Showing posts with label ~ Aku Seorang Pemalas Nak Update BloG ~. Show all posts
Showing posts with label ~ Aku Seorang Pemalas Nak Update BloG ~. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

~ Selepas 3 Bulan 16 HarI ~

Pada malam ni, aku bakal mencipta satu entry selepas hampir 3 BULAN 16 HARI
Tanpa sebarang perkhabaran dan juga cerita cerita yang ingin dikongsikan.
Serius!
Aku memang rindu saat saat masa lalu semasa aku mempunyai masa dan idea idea
Untuk mencipta entry entry yang bagi aku ingin berkongsi segala cerita dengan
Semua pembaca.

Maaf!!
Mungkin setelah berbulan bulan meninggalkan
Blog kesayangan aku ni.
Pada Tengah Malam ni,
Aku usahakan juga untuk mengaktifkan kembali blog yang memang orang kate
Bukan bersawang dah.
Tapi lebih kepada tertimbus dek sawang tu sampai tak nampak rupe.
Ish ish..
Teruk betul aku ni.
*Geleng geleng kepala*

So, malam ni ekceli takde ceritapun yang nak dikongsikan.
Tapi, just nak bagitau yang sepanjang 3 bulan tanpa berita yang macam chipsmore dah habis kene telan.
Banyak bende yang telah aku lalui.
Setiap hari pasti ada cerita & peristiwa yang berlaku ke atas diri aku.

Owh!!!
Terima Kasih pada semua yang telah wish aku sempena aku convo aritu.
Hehehehe..
Takde special entry aku nak buat untuk korang korang.
Maaf!

Sepanjang 3 bulan lebih ni.
Aku lalui kehidupan baru.
Yakni aku telah melanjutkan pengajian ke tahap 1 tingkat atas iaitu
Ke tahap Degree di UiTM Puncak Alam dalam bidang perniagaan antarabangsa.
Sepanjang pengajian aku tu, aku telah temui seorang gadis sebagai peneman hidup aku.
Moga dipanjangkan perhubungan kami sehingga ke akhir hayat.

Dan kini aku sedang berada di dalam cuti semester.
Owh!!!
Indah tak brapa nak indah sangatlar.
Tak sampai sebulan lagi dah nak masuk semester baru.
Adoilaahhhh...
Bakal mengharungi liku liku kehidupan sebagai seorang student lagi.
Hehehe~

So, thats all for now.
Maybe i will continue in the next entry.

~ Jaa ~

Monday, September 5, 2011

~ Reunion SMKSS Batch SPM 2006 YeaR 2011 ~

Haaaa.
Walaupun cter ni dah basi tapi aku tetap nak update.
Biasa arr tu kan.
Hehee~
So, reunion kali ni kitorang dah plan seperti di entry entry sebelom ni.
So, bagi sesiapa ade follow memang tau arr kan.
Entry kali ni bukan aku nak cter pasal plan plan bagai tu.
No No No.

Kali ni just nak update pasal event pada hari tu jer.
So, lepas kitorang bincang dan akhirnye kami decide nak buat pada
20/08/2011 (Saturday)

Kitorang kumpul kat tasik tepi skolah around 1730.
Then, jam 1800 kami gerak ke
Restoran Perantau Hill, Bangi.
Kami konvoi tak ramai.
Dalam 4 bijik keter jer.
Tapi, bile dah sampai kat Perantau around 1800
Rupenyer dah ramai kat sane.
Hoho..
Pastu kamipun lepak kat atas kat keja makan.
Sembang sembang sambil tunggu yang lain yang on the way.


Ni adelah pintu masuk utama.
Tapi boleh je masuk kot mane mane yang nak.
Sebab besar gler glerrr tempat ni.

Around 1900 sume dah sampai.
Ekceli, tahun ni adelah tahun ke-3 berturut turut.
Last 2-year 34 orang yang hadir.
Last year 24 orang yang hadir.
& for this year a new record dah dicipta iaitu seramai 45 orang yang datang.
Kalau ikutkan 52 orang.
Tapi, yang lain tak dapat datang last minute.

