Showing posts with label ~ Info SahajA ~. Show all posts
Showing posts with label ~ Info SahajA ~. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

~ Kini Blog Saya Sudah Berubah WajaH ~

Blog Saya TelahPun Berubah Wajah
Mungkin Bagi Readers Yang Agak Agak Slalu Datang Terjah Mesti Perasan Akan Perubahan Yang Berlaku.
Bagi Yang Kadang Kadang Je Datang Masuk Ada Yang Perasan Dan Ada Jugak Tak Perasan.
Takpa, Tu Suma Tak Kesah.
Yang Pasti, Saya Tahu Blog Saya Berubah Wajah.
Walaupun tak banyak beza, tapi terasalah...
Hohoho~

Apsal Saya Pilih Warna Hitam As My Theme Colour?
(Puihh! sorry arr, aku nak guna bahasa "aku" arr. macam skema gler gune "saya". hahaha)

So, sebab aku pilih kaler hitam kerana hitam bagi aku itu elegan.
Tak sakit mate kalau baca blog.
Kalau kaler cerah macam putih, kuning, oren etc tu sebagai background.
Kalau bukak & baca, nanti lame lame berair mate tau baca!
Sebab mate kite ni seperti exercise berlebihan untuk membaca.
Sebab warna yang terang benderang menyebabkan mata kite cepat terasa iritasinya.
Jadi merah dan jadi cepat letih.
So, warna yang sejuk macam hijua pucuk pisang, biru langit/laut itu adalah digalakkan.
Sebab mata kite jadi tenang dan senang dengan keadaan sekeliling.

Warna hitam?
Hohohooo...
Cube anda baca...
Mata anda dapat fokuskan?
Walaupun tak berapa tenang tapi senang dengan sekeliling.
Hee~
Itu yang aku kekalkan lagi warna hitam sebagai theme blog ini.

Bagi link link di tepi kana tu still aku kekalkan.
Takde perubahanpun
Just font & jenis tulisan je aku tukar.
Walaupun tak berapa menarik sangat
Tapi okie okielah...

Sebab aku ubah tetibe sume ni kerana ehehehe~
Okie!
Exceli, pagi semalam aku saje je tukar tukar template
Skali naaahhh!
Aku lupe nak save code theme yang lame.
Tu yang terus tertukar jadi pelik pelik.
Then, akupun macam panic jerrr...
Then, akupun niat arr nak tukar terus.
Penat owhhh aku cari theme yang sesuai.
Kejap elok kejap tak.
Adehhh~
Last last lepas aku buat sikit sikit
Inilah hasilnya...
Harap okie ejrlah bagi readers yang datang terjah ye!
Hee~

So, tu jer aku nak bagitau.
Papaiii!!!

~ Jaa ~

Monday, August 15, 2011

~ Apa PasaT ?? ~

Harini dah masuk puasa yang ke-15.
Malam jap lagi terawikh masuk yang ke-16.

Di corong corong radio sume dah mula memutarkan lagu lagu raya.
Kawan kawan di facebook jugak dah mula post mengenai raya.
Mereka bercerita bagaikan esok sudah boleh takbir raya sahaja.
Sabar sabar!
Ade lagi separuh yang harus ditempuh.

Aku?
Owh!
Aku belom lagi ade "feel" nak sambut raya.
Baju raya tahun ni aku putuskan supaya aku memakai baju raya tahun tahun lepas sahaja.
Sebab aku tak mahu beli baju melayu yang siap punye.
Aku mahu yang tempah sahaja.
Maaf!
Nampak macam gedik.
Tapi, aku ada sebab yang kukuh.
Kalau aku beli yang readymade, baju memang cahanteklah terukur di bahu aku.
Tapi bile datang part seluar.
Sorry arrr...
Akan senteng sedikit.
Aku kan tinggi.
186cm.
Baju aku adalah saiz "M".
Seluar adalah jenis saiz "L".
So??
Memang aku prefer untuk tempah dari beli yang readymade.

Semalam aku pergi cuci mata.
Cuci mata di chow kit dan jugak kat maju junction.
Sempat jugaklah aku rembat 2 helai seluar pendek untuk duduk kat rumah sahaja
Dan songkok baru.
Kami keluar 4 orang.
Bapak aku tak follow.

Tak tahulah bile mase yang sesuai aku boleh pergi beli baju raya.
Aku target sumenyer adalah 2.

- Baju 2 helai
- Seluar 2 helai
- Seluar kecik 2 kotak
- Stoking 1 pasang

Tu jer kot.
Aku tak mau belanjer berlebih lebihan untuk tahun ni.
Sebab dah 2-3 tahun aku belanjer TERSANGAT besar.
So, tahun ni nak sederhana jerlah.

So, mohon dana yang aku perolehi boleh aku capai target persiapan raya ni nanti.

~ Jaa ~

Thursday, August 11, 2011

~ Budak Korea Selatan Jumpa Orang MalaysiA ~

Cerita yang dikisahkan adalah sambungan daripada entry yang lalu “Kesinambungan (Pecah PeruT)”.

So! Lepas aku balik rumah dari umah MakAchik aku tu, aku terus ada meeting yang kene attend.
“MLM”.
Bukan perniagaan haram yang duk hasut korang suh masuk masuk pastu bankrupt tuh!
NO NO NO!!!
Ini MLM yang bertamadun! Meeting Larut Malam.
Sembang gossip isu semasa kes kes sekeliling etc..
Bukan tertutup pada kaum adam jer.
Kaum hawa nak join sekakipun takde hal.
AYUH!

So! Dengan badan yang sedikit lesu selepas tito tak cukup plus kerahan tenaga yang banyak berlaku sepanjang hari,
Aku gagahi jugak untuk bertemu dengan seorang sahabat yang aku kirenye sangat lama tak jumpa!
Last time KALAU tak silap mase reunion berbuka puasa last year.
Actually, MLM kali ni kami nak usulkan cadangan nak buat reunion berbuka puasa untuk tahun ni.
Untuk kali ke tiga berturut turut.
Sebabnya?
Sebab kali ni “Kaki” yang nak jumpa dengan kami kami semua.
So, tu yang sebabnya aku nak join skali. 
Penat? Tolak ketepi jer.

Yang ade time tu 7 orang kami jer.
Owh! “Kaki” ni lah yang “Budak Korea Selatan Jumpa Orang Malaysia” tuh.
Apsal aku cakap lagutu? Haa!
Actually, this person just came back from Daegu, South Korea.
Die buat practical kat sane 4 bulan.
So, kire aku nak amik angin angin Korea arr skit. Hehe~
Aku kan “Rain” celup yang tak pernah gi Korea. So? Hehehhh~

So, lepak dan usul arr bende bende yang kami nak ni.
Then, bile kami semua dah sepakat sepikut tahun ni jadi buat!
So, kitorangpun sembang sembang arr pasal die kat Daegu tuh.

Seronok bai dengar die cerita.
Ape yang story aku dapat dari die, rakyat Korea sebenarnye muda 1 tahun dari umur sebenar.
Mesti korang tak fahamkan?
Ekceli, andai kate "Dong Haiya'" tu die kate & tulis umur die 30 tahun.

Actually! Umur die baru je 29 tahun.
Apsal?
Dari ape yang aku dapat tau, diorang ni 1 tahun dah dikire skali mase diorang dimengandungkan lagi.
Even dimengandungkan hanyalah 9 bulan jer tapi dikire skali 1 tahun.
Haaaa.. Get it?
Kalau tak dapat gak, nanti bagi aku email korang, aku email & terangkan satu persatu kat ko.
Okie? Hehh~


Then, kat sane diorang memang up-to-date kaw kaww arr pasal fashion.
Because they were born to cheerful in this earth with fashion.
Full of skills & intelligent in fashionable or perfectable or I could say “weirdo”?? Hurmmm….
Yalah, diorangkan memang bab fashion maju kehadapan yang pelik pelik.
BUT! Rakyat sane jenis tak kesah ape yang korang nak pakai.
Means, ko nak jenjalan pakai baju macam rakyat Malaysia kite ni kat sanepun takde hal.
*Seluar pendek, t shirt dodo (bodoh)...
Plus, diorang kalau pakai “Coat” or “Blazer” tengah tengahari adalah normal.
Tak macam kat Malaysia kalau pakai dah kene cop “gila pa pakai kot tengah tengahari buta ni”.

