Showing posts with label ~ BewarE ~. Show all posts
Showing posts with label ~ BewarE ~. Show all posts

Tuesday, July 26, 2011

~ Semakin Hari Semakin Kurang BeraT ~

Time aku duk blajar dulu around 5-6 months ago.
Berat aku capai tahap maximum.
68.5 kg.
Kire kalau ikutkan BMI aku capai tahap normal arr...

Bukti berat aku 68.5 kg beberapa bulan yang lalu

A few months later berat aku mula turun ke tahap 67.0 kg.
Bile cuti study week, dan aku berada di rumah.
Memang kejer aku makan makan makan.
Kalau flash back balik aku duk post kat FB tu perghh!
Memang kejer aku duk post pasai makan jerlah.
Tak kire pagi, tengahari, makan petang, malam dan jugak tengah malam.
Orang kate zaman tu "hidup untuk makan" jerlah.
Ish ish ish...

Time tu berat aku naik balik ke tahap 68.0-68.5 kg.
Duk main main range tu jerlah.
Then, bile exam datang menjengah.
Berat aku turun skit ke 67.5 kg.

Bile dah abis exam, dan aku kat umah.
Schedule makan aku macam aku kat umah dulu dulu.
Makan tak kire waktu.

Until lah start last month.
Berat aku mule surut surut dan makin surut.
Bile timbang, 67 kg.
Next week timbang 66.5 kg.
Timbang lagi tinggal 66.0 kg.
Aku pun tak tau asal.
Tapi, memang benarlah.
Selera aku makan memang terus down sejak last month.
Penah beberapa aritu sekali je aku makan.
Tu pun waktu maghrib jer.
Dah macam orang bukak pose kalau dinengokkan balik.
Hehehe~

Then, last week aku gi wat medical check-up.
Berat aku tinggal 63.0 kg jer.
AduhH!
Serious under weight!!!

Maaflah, camera cikai jer tangkap gambor ni.
See?
Ni last week mase wat medical check-up.
63.0 kg jer.

Aku pun tak tau apsal berat badan aku makin susut.
Selera makan pun ade ade mase jer tinggi.
Most of the time selera aku hilang.
Lari tak tau mane nyoroknyer.
Adehhh~

Mohon aku berat seperti biasa.
Leh aku bina otot balik.
Hahaha~

~ Jaa ~

Monday, March 28, 2011

~ One Hour Per YeaR ~

Haliuuuuu~
Ok! Now i'd like to talk about celebration that we SHOULD support!
A celebration that can save a bit more about our world, our planet.
Seperti yang kite tau & telahpun lepas beberapa ari yang lepas.
But, it still segar dalam memori aku.
Its like baru je lepas semalam.
Like we should do it more.
Maybe once per month.
Bukan susahpun & bende ni secara tak langsung dapat MENJIMATKAN tariff elektrik rumah kite.
Hehe~

Actually, aku nak sentuh bab "Earth Hour" yang kite celebrate setiap tahun.
Aku rase negara kite baru concern & laksanakan 3 tahun lepas.
ITU kalau aku tak silaplah. Kalau silap TOLONG roger ye!
Sebab aku kate 3 tahun lepas adelah time tu merupakan 1st ever celebrate kat kolej dalam Kampus UiTM.
So, memori tu memang segar bugar lah ye dalam minda ni.

Time tu kalau tak silap adelah aku di semester 3.
And yes! Memang part 3 pon.
So, bile time nak berdetik ke jam 2030 tu perghh..
Sume pakat duk dalam biliklah yer.
Wat kejer harian.
Ade yang tengah wat assignment, ade yang nga main game.
Nengok muvie, series.
Kire most of them tengah syok layan yang mengakibatkan penggunaan elektrik.
So, bile dah detil 2030, "pop"!!!
Seluruh kolej gelap.
Lepas tu pa lagi. Memang kecoh abis arr..
Habis sume orang kuar duk kat koridor.
Mulelah party liar kitorang sume ni.
Ade yang duk menjerit, ade yang amik paper wat ala ala tanglong then bakar dari tingkat atas skali.
Pastu, abis wak kuar torchlight duk suluh suluh orang.
Then paling best!!!



Ni adelah contoh kolej aku.
So, as u all can see yang kolej aku ni jenis petak.
Sekeliling adelah bilik.
Then, adelah member aku sorang ni.
Nama dirahsiakan.
Tapi, sape yang tau tu memang baguslah ye! Hehe~
Aku & member sorang lagi tukang pegang torchlight, hala kat "die".
Then bile dah dihalakan tu bayang bayang memang akan nampak arr kat arah bertentangan.
Bayang bayang tu bukan kecik ye, besar!
Boleh kate nampak seluruh tinggi kolej tu.
Yang ke-sengalan-nyer adelah member aku tu buat goyang inul.
Then, adelah tarian tarian yang memang serius! Kelakar nak mati!
Abis satu kolej tu gelak.
TAPI! Orang yang bertentangan tu tak tau arr pe yang berlaku sebab diorang tak nampak.
Hahhaa~
Memang moment yang tak leh dilupekan oleh aku.
Hahaha~

Lame gak arr duk bertenggek kat koridor.
Ade yang duk jerit kate "abislah assignment aku".
Ade yang duk mengeluh nak tengok muvie & macam macam.
Tapi, selagi belom cukup sejam selagi tu lah tak kan bukak suis nyer..
Yang best lagi suis ni ditutup kat main die ye.
So, memang satu U gelap gelite.
Makin lame makin sunyi sebab masing masing dah tak larat nak menjerit & buat perkara perkara tak berpekdah.
Bile dah abis sejam tu, nyalalah balik segala sume bekalan elektrik.
Then, jeritlah lagi bebudak tak matured tu sume. Hahaahaa~
Pastu, sambunglah balik kerje kerje yang tergendala tu.
Memang best!!!