Makanan untuk hari tu ade 11 jenis.
Banyak glerkan???
Bayaran just RM20.00 per head.
Kire tujuan kitorang makan sampai muntah.
Hahaha~

Lepas makan makan solat solat...
Pastu memang bergambar sakan arr kan.
Hehh~

 Nilah muke muke yang hadir tak termasuk cameraman
*credit to anakanda puan aishah untuk pic ni*

 Hasil makanan yang bergelimpangan kami makan sampai licin.
Kenyang sampai nak meletop owhhhh...

Owhooo!
Ini adek saya.
Panggil je die "AinTomoda"
Rindu gler kat die.
Heee~

Yang best tempat ni ade 3 bahagian.
Tempat duduk bersila ala ala meja jepun (tempat kami makan) siap ade gambar cantek cantek kat blakang kitorang.
Tempat makan bermeja batu standard kat restoran restoran lain.
Lagi satu ade tempat makan tertutup (yang ni tak silap dalam renovation)

Ni arr gambor tu.
Sila abaikan gadis gadis ayu di depan tu.
Hehehehe~

Dekat jam 2130 gak arr kitorang duk lepak sembang bergambar.
Pastu ade suara suara ajak gi Uptown kat Cheras & Jalan Reko, Bangi.
So, berpecahlah kami kat situ.
Aku follow ke Jalan Reko, Bangi.

Lepas lepak lepak usha usha barang.
Baliklah ke rumahhh...

~ Jaa ~

Sunday, August 7, 2011

~ Kesinambungan ( Pecah PeruT ) ~

Kali ni aku nak cter kesinambungan cerita dari entry lepas yang bertajuk
Mungkin bagi sesetengah orang akan ingat ceritanya biasa saja.
Eyh hello!
Makna disebaliknya kene amik tahu okie.
Hehh~

So, lepas kami mandi manda & around 17++ kami naik gi bilas dengan air bersih.
Lepas tu bukan balik umah dah.
Eyhhh~ No no no...
Kami balik kampung plak sebab PakChek cakap ade lemang.
So, apa lagi!
Belom pose belom raya, kite kene arr bantai lemang dulu.
Hahahaha~
Sampai umah PakChek around Maghrib.
Adelah dalam sejam lebih dari Port Dickson ni.

So, dengan rendang dagingnyer pun ade.
Memang orang kate dah macam suasana raya arr.
Hahaha~
Melantak dekat separuh buluh tu aku sorang jer.
Pastu makan plak bihun + mee (MakUsu buat) goreng banyak banyak.
Mengah gilalah perut nih.
Tersandar kejap kat krusi tengok tv
Sambil tengok gelagat kucing peliharaan PakChek yang ade dekat berbelas belas ekor kucing.

Lepas melantak kenyang kenyang.
Kami pun berangkat arr ke umah MakAchik plak kat Seremban.
This time kami wat pe plak??
Adoiii~
Makan lagi tau tak!
Tapi dah tak makan berat berat dah arr..
This time kami makan buah plak.
Sehari sebelom kami ke PD lagi MakAchik suh datang umah die gi makan
Buah durian, dokong & mata kucing.
Hasil dari kebun belah PakAchik.
Kamipun sampai arr umah MakAchik around 21++.
Sampai sampai salam terus makan buah yang dah terhidang kat atas meja makan.
Ish ish ish...
Perut masing masing time tu macam buaya.
Sungguh!
Dahlah makan kenyang gler kat umah PakChek tadi, ni masuk lagi makanan dalam perut.
Ade je space nak disumbat.
Hee~

Buah sume sedap sedap!
Takde busukpun.

Dekat 4-5-6 bijik buah durian kot duk bukak.
Lepas tu tersandar lagi badan yang agak kuyu nih kat krusi sambil baca suratkhabar Metro.
Aound 2300 kamipun berangkat arr pulang ke rumah masing masing.
Seharian keluar memenatkan diri dan mengeyangkan perut nih.
Selera pada haritu serius bertambah tambah since ramai orangkan.
So, dianggap normal arr.