Lagi, kat kawasan member aku practical ni ade satu restoran milik Indonesia.
Kire kat sane die cakap, ko dengan orang orang asia tenggara macam member.
Kalau jumpe tengah tengah jalan diorang mesti tanya “ studykah?”, “kejerkah”.
Cakap melayulah diorang tuh.
Kire kat sane dioranglah BFF ko. Hahaha~

Satu fakta! Kite orang Malaysia duk bangga banggakan rakyat Korea dengan aliran K-Pop dioranglah, movie dioranglah bla bla bla.
The fact is they don’t even know where “Malaysia” is.
Even sometimes, diorang tak penah dengar langsung name “Malaysia”.
See? How bad arr?
Sedangkan kite kat sini duk bangga bangga wat tarian terencat kat tvlah, kat tepi tepi jalan arr.
Ish ish ish…
Member gua cakap lagi, student Malaysia ibarat rakyat indon, Myanmar arr kat Malaysia ni.
Macam mana kite buat kat diorang , macam tu lah orang Korea buat kat rakyat Malaysia kat sane.
See? What goes around comes around.
Walaupun kite tak taupun pasal tu.
Sebab kite kat Malaysia.
Tak penah kuarpun dari Malaysia, even Semenanjung Malaysia.

1 more fact yang gua dapat dari member gua ni,
SETIAP toilet diorang tak disediakan paip untuk membasuh “ukk ukk”…
Diorang just ade tissue SAHAJA!
Erghh! Geli abaq ang! Tudia!
Member gua cakap kalau die nak “Ukk ukk”, die mesti bawak botol air untuk pembilasan. Hehehe~
1 more! Setiap kali korang nak kuar toilet NEVER EVER LEFT THE TOILET IN WET CONDITION.
Seriously like hell!
Bagi diorang, kalau basah tu adalah ape ntah member gua cakap tuh. Tak ingat dah.
Something pengotor kot… (sapa yang pengotoqpun kami tak tau weyhh! Adehhh~)
Sebab diorangkan tak sediakan paip.
So, memang toilet tu kering sekeringnyalah!
Ibarat ko bawak air ke dalam toilet tu ko akan dipandang serong arr oleh orang sane.
So, each time member gua cakap kalau lepas wat pembilasan tuh, die kenelah keringkan toilet tuh.
Ish ish… sadis sungguh!

Haaaa!
Seperkara lagi, gadis gadis di Baratkan banyak jenis suke mendedahkan bahagian atas,
Tapi gadis gadis Korea, diorang pentingkan bahagian bawah means suke tunjukkan peha sampailah ke bawah skali.
Member gua cakap lagi, kaki diorang pergh!
Diorang paling jaga yang tu.
Ibarat asset kehidupan masa depan diorang.
Kitepun boleh tau kot kan kalau yang rajin duk nengok crite crite diorang tu sume.

So, bile nengok jam, eyh!
Dah kul 01:++.
Member gua yang balik dari Korea ni pun mintak diri nak balik umah dah.
Katenye nak balik lawan DOTA ngan adek die.
Ceith! Tak gune betoL!
So, kitorang yang lain lain ni sembang sembanglah lagi sampai jam 02:++.
Pastu kitorang chow gi pekena karok sejam.
Then, gi lepak kat mamak pekene roti canai.
Around 04:++ baru arr chow balik umah masing masing.

Ni mase lepak kat mamak
*credit to Mr.Gempak

~ Jaa ~

Wednesday, July 13, 2011

~ Tibe Tibe Badan Menjadi Gagah Menghadap Bende Tertangguh NI ~

Skali lagi cter last week.
July 5th 2011

Harini aku bangun pagi berazam kental nak kemas bilik.
Hahaha..
Bende yang aku rase dah tertangguh dekat berbulan bulan dah kot.
Asal cter nak kemas, mate ngantuklah.
Ade hal lah.
Ade itulah, inilah.
Macam macam bende yang akan halang aku dari buat kebaikan tu sume.
Hehh~

Then, tetibe pagi ni aku cekalkan hati, tabahkan badan, positifkan minda.
Lepas subuh aku makan ubat kuat makjun.
Mulakan operasi.
Tiap kali aku kemas bilik dan atas name "B*RS*H"
Memang aku akan kosongkan bilik aku.
Kosong sekosong kosongnyerlah.
Macam ni kosong die ye.

See?
Tinggal katil jer yang takleh wak kuar sebab kat tepi tepi tu diorang screwkan.
Kalau tak memang dah angkut kuar dah skali.
Hee~


So, nak kosongkan bilik je dah dekat sejam.
Punyelah banyak barang & tak larat aku.
Memang bersepah sepahlah sume barang aku kat ruang tamu, bilik mama, & kat dapur.
Hahaha~
Memang hari yang aku rase macam tongkang pecah abislah.

Ini keadaan kat ruang tamu.
Teruk teruk!
Dah macam kene tsunami je aku rase aritu.

Pastu mulelah operasi aku mem"B*RS*H"kan bilik.
Vacum, mop lantai, lap lantai, kipas, lampu, dinding, sume bendelah & semua cerok bilik.
Memang penat gler sebab aku wat solo kan.
Bende ni pun aku rase dekat 2-3 jam aku wat.

Lepas dah kering startlah masukkan barang barang tsunami tuh.
Yang ni lagilah penat gler glerrr punyerr.
Sebab setiap barang kene lap cause berhabuk "kaw kaww" arrr.
Bile dah masukkan separuh aku dah jadi tak tau & tak tentu arah nak wat pe dah.
Asyiklah ulang alik di bilik Sis Re3n.
Dah jadi mati kutu dah aku time tu.
Sebab suku dari barangnyer aku nak buang.
Sebab ade je bukan barang aku TERcampak buh.
Dan ade jugaklah yang aku nak buang.
So, aku rase nak clean kan sume bendelah.
Hahaha~

Bile dah bahagi bahagikan barang yang aku punye dan yang bukan,
Akupun fikirkan sesuatu untuk menghias bilik.
Disebabkan aku sukekan 'kecantikan", jadi aku pandang sekeliling nak cari bahan.
Dan ni hasilnyer.

Lawakan?
Aku tau.
Hahaha~

So, seharian aku kemas bilik.
Sampai makan pun tolak tepi.
Dah settle baru aku melahap.
Untuk hari tu je aku 70% aku siapkan.

The rest aku sambung esok.
Yang tinggal hanyalah buku & pakaian je yang belom wak masuk.

Malam tu jugak aku tito dengan tenang jer.

Ni lah suasana bilik aku malam tu

Entry penuh bout bilik aku akan dibuat nanti.
Now, bilik aku dah 100% siap.
So, yang mane janji janji terdahulu akan ditunaikan nanti.
Hehe~

~ Jaa ~

Thursday, July 7, 2011

~ Picnic Di Port DicksoN ~

Last Saturday aku, Sis Re3n, Akak Mulan & her Husband Bro Izzul pergi picnic kat Port Dickson.
Bende ni sebenarnye Akak Mulan yang rancang sebab nak celebrate Sis Re3n dapat kejer.
So, akupun dijemput skali untuk join same same. Hehh~

So, pagi tu memang aku agak sayur gler arr.
Sebab malam tadi aku nengok muvie, sampai rumah dah around 0030.
Pastu tito plak around 0300.
Bangun pagi tu dah 0635.
Pastu takleh dah nak tito.
Memang dah jadi turin aku tetiap pagi macam ni.
Hehe~
Owh! Pagi ni mama masakkan kami semua nasi lemak sebab Akak Mulan yang nak makan.
So, sempatlah buat nasi lemak yang agak banyak jugaklah.
Then, kami tunggulah Akak Mulan datang dengan husband beliau.
Around 1030 camtu sampai rumah.
Wak masuk sume barang dalam keter, terus kami gerak menuju kejayaan.

Around 1230 kami sampai kat Tanjung Biru a.k.a. Blue Lagoon.


Kat sini kami makan tengahari lu, nasi lemak yang ermm ermmmm sedap! Hehh~

Perkenalkan yang kiri skali tu adelah Akak Mulan ye!
Sis Re3n & Me En. Sepet
Abang Izzul tukang amik pic ni. Hehe~
Abang Izzul ni memang suke amik pic. So, jangan risaulah ye.
Memang banyak pic abang amik

Lepas makan pe sume, kami tukar pakaian dulu cause nak gi berendam jap.

 Ni Abang Izzul
Husband pada Akak Mulan

Owh! berendam macam dalam je.
Padahal paras pinggang tak silap aku. Hehh~

Lepas berendam dalam sejam macam tu kamipun naik arr ke darat sebab nak gi kat Tanjung Tuan plak.
Tempat tumpuan orang ramai, water sportspun banyak kat sane.


