Showing posts with label ~ HakCiptaTerpeliharA ~. Show all posts
Showing posts with label ~ HakCiptaTerpeliharA ~. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

~ TernyatA ~

Setiap nafas yang terhasil adalah perkara yang terindah buat diri aku.
Kerana aku masih lagi mampu untuk hidup di dunia yang fana ni.

Biarpun setiap langkah aku kadang kadang rapuh.
Aku gagahi juga kerana tidak mahu ketinggalan.

Walaupun kedipan mata terasa lemah dan layu.
Aku berikan juga pandangan agar tidak disalah ertikan.

Kadang kadang bibir aku menjadi kaku untuk terus mengukirkan senyuman.
Tapi aku tetap memaksainya untuk terus terukir.


Kerana apa?
Kerana aku tidak mahu mereka mereka terus berasa tidak senang dengan apa yang aku hadapi.

Kerana apa?
Kerana aku tidak mahu mereka merasai apa yang aku rasai.

Kerana apa?
Kerana aku tidak mahu mereka terjebak dengan apa yang aku hadapi.

Kerana apa?
Kerana aku tidak mahu mereka menyalahkan sesiapapun.

Biarlah aku seorang saja yang menghadapnya.

Biarlah aku seorang saja yang merasainya.

Biarpun aku terus berlari untuk melupakan apa yang terjadi.

Biarpun aku terus berusaha untuk tidak terus memikirkannya.

Ternyata aku tidak dapat!

Ternyata aku masih lagi memikirkannya.

Maaf!

Mungkin aku hipokrit perkara ini!

Maaf!

Ternyata aku masih lagi merindui dirinya...

~ Jaa ~

Saturday, June 18, 2011

~ Jiwa Aku Menangis Tiap Kali Mengingatkan KamU ~

Tiada siapa yang tahu jika ia melibatkan hati, jiwa
Kerana ia tersembunyi di dalam sanubari
Sukar dilafas, apatah dikongsi.

Jiwa aku menangis tiap kali aku mengingatkan kamu
Walaupun tiada titisan air mata yang keluar jatuh ke bumi
Tapi dalaman aku cukup terseksa.

Terseksa yang bagaimana?
Kerana aku merindui kamu!
Sungguh! Aku rindukan kamu!

Jika masa mampu diulang
Memang aku akan patah kembali di saat sebelum aku melafaskannya
Kerana waktu itu, aku akan berdiam tidak berkata-kata.

Biarpun menyakitkan
Tapi, akan aku telankan
Seorang diri, aku rela!

Kerana apa?
Kerana aku tidak mahu kehilangan disaat-saat manis kita lalui.
Walaupun singkat, tapi aku bahagia!

Aku berdoa pada yang ESA
Memohon kehadratNYA
Agar kita dipertemukan, dijodohkan.

Kamu perlukan masa?
Aku berikan
Tetapi jika ia terlalu lama, senyum tiada kata dan makna akan terukir di pipiku.

Selain kepada Maha ESA aku panjatkan
Kepada kamu juga aku ingin katakan
Kata-kata yang aku harap kamu akan fahami.

Jika kamu sudah bersedia, nyatakan!
Jika kamu tidak mahu, nyatakan juga!
Kerana perkara yang tidak pasti, memang tidak akan terungkap selagi tidak diketahui.

Kamu yang aku mengambil berat.
Kamu yang aku rindukan.
Dan kamu juga aku sayangkan!

~ Jaa ~

Monday, June 6, 2011

~ Sebuah CeritA ~

Ade Sebuah Cerita
Cerita Yang Belum Pasti
Kepastian Yang Hanya Menunggu Masa
Masa Yang Terlalu Sukar Untuk Dicari
Pencarian Yang Belum Ada Penghujungnya
Penghujung Cerita Yang Kini Semakin Rumit
Kerumitan Itu Yang Menjadi Persoalan
Persoalan Yang Hanya Menjadi Kepincangan
Kepincangan Berlaku Di Pelbagai Pihak
Pihak Yang Hanya Bertindak Acuh Tidak Acuh
Acuhan Yang Merundung Kepada Pelbagai Lagi Permasalahan
Masalah Yang Hanya Aku Dan Kau Sahaja Yang Tahu
Ketahuan Itu Yang Tidak Pasti Sehingga Ke Akhir
Akhirnya Ianya Menjadi Sebuah Kisah Dongeng Sahaja Antara Kita

~ Jaa ~

Sunday, May 29, 2011

~ Sapa Punya Bakatkah InI ??? ~

Haaa...
This time aku nak cter skit pasal bende yang aku suka buat bile mood ni datang.
Aku ada certain certain mood yang akan aku buat bile tibe.
Seperti, tulis poems, melukis, menyanyi (most of the time arr) etc.