Ni plak cter untuk sambutan tahun ke-2.
Kali ni kami dah tak duduk kat kolej.
Kami dipindahkan ke kolej taman Universiti.
Ni kire kami duduk kawasan perumahan teres.
Dah lah rumah kami ni serius dekat nak mati arr dengan rumah guard.
So, memang nak buat kecoh aduhhh~
Pikir PIkir Pikirr 10 20 30 100 kali ye!
Then, sangat dekat plak dengan rumah pengarah. Haishh!
Bala Balaaa!!!

So, ni adelah contoh kawasan perumahan aku tu.
Yang putih putih tu rumahlah ye.

Then, pada haritu kene plak ari untuk celebrate Earth Hour.
Tepat je jam 2030, "tup".
Abis sume gelap gelite.
This time memang gelap segelapnyerlah.
Tak tipu. Kalu kate pencuri lalu depan matepun memang tak kan perasan langsung.
Then, macam biasalah yer budak budak student yang lain abis duk wat bising kat luar.
Nak duk dalam rumah panas!
So, berlampung arr kami sume kat jalan raya.
Nasib tak hujan! Kalau tak adehh~

Then, bile kat luar ni memang duk menyembang jer arr.
Abis sume lawak lawak bodoh duk wak kuar.
Memang bestlah!
Gelak sakan.
Kene plak budak budak yang memang rapat!
Tak terkirelah punye giler! Hehe~

Tapi, denga cter kat dalam kampus time tu ade duk wat live band.
Diorang gathered ramai ramai kat tapak keter duk menyanyi.
Kami yang kat rumah ni memang tak gi arr sebab tak tau.
Dengar cter havoc abis.
Rugi rugi tak dapat join sekaki! Huhu~
So, bile dah cukup sejam masuklah balik kami dalam rumah wat kejer & sembang yang tak pernah putus putus.
Tamat Cter Tahun Ke-2

Kite masuk plak cter tahun ni!
Tahun 2011

Ihsan Akak Google Yang Gorgeous!

 So, tahun ni aku duduk rumah sewa.
Kire kawasan perumahan keluargalah.
Then, bile dah di war warkan bahawa Earth Hour akan berlaku pada jam 2030.
Aku yang berada dirumah mulalah menutup suis.
Tetapi, malangnya!
Kawasan perumahan aku ni tak alert dengan kempen yang dibuat.
Boleh dikatekan rumah kami je yang gelap & rumah rumah yang memang kosonglah tak diduduki.
Sadis jugaklah aku tengok.
Serius! Diorang tak rase macam nak join sekaki bende yang baik.
Bukan lamepun. Sejam jer.
Adehh~

AND paling yang sayangnyer adehh~
Bebudak rumah akupun tak tahan lame gak nak support kempen ni.
Adehhh~
Diorang just dapat bertahan 15-20 mins jer.
Haish!
Akupun takleh nak cakap macam ne.
Diam jerlah tanda tak setuju. Huhu~
So, aku layan jerlah message message member member wish "Happy Earth Hour".
Bile dah cukup sejam, barulah aku online.

Lebih menyedihkan bile esok harinyer.
Ada jiran yang sedap duk bakar sampah jerami kat depan rumah.
Bukan kecik lagi api die. Besar plak tuh!
Then, asap aduhhh~
Tersebar keseluruh lorong ni.

AKU SUPPORT EARTH HOUR SETIAP TAHUN.
NAK BUAT SETIAP BULANPUN AKU TAK KESAH.
AKU SETUJU SECARA TOTAL!!!
SAYANGI DUNIA KITE YANG DAH NAK SAMPAI KE PENGHUJUNG DUNIA.

~ Jaa ~

Tuesday, January 11, 2011

~ Perangi SebolehnyA ~

Bagi sesiapa yang berjaya lepas untuk ke
Blog Ini
Tahniah! Hehe~
Bagi yang tak berjaya lepas nak nengok blog tu takpa.
Bukan pe, aku saje nak cerite yang same dengan entry blog tersebut.

Waktu ni, kami sekeluarga di Segamat.
Bapak aku dikerjakan kat sane sebelom pencen.
Aku time tu kalau tak silap form 2 kot.
Kalau tak form 3 arr kan.

Mase bapak aku masih kejer dulu,
Aku serius memang suke ikut bapak aku gi office skali.
Memang abis sume orang pejabat kenai aku.
Muke penyebok dah datang pejabat.. Haha~
Baik kat Segamat mahupun mase bapak kejer kat Perak dulu.
Memang muke aku suke menempek wat hal sendiri.

Aku suke pergi bukan pe, duduk kat rumahpun aku bukan wat pape.
Melangut jer nengok tv
Last last tito.
Ughh~

Baik aku follow bapak aku gi pejabat, leh main main komputer
*time tu bapak aku tak belikan kami komputer lagi sebab kami ni tak reti gune
Boleh main yang taip taip surat setiausaha bapak punyer.
Tu jerlah.
Main photostat.
Sronok! Photostat IC, tapak tangan, duit duit lame.
Yang Seratus, lima ratus ngan seribu ringgit tuh.
Haa~
Pastu, gune duit photostat tu wat jual beli. Bahaha~
*tipu tuh

Ni lah bende tu. Aku tak tau arr pe name bendealah ni
*sumber akak google hidung kembang

Ni satu lagi bagi nak memastikan bende tu adelah same. Hehe~
*sumber akak google gak

Bende alah ni aku gune bile sume orang pejabat dah balik rumah.
Means bile dah abis tempoh kejer.
Time tu baru aku kejer melewak je dalam pejabat.
Jalan jalan dalam pejabat,
Masuk meeting room.
Main bende keyboard tu. haha~
Best!

