Tuesday, April 27, 2010

~ Jejaka Dan Gergasi HijaU (2)~


Selepas itu, Jejaka pulang ke biliknya untuk melihat apakah yang terdapat didalam kotak yang sangat besar tersebut.
Selepas Jejaka membuka balutan kotak yang besat itu dengan berhati-hati, Jejaka tersebut tersangat terkejut dengan apa yang dilihat olehnya.
Senyuman manis mula terukir di bibir Jejaka.
Hati Jejaka mula tersentuh.
Jejaka mula rindu pada Gadis Comel yang berada di Canada.
Mereka hanya dapat berjumpa apabila cuti semester sahaja.
Itupun tidaklah selalu mereka dapat bertemu.
Jejaka tersentuh dengan apa Gadis Comel lakukan untuknya.
Kotak besar yang dihantar oleh Gadis Comel berisi “Gergasi Hijau”, sekeping kad dan juga sebuah plat yang terukir nama Gadis Comel dan Jejaka tersebut.
“Gergasi Hijau” yang sangat comel.
“Gergasi Hijau” yang merupakan salah satu jenis yang amat digemari oleh Gadis Comel.
Didalam kad tersebut, Gadis Comel telah menulis;
Hai Dear! I am sorry for the late. Hahaha... Hopefully we could meet each other when we are in Malaysia. Happy “Hari” for you.
With lots of LovE, ‘Gadis Comel’.
Sebaik Jejaka tersebut melihat hadiah yang dihantar dari Canada itu, Jejaka terus meng-e-mail kepada Gadis Comel yang Jejaka sudah menerima hadiah yang dihantar oleh Gadis Comel.
Semenjak dari hari tersebut, hidup Jejaka bertambah gembira dengan kehadiran “Gergasi Hijau” itu.
Jikalau jejaka didalam kesedihan, gembira, rindu pada Gadis ComeL, Jejaka pasti meluangkan masa dengan berbual-bual dengan “Gergasi Hijau” bagi melepaskan segala perasaan yang –ve mahupun +ve.
Jejaka juga sangat menjaga “Gergasi Hijau” dengan sebaik-baiknya kerana “Gergasi Hijau” sering menjadi tumpuan rakan-rakannya untuk dijadikan bahan experiment.
Kini, Jejaka sedang sibuk menghadapi peperiksaan akhir semester.
Selepas ini, Jejaka sudah boleh pulang ke Malaysia untuk bertemu dengan ahli keluarganya dan sangat berharap agar dapat berjumpa dengan Gadis Comel.
Jadi, masa yang dimiliki oleh Jejaka sering kali dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti membaca buku kerana gementar jikalau Jejaka tidak dapat untuk menjawab peperiksaan akhir semester yang begitu sukar dan mencabar minda.
Di Universiti juga Jejaka amat aktif dengan pelbagai kelab dan persatuan.
Jadi, masa untuk Jejaka amatlah terhad dengan aktiviti-aktiviti sampingan. Kadang-kadang Jejaka terpaksa pulang dari menghadiri perjumpaan kelab dan persatuan sehingga ke larut malam. Pulang sahaja Jejaka ke biliknya, pasti Jejaka akan melenakan dirinya untuk berehat untuk menghadapi hari-hari seterusnya.
Masa untuk Jejaka berhadapan dengan lappy nya adalah terhad untuk berchatting dengan Gadis Comel.

No comments: