Showing posts with label ~ TerujA ~. Show all posts
Showing posts with label ~ TerujA ~. Show all posts

Monday, August 29, 2011

~ Cerita 1 Syawal 2011 ~

Wahh!
Belom raya dah post pasal raya tahun ni??
Hahaha..
Bukan pa, excited tu belom adepun sebenarnyer.
Saje je.
So, disebabkan dah lame aku tak buat entry baru.
Kali ni aku nak bukak cter terus untuk 1 Syawal yang tak lame lagi menjelang.

Seperti tahun tahun lepas,
Sume orang pakat duk SMS wish raya kat member member, sedara mara, pakcik makcik.
Haaa!
Same gak arr untuk tahun ni.
Mesti dapat a day before raya, or pada hari raya ataupun
Beberapa hari selepas 1 Syawal yakni masih lagi dalam bulan raya.

Kali ni bukan pa, aku just nak terangkan ja.
Bagi sesiapa yang SMS wish raya kat aku tu serius!!!!
AKU UCAPKAN TERIMA KASIH BANYAK BANYAK.
Yang mana wish, memang aku akan reply balik.
Maaflah!
Handphone aku yang lame rosak, so, KEMUNGKINAN aku tak dapat nak bagi message kat sume orang.
Diharapkan bagi sesiapa yang baca blog ni before send message raya kat aku tu
Silalah letak nama kat bawah skali eyh!
PLEASE!
IM BEGGING YOU!
By that, i'll know sapa yang send kat aku tuh.

Tapi!
Ingin diberitahu.
Maaflah kalau ape yang aku tulis ni memang "open" arr.
Takde selindung selindung since aku skrang jenis open kalau nak berbicara. Hoho~

Tolong sangat sangat sapa sapa yang wish tu takyah nak tanya aku pasal raya.
Means, aku raya kat mana?
Raye tahun ni kaler ape?
Kampung kat mane?
Balik kampung tak?
Dapat duit raya banyak tak?

Hohohooooi!
Raya adalah masa untuk aku luangkan masa bersama sama sedara mara di kampung halaman aku.
Jangan ditanya aku mengenai soalan soalan yang hanya membuang masa dan kredit handphone anda sahaja.
Sebabnyer, bile mase aku tengah bersuka ria ber"huha huha" dengan kazen aku.
Aku plak terpaksa mengerah minda sebab nak reply soklan yang ditanya oleh korang.
Walaupun tampak mudah akan tetapi memerlukan daya "fokus" yang tinggi untuk membalas.
Bukan pa?
Bile aku nga syiok ber"huha huha" dengan sedara mara, skali nahhh!
Ape yang aku duk "huha huha" tu aku duk tulis send kat korang.
Tak ke nampak macam, ergh!
Pastu aku kene retype balik then send.
Bazir mase dan kredit aku jer.
Huhh!
Tak suke aku!!

Baik, kalau korang nak wish raya, wish sahajalah.
Aku tahu korang sume "concern".

Ape kate kalau aku jawab soklan korang tu awal awal.
Senang skit.
At least, kalau korang tanye, aku just reply, "rujuk entry 'Cerita 1 Syawal 2011"".
Macam cara jerr.
Hahaha~

So, soklan soklannyer yang aku nak jawab.
i) Aku raya kat mana?
- Seperti tahun tahun lepas, aku raya kat Negeri Sembilan belah BAPAK aku!
Kalau ade mase, baru balik Sungai Petani dan Penang belah MAMA aku plak.

ii) Raye tahun ni kaler ape?
- Tahun ni kaler hijau pucuk pisang dimana aku recycle balik baju raya 2 tahun lepas.
Sebab tahun ni tak sempat nak gi tempah baju.
Sedih sedih sedihhhh!

iii) Kampung kat mane?
- Sila Rujuk Di Soalan 1.

iv) Balik kampung tak?
-Giler tak balik! Of course arr balik!
Tak penah tak balik!
Syiok kot!!!
Makan Lemang Buatan Sendiri, Nasi Impit Dan yang paling penting dapat jumpa "Sandra Bulldog".
Ngahahaah!

v) Dapat duit raya banyak tak?
- Ohoiiii! Soklan maut kalau tanyer kat aku.
Hahahah~
Tak! Tak banyakpun.
Tak penah cecah RM200 untuk setiap tahun.
Paling sikit penah dapat RM22 SAHAJA!
Tu brapa tahun lepas arrr.

So? Ada soklan?
Aku hold masuk dalam list aku.
Senang aku wat camni lagi.
Post kat blog.
Boleh menjawab soklan kat sume orang. Hoho~

So, dah alang alang post untuk 1 Syawal.
Saya Mohd Nazree Bin Ibrahim a.k.a. En. Sepet a.k.a. Sepet En. Zen
Ingin mengucapkan
"Selamat Hari Raya Aidilfitri"
"Maaf Zahir Dan Batin"
Andai diri ini memang seringkali melakukan kesalahan yang tanpa diduga dan diluar kawalan ini.
Mohon maaf tulus dari hati yang suci ini.
Moga anda selamat di dunia dan juga diakhirat kelak!
Bagi yang memandu seperti aku ni, ingatlah nyawa orang yang tersayang.
Sebab speedtrap musim raya ni memang hobi diorang yang "paku paku kat bahu tu".
Tak raya, takde plak speedtrap bersepah sepah macam ni.
Semak tul!
Memandu dengan berhati hati okey!

Salam Merdeka Juga Yang Ke-54 Tahun!



p/s : raya tahun ni memang meriah main mercun arr macam tahun tahun lepas. hahahaa...