Aku sampai umah around 0000.
Ingatkan dah boleh rileks.
Eyhh! No no no...

Aku ade Meeting Larut Malam (MLM).
BUKAN MLM YANG HARAM TUH.
Ini memang Meeting Larut Malam atau bahasa pasornyer
Lepak jumpe member sembang sembang semua kisah yang terlintas di fikiran ataupun dibenak jiwa nurani.
Tu jer! Punye panjang nak bagitau.
Hahaha~

So, lepak lepak sembang sembang gosip gosip boy.
Then, kami pekena karok sejam kat area area rumah aku.
Then, lepas karok gi pekena roti canai plak kat mamak.
Lepas tu baru balik umah.
Dekat jam 0500 kot.
Bayangkan aku yang hanya tito sejam
(& mungkin lebih skit kalau topup topup tito kat dalam keter & kat umah PakChek & MakAchik)
Pastu bangun Subuh barulah terlentang dengan sepenuh jiwa dan raga di atas katil yang empuk.

Bahagia sungguh hari aku

p/s : maaf. tiada picca. tunggu aku ade camera baru, baru leh suka suki amik pic bile bile aku nak.
~ Jaa ~

Saturday, August 6, 2011

~ Sempadan Antara Hujan Dan PanaS ~

Minggu lepas bersamaan dengan Julai 30 2011 iaitu hari Sabtu.
Aku sekeluarga berangkat berkhelah ke Port Dickson bersama sama dengan keluarga PakUsu.
Disebabkan keluarga PakUsu cakap mahu makan puas puas dan bermandi manda sebelom bermulanya puasa Ramadhan yang kita tunggu tunggukan sepanjang tahun ini.
Semasa puasa kita dah tidak berpeluang untuk beriadah seperti begini lagi.

Putaran masa terus berputar as kami gerak dari rumahpun sudah lewat sedikit.
Sebab tunggu mama masak untuk bekalan makanan semasa berkhelah nanti.
Mama masak bihun goreng untuk haritu.
Buat sandwich dan air Rootbeer dan beberapa makanan sampingan.

Pada hari itu aku yang memandu ke Port Dickson.
Aku terasa excited mahu berkhelah.
Walaupun aku hanyalah tidur dalam masa 1 jam sahaja.
Tetapi penglihatan aku terhadap jalan raya masih lagi terang dan tiada bayangan bayangan yang mampu memudarkan semasa aku memandu.

Sepanjang perjalanan kami di iringi oleh hujan rahmat yang turun membasahi bumi yang sedikit kering kerana cuaca sangat panas beberapa hari yang lalu.
Sedikit sebanyak mampu membuatkan hidupan hidupan lain yang hidup di bumi ini mampu untuk survive.

Sebaik sahaja tiba di persimpangan Port Dickson, hujan semakin lebat.
Malah jam tersangat teruk!
Aku pandang ke kiri kanan jalan.
Banyak pokok pokok besar tumbang.
Dahan dahan pokok yang patah menghimpap di jalan jalan raya utama.
Itu yang menyebabkan kesesakan sehingga beberapa kilometer.

Sungguh! Ini kali pertama aku melihat sepanjang perjalanan utama Port Dickson pokoknya tumbang dan dahan dahan patah disana sini.
Dalam hati kecil aku berbicara "mungkin ini balasan yang ALLAH mahu tunjukan kepada masyarakat bahawa mungkin terlalu banyak maksiat yang berlaku disekitar kawasan sini".
Seperti orang orang tua berkatalah "kalau kau buat perkara berdosa dan orang sekeliling tidak menegurnya, bala lah yang akan menimpa bukan hanya pada kamu, malah pada penduduk sekeliling".
Mungkin itu satu iktibar yang mungkin rakyat perlu prihatinkan.

