Wednesday, February 16, 2011

~ KesepiaN ~

Puas memerhati disetiap ceruk dan penjuru
Tetapi masih tiada jawapan yang diingini
Setiap perkara yang dilalui
Pasti akan ditepis, mengelak dari dilalui untuk dicuba
Semakin lama ia ditinggal
Semakin biasa untuk dihadapi.

Bila keseorangan melanda diri
Pelbagai perkara yang cuba ditafsirkan
Seolah-olah membiarkan hati bermonoloq kesayuan keseorangan
Berbicara dengan rupa yang seakan-akan iras diriku
Tatkala aku menyoal, pasti dia akan menjawab
Sehinggakan perasaan itu pudar dan hilang dibayangan.

Semakin lama ia dibiarkan
Selama itulah ia menjelma
Kadang-kadang tidak dapat dirungkaikan
Kerana jawapan yang muncul begitu pelbagai
Semakin lama semakin rumit untuk dicari
Bagaikan mencari cahaya bulan dicelah langit yang gelap.

Setelah dicuba dan ia gagal dipertengahan jalan
Halangan yang tiba tidak dapat ditepis lagi
Akhirnya aku akur dan aku lepaskan
Pelbagai pula yang menjelma dan juga pergi
Yang menjelma kata "selamat tinggal", yang pergi kata "bubye"
Kini, barulah daku tahu jawapan yang sesuai dengan diriku
Jawapan yang dicari adalah "kesepian".

~ Jaa ~

4 comments:

Rara said...

try cucuk untuk i..gune ur card lah kan..hahaha

EnSepet said...

daten-erk! cucuk camno tu? ahaha.. xjelas.. :D

Rara said...

cucuk tang sini..cucuk tang situ..hahaha
cucuk la mane2 yang bile hasilnye mampu mengeluarkan helaian kertas yg berharga $$$...

KuaLaM KeinDahaN said...

daten - tudiaaaa... habaq ank hai.. awat jadi lagutu? ahahaha...