 Owh! Before that kite aksi sekejap!

Haa!
Tolonglah ye sume sume!
Jangan jadi over-confident sangat macam auntie ni okie!
Dahlah "bukan kurus", pastu duk berenang macam dalam cter BayWatch tu.
Pastu lepas berenang pe sume, terus gi kat banana boat duk terbongkang macam tu.
Aku nengok "erghh!" ape kes minah ni?
Hahaha~
Tolong jangan jadi macam ni ye!

Lepas tu kami kemas kemas barang gi arr kat Tanjung Tuan.
Kat sini lagi arr..
Erghhh~
Kami berendam dekat 2jam straight.
Sebab nak tunggu air pasang.
Pastu Akak Mulan & Abang Izzul nak naik game yang ade.
Taknak Banana Boat.
Sebab macam biasa jer.
*plus aku dah penah naik dulu. so, dah rase dah game die macam mane
Nak try something new.
Nengok nengok ahaa!
Jumpe!
Name die "AirHead Turbo Blast".
Serius super cool!!!!
Harge sorang RM25.
Tapi, min untuk naik 2 orang.
Disebabkan kami 4 orang so, kami naik yang double arr.
Leh main langgar langgar.
Serius best gler!
1 more!
Turbo Blast ni tak kan jatuhkan korang okie.
Memang balance!
So, kalau korang tak reti berenang takpe jangan risau.
Harge RM25 sorang tapi die bawak memang jauh gler.
Yang bestnyer Akak Mulan duk jerit "laju lagi, laju lagi".
Errrr.. Itu ape yang brother tukang bawak yang bagitau.
Aku tak dengar, aku just jerit keseronokkan jer.
Hahaha~
Owh! One more!
Pasti bontot korang kebal okie!!
Memang lepas korang naik tuh korang tak rase kebas pe pun, just aku rase mesti ade sembelit skit skit.
Ngahaha~
Yang pasti AWESOME GILA!
AWESOME GILA bile die wat 360 degree.
Paling thrill abis aarrrrrr...

 Ni lah rupe die.
Memang coooool abislah game nih!
Should try!!

Ni yang double tuh.
Main langgar langgar lagi.

Agak agak dalam 1700 kamipun dah tak larat dah nak berendam pe sume.
Kami pun naik arr gi mandi & tukar baju.
Dalam 1800 kami gi kat Jeti plak.
Ingat nak nengok sunset.
Tapi, awalkan, so, ape yang ade jerlah kami nengok.
Hehe~

 Titi @ kawasan ni aku tak tau senornyer name ape



Oppss!
Ni suppose aku je yang amik pic.
Skali Akak Mulan datang kot blakang
Then aku pun terpandanglah Akak Mulan.
Erghh!
Pastu die marah aku "asal pandang macam tu?"
Hahaha~
Spontan arr!

Pasangan Bahagia
Hehh~

Pastu kami gi Mc'D dekat Equin Park.
Lepas tu baru arr kami balik umah.

~ Jaa ~

Wednesday, April 27, 2011

~ Bayou Semakin Sihat Dan Semakin AktiF ~

So, on my previous entry aku ade touch on semasa my kitty Bayou sakit.
& jenis jenis ubat yang disarankan sendiri oleh Doc.
Selepas beberapa hari, dah boleh nampak dah perubahan yang berlaku kat Bayou ni.
1st - die dah boleh mula makan (wet food & yang bijik bijik tu)
2nd - die dah start cergas (means dah start mula nak bermain)
3rd - sakit die dah berkurangan (bersin dah semakin kurang)

This picca was taken last 2 days which Bayou dah makan ubat dalam 3 hari dahlah.

 Die dah pandai "belasah" Tiger (kakak die)
*mak die macam tu jerlah. tak penah amik heranpun.

 Bile nampak tali, terus tinggalkan tiger untuk bermain.
*mak die still tak amik heran. ish ish...