Sampai satu tahap dimana kenderaan langsung tidak bergerak sehingga 1 jam akibat petugas petugas unit khas sedang memotong pokok yang tumbang yang menghalang jalan utama.
Owh! Aku terlupa satu perkara. Akibat ada satu jalan raya juga dihadang oleh pokok besar.
Jadi penduduk kampung bekerjasama dengan petugas petugas unit khas mengawal lalu lintas.
Dan disebabkan itu kami dipandu ke satu kawasan kampung dalaman.
Alangkah terkejut aku melihat! Satu kampung tu ditenggelami oleh banjir.
Aku bagaikan teruja! Mujur jalan raya tidak ditenggelami terlalu dalam. Jadi semua kenderaan melalui jalan tersebut sebagai jalan alternatif.

gambar mungkin sedikit jadi double as tangkap dalam keadaan kereta sedang bergerak 

see? ini betul betul tenggelam nih.
macam tengah naik sampan pun ade. hehe~

So, setibanya dipersimpangan keluar dari kawasan kampung berkenaan.
Kami teruskan lagi perjanan. Kali ini masih lagi pokok tumbang. Tapi, cable cable elektrik jugak turut tumbang.

memang ini sajalah suasana sekeliling seluruh Port Dickson.
pokok tumbang, dahan patah, cable elektrik tumbang.
MALAH! Turut ade jugak yang menghimpap kenderaan.

 pic ni, kenderaan CRV.
depan lagi ade kereta wira hitam.

yang ni, signboard jugak runtuh.
alangkah "nightmare" suasana pada ketika itu.
aku hanya mampu terdiam dan bersembang sahaja dengan mama disebelah aku.

Ada pada satu ketika, aku seronok melihat kelibat pemandu pemandu di hadapan aku.
Adalah boleh dikira dengan jari jemari tangan aku yang keluar dari pintu pemandu duk "stretching" badan, pergi ke bonet kereta mengambil makanan. Ada juga yang sempat bersembang dengan kenderaan dihadapan mereka.
Suasana yang aku rasa sedikit menghiburkan. Tiada perasaan amarah since keadaan ketika itu adalah bencana alam.
Jika aku merasa marah, yakni aku memarahi akan alam semulajadi. Itu aku rasa tidak sesuai.

Selepas hampir sejam, jalan mulai bergerak dan cuaca masih lagi hujan renyai renyai.
Jalanraya ketika itu diseluruh simpang panjangnya hampir 4-7km. Sungguh aku tidak tipu!

Arah tujuan kami adalah berkumpul di Blue Lagoon.
Alangkah terkejutnya aku dan itu adalah kuasa yang MAHA ESA.
Setibanya di satu bulatan.
Cuaca panas!
Bagaikan aku melepasi satu garisan sebagai pemisah diantara hujan dan panas.
Benar kata sepupu aku yang mengatakan bahawa di Blue Lagoon panas.
Sedangkan semasa aku tiba hujan siap ribut sedang melanda.

Mungkin Tuhan mahu uji.

Mungkin aku akan bersambung ke entry yang lain jika mempunyai kelapangan.
Sekian.

~ Jaa ~

Tuesday, July 26, 2011

~ Semakin Hari Semakin Kurang BeraT ~

Time aku duk blajar dulu around 5-6 months ago.
Berat aku capai tahap maximum.
68.5 kg.
Kire kalau ikutkan BMI aku capai tahap normal arr...

Bukti berat aku 68.5 kg beberapa bulan yang lalu

A few months later berat aku mula turun ke tahap 67.0 kg.
Bile cuti study week, dan aku berada di rumah.
Memang kejer aku makan makan makan.
Kalau flash back balik aku duk post kat FB tu perghh!
Memang kejer aku duk post pasai makan jerlah.
Tak kire pagi, tengahari, makan petang, malam dan jugak tengah malam.
Orang kate zaman tu "hidup untuk makan" jerlah.
Ish ish ish...

