Showing posts with label ~ RayA 2011 ~. Show all posts
Showing posts with label ~ RayA 2011 ~. Show all posts

Friday, September 9, 2011

~ Hari Raya 2011 (DaY 4) ~

This time kami menuju ke Zon Utara plak.
Lepas beraya agak sakan kat kampung halaman yang nun indah permai dimata pemerhati.

Kami gerak dari rumah around 1100 kot.
Pastu sembahyang jumaat kat area area ulu yam.
Saje mule mule nak masuk jalan lama sebab nak sembahyang Jumaat.
Lepas sembahyang Jumaat baru masuk highway.

Weeehuuu...
Walllllllllahhhhhh~

Sepanjang perjalanan tampak rileks jer..
Suasana yang memang dah biasa daku lihat.
Sama jer mase aku pulang ke Zon Utara untuk belajar.
Takde langsung perubahan yang ketara.
Yang beza?
Jalan raya yang kadang kadang jam, kadang kadang lancaq gila abaq ang!
Tudiaaa!

Tapi ade satu tempat tu.
Ekceli tak satu arr.
Dalam 2 3 tempat gak arr.
Jam memang seteruk teruknyer!
Kalau anda tahu dimanakah tempat ini.
Aku bagi tepukan gemuruh kat korang dengan sepenuh jiwa dan raga aku!
Hahhh!
Punye excited aku nak bagi korang dapat jawab...

 Lokasi pertama
Anda tahu dimanakah ini?
Jangan tanya aku sebab aku pun tak ingat kat are mane ni.
Hehehehe~

 Lokasi kedua.
Hahh!
Sape tak tau memang nak kene cepuk dengan aku.
Yang ni aku tau sangat sangat.

 See?
Lepas turunpun dari bukitpun still lagi jammed.

Sampai sini.
Dan ke depan lagi.
Dan lagi dan lagi...
Aku rase dekat 5-7 kilometer kot!

Nasib perjalanan dari Selatan ke Utara lancar dan bahagia bagi semua pengguna.
Sampai kat umah TokCik around 2000 kot.
Sebab pa lambat?
Sebab banyak berenti.
Makan, solat, toilet, isi minyak.
Skali berenti minimum 30 min.
So??
Total arr brapa banyak kali stopped.
Hehehee~

Pastu makan malam kat umah TokCik
Then tidoq jugak kat umah TokCik.

~ Jaa ~

~ Hari Raya 2011 (DaY 3) ~

Haaaaaaaaaaa.....
Cerita Raya Lagi Meyh!
Weeehuuuu~

So, untuk hari ke-3 ni.
Misi nak jalan jauh jauh sampai mata rabak!
Wohooo!
Jadi pandaman kejap.

So, Bangun awal pagi solat pastu sambung tito jap dalam 2 jam kot.
Pastu bangun gosok gigi makan apa yang patut seperti lemang dan lemang jer.
Duk kat ruang tamu tonton Gua.PunyaTv.
Agak agak MakCik PakCik duk bising bising suh yang lain lain bangun.
So, mandi arrr sorang sorang dan gosok baju nak pergi beraya.
Around jam 1300 kami gerak ke rumah pertama untuk beraya dan makan skali tengahari.
Umah MakLang kat Palong.
Sesi membalas kunjungan.

Kami gerak 3 keter.
Total pada hari tu 12 orang jerr.
Bapak & Big Bro bawak keter memasing.
Aku bawak keter Along Fadh.
Haaaa.....
SAJE JE MOTIP NAK BAGITAU AKU TUKANG BAWAK KETER HARITU.
Hehehehe~

Sampai sampai solat zuhur terus rembat makan.
Serius sedap gler keluarga MakLang masak aritu.
Sangat sangat!
Memenuhi citarasa!
2-3 pinggan gak arr aku tambah.
Pinggan jerlah, isi taktau ade ke tak.

Agak agak perut dah sendat, lubang tali pinggangpun dah kene pindah ke lubang yang lebih besar.
Kamipun gerak ke next station.
Ke rumah MakNgah kat Bukit Jalor.
Sesi membalas kunjungan lagi.
Kat Umah MakNgah kami dihidang dengan laksa.
Sedap okie!
Chef yang masak.
Memang superb arr kan.

Muka yang penuh kekenyangan!

 Owh! Lupa nak bagitau.
Ni Along Fadh.
Mate die masuk serangga, siap dah kene sengat skit malam tadi mase tito.
Pastu doktor tak kasi bukak bendealah tu.
Tu die jadi pirate of the Caribbean Versi malaysia punye.
Hehh~

 This is Yani & Me
My Kazen

 Ema & Sis re3n & Yani

Haaa!
Ni budak tak senonoh nih.
Kazen paling kecik.
Hisham busyuk name die.
Hahaha~

Lepas makan perut naik kembung macam ikan buntal.
Kamipun gerak ke next station lagi.
Ke rumah PakTeh.
Dekat jugaklah dengan umah PakNgah.
Kami elok elok jer sampai.
Anak anak MakLong pun sampai gak sama waktu dengan kami.