~ Jaa ~

Saturday, August 6, 2011

~ Sempadan Antara Hujan Dan PanaS ~

Minggu lepas bersamaan dengan Julai 30 2011 iaitu hari Sabtu.
Aku sekeluarga berangkat berkhelah ke Port Dickson bersama sama dengan keluarga PakUsu.
Disebabkan keluarga PakUsu cakap mahu makan puas puas dan bermandi manda sebelom bermulanya puasa Ramadhan yang kita tunggu tunggukan sepanjang tahun ini.
Semasa puasa kita dah tidak berpeluang untuk beriadah seperti begini lagi.

Putaran masa terus berputar as kami gerak dari rumahpun sudah lewat sedikit.
Sebab tunggu mama masak untuk bekalan makanan semasa berkhelah nanti.
Mama masak bihun goreng untuk haritu.
Buat sandwich dan air Rootbeer dan beberapa makanan sampingan.

Pada hari itu aku yang memandu ke Port Dickson.
Aku terasa excited mahu berkhelah.
Walaupun aku hanyalah tidur dalam masa 1 jam sahaja.
Tetapi penglihatan aku terhadap jalan raya masih lagi terang dan tiada bayangan bayangan yang mampu memudarkan semasa aku memandu.

Sepanjang perjalanan kami di iringi oleh hujan rahmat yang turun membasahi bumi yang sedikit kering kerana cuaca sangat panas beberapa hari yang lalu.
Sedikit sebanyak mampu membuatkan hidupan hidupan lain yang hidup di bumi ini mampu untuk survive.

Sebaik sahaja tiba di persimpangan Port Dickson, hujan semakin lebat.
Malah jam tersangat teruk!
Aku pandang ke kiri kanan jalan.
Banyak pokok pokok besar tumbang.
Dahan dahan pokok yang patah menghimpap di jalan jalan raya utama.
Itu yang menyebabkan kesesakan sehingga beberapa kilometer.

Sungguh! Ini kali pertama aku melihat sepanjang perjalanan utama Port Dickson pokoknya tumbang dan dahan dahan patah disana sini.
Dalam hati kecil aku berbicara "mungkin ini balasan yang ALLAH mahu tunjukan kepada masyarakat bahawa mungkin terlalu banyak maksiat yang berlaku disekitar kawasan sini".
Seperti orang orang tua berkatalah "kalau kau buat perkara berdosa dan orang sekeliling tidak menegurnya, bala lah yang akan menimpa bukan hanya pada kamu, malah pada penduduk sekeliling".
Mungkin itu satu iktibar yang mungkin rakyat perlu prihatinkan.

Sampai satu tahap dimana kenderaan langsung tidak bergerak sehingga 1 jam akibat petugas petugas unit khas sedang memotong pokok yang tumbang yang menghalang jalan utama.
Owh! Aku terlupa satu perkara. Akibat ada satu jalan raya juga dihadang oleh pokok besar.
Jadi penduduk kampung bekerjasama dengan petugas petugas unit khas mengawal lalu lintas.
Dan disebabkan itu kami dipandu ke satu kawasan kampung dalaman.
Alangkah terkejut aku melihat! Satu kampung tu ditenggelami oleh banjir.
Aku bagaikan teruja! Mujur jalan raya tidak ditenggelami terlalu dalam. Jadi semua kenderaan melalui jalan tersebut sebagai jalan alternatif.

gambar mungkin sedikit jadi double as tangkap dalam keadaan kereta sedang bergerak 

see? ini betul betul tenggelam nih.
macam tengah naik sampan pun ade. hehe~

So, setibanya dipersimpangan keluar dari kawasan kampung berkenaan.
Kami teruskan lagi perjanan. Kali ini masih lagi pokok tumbang. Tapi, cable cable elektrik jugak turut tumbang.

memang ini sajalah suasana sekeliling seluruh Port Dickson.
pokok tumbang, dahan patah, cable elektrik tumbang.
MALAH! Turut ade jugak yang menghimpap kenderaan.

 pic ni, kenderaan CRV.
depan lagi ade kereta wira hitam.

yang ni, signboard jugak runtuh.
alangkah "nightmare" suasana pada ketika itu.
aku hanya mampu terdiam dan bersembang sahaja dengan mama disebelah aku.

Ada pada satu ketika, aku seronok melihat kelibat pemandu pemandu di hadapan aku.
Adalah boleh dikira dengan jari jemari tangan aku yang keluar dari pintu pemandu duk "stretching" badan, pergi ke bonet kereta mengambil makanan. Ada juga yang sempat bersembang dengan kenderaan dihadapan mereka.
Suasana yang aku rasa sedikit menghiburkan. Tiada perasaan amarah since keadaan ketika itu adalah bencana alam.
Jika aku merasa marah, yakni aku memarahi akan alam semulajadi. Itu aku rasa tidak sesuai.

Selepas hampir sejam, jalan mulai bergerak dan cuaca masih lagi hujan renyai renyai.
Jalanraya ketika itu diseluruh simpang panjangnya hampir 4-7km. Sungguh aku tidak tipu!

Arah tujuan kami adalah berkumpul di Blue Lagoon.
Alangkah terkejutnya aku dan itu adalah kuasa yang MAHA ESA.
Setibanya di satu bulatan.
Cuaca panas!
Bagaikan aku melepasi satu garisan sebagai pemisah diantara hujan dan panas.
Benar kata sepupu aku yang mengatakan bahawa di Blue Lagoon panas.
Sedangkan semasa aku tiba hujan siap ribut sedang melanda.

Mungkin Tuhan mahu uji.

Mungkin aku akan bersambung ke entry yang lain jika mempunyai kelapangan.
Sekian.

~ Jaa ~