 Syok sendiri nampak Bayou ni
*mak die tak layan lagi. tak patut tak patut

Haa! Pandang apa???
Aku rase die terdengar suara mama arr kat dalam rumah
Heehee~

So, ni just salah satu perkembangan yang positif kalau dapat dilihat arr.
Walaupun die still bersin bersin.
Tapi, dah tak macam dulu.
Kadar ke-bersin-an die dah berkurang.
Antibodi die pun rasenyer dah meningkat.
Kalau dulu tak bermaya, skrang siap lompat lompat lagi time main...

So, skrang ni tahap kepercayaan aku untuk klinik haiwan tu dah ade arr.
Kalau ade haiwan sape sape sakit, i'll suggest this veterinary clinic to refer on.
So, thats all i guess.
Just nak kongsi info jer ape perkembangan si Bayou ni.
Nanti ade yang kurang percaya plak kan.
Hehehe~

~ Jaa ~

~ PuduRaya Berubah WajaH ??? ~

Ye!
Benar dan mutakhir kesahihannya!
Memang benar yang Hentian Puduraya yang mana suatu ketika masa dahulu yang mengatakan
Bahawa Hentian Puduraya merupakan suatu tempat yang penuh sesak,
Penuh dengan ulat tiket & teksi teksi yang bukan ulat tetapi ular,
Tempat yang merbahaya, penuh dengan "pickpocket",
Danger yang tidak diduga.

TETAPI KINI
Semua itu dapat ditepis dan air muka Hentian Puduraya kini berubah wajah yang mana
Dulu malap & gelap, KINI cerah penuh dengan cahaya cahaya lampu keikhlasan yang menawan
Untuk menjaga keselamatan & imej Puduraya sendiri.

Ok!
Mai aku nak story skit nihhhh~
Actually, semalam aku pergi beli tiket di salah satu wakil agent di Serdang untuk pulang ke
Negeri Jelapang Padi pada hari ini.
Mase beli tu, aku terkejut.
"Eyh! Naik kat Puduraya?" soal aku kepada wakil penjual tiket tu.
"A'ah, Puduraya" jawab makcik tersebut (sambil muke macam baru tau gak macam aku).
So, takpalah.
Akupun pergi arr bayar kat kaunter satu lagi untuk tiket yang aku beli tu.
Owh! forgot to mention.
HANYA Transnational sahaja bus yang aku naik untuk perjalanan jauh.

So, this is my ticket

After that, we went to pasar malam yang hanya berdekatan tidak jauh
Dalam 700-800meters je dari wakil agent jual tiket bus transnational tuh.
"We" here are my mummy & daddy & of course me myself.
So, belilah segala mak nenek jenis barang makanan samada yang wet & dry punye groceries.
Then, i request to eat DURIAN.
Owh my nafsu!
Yeah! I'm craving for almost 1 month since i dont go back home.
Erghh! What a bad feeling kan?
So, pergi arr salah satu gerai juai juai durian nih.
D24 harga die sekilo RM13,
Kalau durian kampung special RM9 sekilo
& kalau durian kampung biasa 2 bijik RM10.
So, my mum choose Durian Kampung Special arr.
Nak belipun tak banyak.
Just 2 bijik je nak bagi lepas gian teringin je. Hee~
But, dont wurry, die bukak kat situ gak suh mama check.
Kalau isi nipis or tak puaskan ati mama,
Die kate "jangan amik yang tu. Takpa, saya bukak yang lain".
So, should be no prob arr kan nak choose which one is the best.
Check kat sini bukan makan arr ye.
Haa.
Nanti salah paham korang plak pi serbu kat gerai tu pi makan atas tiket "check". Hahaha~
Bankrupt lame lame brother tuh
So, here's the picca.

 Hasil dari 2 bijik durian yang mama pilih.
Kalau perasan yang kaler a bit pudar kat belah kiri skali tu yang paling sedap.
Serius sedap!

