Eyh eyh eyhh~
Ternyanyi plak lagu patriotik.
Ish ish...
Tanggal 17 November 2010 merupakan tarikh dimana semua rakyat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha/Haji/Korban... Wuhh~
Banyak sungguh nama yang ada untuk raya nih. Hihi~
So, pagi tadi aku bangun solat subuh dengan mata yang agak rabak gak arr cz, titonya malam tadi around 0345 kot. Area area tu arr. Then, pas solat, teringatlah plak nak send message raya kat semua orang baik member member SMKSS, IIC, UiTM, old friends, Lecturers. Wuhh~
Adalah dekat 65 orang aku send. Huhu~
Semangat nih nak raya! Sanggup taknak tidoq lagi semata-mata nak send. Huhu~
Then, tengah tengah nak tunggu kul 0800 tu nak tito arr kejap cz nak rilekskan mata nih.
Tup tup! Arghh!!
Cuba teka apa yang terjadi?
Soalannya;
Apakah yang terjadi kepada Mohd Nazree Bin Ibrahim selepas beliau tidur untuk merehatkan matanya itu?
a) terlajak tidurnyakah sehingga tidak pergi solat sunat Aidiladha?
b) terjatuh dari katilnyakah dan mengalami lebam lebam yang terok?
c) tidak boleh tidurkah akibat menghantar message raya?
d) diganggu oleh parentsnya sehingga beliau pergi mandikah?
e) dibelasah sampai bangunkah?
Sila jawab dengan jujur...
5saat diperuntukkan untuk menjawab soklan ini.
5.....
4....
3...
2..
1.
Jeng Jeng Jeng!!!
Jawapannya adalah...A!!
Opps! Salah!E!!!
Oppss!! Salah jugak!!Jawapan sebenar adalah,
B!!!
Heyh! Bagilah i yang jawab. Abis sume nak bagi jawapan.Mana aci dong~ Hishhh~
D jawapan sebenar.
YeayHH!!Abis aku kene radio tanpa berbayar dan siaran percuma dengan mama aku pada mulanya. Lepas tu dah bapak aku dengar, bapak aku plak datang terjah terjah suh siap siap cepat.
Padahal awal lagi tuh. Cz, kalau aku target or set time nak bangun pukul brapa, janganlah dikejutkan seawal yang mungkin. Adehh. Tapi, takdaklah awal mana sangatkan. Adalah 15min awal. Huhu~
Then, aku pun bangunlah pergi siap siap nak mandi.
Pastu, dah siap pergilah solat raya.
Tapi! Aku tak pergi solat raya kat surau or masjid kat tempat biasa aku pergi, cz, hari ni special skit cz hari ni solat kat tapak masjid kat taman aku.
Tapak masjid ni tak siap siap sejak 2 tahun yang lalu lagi. But then, kitorang solat jugak dengan berbumbungkan khemah tajaan Jabatan Hutan.
Owh! Kami bukan solat biasa-biasa dengan penduduk taman tetapi ada juga orang besar yagn datang turut serta bersama-sama kami.
Mahu tahukah siapa beliau?
ADUN Serdang Dato' Haji Satim Bin Deman.
Ketua Polis IPD Subang Jaya
Superintendan IPD Subang Jaya
Pengerusi Taman
Ahli ahli jawatankuasa taman
Dan ahli ahli penduduk Villa Rimbawan...
See?? Sapa kata orang orang besar tak boleh solat kat tempat seperti tapak masjid yang hanya ada rangka tiang saja dan berlantaikan simen yang berlapiskan canvas. See???
InsyaALLAH masjid ni akan siap pada tahun hadapan.
Dengan sumbangan sumbangan yang diterima oleh pelbagai pihak dapat mempercepatkan lagi pembangunan Masjid untuk penduduk Villa Rimbawan ni dan juga penduduk setempat yang lain.
Hari ni jugak ada jamuan raya khas untuk penduduk Villa Rimbawan dimana Dato' Satim menderma sekor lembu untuk dikorbankan dan beliau jugak menyuruh untuk dimasak sekor lembu ni untuk sehari ni jugak. Perghhh! Bayangkan seketika k!
Kebiasaan pada kenduri kendara kawin, sekor lembu dilapah dan dimasak untuk berapa ratus orang murid murid?? Untuk 800-1000 orangkan.
Tapi, jumlah penduduk Villa Rimbawan hanyalah 3++ orang je. Leh bayangkan tak??
Tu pun bapak cakap lagi, 300 lebih tu belum lagi tolak orang yang ada darah tinggi dalam 50 lebih orang, budak-budak dalam 50 lebih gak. yang tinggal around 200 lebih jer. Nak makan tuh, perghhh! Memang melantak abislah kot! Haha~
Macam macam jenis lauk pauk dimasak. Ada yang buat sup berkawah kawah, daging masak kicap, gulai daging, apa daging lagipun tarak taulah. Wuhh. Kenyang cukup perot aku ni haa~ Burpp!
Opps! Sorry!
So, pada raya ni jugak sume orang (member member, cousin) balik kampung, tapi aku? Masih dirumah.Tapi, jangan risau, kami sekeluarga akan pulang ke kampung pada kamis ini jika tiada apa apa masalah.
So! Sementara masih dibulan yang baik ini, aku nak mengumumkan bahawa aku ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA / HAJI/HAJJAH / KORBAN
bagi seluruh umat Islam yang menyambutnya dan janganlah main mercun lebih lebih sangat.Moga hidup kita semua diberkati oleh ALLAH s.w.t. dan dilimpahkan kurnia dan rezeki yang baik baik dalam hidup kita Aminn~
~ Jaa ~
No comments:
Post a Comment