Time tu berat aku naik balik ke tahap 68.0-68.5 kg.
Duk main main range tu jerlah.
Then, bile exam datang menjengah.
Berat aku turun skit ke 67.5 kg.

Bile dah abis exam, dan aku kat umah.
Schedule makan aku macam aku kat umah dulu dulu.
Makan tak kire waktu.

Until lah start last month.
Berat aku mule surut surut dan makin surut.
Bile timbang, 67 kg.
Next week timbang 66.5 kg.
Timbang lagi tinggal 66.0 kg.
Aku pun tak tau asal.
Tapi, memang benarlah.
Selera aku makan memang terus down sejak last month.
Penah beberapa aritu sekali je aku makan.
Tu pun waktu maghrib jer.
Dah macam orang bukak pose kalau dinengokkan balik.
Hehehe~

Then, last week aku gi wat medical check-up.
Berat aku tinggal 63.0 kg jer.
AduhH!
Serious under weight!!!

Maaflah, camera cikai jer tangkap gambor ni.
See?
Ni last week mase wat medical check-up.
63.0 kg jer.

Aku pun tak tau apsal berat badan aku makin susut.
Selera makan pun ade ade mase jer tinggi.
Most of the time selera aku hilang.
Lari tak tau mane nyoroknyer.
Adehhh~

Mohon aku berat seperti biasa.
Leh aku bina otot balik.
Hahaha~

~ Jaa ~

Wednesday, June 22, 2011

~ Saya Paksa Juga Untuk Menaip . * Percutian Ke Lang IslanD (3) ~

MAY 27th 2011 (Friday)
Pagi ni turn my sis & me yang pergi breakfast.

Muke pagi aku yang terasa sangat suci

Balik jer.
Guess what? Erghh!
Dahlah tak mandi.
Terus gi Langkawi Fair kot kami sekeluarga. Haha~
Memang muke tak heran dahlah.
Pusing pusing, takdak pa pun sangat.
Sama macam shopping complex yang murah murah tuh. Hehh!

Di depan Langkawi Fair

So, agak agak nak tengahari kami balik ke hotel cz nak siap siap nak gi solat jumaat nih.
Haa! Jalan jalan gak! Solat jangan lupa! Huhu~
Yang paling bestnyer solat jumaat kali ni sebab dikhutbahkan & diimankan oleh Datuk Harun Din.
Memang terasa macam, wahh! Nikmat sungguh haritu.
*walaupun diri aku tersangatlah mengantuk. serius tak tipu!
The best is, mama kautim sama receptionist mintak kebenaran untuk check out lambat skit.
Around 1500 baru kami check out instead of 1200 kan? Hee~

So, kami terus ke jeti sebab mama nak dah nak start memborong dah ni.
So, dapatlah 4 set kot gelas, bla bla bla...
Akupun dah tak ingat pe yang beli.
Unfortunately, mama tak beli pinggan mangkuk sebab fikir nanti nak balik naik flight.
Rugi rugi!!!
Maybe next time datang ngan keter sendiri kot mama cakap.
Bile tu je yang jadi persoalan. Hehe~

Bile dah borong kamipun jalan jalan ke Makan mahsuri.
Masuklah dalam nengok ape yang ade.
Disebabkan aku ni sejarah tak pandai,
So, bende ni sangatlah membantu aku untuk kenali apa itu Langkawi. Hee~



 Pemain pemain caklempong yang dapat perhatian orang ramai o0o0o0oo...

 Ini makan Mahsuri tersebut

 Ni telaga ORIGINAL tau!
Orang sane siap wat jual lagi air telaga die.
*tapi, selepas dirawat arr..

