Secara kasarnyalah ye aku akan cter kat blog nih. Bukan ape. Terasa seperti dah jauh sangat dah ni ketinggalan nak bercerita lebih-lebih lanjut.
Aku terlalu seboklah sejak balik cuti raya aritu. Each day aku pasti ada urusan yang perlu dilakukan. Sampai, mata aku yang sepet nih bertambah sepet + lebam-lebam macam panda. Nasib baik ade L’oreal Paris Men Expert Hydra Energetic Eye. Dapatlah jugak mengawal kebengkakan mata sepet yang aku amat cintai ini.. ahaha~
Back to the story.
23092010
Merupakan tarikh untuk berada di rumah Cik Nuryn kerana pada tarikh tersebut beliau dan housematenya telah buat mini open house. Beliau menjemput rakan-rakan yang dikenalinya dan juga beberapa orang lecturers untuk turut serta bagi memeriahkan mini open house itu.
Kami serumah pergi agak lewat dari biasa. Adelah around 6 pm. Even majlis start jam 4pm. Ahahah~
Tapi, jangan risau. Walaupun rumah kami ni dekat-dekat saja, tapi, kami lepak kat rumah beliau lame giler! Dari jam 1800 sampailah ke jam 2200. See?? 4 hours at their house. What we are doing there?? Haa! Adalahhhh.. Bahhaha~
Pastu, pulanglah kami untuk beristirehat.
Owh! Lupa pula! Mereka saji makanan yang agak pelbagai juga. Ada spaghetti, karipap yang dibuat sendiri, nudget, bihun goring, air sirap, kuih raya, and pelbagai lagi. Agak banyaklah. Majlis betoi-betoi stop adelah dekat pukoi 0000.
Ni tetamu yang dah nak masuk ujung-ujung dah ni
Owh! Kami Memang Suka Bergambar
Hahaha~
Opps! Gambar "Hotz!"
25092010
Hari ini aku ada urusan yang perlu dilakukan.
Iaitu pergi ke Perlis! Haaa! Ini adalah projek kendalian aku yang terakhir didalam Kelab Bahasa Mandarin untuk sem ini dan juga selama-lamanya. Penat pegang jawatan lama-lama sangat dalam kelab ni. Huhu~
Pagi ni, kami bertolak dari UiTM Kedah ke UiTM Perlis pada jam 0800 walaupun suppose kene berada di depo kenderaan pada jam 0700 tapi aku sampai jam 0730. Hehe~
Kami pergi ke UiTM Perlis bukan ape. Sebab nak membalas kunjungan UiTM Perlis yang pernah datang ke UiTM Kedah pada semester yang lalu. Nama kunjungan ni ialah “Delegasi Mesra Siswa UiTM Perlis-UiTM Kedah Kelab Bahasa Mandarin 2010”.
Kami pergi dengan 1 bus sahaja walaupun dapat sambutan yang agak banyak. Terpaksa menolak yang lain kerana tempat kerusi adalah terhad.
Lawatan kali ni memang sebagai membalas kunjungan. Tetapi, pihak Perlis adakan majlis raya kecil-kecilan. Bagi aku, taklah kecil sangat. Oklah. Sedang-sedang. Makanan yang disajikan mungkin kureng skit untuk sarapan pagi & tengahari. Tapi, finishing entry yang menarik iaitu pada majlis raya tu. Makanan yang dihidangkan adalah menarik dan sedap. Mereka saji laksa Perlis. Mee laksa tu memang special kalau nak diikutkan dari laksa-laksa yang lain. Sebab, mee tu dibuat sendiri dan dijual secara timbang. Unikkan?? Biasa, mee laksa tu dijual dalam packet pe sume. Ni jual secara timbang kilo. Ermm! Yang pasti sedaplah! Then, paling menarik ialah pada kuih rayalah ye! Walaupun tak banyak sangat sajian kuih raya tu, tapi, effort yang diorang bagi tu buat sedap dan terharu. Sebab, kuih yang dihidangkan tu adalah dibuat sendiri. And and and!!! Special request dari aku untuk pihak Perlis juga ada dihidangkan. Hahaha! Kuih apa? Kuih tart nenas arr!!!
Damn! Sedap kot!! Siap time balik tu mintak tapau lagi kot! Serius! Diorang bagi sume kuih-kuih kat kitorang sume. Ahaahha. Yang pasti, tart nenas tu untuk aku sorang sahaja. Itu yang diberi khas untuk aku. Ehehe. Owh! Tart tu mereka tidak buat sendiri sebaliknya ia dibeli. Mereka cakap, untuk buat tart nenas tu mereka belum cukup asas di dalam pembuatannya.
Dah settle pe sume, kami pun pulanglah ke UiTM Kedah. Kami sampai around 2330 macam tu.
Haa! Ada pulak citer time kami sampai kat UiTM Kedah. Dahlah kami sume segak berpakaian baju melayu lengkap, turun-turun jer dari bus UiTM tu, adalah pulak Majlis Hari Raya yang dibuat dekat sangat dengan tempat kami turun tu. Majlis tu anjuran Kelab Dipac. Stand for *Diploma Public Administration Club*, if im not mistaken lah ye. Sebab ni bukan kelab course aku pun. Hehehe. Tapi! Aku & the geng dengan buat muke tak malu plus tema kelab tu adalah berbaju melayu, kami pun apa lagi! Serbu arr pergi makan pe yang ada. Ahahaha. Nasiblah ramai jugak budak-budak Dipac ni kami kenai. So, wat biasa jerlah kan. Haha~
Lepas tu, kami pun pulang arr nak beristirehat plak. Dah penat makan satu hari. Ish ish…
The Hensem Boys . Hehehe~
Ni Geng Budak Rumah Aku
Ni Time Ronda-Ronda Dalam Kampus UiTM Perlis
26092010
Haa! Ni merupakan tarikh untuk semua rakyat Course Business Study untuk bergaya hebat + sakan.
Sebab apa? Haa! Sebabnya, kami ada DBS Course Dinner kat SP Inn Hotel.
Tema untuk dinner tu ialah 1 Malaysia. So, bebas untuk kami berpakaian mengikut tema yang diberikan.
Kami pergi dan tiba dalam pukoi 2015. Acara start 2030. Erm…
Tetapi, aku??? Aku tak follow tema yang diberi. Aku berpakaian biasa sahaja. Malas nak pakai baju melayu lengkap. Walaupun aku ada 2 baju melayu lengkap.
Top : TopMan T-Shirt, Romp Vest, Zara Men Jacket
Jeans : TopMan Skinny Jeans
Shoe : Nike
Firstly, macam biasalah kene dengat ceramah dari pelbagai pihak yang agak membosankan tu. Adehhhaiii….
Pas dengar ceramah barulah heaven moment untuk aku khususnya. Sebab pe?? Haaa! Sebab MAKAN TIME!!! Itulah yang paling ditunggu tunggu kami semua tau!
Macam-macam makanan yang ade. Serius! Banyak jenis!
Hampir semua aku bedal amik makan. Kire malam tu aku betoi-betoi melantak jugaklah.
Sambil makan tu ade jugak persembahan yang dipersembahkan oleh junior-junior kami nih. Sebab dinner ni sebenarnyer sebahagian dari task mereka-mereka. Kire assignment arr untuk meraikan senior-senior mereka yang last sem kat UiTM.
Majlis kire selesai secara mutlaknya around 1200+.
Tapi, macam biasa arr. Mesti arr bergambar lebih-lebihkan.
Bergambar tu kan sebahagian dari hidup. Tanpa gambar, hidup takkan sempurna. Gambar jugaklah yang akan meninggalkan kenangan kepada kite bile kita tidak lagi kembali ke tempat yang kite tinggal. Haa~
Mendalam maksud tuh. Hehehe~
Mendalam maksud tuh. Hehehe~
Ni Lah Batch Kami Yang Tinggal Untuk Last Semester Ni
Tapi, Ramai Lagi Yang Tak De Dalam Picca ni Sebab Diorang Tak Dapat Datang
Pastu, kami pun pulang arr. Sampai rumah adelah around 0100 macam tu. Melewaq kejap. Sampai rumah terus mandi & rehat.
~ Jaa ~
2 comments:
Hi,
Good Luck amd All the Best!
ahaks! hi madam.. :)
thanks. insyaALLAH we will do our best madam.. :)
Post a Comment