Sampai sampai terus wat hal kami ni.
Hehehehe~
Mengetest superbike jap.

Kat umah MakTeh.
Kami dihidangkan plak dengan bihun sup kot.
Alamak!
Tak ingat plak makan pa.
Hee~
Lepak lepak sambil tonton PakTeh.PunyaTv.
Nak dekat jam 1900 kami gerak chow pulang ke umah kampung smula.

Lepak lepak lepak makan sampai nak meletop!

Singgah Maghrib kat Masjid.
Pastu terus shoot pulang.
Sampai around 2100-2115 kot.
Pastu lepak tunggu makcik makcik memasak untuk makan malam.
Lepas makan around jam 2300 camtu.
Keluarga aku balik umah kat Seri Kembang Semangkuk.
Sebab esoknyer mahu pulang ke Zon Utara plak.
Heeee~

~ Jaa ~

Thursday, September 8, 2011

~ Hari Raya 2011 (DaY 2) ~

Bangun pagi gosok gigi cuci muke minum milo sama lemang sangat sedap owh yeahhhh.
(nyanyi lagu ala ala "bangun pagi gosok gigi cuci muka bla bla bla........)
Hari hari mau makan rendang daging banyak banyaaaaaak.
Pastu lepak kat ruang tamu tengok tv + online kejap (walaupun line berokband sangat teruk!)
Tapi dengan penuh kesabaran di hari lebaran ke-2
Aku gagahi dengan penuh keimanan di dada.

Wa lepak lepak sambil lelapkan mate sebab tak tahan mengantuk main mercun malam tadi.
Sampailah sedap sedap mate bangun time matahari naik elok jerrr slow slow ke tahap tegak atas kepala.
Tapi gua tak mudah terpedaya.
Gua tetap lelapkan mata gua slow slow walaupun tito tito ayam macam dalam reban tuh.
Sampai satu tahap, wa tak tahan, gua bangun wa gi mandi.
Lepas tu aku sambung tito ayam balik kat krusi depan.
Hohohohoooo~

Sampailah jam 1330.
Time ni aku memang bangun dengan tahap kesedaran yang tinggi
Sebab keluarga PakNgah datang berkunjung.
Lepak lepak sembang sambil tonton Gua.PunyaTv.
Sampailah keluarga MakLang serta anak anak beliau ke rumah.
Sangat meriah!
Nasib arr umah kampung ni sangat besar dan sangat besar..
So, takde hal pasal nak duduk kat mane skalipun.

Sampailah jam 1430.
Ni arr time yang ditunggu tunggu oleh semua orang iaitu time makan.
Hoho~
Sedap gleeeeeeeeer!
Makan memang orang kate tak hingat dunia arrr..
Bantai cukup cukup sampai mengah owh.

Lepas makan keluarga MakNgah & MakLang pergi beraya ke rumah MakLong & sebagainya.
Kami duk umah tunggu sape sape nak datang beraya lagi.

Bangah & wife nye pulang ke Perak beraya belah isteri die.

Around jam 1700 camtu.
Keluarga PakTeh semua plak tibe.
Pastu keluarga MakAchik plak datang.

Kire hari ke-2.
Kami lepak kat umah jer.
Tak pergi beraye ke mane mane pun...

Malamnya??
Malamnye tonton muvie lagi.
Sampai arr jam 0200.
Baru masuk tito.

~ Jaa ~

Wednesday, September 7, 2011

~ Aktiviti Di Malam Raya PertamA ~

Lepas makan makan makan rehat tengok tv hampir hampir tertito.
Kazen gua turun rumah mau pasang pelita.
Aku dari yang mengantuk terus segar mau pasang pelita skali.
Pasang pelita baru.
Yang lama punye tak tau pi mana.
Agak agak dah nak maghrib baru nyalakan sumbu.

Bila maghrib berlalu, semua pakat nak tengok berita tetibe dipasang cerita "Flat 3A" di television.
Lalu, dipasang terus sehingga tamat.
Owh!
Kaum adam sudah ada planning mau dibuat.
Kami sengaja pasang cerita "Flat 3A" sebab nak bagi kaum hawa duk lepak tengok tv lama lama
Tak turun main apa yang kami mainkan.
Heehehe~
Macam biasa arrr.
Tiap tiap tahun mesti "Sugar Daddy" sponsor mercun + bunga api kaw kaw punye.
This time aku main sampai badan aku lenguh lenguh dan lenguh sangat sangat.
Sampai nak angkat tanganpun macam dah takde deria owh.
Ni barang disponsor.

Ini baru suasana raya di kampung.
Kat bandar dah takde sangat nak buat macam ni.

 Ni barang disponsor oleh "Sugar Daddy"
Banyakkan?
 Ada bola, telor, yang macam dynamitepun ada gak.
Bunyi takyah cter arrr.
Bergegar kampung aku.

