dah macam nak duk terus jerk at kampong tu. Ish ish~
Aku gerak ngan abang ngan kakak. Mama and bapak keter lain. Biasalah nak bagi romantic skit berdua-duaan. Bahaha~
Then, kami sampai kat kampong around 2330 kot. Not pretty sure plak bout that. Tak brapa alert tentang waktu ketika itu.
Then, yang dah ade kat kampong time tu keluarga PakUsu. Keluarga PakChek ada jerk at rumah die. PakUsu kate PakChek nak beraya kat rumah die dulu. Nanti-nanti baru dating ke kampong. Rumah PakChek dekat je ngan kampong kami semua.. So, jangan risaulah…
Then, sume pakat tito lambat syok duk bercerita (kami-kamilah ye cousin cousin semua). Dengan diorang duk pasang cerita ape ntah siap si cousin bawak woofer ngan DVD player dari Key Ill.. Ish ish. Bersungguh-sungguh nih! Bagus!
Tapi, aku time tu dah tak larat dah nak lepak lame-lame. Jam 0200 aku dah masuk tito cz esok pagi nak bangun nak gi sembahyang raya. Kakak pun tito lambat gak. Tapi, tak ingat plak kul brapa. Tapi cousin cousin semua tito lambat gler. Around 0400-0500 baru tito. Rasenyalah. Diorang yang bagitau. Huhu~

PAGI RAYA
Paginya aku bangun subuh. Ingat pas subuh leh dah tito. Tup tup. Segar gler plak mate ni. Takleh nak tito dah. Tapi, time tu aku malas lagi nak bangun g mandi ke makan ke ape ke kan. Aku pun ape lagi gi arr kaco kakak yang kat sebelah aku jer nih. Hahaha… best tul kacau-kacau kakak. Sampai kul 0740 kot. Pastu aku bangun g toilet gosok gigi cz nak makan lemang, ketupat. Wahh! Sedap sedap!
Pastu, around 0815 macam tu aku pun gi arr mandi dengan perot yang dah sedap gler nih.
Pastu, siap-siap nak g sembahyang raya dengan baju raya baru. Bahaha~
Then, sampai di Masjid Sungai Pah. Dekat je ngan rumah.
Then, takbir, takbir raya ape sume, dah habis tup tup, ahli jawatankuasa masjid ade wat pengumuman skit. Dalam penerangan die tu ade lah bagitau pasai student yang nak amik UPSR nanti untuk tahun ni. Yang ahli jawatan kuasa ni merupakan pengerusi PIBG untuk Sekolah Rendah Sri Peradong. Jangan wat main naaa… Sekolah ulu banatpun ade Facebook tau! Die suh lah sume bekas-bekas skolah tu add and upload sume pic yang ade untuk dibuat kenangan. Huhu~ haa~ skolah kampong pun hebat ok!
Then, sembahyang rayalah kami semua yang ade time tu. Pas solat raya, kutbah pe sume, kamipun pulang lah ke rumah. Disebabkan raya tahun ni jatuh pada hari jumaat, so, pada hari tu akan ada 2 sembahyang lah ye. Then, kami belom pergi beraya kerumah sape-sape pun lagi. Kami just duk je kat rumah tu. Sambil-sambil tu, kami berkaraoke arr!!! Dah cousin wak balik woofer yang besar gedabak. Kamipun nyanyi sakan arr. Tak kesah dah orang yang lalu lalang pe sume. Kami wat tak heran jer. Lame gak arr berkaraoke. Abis sume lagu yang aku tak penah nyanyi aku nyanyi. Hahaha~
Then, pas sembahyang jumaat, kami pergi rumah TokChek. Owh! Memang setiap tahun akan berkunjung kerumah ini yer. Paling menarik untuk dikunjungi adalah rumah TokChek arr!!!
Setiap tahun mesti macam ni. Bayangkan
RAYA = CARI JODOH
Wahhh! Meriahnya hidup ni. Hahaha. Aku suka aku suka ok!!! Owh!! Cousin aku juga suka ok!
Tapi, time kami sampai tu ade jugak yang tengah berkunjung kat rumah TokChek ni. Kire ramai arr penuh gak arr rumah…
Pas salam salam orang yang ade, kami naik atas rumah. Cucu TokChek yang tolong hidangkan. Ehem ehem. Gadis inilah yang aku slalu aim tiap-tiap tahun. Seronok sungguh. Setahun sekali jer dapat jumpe. Bayangkan. Begitu sekian lame baru diketemui.. Huhu~
Pas makan makan minum pe sume. Kamipun berangkatlah untuk kerumah MakLong plak. Kami sampaipun dah nak nak masuk waktu maghrib. So, elok sangatlahkan. Makan makan pe sume, solat maghrib then kamipun berangkat pulang. Sampai je dirumah kampong tu, kami tidak pulang lagi ye. Kami naik ke rumah Atok Darat. Atok Darat ni ayah kepada PakUsu aku. Pas abis bercerita pe sume kami pulanglah ke rumah untuk beristirahat plak.

~ Jaa ~

Wednesday, September 22, 2010

~ Maaf ~

Diatas Sebab-Sebab Tertentu
Saya
Tidak Dapat Untuk Update Sebarang Ceritera Aku
Diharapkan Masa Yang Ada Nanti
Saya Dapat Untuk Update Segala Ceritera
Yang Terkumpul Sejak Sekian Lamanya
Diharapkan Anda Pembaca
Dapat Meluangkan Masa Tersebut Itu Nanti
Sekian Terima Kasih

~ Jaa ~

Wednesday, September 8, 2010

~ Dating DaY ~

07092010

Hari ini aku ada date!
Yeehaa! Seronok!
Gembira! Bahagia!
Owh!
Janganlah korang ni salah paham ok!
Aku date ngan budak-budak sekolah aku.
Ni kire reunion lorr... Reunion sambil berbuka puasa... Ish ish~
Buruk betoi pemahaman korang ni.

Biasa tiap-tiap tahun kami mesti buat reunion berbuka puasa sama-sama ngan budak-budak batch kami.
Seronok! Sebab sekali setahun jer bende ni akan dapat kumpulkan kami semua (owh! Tidak semua ye. Maaf.) bertanyakan kabar, study mana, yang mana lost contact, kat sinilah kami dapat berborak bersama-sama, gelak kuat-kuat. Best!!!
The organizer untuk kali ni adalah Encik E-Chams.
Die pilih untuk berbuka puasa kat “The Yunkies Hut Ikan Bakar, Bangi”.
At first, diorang nak sume berkumpul kat sana around 1700 macam tu. Wuhh! Awai seyh~
Aku dengan tengah tito time tu. Bahaha. Jam 1745 baru sedar. Ish ish.
Jam 1800 baru gerak gi ke “Yunkies Hut” tu ngan bestie Seri Kembangan *Encik Nurudin Setefarzi*. Sebab die tau kat mane tempatnyer tu. Aku?? Mane tau sangat.. Jenis duduk rumah jer menjahit, buat kuih, kemas rumah... Whahaa~
Sesampai je disana. Wahh! Dah boleh tahanlah ramainyer.
Sampai-sampai rileks-rileks dulu, duduk-duduk wat tak tau.
Around 1850 kot, ketua majlis mulakan majlis.
This time a bit kelakar bagi aku. Cz, u noe what happen?? JengJengJeng...
Bile dah ramai & penuh dah kawasan meja makan, ketua majlis mulakan upacara untuk sesi pengenalan.
Macam ice breaking arr...
Nama penuh, umur, duduk kat mana, study mana, kire perkembangan terbaru akan dicerita kat situ.
See??
Dah macam LDK?? Sekolah rendah?? Pindah sekolah??
Tak mengapa. Aku ok ok sahaja.
Cz, ade jugak yang xbrapa kenai. Cz, aku ni kan seorang nomad yang tegar dulu dulu kala.
So, ada jugaklah batch yang aku tak penah jumpa. Kat sana baru dapat jumpa dan kenai sume orang. Seronok!
Yang hadir untuk reunion kali ni dalam 25 orang.
Sorang-sorang memperkenalkan diri sambil setiap orang menyediakan soalan yang pelik-pelik untuk ditanya. Ish ish.
Jenuh mereka-mereka untuk menjawab. Bahaha~
Mereka memang kelakar!!! Serius!! Senak jugaklah perot nak gelak & tahan gelak. Adehh~
Then, Azan Maghrib sudahpun masuk menandakan kami sudah boleh berbuka. Jadi, bukalah kami dengan kurma dahulu.
Kemudian, kami menjamah segala jenis lauk pauk yang dihidang dihadapan kami.
Adalah dalam 4 jenis lauk-pauk yang di-order.
i)                    Ikan siakap 3 rasa
ii)                   Tomyam campur
iii)                 Sayur (taktaulah pe name masakan sayur ni. Hehe~)
iv)                 Telor dadar
v)                  Air buah setiap orang gelas Jumbo (saya punya air tembikai)
Sesudah selesai makan semua yang ada diatas meja tersebut, kami solat maghrib pula secara berjemaah di surau yang ada di “The Yunkies Hut” tersebut.
Sesudah selesai, kami naik semula ke atas ditempat kami makan untuk sesi seterusnya.
Kami suka bersembang, sembang dan terus sembang.
Tetiba, ada satu pengumuman dari kaum hawa, mengatakan bahawa esok (08092010) adalah bufday seorang gadis yang ada disitu.
Kaum hawa tersebut telah menyediakan kek untuk meraikan Gadis tersebut.
Jadi, kami semua telah menyanyikan lagu bufday & “Allah Selamatkan Kamu” kepada beliau.
Owh! Gadis kelihatan seperti terharu dengan keadaan disitu.
Jadi ketua majlis meminta Gadis untuk menyampaikan sepatah dua puluh kata kepada hadirin.
Sesudah selesai, Gadis pun memotong kek tersebut dan memberikannya kepada hadirin yang ada.
Wahh! Enak sungguh kek tersebut! Sedap! Lazat! Dan Sedaplah.. Hahaha~
Kamipun makanlah, makan dan terus makan.
Selesai sahaja, kami memulakan sesi seterusnya iaitu sesi bergambar dengan semua orang yang ada.
Wahh! Sesi yang sungguh aku suka.