Ni lah nikmat yang aku perolehi.
Perghh! Hilang dah nafsu buruk nak merasa durian. Hehe~

So, barulah kite masuk ke cerita Hentian Puduraya.
Biasa arr, mukaddimah mesti kene lebih skit dari biasa. Hehe~
So, disebabkan Hentian dah berubah yang dahulunya naik kat Bukit Jalil.
Nak keluar ke Hentian Pudurayapun kenelah lebih awal.
Takut jam teroq.
0920 kuar dari rumah...
Tu pun jam gak skit skit. Biasa arr Key Ill.
Ye dak?
Sampaipun around 1020 camtu.
Terkejut aku!!!
Hentian Puduraya yang dulu dulunyer sesak bagai nak rakkk nih.
Lengang duhh~
Macam tak beroperasi je rasenyer.
So, for the sake of my security, i ask Daddy to wait,
While i go check whether the station bus is really work or not.
Hehehee~
Owh! Okie!
The scenery was sooooo amazed me dude!!
U wont believe that Hentian Puduraya would be like this.
Perghh~
Boleh kate ko nak tito terus arr kat Puduraya tu.
Lawa gilerrrr.
Bersih gilerrrr...
Teratur gilerrrr...
Security is everywhere-rrrrr....
Boleh kate kalau ko masukpun bawak cash money RM1 million pun takde riso derrr...
Then, i call Sis Re3n to tell that i'm ok.
The bus is really work here.

So, biar picca yang bercerita.
Owh! one more thing,
Maaflah ye!
Ni just picca yang mane aku sempat amik jer.
Enjoy!!!

So, this is the waiting room.
Actually, sangat besar ye.
Like the whole level khas untuk waiting sahaja.

Guess what is this??
To be truth, ini adelahbumbung khas untuk ke bawah which tempat untuk naik bus.
Sesapa yang penah naik bus kat PuduRaya before under renovation, memang tau lah nak naik bus kat mane.

 Nak turun ke bawah ade escalator
Tapi, belom berfungsi sepenuhnyer.
Ade yang berfungsi, ade yang tidak
Haa! See the tv.
That small one.
That ermmm.. Actually screen untuk departure, the flat form & all the info is there.
Means dah macam kat airport arr.
Bile & nombor plat bus bla bla bla.... 


 
Dalam ruang sane tu khas untuk jual jual barang.
Kire dah takde gerai gerai lekeh macam kat tepi jalan sane tuh.
More convenience arr
More safety, yet much easier to buy.
Sebab tak perlu berebut dengan mane mane pengunjung.
Gerai bukan sikit ye.
Like seriously banyak gler...

Ni satu lagi gerai contoh.
Ni kat tempat lain ye.
Kire jauh arr dari kedai yang kat atas ni.

 Mesti korang duk fikirkan pe bendelah ni?
Actually, this thing adelah tempat untuk letak public phone.
Cume, takde lagi bendealah tu.
Yerlah, PuduRaya kan baru siap.
Banyak barang yang belom sampai lagi.

So, thats all.
Hehe~
Maaf takde picca yang lebih menarik.
Sebab, aku nga rushing nak naik bus.
Here, nak bagitau skit.
Untuk beli tiket kat PuduRaya ni dah di ubah ke tingkat 1.
Semua jualan tiket kat tingkat 1.
So, jangan arr nanti pelik tetibe gi sane eyh! Mane kaunter tiket???
Kat tingkat 1 tu pun seriously lawa gler dah.
Lebih teratur & lebih tersusun & lebih selamat & lebih selesa.
Itu yang penting!!!

~ Jaa ~

Sunday, April 24, 2011

~ Jenis Ubat Kucing BayoU ~

This entry just information sahaja.

So, my previous entry ade tulis yang my kitty is sakit.
Demam, Selsema, & Hingus yang pekat kat saluran hidung die.
& di entry tersebut ada seorang pembaca komen tanya name ubat selsema tersebut,
So, its ok, i buatkan entry ni supaya nampak lebih jelas skit.

1st of all,
Mai aku cter skit mengenai symptom penyakit Bayou ni.

1st - bersin setiap mase
2nd - tidak bermaya untuk bergerak gerak (stay satu tempat je)
3rd - tak lalu untuk makan (walau makanan tu depan hidung/mata)
4th - bunyi seperti mengalami lelahan (asma) akibat sukar bernafas

So, semasa pergi ke klinik tu Doc bagi 3 jenis ubat.
Iaitu, Ubat Selsema, Immune Supporter & Antibiotik.

Ni adelah ubat selsema
"MUCOLYTIC"
Ubat ni satu bijik dibelah kepada 8 bahagian.
So, die akan jadi kecik jerlah.
Sebab, dos untuk anak kucing adelah berbeza dari kucing yang dewasa.
Kena bagi makan 2 kali sehari selepas makan.

 Ni contohnye ubat dibelah 8 bahagian.
*dalam ni ade 16 bahagian which mean 2 bijiklah doktor tu bagi.