Ade satu muzium tu tak dibenarkan amik picca.
So, aku just baca jerlah sejarah keturunan si Mahsuri ni.
Mahsuri ni lah yang menyebabkan 7 keturunan yang darah putih tuh.
Haaa.. Bagi sesiapa yang tak taulah. Hee~

Lepas tu, gi ke pantai chenang nak cari sourvenir lagi.
Pusing pusing. Best! Makan anginlah katekan.
Sebab dah takde bende nak dibuat.
Shopping sudah, makan pun sudah, so, tiba untuk jalan jalan saja.
Bile dah dapat.
Kami ronda ronda kat tepi airport.
Pekena plak cendoi.
Biasa jerlah. Tak sedappun. Hehe~
Then, bergambar skit skit.
Around 1900, kami ke airport walaupun flight jam 2100.

 Muke tak cukup tito. Hehe~

Aku rase dah macam mat rempit jer duhh. Ish ish...

Rileks chill sambil duk check in sume bende.
Kemudian, kamipun terbang sudah pulang ke rumah kesayangan.


Pelancong KOREA nak balik rumah dah. Hehehe~

Kat LCCT big bro yang datang jemput.

Selamat sudah sampai di bumi LCCT!

Sampai rumah, makan, mandi, segala suma, online jap pastu tito arr puas puas..

Ni sourvenir yang sempat aku rembat.
Hehe..
Ade sape sape nak?
1st come 1st serve.
Takde main hold hold ye!
p/s-tinggal keychain saja yer! Choc dah abis ditelan dah. Hee~

~ Jaa ~

~ Saya Paksa Juga Untuk Menaip . * Percutian Ke Lang IslanD (2) ~


PERHATIAN, ENTRY INI MENGANDUNGI SEBANYAK 38 KEPING GAMBAR


MAY 26th 2011 (Thursday)
Harini bangun awal sebab jauh lagi perjalanan nak round round satu Lang Island ni.
So, contactlah satu kreta sewa ni.
Macam Celak A!
Orang nak sewa keter, tapi langsung tak mesra pelanggan tul!
Then, mintak kat receptionist hotel nombor sewa keter.
Dapatlah satu tu. Confirm dah!
Jam 1100 mesti sampai depan hotel orang tu cakap.
Then, kami tunggu kat lobi 1050.
Tunggu dan tunggu.
Untillah 1115 tak sampai sampai lagi.
Bile dah 1130, call & tanya apsal tak sampai lagi?
Boleh die cakap yang suppose keter bagi kat kami tu orang die gune gi beli barang.
Tak ke sakit ati dengar?
Cz, dah janji kot.
Bapak aku teruslah tak suke (seorang yang sangat tegas bila melibatkan janji),
Then terus call agensi lain nak sewa.
Dapatlah sorang ni.
Uishhh~
Orang kampung rupenyer.
Orang negeri sembilan.
Pa lagi terus kuar arr bahasa nogori dia duk sembang.

Kami sewa keter MyVi saja.
Cz, jimat minyak & senang nak bawak & senang nak parking & yes! senang nak main cilok cilok nanti. Ngeh!
Sewapun murah!
Rm110 saja untuk 2 ari.
Sampailah ke airport esoknya.


So, dekat Lang Island ni aku jerlah yang jadi tukang driver.
Nyatakan saja mana tempat nak pergi.
Takde hal arr. mesti sampai punyer!!


Then gi isi minyak RM20.
Shell, Lebih KILOMETER Oo0o0o0o0~

1st destination adelah GUNUNG MAT CHINCHANG.
Tapi, before that, singgah jap kat Telaga Pearl Harbour solat zuhur.
Then, bergambar skit skit.


 Its me!

 Sis Re3n yang alahhh.. Gedik! Wahaha!

Sexy back yaww My Dad! Hehh!

Baru terus ke kaki gunung.
Unfortunately, hari hujan.
So, kene tunggu jap baru boleh naik.


Di depan pintu gerbangnya!

So, tiket adelah mahal ye!
RM30 for adult & RM20 for kids.
Cz, harga dah naik sejak 2 bulan yang lalu.


 Harge seperti berikut.


The tickets!