Ade lah satu hari tu
Hari memang tak tau arr kan.
Aku ikut bapak ke pejabat.
Mase tu aku baca buku kot kat sofa pejabat bapak.
Time tu customer ade je datang nak jumpa bapak.
Adelah sorang mamat ni.
Bangsa pe aku dah tak ingat.
Die datang nak bincang pasai tender kot.
Nak mintak kelulusan bapak aku.
Then, aku duk kat sofa tu betoi betoi bertentang dengan sisi kanan mamat ni.
Ada faham kah?
Hehe~
So, tengah cakap cakap tipu si mamat tu, die pun adelah menghulurkan sesuatu dalam envelop
Dalam tu aku dah tau dah kompom kompom duit punyer.
Brapa riban tu tak tau arr kan.
Elok jer mamat tu hulur secara senyap kat atas meja,
Bapak aku cakap kat mamat tu
"U nak i call BPR ke datang jemput u kat sini?"
*dengan nada rileks ngan tangan dah kat telefon nak angkat call
Aku ingat ingat ayat macam tu arr.
Dah lah ade poster sebesar besar alam duk tampal kat blakang bapak aku tulis
"Perangi Rasuah
Hapuskan Rasuah."
Hahaha~
Bengong punyer orang.

Pastu, orang tu pun menggelabah gak arr.
Dah rencana die tak kene. Hahaha~
Lepas tu muke die agak bengang cuak cakap terima kasih Tuan, terus blah. Haha~
Kelakar gler time tu.

Pastu aku cakap kat bapak nape tak amik?
Bapak aku nada tegas,
"huish! tu rasuah. Masuk neraka kalau amik"
Aku "ohh.." Ahaha~
Aku kan budak budak hingusan lagi time tu.

Pastu, bile dah abis kejer,
& abis aku wat bende tak pekdah sume (photostat, keyboard tu, ronda ronda dalam pejabat)
Kami pun pergi arr surau berdekatan dengan pejabat nak solat Asar baru balik rumah.

Bile sampai rumah kecoh arr duk sebok cter kat mama & kakak. Hee~
Pastu tamat...

-so, hati hatilah bile dah kejer. bende yang kite rase itu halal lah bende yang sebenarnyer haram.
-janganlah amik pape dari sape sape tanpa kite tahu asal usul sebenar tujuan die.
-cukuplah dengan ape yang kite dapat. nak kaya cepat buat business sendiri. kalau makan gaji, memang ko tak kan kaya raya arr. hehe~


~ Jaa ~

Thursday, December 9, 2010

~ Sedikit Perihal Diri SendirI ~

Secara jujurnya aku mahu melontarkan satu persoalan yang bermain di kotak fikiran.
Tidak kesahlah anda yang membaca ini tertonggeng dibatang hidung sendiri or tidak.
Sebabnya aku sekadar mahu mempersoalkan perkara ini.
Secara jujurnya juga aku tidak ada niat untuk menyinggung perasaan sesiapa melalui perkataan, perbuatan, pangkat, darjat, umur, hubungan antara kita.
Ini sekadar luahan antara aku dan juga blog ini.

Secara jujurnya, aku memang suka berkias kiasan.
Tidak suka untuk berterus terang.
Tidak suka menengking nengking.
Tidak suka meluahkan apa yang terjadi.

Jadi, aku hanya memendamkannya walaupun ia menyakitkan hati aku.
Tapi aku tidak kesah sebabnya, perkara perkara yang menyakitkan hati aku itu HANYA akan bertahan selama 2-3 hari sahaja.
Selepas itu aku akan kembali kepada keadaan asal.
Normal.

Kamu?
Aku tidak marah lagi.


Dosa yang terjalin?
Hapus begitu sahaja.


Kerana apa?
Kerana aku memaafkan setiap umat di dunia ini pada setiap malam.

Malah aku meminta semoga dimurahkan rezeki dan dilimpahkan kurnia dan darjat.
Mudah mudahan.

Memang benar kita berbeza.
Perasaan kita lain lain.
Masing masing punya penghayatan berbeza.
Maksud yang berbeza.
Penilaian yang berbeza.

Tetapi, janganlah dibangkitkan perkara sedemikian lagi terhadap aku.
Dan juga jangan mengingatkan perkara sedemikian kepada aku lagi.

Memang benar, kadang kadang penulisan yang berbentuk OR berbaur unsur unsur seperti mahu menghentam seseorang itu akan kelihatan oleh aku.
Itu cuma perasaan syaitonirrajim yang menghasut akan hati umat ISLAM supaya memecahbelahkan keadaan.

Tetapi, beberapa kemudian harinya, ada aku umumkan kepada rakyat dengan apa yang kamu terjadi kepada aku beberapa ketika dahulu?
Tiada.

I repeat! TIADA.
Kias kiasan yang hanyalah sering disalah ertikan dan layu begitu juga tanpa persoalan yang jelas.

Demikian juga dengan apa yang terjadi.
Persoalan yang ingin dilontarkan adalah.
Salahkah untuk seseorang umat itu untuk menyuarakan permasalahan secara kias kiasan?
Salahkah ia disisi masyarakat kita?
Dihentam dengan penilaian penilaian yang tiada unsur yang jelas lagi nyata?

Fikir fikirkan.



Aku tidak mengambil hati dengan apa yang terjadi.

Malah aku menyokong dengan apa yang dilakukan.
Hidup bahagia tetapi hati dan kotak pemikiran tidak tenteram.
Kombinasi yang boleh menyebabkan jiwa menjadi kacau bilau + stress + marah marah.

Apa function?
TIADA...

Itu sahaja
~ SekiaN ~


*Sila Baca Dengan Nada Yang Tenang Kerana Penulis Tidak Ada Perasaan Marah Marah
Baca Dengan Tenang Dengan Hati Yang Tenteram*

~ Jaa ~

Thursday, November 25, 2010

~ Cuci-Cuci Sikit Ape Yang Patut Tu OK ~

Owh!
This time bukan aku nak publish yang aku cuci lantai ke, cara-cara nak cuci muke yang berkerutu ni ke or even nak tunjuk cara-cara nak cuci kereta yang berdebu debu 5 inci tuh.

Tapi, apa yang aku nak bagitau ni hanya bende yang kite sering lalai dan ego yang tinggi nih tanpa nak tanya dengan lebih lanjut before membuat kenyataan or nas nas yang sohih dan betol.
Ni mentaliti rakyat kite skrang nih. Mantaliti yang tersangat suka membuat kenyataan kenyataa palsu yang akhirnyer menjadi satu penFITNAHan yang boleh memudaratkan lagi keadaan untuk ke dua dua pihak mahupun untuk kesemua pihak...
Dia hanya mendengar dari sebelah pihak yang telinganya ditutup oleh kain kain kapan terus menuding jari main tunjuk tunjuk "hahh! Dia arr yang cakap macam tu. Tak Guna!".

Mungkin orang ni ada sejarah hitam pada DULU DULU KALA, tapi, Dia terus akan mengenangnya sehingga sekarang tanpa memikirkan perkara perkara yang benar...

But then, bile orang ni buat baik senyap sedikitpun tidak berkata kata selama berbulan bulan or maybe bertahun tahun, then suddenly bile orang ni buat kenyataan yang pada DASARNYA hanyalah ayat kiasan tetapi tidak difahami oleh Dia terus menyabitkan orang ni kene diayat dan dicop sebagai "Tak GunA"...

Huhh! Biarlah mereka-mereka ini dari kalangan kalangan orang yang berdarjat mahupun berpendidikan yang tahap tinggi, tapi, kalau berperangai macam ni. Usahlah! Usahlah... Penat sahaja kamu bersembahyang 5 waktu sehari tidak termasuk solat solat sunat yang didirikan dan hanya kenyataan yang berbaur FITNAH, jadi sia sia sahaja kamu melakukan solat tersebut. SIA SIA!!! Malah dosa dosa orang ni pulak yang akan dipikul oleh Dia... Ringan sudah jadinya dosa orang ni. Ada baiknye juga ya! Ermm.....

Seeloknya, Dia HARUS cuci otak die sikit! Takpun CUCI apa yang patut agar menjadi insan yang boleh bertanyakan dahulu kepada kedua-dua pihak sebelom membuat kenyataan kenyataan yang mempengaruhi orang ramai... Ingat! Kamu hanyalah orang yang ketiga yang mendengarnya. Mungkin orang kedua itu berkata benar dari apa yang dibaca or didengar olehnya, tetapi, harus tahu! Mungkin ayat yang diberi or percakapan yang diucapkan tu kepada orang kedua hanyalah ayat kiasan semata mata kerana mahu menjaga air muka kamu kamu dan juga kamu!!! Ingat! Ayat kiasan tidak semuanya adalah ayat yang boleh dikatakan sebagai penipu...

Jadi, pesanan yang ringkas sahaja. Orang ni pun bukanlah bermaksud mahu memutar belitkan keadaan yang menjadi bahan cop *Tak GunA* tuh. Tapi, kalau hanyalah mendengar sedikit sedikit yang berbau hamis dari sebelah pihak, u may STOP NOW!!!
Search the correct one!
Janganlah kamu pulak yang di cop sebagai *Tak GunA* di lain hari.

Jangan jadi macam ni! Kencing berterabur macam Fitnah yang dilemparkan tuh


Jadilah insan yang mentalitinya bersih dari segala-gal perkara negatif



Kalau tak dapat jugak nak cuci mental tu
Cucilah guna mesin basuh korang tu
Mudah mudahan menjadi insan yang berguna dimasa depan dan sekali gus menjadi insan yang tak mudah melemparkan ayat ayat durjana

*Semuanya picca adalah sumbangan dari Akak Google Yang Cute Dan Manis*

Ini sekadar peringatan sahaja untuk semua yang membaca. Tidak ada kena mengena dengan manusia manusia yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

~ Jaa ~

Thursday, October 21, 2010

~ Maaf! Saya Tidak MerokoK ~

Owh! Mungkin entry kali ni bende yang aku paling benci dalam hidup aku.
MAAF! SAYA TIDAK MEROKOK!

Sumber Akak Google Yang Kiut

Rokok merupakan bende yang aku rasa leh wat aku lemas, pening, selsema, batuk, demam, dan seangkatan dengannya bagi bende bende yang teruk sahaja.

Ni kisah masa aku dulu kecik kecik sampailah aku sekarang ni yang dah pun berumur 21Tahun 7Bulan 17Hari. Owh! Aku suka angka 7 disitu. Hehe~

Okie! Aku mengaku yang teramat masa aku range umur 8-9 year-old aku macam nak try try gak arr. Ni sebab pengaruh dari orang yang memang tua dari aku. Bukan oleh bapak, mama, abang mahupun kakak aku ye!
Ni oleh orang yang lebih tinggi pangkatnya dari keluarga aku. Aku tak mau sebut siapakah orangnya. Aku tak mau mengAibkan seseorang yang sudahpun tiada lagi dimuka bumi ini.