Yang paling best kami lawan mercun dengan kampung sebelah.
Tiap tiap tahun macam tu.
Yang menang sapa??
Kami arrr.
Hahahaha~

Sebabnyer, diorang bakar dulu.
Tanda mengajak.
Pastu kami balas non-stop.
Lepas satu satu, satu satu...
Dekat 2 jam lebih gak arr duk membaling mercun bola bla bla bla tuh.
Sampai kampung sebelah senyap terus tak bakar dah mercun.
Kitorang je yang duk bakar lagi
Hahahaha~

Sebenarnyer aku taktau aku duk wat pe time ni.
Duk menari tarian pa pun tak tau.
Ish ish ish...

Sampai arr ke kemuncak main mercun..
Ini dia..
Ni barang paling dinanti nantikan.
Aku panggil mercun KLCC.
Yang ni 48 das punye.
Malam mase aku on the way balik tu "Sugar Daddy" dah bakar yang 138 das.
Yang lagi besar dan power punyer.
Daiiimmm!
Tak dapat nengok!




Agak agak Dah jam 2245-2300, kamipun stop main.
Sebab dah abis.
Kami main skali round jer.
Takde simpan simpan dah.
Agak seronok kalau raya.
Hehehe~

*next entry mengenai raya seterusnya*

~ Jaa ~

Tuesday, September 6, 2011

~ Hari Raya 2011 (DaY 1) ~

Kami gerak pulang ke kampung malam raya which is malam tadi arr.
Sampaipun around 2300 kot.
Singgah umah PakChek, Then terus tito kat sane.
Kami tak tito kat kampung terus since macam tak larat dah.
So, esoknyer (hari raya) pagi pagi lepas subuh terus balik ke kampung.
Tak jauhpun. Dalam 30min jer.
Dalam Jam 0800 sampai kampung.
Makan lemang banyak banyak, baru mandi siap siap nak gi sembahyang raya.

Balik sembahyang raya lepak lepak tengok tv sambil makan kuih raya yang patut dihidangkan kat orang
Yang datang berkunjung tapi dimakan oleh tuan rumah sendiri.
Hehh~

Di beranda yang penuh klasik!
Sebab rumah ni dibina tahun 1977
Dan cat kat dinding tu pun kaler asal tahun 1977 tau!
Haaaaa~
Kitorang duk tengok pa ntah.
Hehehe~
Dahlah betol betol depan jalan raya ni.
*My Dad With Me*

Baju melayu yang recycle kembali
Hoho~

Lepas makan makan bergambar salam raya dengan semua orang dalam rumah tu
Kamipun gerak ke umah Tok Darat.
Tok Darat ni kire ayah kepada PakUsu aku.
Umah Tok Darat betol betol depan umah kampung aku.

Makan lagi..
Tapi aku makan bihun jer & beberapa jenis kuih raya.

Agak agak aku dah tertito sambil duk nganga mulut 30 darjah.
Baru arr balik umah siap siap nak gi beraya umah PakLong plak.
Kat umah PakLong kami makan lontong.
Perghh!
Perut tengah sendat gler kot!
Kejer makan makan makan.
Sembang sembang amik gambar gelak huha huha.
Kitorangpun gerak ke umah PakCik Pilus plak.

PakCik Pilus ni abang kepada PakUsu aku.
Lepak makan lagi.
Sembang gelak huha huha.
Sampai Alongpun tito baiiiik punye duk landing atas krusi.
Hahaha..
Agak agak air liur basi dah nak meleleh kitorang gerak ke umah yang paling aku tunggu tunggukan!!!
Owh!
Rumah TokChek.
Sebab aku nak jumpe "Sandra Bulldog" aku.
Hahahaha~
At first ingat die takde.
Sebab tak nampak langsung.
Sampai arr kazen aku nampak & lebih excited dari aku gtau die nampak "Sandra Bulldog".
Perghh!
Apa lagi!
Muke terus ada happy arrr.
Hahahaha~

Before dat, bergambar dulu.

 Along Fadh, Alang Myza & Me En. Sepet

Owh!
Harap harap balak Alang Myza nengok blog ni & pic ni.
Hahahahaa..
Saje wat gambor kontroversi.

Lepas makan makan minum je kejer 1 ari ni.
Then, agak agak orang tua dah puas sembang.
Kitorangpun gerak arr nak ke umah PakChek smula nak beraya.

Kat umah PakChek makan lagi.
Walaupun MakChek ade masak nasi lauk sardin masak asam.
Aku tak makan dah.
Sebab perut serius full kaw kaw.
Even kalau makan nasi baru arrr rase puas rase kenyang.
Tapi, aku dah tak larat.
Aku tito jer.
Hehehehe~

Agak agak dah jam 1830 kitorangpun balik arr ke kampung smula.
Pakcik Makcik sume singgah umah sape ntah.
Kitorang kazen kazen je balik.
Sampai umah mandi manda makan lemang lagi.
Pastu tunggu aksi malam plak in the next entry!

~ Jaa ~