But this time aku nak cter bile mase aku punye mood melukis datang.
Jarang jaranglah mood ni nak datang.
Slalu kalau paksa mesti tak dapat siapkan.
Or else, siap tapi buruk gler arr.
Macam gambar budak budak darjah 6 punye sketch.
Ntah ntah budak darjah 6 lagi lawa dari lukisan aku.
Ish ish.
Bukan senang tau nak melukis unless orang tu memang dah tangan seni.
Takleh arr den nak cakap camno lagikan. Hee~

9 hari lepas (05-20-2011) aku ade lukis this one picture.
Ni kire 1st lukisan aku wat arr lepas aku stopped dekat around few months jugak arr.
Memang bersih gler sketch book aku ni.
Baru 2 helai gune melukis. Hahaha~
Nak nengok??
Lai lai..
Aku bukakan lukisan aku ni.
Sorrylah kalau a bit kurang lawa.
Tangan sikit keras. Hee~

Inilah hasilnyer
Time ni aku tak reti lagi nak wat shading segala bagai
*with camera flash

Yang ni without camera flash

 Good Luck Yaww ~

Walaupun result dah tau. But u did a really good effort. Chill ok!
  
Actually, this pic aku buat sebab person yang aku lukiskan ni ade interview esok harinyer.
So, ni kire sebagai pembakar semangatlah. Hehehe~

So, 2 days later, mood melukis aku tak hilang lagi.
This time aku cube buat something yang lebih elok dipandangan mata.
Hasil yang aku rase Ermm!
Memuaskan ati aku jugak arr.
Next pic yang akan aku bentangkan nanti aku wat time aku takleh tito.
Around 0215 kot sampai kul 0415-0445.
Kire aku buat agak kejap jugaklah.
Biasa hampir 3 jam baru siap.
Nak nengok lagi?
Lai lai..

Inilah satu lagi pic yang aku buat.
*with camera flash

Selepas buat pembetulan tang mata tuh
seperti lilo & stitch punye mate je kan? hehe~
*without camera flash


 Smil(=

 Dengan hanya menggunakan pensil Faber Castell 2B & 3B
Siap dah pic yang ni.
Yeayy!



This pic aku dah reti buat shading dah walaupun ade cacat cacat sikitlah.
Next time kalau buat, mesti okie sikit selepas dapat sedikit khidmat nasihat dari seorang sifu.
Kan Cik Pika Kopi???
Ngeh ngeh Ngeh ~
Tu jer.
Papai~


~ Jaa ~

Monday, May 23, 2011

~ Dear Sweetie BabY ~

Dear Sweetie Baby
I Know That You Are Sad
Sad About The Past
Don't Look At Back
Cause It Will Harm You

Dear Sweetie Baby
Every Little Thing Happened To You
Must Got A Reason Behind It
Be Calm And Strong
Cause That Is You I Know

Dear Sweetie Baby
By Looking At Your Smile
Can Make Me Fly In The Sky
Like This Whole World Is Mine
Let's See You Chill And Happy All The Time

Dear Sweetie Baby
Let Me Be By YourSide
I Hope You Will Be Calm
Seing At You Is Like A Wonderful Moment
Because You Are So Meaningful To Me!!!

~ Jaa ~

Saturday, April 9, 2011

~ Kejamnya CintA ~

Di Saat Ketika Masa Terus Berdetik
Jantungku Terhenti Seketika, Terhenti Dari Berkata Kata, Dan Juga Tingkahlaku
Berdiri Seperti Patung Yang Tidak Bernyawa
Dan Itu Seolah Olah Menyakinkan Aku Bahawa Engkau Begitu Kejam
Kejam Sehinggakan Tiada Kuasa Yang Mampu Menandingi Dirimu

Masa Bagaikan Terikat
Hidup Bagaikan Di Dalam Rumah Kaca
Tidak Dapat Dirasa Mahupun Disentuh
Biarpun Begitu Menyeksakan
Tetapi Hidup Perlu Diteruskan

Kelakuan Bagaikan Terbatas
Mulut Bersiul Menandakan Setuju
Mata Tertumpu Hanya Pada Satu
Bukan Sekeliling Tetapi Hanya Pada Kamu
Kuasa Sensetif Dan Cemburu Begitu Kuat Hadir Di Dalam Diri Kamu

Bijak Memujuk, Hati Menjadi Lembut Umpama Rebung Yang Baru Tumbuh
Jika Di Jentik Pasti Akan Berkecai Mahupun Hancur
Tidak Menampakkan Zarah Zarah Sifat Keperibadian Dirimu
Roh Diawangan, Jazad Terkulai Layu Di Atas Tanah
Siapa Dirimu? Tidak Lagi Daku Kenali.

~ Jaa ~

Wednesday, February 16, 2011

~ KesepiaN ~

Puas memerhati disetiap ceruk dan penjuru
Tetapi masih tiada jawapan yang diingini
Setiap perkara yang dilalui
Pasti akan ditepis, mengelak dari dilalui untuk dicuba
Semakin lama ia ditinggal
Semakin biasa untuk dihadapi.

Bila keseorangan melanda diri
Pelbagai perkara yang cuba ditafsirkan
Seolah-olah membiarkan hati bermonoloq kesayuan keseorangan
Berbicara dengan rupa yang seakan-akan iras diriku
Tatkala aku menyoal, pasti dia akan menjawab
Sehinggakan perasaan itu pudar dan hilang dibayangan.

Semakin lama ia dibiarkan
Selama itulah ia menjelma
Kadang-kadang tidak dapat dirungkaikan
Kerana jawapan yang muncul begitu pelbagai
Semakin lama semakin rumit untuk dicari
Bagaikan mencari cahaya bulan dicelah langit yang gelap.

Setelah dicuba dan ia gagal dipertengahan jalan
Halangan yang tiba tidak dapat ditepis lagi
Akhirnya aku akur dan aku lepaskan
Pelbagai pula yang menjelma dan juga pergi
Yang menjelma kata "selamat tinggal", yang pergi kata "bubye"
Kini, barulah daku tahu jawapan yang sesuai dengan diriku
Jawapan yang dicari adalah "kesepian".

~ Jaa ~

Thursday, January 27, 2011

~ Kau , Aku Dan KitA ~

Di saat ketika kita memutuskan untuk tidak bersama lagi
Aku menjadi resah dan pilu
Aku tahu itu adalah keputusan yang aku inginkan
Akan tetapi, sukar untuk aku luahkan
Bagaikan ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Perkara yang lepas perlu dilepaskan
Usah dikenang mahupun difikirkan
Aku mohon cuma satu
Maafkan daku yang bersalah ini
Aku tahu sukar bagimu untuk bersuara
Aku juga begitu
Aku mengerti.
Apa yang aku lakukan adalah yang terbaik untuk kita berdua.

Aku

Kau

Kita

Jadi, jadikan ia sebagai satu perkara yang mengasyikkan untuk diri kita
Aku tahu ia nya sukar, tetapi usaha tidak mengenal akan kesukaran itu
Biarpun ia melanda bagaikan ombak mengganas di tepi pantai
Bagai langit disambar petir dan guruh
Kerana usaha itu adalah tangga kejayaan.

Kini, kita tidak lagi bertemu, bersuara, berpimpinan tangan
Biarkan ia berlalu begitu sahaja
Pasti akan menjadi satu keajaiban di dalam kehidupan
Keajaiban yang memastikan tiada lagi persamaan yang dihadapi.

Kadang kala ia dibicara oleh sesetengah masyarakat
Dibualkan dan juga di-gossip-kan
Keutuhan yang dibina dileraikan bersama
Yang menjadi kepincangan adalah mereka semua.