Tapi, bila aku semakin meningkat usia, aku diajar, diceramah dengan pelbagai cara supaya LANGSUNG tidak memegang sebatang rokokpun, sehingga sekarang aku tidak berani untuk memegang sebatang rokok. Dan itu berhasil!!!

Masa aku ditingkatan 1, pengaruh "rakan-rakan" budak budak kampung sangat kuat. Walaupun mereka sebaya aku, tetapi, mereka dah pandai merokok. Hello! Ko baru 13tahun okie! Mau Mati Awalkah??? Daaa~
Diorang ada jugak nak suap suap aku nak bagi rokok, I SAID NO!!! Go to the hell dude! Time tu aku takdelah speakingkan. Tak reti lagi nak berbahasa Englishhh ni. Tehee~

Bile semakin lama, rakan rakan semua memahami aku, diorang tiada lagi mau mengajak ajak aku untuk merokok. Sebab, diorang tau yang aku kuat dengan pegangan aku tu yang Aku Memang Tidak Merokok.

Itu cerita masa aku Sekolah Menengah Sungai Layar. Ni cerita masa aku di-transfer-kan ke Segamat plak. Ini lagilah. Sekeliling aku semuanya merokok. Sangat ramai. Bebudak kelas aku saja yang lelaki hampir 90% semuanya merokok. Wuhh! Boleh bayangkan tak??? Brapa kerat je yang tak merokok seperti aku ni???
Penah skali tu, time tu dahlah aku ni budak "baru" yang di-transfer. Adelah sorang budak nih kire serius bapak gengster arr skolah tu sampai tahap kes polis tawar aku rokok. Ntah macam mane ntah aku terterajang die dan aku cakap "sorry, aku tak merokok". Tapi, terajang aku tu bukanlah terajang yang mengakibatkan sakit or patah riukkan. Just orang kate terajang manje je. Nasiblah aku tak diapa apakan oleh mamat tu. Pastu, die blah macam tu jer. Time tu aku mane kenai pun sape yang gengster or baik kan. Just in my mind, everybody are same. Like us.

Bile makin lama aku kat skolah tu, semua budak budak or member aku ni semua memahami aku. Bile, mereka bersama aku, and ada yang nak bagi aku rokok, member member ni yang tolong backup kan aku. Kata "eyh! die tak merokok. Jangan bagi dah lepas ni". See??? Mereka memang bagus! Serius aku sayang mereka. Bile ade gangster gangster offer aku rokok, diorang jugak yang backup kan aku kate jangan ganggu lagi pe lah. Sangat bagus!

Kini aku sudah berusia 21Tahun. Seorang insan yang masih benci pada rokok, jika aku mahu sentuh rokokpun tangan aku mesti beralas. Nampak macam poyo tahap cipankan? Tapi itulah aku. Aku tidak akan sesekali mencemarkan jari jemari aku untuk memegang hanya sebatang rokok mahupun KOTAK ROKOK. Dari HANYA SEBATANG ROKOK BOLEH MEMUDARATKAN LAGI UNTUK BEBERAPA BATANG ROKOK. DARI BEBERAPA ITULAH AKAN MENJADI KETAGIH UNTUK MEROKOK. See??
Bagi aku, rokok tu umpama membakar duit jer. Kalau die kaya sekalipun, anak jutawan, hartawan, dermawan, tapi kalau merokok! Hello! Takde bezanyerlah dengan seorang yang pemboros yang tak tahu apa yang dibelanjakannya.

Penah satu blog ni aku baca mengenai remaja hisap rokok dengan seorang pakcik tua. Kisah die macam ni. Secara simple je lah ye.
"Ada seorang remaja sekolah yang baru habis skolah pada ptg tu. Diepun tunggulah bus kat perhentian. Sambil tunggu, die hisap rokok sebatang. Tengah sedap sedap feeling feeling hisap, datang seorang pakcik tua berbasikal dekat die. Pakcik ni pun tanyalah kenapa anak ni merokok? Kan lebih baik kalau anak ni simpan je duit dari beli rokok. Kalau sehari anak hisap sehari RM5, kalau sebulan dah RM150. Kalau setahun dan berapa? Kalau anak dah tamat belajar kat skolah ni dah berapa ribu dah anak boleh simpan. Anak dah boleh beli motor besar nanti. Lepas tu, remaja ni pun tanyalah PakCik ni, PakCik merokok tak? Pakcik ni pun jawablah TIDAK. Then, Remaja ni pun tanyalah PakCik ni, Habis tu? Kenapa pakcik ni tak pakai pakai pun lagi motor? Muka Pakcik tu pun merahlah tanda kemarahan. Pakcik tu pun sergahlah anak muda ni dengan "Ahh! Sudahlah. Malas Pakcik Nak layan. Pakcik tu pun pergilah dari situ dengan hati yang marah."
Begitulah al-kisahnya. hahahaa~

Sebab aku tidak merokok adalah banyak faktor. Pertama, Family aku. Second, Niat aku. Third, Pegangan aku. Fourth, Orang sekeliling aku. Disebabkan itu aku tidak akan sesekali menyemtuh rokok mahupun kotak rokok.
Tetapi, bagi mereka yang merokok, aku tidak akan mengata mahupun menyalahkan korang mahupun menyumpah nyumpah korang sume. Just, tolonglah tak perlu kot nak merokok. Tak nampak lagi macho pun dengan merokok. Tak nampak lagi kaya giler pun kalau merokok. Tak perlu kot nak kate yang merokok nih leh buat hilang tension. Banyak lagi cara ada dong.. Selamat diri sendiri dan jugak orang sekeliling. Tapi, kite tetap fren bagi yang memang kawan ye. Hehe~

Sumber Dari Akak Google Yang Comel

Oppss! Aku Tak Kata. Monyet Ni Yang Kata Okie.
Maksudnya, mereka hampir samakah???
Sumber Dari Akak Google Yang Manis

~ Jaa ~

Tuesday, September 7, 2010

~ Padah Terlalu Laju DiselekoH ~

Owh! Entry ni berkaitan dengan semalam yakni (06092010) dimana boyfriend sis re3n datang untuk amik sis re3n nak kuar dating dengan keter Lamboghini (ok, tipu) die.
Dahlah time tu aku nga sedap giler babeng nga tito dalam jam 1645. Tetibe mama datang kejut, "hey! hey! siap siap gi ikut bapak ngan kakak. Tayar keter Rafiq bengkok. Gi tolong. Gi..."
Akupun nengoklah jam. Eyh! Baru 1645. Tak sampai lagi 2 jam aku tito. Adoiyai~
Cukup 2 jam baru boleh bangun. Ni procedure tito diwaktu petang. Tolonglah jangan ganggu. Adehh~
Tapi, kalau aku tito semula, kompom-kompom tak boleh tito dah. Sebab dah terjaga. adehh. Kacau birau haihh~.
Aku pun bangunlah dengan pakaian yang selebek giler.
Mula mencari peralatan yang boleh dibawa bersama jikalau memerlukan.
Akupun tariklah lampu suluh, wallet, handphones and cap.
Berjalanlah aku menuju ke kereta untuk turut serta menolong En. Rafiq yang datang jauh dari Klang.
 Sesudah sampai jer, aku terlihat. Wahh! Stylo giler!!!
Bapak and kakak pun turunlah pergi lihat keter yang tayarnyer bengkok.
Aku duduk dalam keter sebab kene jjage keter walaupun takde bendepun perlu dijaga. Sume didepan mata.
Kata bapak, "arm" dah bengkok terok...
Aku malas mahu bertanya bagaimana boleh terjadi.
Tapi, dari apa yang aku lihat, ini mesti kes nak "drift". Pastu, jalan licin pulak disebabkan hujan, lalu terbabas terlanggar divider. Yehaha~

Tempat kejadian takdelah jauh dari rumah aku.
Dekat area-area pasar borong selangor sahaja.
Maybe die nak masuk simpang dengan lajunyer terbabas lalu langgar divider.(Ulang skali lagi ye. hehehe~)
Then, apa yang dibincang mereka bertiga pun tak taulah kan.
Last last, bapak kate, "haa. tunggu kat sini kejap, bapak nak pergi kedai tayar nak tanya pasai tow truck".
Aku pun follow lah skali ngan bapak g kedai tayar.
Bapak pergilah kedai tayar yang slalu bapak tukar nih.
Kire regular customer lah.
Dapatlah dirunding.
Then, pergi semula kat tempat kejadian tanya-tanya macam mana.
Nak amik tow truck gak ke tak kan.
Then, En. Rafiq call abah die tanye macam mane.
Then, abah die kate tunggu jerlah. Cz, diorang nak call AAM under insurance.
Tapi, time tu, abah die kat Kuala Selangor sebab ada projek disane.
AAM Plak kene pemegang kad AAM sahaja yang boleh call untuk tow truck.
Terpaksalah pulak tunggu sehingga abah die sampai.
Then, keter terpaksa parking kat Petronas tepi pasar borong tu.

Ahaa~ Untuk pengetahuan. Aku berjaya memandu kereta Lamboghini tersebut walaupun hanyalah untuk beberapa inches sahaja sebab nak tengok jikalau kereta bergerak, tayarnya apakah yang akan terjadi.. Bahaha~ Bangga 0o0o0o0o...

En. Rafiq berbuka dirumah kami.
Kesian dekat die. Ish Ish...
Around 2020 macam tu abah die call kate dah sampai kat petronas tu.
Time tu aku tak follow mereka-mereka di sane.
Aku duduk dirumah sambil berinternet... Hehe~
Bukan tak nak ikut, tapi, aku tidak diajak. Tidak mengapalah.
Akupun biasa-biasa sahaja.
Dari maklumat yang diperolehi, kereta itu kini berada di sunway untuk dibaik pulih.
Mungkin raya beliau tahun ini agak muram tidak seperti raya-raya sebelom ini.
Bersabar sahajalah.

Pandangan Belakang




Pandangan Tepi Belakang


Pandangan Tepi Depan

Mungkin ini pengajaran untuk tidak bawak laju-laju diselekoh.
Mungkin juga peringatan pada diri sendiri.
Owh! Aku tidak biasa bawak perlahan-lahan di jalan raya.
Maafkan daku.
Mungkin aku perlukan sedikit motivasi dari orang yang expert "Drift", "Drag" and mungkin seorang kaki racer..
Arghh!
Kesian sama kamu En. Rafiq.

~ Jaa ~

Monday, July 26, 2010

~ Cerita BenaR ~

Hahh! Sambungan dari episod lalu. Haha~
The story begins here!
Yesterday, Padil, Bedorm, Syed & Me went to Central Square sebab Bedorm wanna find a new handphone disebabkan pencuri pemecah rumah yang bodoh!
Then, we arrived around 1400 kot. Not pretty sure plak bout that. Haha~
Kami pun pusing pusing pusing dan terus pusing sampai mate aku dah jadi kuyu.
Almost setiap kedai handphone masuk sebab nak cari handphone yang murah & berpatutan ngan spec die.

Then, TUHAN ITU MAHA ADIL!!!

Ade satu kedai ni aku & Padil saje usha handphone, then, suddently, Syed & Bedorm datang. Pastu, si penjaga kedai tu pun saje cakap "haa. nak cari handphone ke?"
Pastu, Bedorm said yes! N86 ada?? Pastu, orang tu kate, ade ade!

