Sunday, November 28, 2010

~ Suka Duka Rakan KitA ~

Entry kali ni dikhaskan kepada kenalan kenalan aku.
Memang benar dalam hidup kita ada yang suka dan ada juga yang duka. Cume, bende tu terjadi bila masa kite tidak sedar or tidak dijangkakan.
Yang suka kompom kompom lagi suka kalau dah tau akan berlaku,
kalau yang duka? Mesti perkara ni berlaku bila kite tidak sedari or dijangkakan.

Pada 21st November 2010 yakni pada minggu lepas dimana sahabat aku yang bernama Norsyahirah Binti Ahmad Khaidar, datuknya telah meninggal dunia semasa melakukan Haji di Makkah Al-Mukarramah...
Perkara ini aku dapat message dari sahabat aku yang seorang lagi.
Akibat sebab musabab datuknya meninggal dunia tidak aku ketahui kerana beliau terus menyepi setelah mendapat berita tersebut.
Jadi tidak eloklah jikalau aku kelihatan seperti memaksa untuk tahu juga, cukuplah sekadar memberi text takziah kepada beliau.
Mungkin Allah lebih sayangkan Datuknya.
Diharapkan anda sekeluarga dan sedara mara anda dapat menerima dengan hati yang redha.
Maaf, datuknya aku tidak tahu akan namanya.

- Al-Fatihah -

Perkara kedua, perkara ini memang benar benar aku tidak sangka dan juga amat mengejutkan aku kerana ayah kepada Sharulnizam Bin Madon telah meninggal dunia pada 27th November 2010 pada jam 0500.
Kenapa aku tersangat terkejut kerana, pada malam tersebut aku sedang chatting dengan die. Bertanyakan khabar. Dan tetiba die kate yang die nak bagitau sesuatu pada aku, akupun katalah "apa bende". Tetiba die tulis yang ayah die sedang sakit tahap kritikal. Disebabkan masalah lemah jantung dan juga buah pinggang.
Aku tersangat terkejut ok! Serius! Die cakap ayah die dah masuk hospital dah hampir seminggu sejak Hari Raya Haji lagi.
Perkara ni tersangat menyentuh jugaklah aku sebab die ni kire bestfren aku jugak.
So, takde ape yang dapat dilakukan lagi.
Mungkin Allah lebih sayangkan beliau daripada terus melihat ayah kamu terus menahan sakit yang dihadapinya. Tak sempat aku nak pergi ziarah ayah beliau di hospital kerana aku memang dah berniat nak pergi ziarah pada hari sabtu or ahad ini. Setelah mendapat berita ini, aku agak terkelu seketika.
Diharapkan Sharulnizam kuatkan semangat, tabahkan hati, berdoalah dan sedekahkahlah surah Yasin agar ayah kamu ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Mudah mudahan. Aminn. Doa seorang anak adalah lebih tinggi darjatnya...

- Al-Fatihah -

Tadi aku telah berbicara mengenai perkara perkara yang agak menyedihkan, sekarang kita beralih kepada perkara perkara yang ada sifat sifat kesukaan pulak. (ada ke inbuhan "kesukaan"?? ermmm...)

Perkara ini ada kaitan juga dengan saudara Sharulnizam Bin Madon dimana kakak beliau pada Raya Haji juga jikalau tidak silap telah melahirkan seorang baby! Baby girl!
mesti comel walaupun aku tak dapat lagi nak nengok wajah baby girl tu.. Huhu~
Ada orang tua tua berkata, hilang satu pasti akan berganti satu yang baru.
Mungkin kehadiran baby girl tersebut telah menggantikan pemergian ayah beliau.
Walaupun memang nyata lebih terang yang pemergian ayahmu itu tidak sama dengan kehadiran yang baru.
Tetapi, mungkin ini suratan yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t....
*nama baby girl tu lupa plak nak tanya. hehe~ maybe next time kalau keadaan dah reda dan kembali pulih seperti sedia kala.

Perkara kedua, owh!
Pada 27thNovember 2010 pada jam 2000, aku, kakak dan juga mama pergi ke Klang kerana keluarga Encik Rafix buat doa selamat. Doa selamat untuk siapa? Dan untuk apa?? Haa~
Mungkin kelihatan aku ni seperti kepochi skitkan.. Ngahaha~
Dah aku nak update blog yang bercerite ni, so, dah memang memang arr ade kaitankan. Hehe~
Doa selamat ni dibuat keatas adik kepada Encik Rafix dimana adik perempuan beliau itu akan berkahwin tidak lama lagi, so, majlis ni diharapkan adik Encik Rafix akan mendapat kesejahteraan keatas pernikahan beliau tidak lama lagi.
So, kami pergi kesana dan sampai ke sana pada jam 2045. Walaupun jalan sikit jam kat Puchong tuh and nak menghala ke Shah Alam skit, tapi the rest, sumenyer lancar dan boleh memecut pada kelajuan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Sebab pe? Sebab mama sebelah aku. So, asyiklah mengeluarkan siaran radio yang lebih kuat dari radio yang sedia dibuka tu. Adehh~ So, kene pandu mengikut Had Laju Yang Telah Ditetapkan. Hehe~
Bile sampai, kami salam salam yang patut, pastu lepak pelak jap baru gi makan. Ramai sungguh yang hadir ke rumah beliau pada malam nih. Tak menang tangan Encik Rafix dan parentsnya nak melayan tetamu tetamu yang hadir. Sabar saja yea!
So, dah abis makan & wat house tour sebab mama Encik Rafix ajak bersiar siar didalam rumah beliau yang baru saja siap direnovated.
Pastu, kami pulanglah kerumah. Dan tiba kat rumah around 2315 kot. Ntah, tak pasti plak time tu bile. Hurmmm.....
So, moga moga pernikahan adik Encik Rafix akan berkekalan sehingga ke akhir hayat bersama bakal suami yang tersayang + terchenta. Aminn...


Ini Encik Rafix
Suh die pandang, tapi stengah sebok melayan tetamu

Ni kakak yang paksa suh amik picca aku
Hehe~

One more picca and done!

So, itu saje cter aku. Mana mana "Rakan Rakan" kita yang sedang menghadapi kesusahan or mane mane "Rakan Rakan" yang menghadapi kedukaan, kite bantuilah setakat mana yang mampu. Jika tidak dapat bantu dengan tenaga kite, mungkin kita boleh memohan hajat dengan berdoa diharapkan diberikan kesejahteraan keatas beliau dan dimurahkan lagi rezeki yang sedia ada, dan mana mana "Rakan Rakan" kite yang sedang menghadapi kesukaan, eloklah jikalau berpada pada. Kerana didalam kesukaan pasti ada kedukaan.

~ Jaa ~

No comments: