Monday, August 15, 2011

~ Apa PasaT ?? ~

Harini dah masuk puasa yang ke-15.
Malam jap lagi terawikh masuk yang ke-16.

Di corong corong radio sume dah mula memutarkan lagu lagu raya.
Kawan kawan di facebook jugak dah mula post mengenai raya.
Mereka bercerita bagaikan esok sudah boleh takbir raya sahaja.
Sabar sabar!
Ade lagi separuh yang harus ditempuh.

Aku?
Owh!
Aku belom lagi ade "feel" nak sambut raya.
Baju raya tahun ni aku putuskan supaya aku memakai baju raya tahun tahun lepas sahaja.
Sebab aku tak mahu beli baju melayu yang siap punye.
Aku mahu yang tempah sahaja.
Maaf!
Nampak macam gedik.
Tapi, aku ada sebab yang kukuh.
Kalau aku beli yang readymade, baju memang cahanteklah terukur di bahu aku.
Tapi bile datang part seluar.
Sorry arrr...
Akan senteng sedikit.
Aku kan tinggi.
186cm.
Baju aku adalah saiz "M".
Seluar adalah jenis saiz "L".
So??
Memang aku prefer untuk tempah dari beli yang readymade.

Semalam aku pergi cuci mata.
Cuci mata di chow kit dan jugak kat maju junction.
Sempat jugaklah aku rembat 2 helai seluar pendek untuk duduk kat rumah sahaja
Dan songkok baru.
Kami keluar 4 orang.
Bapak aku tak follow.

Tak tahulah bile mase yang sesuai aku boleh pergi beli baju raya.
Aku target sumenyer adalah 2.

- Baju 2 helai
- Seluar 2 helai
- Seluar kecik 2 kotak
- Stoking 1 pasang

Tu jer kot.
Aku tak mau belanjer berlebih lebihan untuk tahun ni.
Sebab dah 2-3 tahun aku belanjer TERSANGAT besar.
So, tahun ni nak sederhana jerlah.

So, mohon dana yang aku perolehi boleh aku capai target persiapan raya ni nanti.

~ Jaa ~