ALLAH nak tunjuk benda yang benar!

Pastu, orang tu pun bagilah kat bedorm. Tetibe jer Bedorm cakap, "eyh! Ini handphone saye nih! Ni handphone saye!" Agak kuat nadanya disitu. Hehe~
Pastu, masing-masing duk wat muke pelik!
Then, si penjaga kedai tu kate, Eyh awak pasti ke? Rileks dulu.
Bedorm pun kate, "Betol! Ini tanda die." ( adelah yang tercabut something kat handphone tu & ade tanda hitam kat blakang handphone tu. Handphone beliau kaler putih ye pembaca sekalian).

Lagi mahu dikuatkan bukti, Bedorm pun on kan lah handphone tu.
Tadaa~
Apa ada?? Hahh???
Ermm... Mari teka beramai-ramai.


Soalannya adalah,
"Benda apakah yang menguatkan/mengukuhkan bukti bahawasanya handphone tersebut adalah milik Bedorm?"
A - Sim card nya kah?
B - Kreditnya kah?
C - Permainan yang terdapat didalam nya kah?
D - Gambar yang terdapat didalam nya kah?

5 Saat akan diperuntukan bagi soalan ini.

5
4
3
2
1

Tettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt~

Masa sudah tamat.
Jawapan yang dikehendaki adalah "D".
Yea!!! Bagi yang betoi!
Tepok tepok tepok!
Dahlah picca yang ade kat dalam tu uish! Picca yang tak senonoh aku. Ish ish~
Rahsia peribadi tu! Damn! Itu yang akan dijadikan bahan bukti. Wahaha~ Malu weyh! Malu!!!!!!!
Kini, urusan yang selebihnya akan diserahkan kepada pihak berkuasa.
Akupun ada juga cable nak cari pencuri ni.
Full name, IC number pencuri yang bongoks & bahalol tu aku ada.
Kini aku rujuk dekat cousin aku sebab nak dapatkan alamat orang ni.
Cousin aku kejer kat IPD Bukit Aman.
So, sangat senang kalau ada pape hal macam ni berlaku. Huhu~
Rasanyer tu jerlah kot cter yang nak dikongsikan bersama.
Maybe next time kalau ada cter menarik lagi, aku akan post ye people.
Pray for the right person, NOT for the guilty one OK!

~ Jaa ~

~ Pecah Besi Kebas Apa Yang AdA ~

Owh!
Rasanyer mesti ramai yang dah tau & mesti aku ni ketinggalan zaman untuk update pasai bendalah ni.
Adehh~
Pada Jumaat yang lalu ( 23072010 ), rumah sewa kami kene "pecah besi kebas apa yang ada".
Aiseyh~
Ini perumpamaan baru ke ni? Ish ish~
Actually, last friday my rented house kene pecah masuk dek jejaka hensem kemas bergaya.
Do i know him? OF COURSE NOT!!!
The story goes like this (jengjengjeng )...

Berita tiada nama melaporkan berita yang ada nama.
Jumaat lalu sebuah rumah dikawasan perumahan seteres setingkat berjaya dimasuki oleh beberapa orang suspek penjenayah ke rumah sewa yang didiami seramai 6 orang pelajar IPTA.
Suspek dipercayai melakukannyer lebih dari seorang. Dan waktu yang dilakukan oleh suspek adalah dianggarkan sekitar putaran waktu solat Jumaat. Ish ish~
Dahlah tak sembahyang Jumaat, pecah rumah orang plak tu. Manusia sungguh!

Cara-cara ataupun kaedah-kaedah pembelajaran untuk entry kali ini ialah bagaimana cara untuk melakukan pecah rumah.
Dari siasatan awal yang aku kaji dan nampak, cara-caranya sungguh mudah! Senang lenang arr. Gune jaripun boleh.
1stly, time kami pergi sembahyang Jumaat tu kami dah kunci dah ape yang patut, grill, sliding door. & masa yang kami pergi untuk solatpun around 1330 macam tu. Cz dah lambat kami kuar jerlah tanpa menutup pintu pagar utama depan rumah tu.
Suspek tu punyer kejer simple je aku nampak.
& aku rasa kejap jer mase die buat. Around 20 minutes, DONE!
1stly, diorang kopak grill tu kat selak tu, then, kopak lagi kat sliding door tu. Ish ish~

Barang yang hilang of course laptop, handphone 2 bijik skali charger, PS2 & MP4.
Luckily, all that was not mine & unfortunately, its my friends stuffs. Padil & Bedorm. Damn!
Poor them.

And the stories goes again.
Still have lot of story wanna tell u all yeah. Hehe~

But in the next entry. TQ! Hehe~

~ Jaa ~

Friday, July 16, 2010

~ Aku Suka BersendiriaN ~

Orang lain maybe suka bercerita dengan rakan-rakan or member-member rapat.Maybe diorang juga suka membebel kat orang sekeliling sampai telinga orang tu bernanah.
Maybe diorang juga suka bercerita dengan lecturer, cikgu, mak bapak, adek beradek or sesiapa jerlah.

Tetapi, aku! Aku suka sendirian.
Bagi aku bende ni lebih interesting untuk diri aku yang jenis pendiam ini.
Pendiam ke aku ni????
Surely budak-budak kelas aku gelak guling-guling kalau dapat baca statement aku nih.
Ish ish!
Aku pendiam. Sungguh!

Bila sendirian mesti korang duk pikir ape yang aku akan buat??
Hahh! Macam-macam aku leh buat ok!
1stly, aku suka menulis.
Melukis.
Berpractice cakap.
& macam-macamlah.
And of course lagu menjadi kegilaaaaannnnn aku!

