07092010
Hari ini aku ada date!
Yeehaa! Seronok!
Gembira! Bahagia!
Owh!
Janganlah korang ni salah paham ok!
Aku date ngan budak-budak sekolah aku.
Ni kire reunion lorr... Reunion sambil berbuka puasa... Ish ish~
Buruk betoi pemahaman korang ni.
Biasa tiap-tiap tahun kami mesti buat reunion berbuka puasa sama-sama ngan budak-budak batch kami.
Seronok! Sebab sekali setahun jer bende ni akan dapat kumpulkan kami semua (owh! Tidak semua ye. Maaf.) bertanyakan kabar, study mana, yang mana lost contact, kat sinilah kami dapat berborak bersama-sama, gelak kuat-kuat. Best!!!
The organizer untuk kali ni adalah Encik E-Chams.
Die pilih untuk berbuka puasa kat “The Yunkies Hut Ikan Bakar, Bangi”.
At first, diorang nak sume berkumpul kat sana around 1700 macam tu. Wuhh! Awai seyh~
Aku dengan tengah tito time tu. Bahaha. Jam 1745 baru sedar. Ish ish.
Jam 1800 baru gerak gi ke “Yunkies Hut” tu ngan bestie Seri Kembangan *Encik Nurudin Setefarzi*. Sebab die tau kat mane tempatnyer tu. Aku?? Mane tau sangat.. Jenis duduk rumah jer menjahit, buat kuih, kemas rumah... Whahaa~
Sesampai je disana. Wahh! Dah boleh tahanlah ramainyer.
Sampai-sampai rileks-rileks dulu, duduk-duduk wat tak tau.
Around 1850 kot, ketua majlis mulakan majlis.
This time a bit kelakar bagi aku. Cz, u noe what happen?? JengJengJeng...
This time a bit kelakar bagi aku. Cz, u noe what happen?? JengJengJeng...
Bile dah ramai & penuh dah kawasan meja makan, ketua majlis mulakan upacara untuk sesi pengenalan.
Macam ice breaking arr...
Nama penuh, umur, duduk kat mana, study mana, kire perkembangan terbaru akan dicerita kat situ.
See??
Dah macam LDK?? Sekolah rendah?? Pindah sekolah??
Tak mengapa. Aku ok ok sahaja.
Tak mengapa. Aku ok ok sahaja.
Cz, ade jugak yang xbrapa kenai. Cz, aku ni kan seorang nomad yang tegar dulu dulu kala.
So, ada jugaklah batch yang aku tak penah jumpa. Kat sana baru dapat jumpa dan kenai sume orang. Seronok!
Yang hadir untuk reunion kali ni dalam 25 orang.
Sorang-sorang memperkenalkan diri sambil setiap orang menyediakan soalan yang pelik-pelik untuk ditanya. Ish ish.
Jenuh mereka-mereka untuk menjawab. Bahaha~
Mereka memang kelakar!!! Serius!! Senak jugaklah perot nak gelak & tahan gelak. Adehh~
Then, Azan Maghrib sudahpun masuk menandakan kami sudah boleh berbuka. Jadi, bukalah kami dengan kurma dahulu.
Kemudian, kami menjamah segala jenis lauk pauk yang dihidang dihadapan kami.
Adalah dalam 4 jenis lauk-pauk yang di-order.
i) Ikan siakap 3 rasa
ii) Tomyam campur
iii) Sayur (taktaulah pe name masakan sayur ni. Hehe~)
iv) Telor dadar
v) Air buah setiap orang gelas Jumbo (saya punya air tembikai)
Sesudah selesai makan semua yang ada diatas meja tersebut, kami solat maghrib pula secara berjemaah di surau yang ada di “The Yunkies Hut” tersebut.
Sesudah selesai, kami naik semula ke atas ditempat kami makan untuk sesi seterusnya.
Kami suka bersembang, sembang dan terus sembang.
Tetiba, ada satu pengumuman dari kaum hawa, mengatakan bahawa esok (08092010) adalah bufday seorang gadis yang ada disitu.
Kaum hawa tersebut telah menyediakan kek untuk meraikan Gadis tersebut.
Jadi, kami semua telah menyanyikan lagu bufday & “Allah Selamatkan Kamu” kepada beliau.
Owh! Gadis kelihatan seperti terharu dengan keadaan disitu.
Jadi ketua majlis meminta Gadis untuk menyampaikan sepatah dua puluh kata kepada hadirin.
Sesudah selesai, Gadis pun memotong kek tersebut dan memberikannya kepada hadirin yang ada.
Wahh! Enak sungguh kek tersebut! Sedap! Lazat! Dan Sedaplah.. Hahaha~
Kamipun makanlah, makan dan terus makan.
Selesai sahaja, kami memulakan sesi seterusnya iaitu sesi bergambar dengan semua orang yang ada.
Wahh! Sesi yang sungguh aku suka.
Muka-Muka Yang Turut Hadir . Owh! Ada Seorang Lagi Yang Takde Dalam Picca Nih , Yakni Orang Yang Amikkan Picca Nih . Kesian Dekat Die.
Pada masa tersebut, jam menunjukkan sudah 2130.
Maka, kamipun salam bersalaman antara satu sama lain dan bersurailah disitu.
Next year ada yang request untuk berbuka di hotel pulak dekat area-area sunway.
Jadikah???
Masa akan tentukan. Banyak lagi masa.
Masa akan tentukan. Banyak lagi masa.
Setakat itu sahaja.
~ Jaa ~
No comments:
Post a Comment