Kau

Aku

Kita

~ Jaa ~

Thursday, January 6, 2011

~ Apabila MakA ~


Apabila Minda Berfikir Maka Wujudlah Idea

Apabila Kaki Melangkah Maka Wujudlah Kejayaan

Apabila Jari Menulis Maka Wujudlah Karya

Apabila Mata Berpandangan Maka Wujudlah Masa Hadapan

Apabila Hati Berbicara Maka Wujudlah Perasaan

Apabila Mulut Mula Bersuara Maka Kedai Kopi Dikecapi

Apabila Masa Bergulir Maka Wujudlah Perkara Yang Dilakukan

Apabila Azam Di Tanam Maka Usaha Menjadi Kekuatan

Apabila Peristiwa Dikenang Maka Perhatian Lebih Diutamakan

Apabila Masalah Dicari Maka Konklusi Di Temui


~ Jaa ~

Wednesday, December 15, 2010

~ BudI ~

Budi?
budi bahasa?
adakah budi bahasa itu teman baik seseorang?


Budi?
Budi bahasa?
Kenapa “ia” perlu bersama dengan manusia?

Tidakkah “ia” patut bersama-sama dengan benda hidupan yang lain?
Kenapa mesti manusia yang perlu dikejar dan didampingi?
Kadang-kadang manusia menjadi rimas. Rimas!

Rimas dari segala aspek.
Rimas dari segi dalaman dan juga luaran.
Rimas yang tidak berpenghujung.

Segala pertuturan akan menjadi kebinasaan.
Segala percaturan pasti akan musnah.
Segala-galanya akan terkubur begitu sahaja.

Tetapi, mengapa “ia” masih dengan jiwa yang bernama manusia?
Kenapa tidak dengan hidupan-hidupan yang lain?
Argh!! Kerunsingan.

Runsing dari semuanya.
Segala yang diinginkan pasti akan hilang.
Hinggakan deria perasaan menjadi satu.

Jiwa perasaan menjadi tidak menentu.
Hati yang tenang menjadi ribut.
Pemikiran yang indah menjadi gelap.

Jika seruan Ilahi dapat didampingi.
Segala kekucar-kaciran dapat dihindari.
Jika ini dapat diamalkan, pasti hidup menjadi aman dan tenteram.

Kadang-kadang apa yang berlaku hanyalah mainan yang dirancang.
Biarkan apa yang mungkin terjadi.
Amik iktibar dan sebagai pengajaran di dalam hidup.

Apa yang di catit bukanlah tidak kena dengan penulis.
Sekadar hiasan dan pelajaran.
Agar hidup lebih teramal dan tersusun.

Akhir kata tiada berpenghujung.
Tamat bicara begitu sahaja.
Indah dalaman indah luaran, Indah rupawan indahlah bahasanya...

~ Jaa ~

~ Lama Tidak BerkaryA ~

Mega pancaran bersilau-silau.
Putaran berpaksi Timur ke Barat.
Malam “berbentuk” indah menyeri.
Tumbuh-tumbuhan bergoyang bertambah sepi.

Buah yang elok menjadi keutamaan.
Wajah yang girang, hati yang tenang.
Bila dikopek, kepala tersengguk.
Disangkakan “perfect” tetapi sangkaan.

Buah dadu dibaling-balingkan.
Membuat taruhan menjadi pilihan.
Yang dikejar tak dapat bertaburan.
Yang dikendong habis berciciran.

Kita hidup di dalam pelbagai bangsa.
Warna kulit dan juga bahasa.
Pertuturan dilempar mengikut suka.
Sesudah habis badan binasa.

Ulam pucuk ulam diraja.
Enak dicicah bersama sambal belacan.
Sungguh manis berkata-kata.
Umpama baldu menjadi idaman.

~ Jaa ~

Tuesday, May 18, 2010

~ Bila Malam Aku Sentiasa Mengingatkan DikaU ~


Bila malam aku sentiasa mengingatkan dikau.
Susah untuk aku melupakan kenangan yang pernah hinggap diantara kita.
Bukan aku mahukan belas ihsan, Cuma aku teringat kenangan kita bersama.
Kau? Aku? Makan bersama, menonton movie bersama.
Indah bukan?

Bila malam aku sentiasa mengingatkan dikau.
Keadaan tidak seperti yang kita pernah impikan,
Kau? Aku? Tidak bersama lagi.
Biarkan masa terus terbuang tanpa kite sedari.
Agar suatu masa nanti, dikau akan terus melupakan apa yang pernah muncul memori diantara kita berdua.