Adakah aku akan berasa kesunyian??
Hahh! Mungkin sedikit sedikit.
Tetapi, bagi aku sendirian itu adalah harga yang amat precious untuk mase nih.
Nest bile dah start kejer mane ade dah mase untuk diri sendiri.
Asyiklah nanti kene kejer ngan orang-orang sekeliling.
Terpaksa hipokrit sementara wat mase tu sebabkan DUIT!

Percayakah anda???
Hidup sendirian BOLEH HIDUP?

Tambah-tambah kalau solo + single + mingle nih??
Hahh! Percayalah. Aku adalah salah satu makhluk yang tergolong di dalam keadaan ini.
Its ok. Im good with it.

It just a small matter ever happened to me.
So, yeah. I AM ALONE & I LOVE IT...

~ Jaa ~

Saturday, July 10, 2010

~ HurmmM ~


Seriously i don’t know what to say. Because it happens to me.
But, i just keep it as simply because yeah. Come on. U’re matured enough. Have brain to think.
Dulu ye sume tahu ape yang berlaku antara aku dan die.
Kemudian kami hilang. Benci yang teramat nih aku dekat die.
But, suddenly, she comes to me.
How am i supposed to react with this kind of situation?
Simple, acts like nothing happen. Thats all. Am i right?
Yeah! I AM RIGTH!
Bahaha~
Now, we’re still fren. Fren with everybody including U little baby girl!
Do i like u???
Ermmm.....
Biarlah mase yang tentukan. Aku?
Malas nak fikirkan bende ni.
Kalau hati aku terbukak untuk terime ko, yes!
If not. I AM truly sorry. U has to choose other person to replace me in ur life, ok!
That would be a pretty good, i guess.. Ahahaha~

~ Jaa ~

Tuesday, May 25, 2010

~ Please Spend 1 Minute To Read ThiS ~

Tuesday, May 25, 2010

News from Ampang Gleneagles Hospital Important news to pass it on

Please spend 1 minute and read on... News from Gleneagles Hospital (Ampang) URGENT !!!!! from Gleneagles Hospital Limited

Seven women  have died after inhaling a free perfume sample that was mailed to them. The product was poisonous. If you receive free samples in the mail such as lotions, perfumes, diapers etc. throw them away.
The government is afraid that this might be another terrorist act.
They will not announce it on the news because they do not want to create panic or give the terrorists new ideas.
Send this to all your friends and family members. 



Warmest Regards, Mei ling
Gleneagles Hospital Limited
Human Resource Department
Tel:  03-4270 3474  03-4270 3474
Fax: 03-4270 3472

If u guys want this and post it to ur blog, u may copy at my comment. Thanks for ur co-operation.

~ Jaa ~

Friday, April 30, 2010

~ :) ~

I believed it happens must be a reason.
Why i have to think negatively?
Is there anything i need to fix up?
Tell me and i’ll do my best to correct it.
Don’t hesitate with me.
Everything gonna be alright.
If there is a reason that someone cannot accepted.
Don’t make up a story to make them believing in you.
Provide fully resources before you make any accusation.
So that people will respect with your action against the defendant.

~ Jaa ~

Saturday, April 3, 2010

~ Are You SurE ~

Apakah perasaan anda bila anda di-Prank?
Adakah Anda akan Berasa Geram?
Sedih?
Atau anda merajuk sahaja bile anda diperilaku sedemikian???
Mahu tahu apakah perasaannyer yang diselami oleh orang tersebut?

~TETAPI INI AMARAN YANG TERAMAT BAHAYA~
KERANA IA MUNGKIN MELIBATKAN PERASAAN YANG MARAH.
ANDA SUDAH BERSEDIA DENGAN PERASAAN SEDEMIKIAN??

!!!AMARAN!!!

Click lah sini kalau anda sudah bersedia => SINI

Anda Tidak mahu Click??
tAPi
ARE YOU SURE?????
sini??
SiniPun Boleh Juga
Sini Juga Boleh

Saya Tahu Anda Mempunyai Perasaan Ingin Tahu Bukan???

~ Jaa ~

Monday, March 1, 2010

~ Sekadar RenungaN ~

Woi!!
Kalau hidup suke sangat amik kesempatan pada orang lain je kejer ko. Jangan ingat kalau kitorang senyap tak berkata-kata, kami akan setuju dengan kau Lembu!
Woi!
Ingat! Tak semua tindakan yang kau buat tu kami akan follow ko jer. Ingat! Tak semua kate ko adalah betol!
Woi!
Ingat! Maybe kat dunia ni ko boleh "terlepas". Tapi Ingat! Akhirat kelak mase ko dibangkitkan, jangan harap ko boleh jumpe aku! Biar ko dipersoalkan dengan segala perkara yang kau buat didunia. Ingat! Kau TAK AKAN TERLEPAS WALAUPUN SEDIKITPUN!

Kalau ko rase ko ade buat salah ataupun SUKE SANGAT amik kesempatan kat orang lain, eloklah ko hentikan. Aku tak mahu ko terus berdosa dengan sikap ko tu yang terlalu mengikut kearah kesyaitonan...


p/s-sekadar rekaan semata-mata. tidak dituju kepada sesiapa yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. sekadar renungan bersama. maaf penggunaan bahasa yang kasar.

~ Jaa ~

Friday, January 29, 2010

~ Moving Somewhere ElsE ~

Its Time To Go...
Going where???
Hurmmm.....
I'm confused.....
Fulled with mysterious...
Sometimes I cant figure it out...
Why, how, where... Thats gonna be a question for me...

~ Jaa ~

Friday, December 11, 2009

~ Be AlerT!!! ~

BEWARE BEHIND YOU!!!
It might be someting unexpected will happend to You...
So, BE ALERT!!!

~ Jaa ~