 Ni "IMMUNE SUPPORTER"
Ni kire macam vitamin la kot untuk anak kucing tu.
Macam manusia jugaklah yang perlukan vitamin untuk lebih sehat.
Ubat ni bagi makan sekali sehari jer mengikut dos ditetapkan.

 Ini "ANTIBIOTIK".
Seperti manusia jugaklah.
Antibiotik ni untuk membantu system dalam badan supaya boleh menahan
Dari terkena penyakit yang sama dikemudian hari.
Antibiotik ni selalunya hanya Doc je boleh bagi
Sebab diorang bagi antibiotik bergantung pada jenis penyakit kucing tu.
Ubat ni jugak bagi makan sekali sehari mengikut dos yang ditetapkan.

Disebabkan my kitty ni masih lagi Baby
So, nak bagi makan ubat cecair melalui syringelah.
& mengikut dos yang disarankan oleh Doc sendiri.

Ni ubat untuk sakit mata.
"CHLORAMPHENICOL Eye Ointment".

Disebabkan kucing ni mudah terkena penyakit sakit mata,
So, better simpan satulah untuk penjagaan & kawalan yang pantas.
This thing kalau beli kat pharmacy dalam RM3.50.
Kalau kat Vet, taktaulah brape.
Actually ubat mata ni adalah untuk manusia tapi kucing pun boleh pakai.
Aku boleh tau sebab dulu aku gi klinik haiwan kerajaan,
Staff situ suruh beli ubat mata ni.
Boleh dilakukan 3 kali sehari.
*ubat ni mengadungi antibiotik. so, pastikan ubat ini sentiasa di dalam keadaan bersih.
jangan dedahkan pembuka di tempat yang kotor.
dikhuatiri akan dijangkiti kuman yang tidak diingini.

Ketiga tiga jenis ubat pertama diatas diberi makan selama 3-5 hari.
Perubahan positif akan dapat dilihat sekiranya
1st - kucing anda kembali aktif seperti sedia kala
2nd - selera makan kembali pulih
3rd - tiada lagi sneezing yang berlaku
4th - kire kucing anda sihat & tiada symptom yang pelik pelik berlaku

NEXT
Ni adelah cara untuk bagi kucing makan ubat.
Untuk yang jenis cecair seperti antibiotik & immune supporter
Gunekan syringe dan dos kan ubat mengikut sukatan yang dibenarkan.


Kemudian bagi makan ubat tersebut melalui tepi mulut kucing.
Ini bagi memudahkan kucing untuk makan ubat.


Sesudah lepas itu, untuk ointment plak.
Bersihkan bahagian mata yang nak dibubuh dengan air mutlak.
Kemudian letakkan ointment ke dalam mata.
Ratakan ointment dengan menggosok kelopak mata dengan lembut & manja
Lebihan yang ada, bersihkan dengan tisu or kain yang bersih.




Untuk ubat selsema tu,
Just bukakkan mulut kucing & letakkan ke dalam mulut.
Then, bagi minum air masak or biasa dengan menggunakan syringe.
Ini bagi memastikan ubat yang diberikan itu ditelan oleh kucing anda.
*maaf, tiada picca untuk ubat selsema sebab nak bagi waktu malam nanti.

Kemudian kucing anda pasti akan tito sebab tengah "high".
Hee~


Owh! Seperkara lagi before terlupa.
Semasa bagi makan ubat cecair tu jangan paksa.
Mean jangan ditekan syringe terus habis dalam satu satu masa.
Bagi makan sikit sikit.
Sebab, Doc said, bile dipaksa makan macam tu dikhuatiri ubat tu tak masuk ke dalam perut,
Sebaliknya terus ke paru paru kucing tersebut.
Kalau ini terjadi, kucing anda boleh "die" at anytime disebabkan lemas.
So, be careful ok!

So, tu jerlah jenis ubat untuk my kitty Bayou.
TETAPI, kalau kucing anda mengalami symptom yang berbeza dari my kitty.
Better bawak pergi jumpa Veterinary Clinic yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.
Ini sekadar perkongsian maklumat yang dialami oleh kitty saya.
Harap jelas dengan kenyataan & info dari saya.
Terima Kasih

*sumber akak google

~ Jaa ~