Kat gunung ni ade 2 platform.
1 & 2.
Ketinggian pun berbeza.
Yang 1st 652.5m, & 2nd 705m.
OK! I ADMIT yang aku ni memang fear of heights!
Daimm!
Bende ni memang aku takleh nak buang dari perasaan aku.
Memang kecut perut arr coottt bile duk dalam tuh.
Dahlah tahap ketinggian die sangat sangat menakutkan dengan gaung yang perghh!
*kalau cable car genting lain. cz, gaung die biasa biasa jer. tak terasa sangat.
Yang ni? Wat sesak nafas aku jer.
Wuhh!
*mengucap dua kalimah syahadah saya tau.



This is how my face look if im afraid of heights. Wahaha..
My mum rileks saja. Takde perasaan sungguh! Ish ish..


Ni dekat 1st platform.








Kemudian naik ke platform 2 plak.

Disebabkan cuaca kurang menarik pada haritu, so, tak dapat nak gi ke jambatan gantung.
*ataupun aku gelarkan jambatan maut! wahaha...





Tapi, teringin nak naik.
Tak kesahlah aku merangkak sekalipun kat jambatan tuh.
Ape aku kesah.
Kalau nak malupun, haritu jer.
Pastu takde dah nak kenai kenai diorang kat luar nanti. Hee~


Itu dia jambatan maut!



Mase nak naik ke tingkat atas.
Abis basah lens. adehh~


Dapat gak skodeng gurls kat blakang gunung sane. Ngahaha!!!

 Yehaaa!

Bile dah banyak sangat bergambar .
Then kamipun chowlah.
Then, bile dah turun tu.
Reronda jap kat Geopark ni.
Bergambar lagi!


 Peta Peta!!

 Bile dah turun bawah skitpun tak hujan dah. Adehh~
Abis rambut aku haritu.
Rosak rosak! Ahaha~

 Akukan Korea. Owh! Seronok dapat jumpa bendera negara kat negara luar. Ngehh!!

Aku terasa macam comel plak muke gaya ni. Wahaha!


kami singgah balik ke Telaga Pearl Harbour.
This time betol betol kat kapal layar.






Then, singgah jap kat Nusantara Minyak Gamat.
Belilah mama & bapak minyak minyak pe sume.


 Nak jadi duta gamat Nusantara boleh tak? Hurmm...

Blajor pasal gamat nih. Lai lai~

Then, ke pantai chenang kejap usha usha kedai.
Then, ternampaklah kedai choc!
Turun beli lagi. Wuhh!
Nikmat nimat DUNIA sungguh!


Dapat rembat lagi choc!!!


Kemudiannya, barulah ke Dataran Helang.
Bergambar sakan.
Baru balik hotel nak bersihkan diri.



Macam Hamis Jalikha Tak?
Erk! Hamis! Jangan marah ye. Hehe~


 Yamchaa!! Yehaaa!

 Kakak Saya Yang Tak Malu Berdiri Di Atas Keseorangan . Hehehe~

 Bergambarpun kene beratur. Ish ish...

 My turn! Hehe~

Malamnya, kami gerak nak gi makan.
Before that ade plak ala ala uptown. Dekat jugak dengan hotel.
So, singgah jap.


The Uptownmaniac! Hehe~

Then, singgah kedai kedai pinggan mangkuk, cawan mawan ni.
Cz, mama duk usha nak beli nanti.
Then, bile perut dah wat orkestra, terus gi cari makan.
Dapatlah satu kedai ni.
Owhkeyh! Sangat famous.
*sebab time tu nga final badminton beregu perempuan duk lawan china kot.
Buku menu die pun style! Hehe~
*sis re3n penah cakap yang kalau tak silap kedai ni penah masuk blog jugak. orang datang makan kat kedai ni. so, kire oklah kot..
Macam macam diorder sebab sangat lapar.
Hargapun biasa biasa jerlah.
& YES! Sedap! Kire perut aku boleh diterima arr..



 The menu...


The foods! Nyummy!


Pastu balik rehat & esok last nak ronda ronda Lang Island nih!

~ Jaa ~