Bukan ini yang aku mahukan.
Dan bukan juga seperti yang kau mahu berikan.
Sukar untuk aku lafazkan.
Sukar lagi perkataan yang kau mahu sampaikan.
Peristiwa mengajar pelbagai perkara.
Peristiwa juga memberi pelbagai iktibar.
Yang baik dijadikan teladan.
Yang buruk dijadikan sempadan.
Jalan tidak akan rata jikalau berbonggol-bonggol.
Perasaan yang tulus jangan dipersendakan.
Darah tidak akan mengalir jikalau ter”sekat”.
Bulan yang indah sering dilihat.
Hati yang mulia, tidak diendahkan.
Perhubungan yang dijalin tidak di”polish” sebaik mungkin.
Atau kita ambil dan perbetulkan?
Jari-jemari bermain telunjuk.
Badan meronta tanda kemarahan.
Puas hati menyuci.
Puas lagi engkau biarkan.
Fikiran tumpu pada satu.
Tapi, engkau? Pelbagai difikirkan.
Banyak pula engkau tawarkan.
Terbatas sudah apa yang dihajatkan.
Luas bagai lautan engkau mahukan.
~ Jaa ~
No comments:
Post a Comment