Muka-Muka Yang Turut Hadir . Owh! Ada Seorang Lagi Yang Takde Dalam Picca Nih , Yakni Orang Yang Amikkan Picca Nih . Kesian Dekat Die.


Jadi, sesudah selesai sesi bergambar, kamipun bersurailah.
Pada masa tersebut, jam menunjukkan sudah 2130.
Maka, kamipun salam bersalaman antara satu sama lain dan bersurailah disitu.
Next year ada yang request untuk berbuka di hotel pulak dekat area-area sunway.
Jadikah???
Masa akan tentukan. Banyak lagi masa.
Setakat itu sahaja.

~ Jaa ~

Tuesday, September 7, 2010

~ Padah Terlalu Laju DiselekoH ~

Owh! Entry ni berkaitan dengan semalam yakni (06092010) dimana boyfriend sis re3n datang untuk amik sis re3n nak kuar dating dengan keter Lamboghini (ok, tipu) die.
Dahlah time tu aku nga sedap giler babeng nga tito dalam jam 1645. Tetibe mama datang kejut, "hey! hey! siap siap gi ikut bapak ngan kakak. Tayar keter Rafiq bengkok. Gi tolong. Gi..."
Akupun nengoklah jam. Eyh! Baru 1645. Tak sampai lagi 2 jam aku tito. Adoiyai~
Cukup 2 jam baru boleh bangun. Ni procedure tito diwaktu petang. Tolonglah jangan ganggu. Adehh~
Tapi, kalau aku tito semula, kompom-kompom tak boleh tito dah. Sebab dah terjaga. adehh. Kacau birau haihh~.
Aku pun bangunlah dengan pakaian yang selebek giler.
Mula mencari peralatan yang boleh dibawa bersama jikalau memerlukan.
Akupun tariklah lampu suluh, wallet, handphones and cap.
Berjalanlah aku menuju ke kereta untuk turut serta menolong En. Rafiq yang datang jauh dari Klang.
 Sesudah sampai jer, aku terlihat. Wahh! Stylo giler!!!
Bapak and kakak pun turunlah pergi lihat keter yang tayarnyer bengkok.
Aku duduk dalam keter sebab kene jjage keter walaupun takde bendepun perlu dijaga. Sume didepan mata.
Kata bapak, "arm" dah bengkok terok...
Aku malas mahu bertanya bagaimana boleh terjadi.
Tapi, dari apa yang aku lihat, ini mesti kes nak "drift". Pastu, jalan licin pulak disebabkan hujan, lalu terbabas terlanggar divider. Yehaha~

Tempat kejadian takdelah jauh dari rumah aku.
Dekat area-area pasar borong selangor sahaja.
Maybe die nak masuk simpang dengan lajunyer terbabas lalu langgar divider.(Ulang skali lagi ye. hehehe~)
Then, apa yang dibincang mereka bertiga pun tak taulah kan.
Last last, bapak kate, "haa. tunggu kat sini kejap, bapak nak pergi kedai tayar nak tanya pasai tow truck".
Aku pun follow lah skali ngan bapak g kedai tayar.
Bapak pergilah kedai tayar yang slalu bapak tukar nih.
Kire regular customer lah.
Dapatlah dirunding.
Then, pergi semula kat tempat kejadian tanya-tanya macam mana.
Nak amik tow truck gak ke tak kan.
Then, En. Rafiq call abah die tanye macam mane.
Then, abah die kate tunggu jerlah. Cz, diorang nak call AAM under insurance.
Tapi, time tu, abah die kat Kuala Selangor sebab ada projek disane.
AAM Plak kene pemegang kad AAM sahaja yang boleh call untuk tow truck.
Terpaksalah pulak tunggu sehingga abah die sampai.
Then, keter terpaksa parking kat Petronas tepi pasar borong tu.

Ahaa~ Untuk pengetahuan. Aku berjaya memandu kereta Lamboghini tersebut walaupun hanyalah untuk beberapa inches sahaja sebab nak tengok jikalau kereta bergerak, tayarnya apakah yang akan terjadi.. Bahaha~ Bangga 0o0o0o0o...

En. Rafiq berbuka dirumah kami.
Kesian dekat die. Ish Ish...
Around 2020 macam tu abah die call kate dah sampai kat petronas tu.
Time tu aku tak follow mereka-mereka di sane.
Aku duduk dirumah sambil berinternet... Hehe~
Bukan tak nak ikut, tapi, aku tidak diajak. Tidak mengapalah.
Akupun biasa-biasa sahaja.
Dari maklumat yang diperolehi, kereta itu kini berada di sunway untuk dibaik pulih.
Mungkin raya beliau tahun ini agak muram tidak seperti raya-raya sebelom ini.
Bersabar sahajalah.

Pandangan Belakang




Pandangan Tepi Belakang


Pandangan Tepi Depan

Mungkin ini pengajaran untuk tidak bawak laju-laju diselekoh.
Mungkin juga peringatan pada diri sendiri.
Owh! Aku tidak biasa bawak perlahan-lahan di jalan raya.
Maafkan daku.
Mungkin aku perlukan sedikit motivasi dari orang yang expert "Drift", "Drag" and mungkin seorang kaki racer..
Arghh!
Kesian sama kamu En. Rafiq.

~ Jaa ~

~ Saje Nak TuliS ~

Haa~
Aku baru je lepas makan murtabak ayam 2 bijik. Lebihan juadah berbuka puasa tadi petang.... Hehe~
Enak sangat! Sangat enak!!!
Eyh! Tak serupa ke ye??
Hurmm.. Mana-mana jerlah.

Haa! Disebabkan aku dah lame tak tulis kat blog ni, aku dihukum untuk memberi satu entry.
Aaaaa....
Tak suke bile kene denda!!!

Masalah persiapan raya??
Aku rasa aku takde masalah. Nak kate ade yang tak cukup, aku sendiripun tak tau.
Tapi, hati kecil aku ni berbicara tiap-tiap hari seperti ada yang tak kena.
Susah betol nak buat pilihan hidup yang aman dan tenteram. Adoiyai~
Tapi, aku rasa sume dah ade.
Apa yang tak cukup??
Bagitau skit!

Seluar - 2 helai
Baju - 4 helai (sehelai baju gay. yuks!! beli sebab terpaksa sebab boleh dapat harga murah skit. ada promotion)
Kasut - 1 pasang
Sweater - 1 helai
Stoking - 1 pasang
Seluar Kecik - 1 Kotak 3 Helai
Baju Melayu - 1 pasang

Ni lah baju "Gay" tu.. bahaha~
Tapi, tak jadi beli yang ni. Ada satu lagi.. Elok dari yang ini.


Pilihan seluar yang berjaya dicurik mase try


Baju dikepam terlebih dahulu sebelum beli

Rasanya dah lengkap.
Tapi, macam tak lengkap.
Tolong sempurnakan hari aku...

Haa~
Satu lagi, baru aku perasan yang aku dah tidak lagi menulis ayat-ayat pujangga yang menjadi "HakCipta Terpelihara" lah...
Wahh~
Adakah ini bermaksud aku tidak lagi jiwang seperti dahulu???

~ Jaa ~