Bila malam aku sentiasa mengingatkan dikau.
Kini, kita pergi dengan haluan masing-masing.
Usah dikenang pengalaman yang pahit.
Biarkan rasa itu pergi dan gantikan dengan kemanisan yang baru.
Agar hidup dikau kembali ceria seperti dahulu.

Bila malam aku sentiasa mengengatkan dikau.
Usia kita semakin lanjut, pengajian semakin tinggi.
Kerja diharapkan yang baik, pasangan yang dipilih diharapkan yang TERbaik.
Pergilah dikau terbang dan jangan pernah menoleh kebelakang.
Kerna sesaat dikau menoleh kepadaku, aku pasti dikau akan menitiskan tangisan untuk diriku.

~ Jaa ~

~ KeindahaN ~


Indahnya,
Jika kau dan aku tidak bersama,
Tidak sehaluan,
Tidak berkomunikasi,
Tidak bertegur sapa.

Indahnya,
Jika kau dan aku sentiasa bergaduh,
Sentiasa berbalah,
Sentiasa memulakan pertengkaran,
Sentiasa mengeluarkan bahasa-bahasa Sanskrit,
Sentiasa mengeluarkan bahasa isyarat yang unik.

Indahnya,
Jika kau pergi tidak bertanyakan khabar,
Pergi memencilkan diri,
Pergi dengan penuh kemarahan,
Pergi dengan hati yang sakit,
Pergi tidak kembali lagi.

Indahnya,
Jika kau mencari yang lain yang lebih teruk dari aku,
Mencari pasangan yang boleh buat lebih hebat dari apa yang aku ada,
Mencari kebencian hidup kau dengan dirinya,
Mencari kemusnahan perhubungan kau,
Mencari ketenangan yang berpenghujung!

~ Jaa ~

Tuesday, May 11, 2010

~ Bila Jari-Jemari Menari-NarI ~

Bila kesepian, inilah rutin aku untuk masa ini.
Tiada apapun yang mampu aku lakukan.
Berjoging dipetang hari?
Hujan...
Berjoging di dingin hari??
Aku lebih gemarkan tidur dari melakukan perkara-perkara sedemikian.

Selain jari-jemari menggeletek keyboard lappy yang aku tersangat sayangkan nih,
Jari-jari aku ni mahukan melakukan perkara lain.
Lebih exciting sehinggakan menari-nari diatas "white carpet".
Dahlah tu, menari dekat tiang plak tuh.. Ish Ish~
Skali skala ada troli berbajukan warna hijau datang menerpa diatas "white carpet".

Datang bukan menghantar makanan mahupun minumam.
Ini datang membuat "taik".
Adehh~
Terpaksa diriku ini meniup-niup membuang "taik" berwarna hitam yang bersepah diatas "white carpet" yang suci.

Jari-jemari yang menari-nari yang dimaksudkan adalah

MELUKIS

Nak kate aku ni pandai melukis tidaklah
Tapi sekadar melepaskan bosan keseorangan tu jerlah aktiviti aku
ONLINE????
Dah slalu aku online. 24/7/12/365/52

Nak lihat my hasil?
Hurmmm...
Do not laughing at me ok!
Just wanna share with u all je..

Here we are the piccas

 

Ini lukisan bukan mahu memburuk-burukkan orang mahupun mengaibkan manusia dimuka bumi ini.
Lukisan ini dihasilkan dengan hati yang ikhlas.
Jika anda suka, Bagus!
Tidak suka, Jangan mencaci picca ini OK!

Peace People!

~ Jaa ~

Sunday, May 9, 2010

~ Entitled ~

See the muscle,
Saying goodbye.

Jauh pemandangan,
Jauh lagi keindahan,
Dekat penglihatan,
Dekat lagi bayangan.

Igauan yang terjalin menyebabkan pusaran penglihatan berpinar-pinar.
Perasaan yang meletus menjadikan satu memori yang begitu indah.
Keadaan sekeliling yang teruk, pengaruh keBarat-BaraTan sukar untuk dibendung.
Mungkin ini suatu peristiwa yang sukar untuk diketepikan.

Hari ini mungkin Kau membenci Ku
Semalam mungkin Kau menyayangi Ku
Dan esok mungkin Kau merindui Ku

Situasi yang memang benar untuk diperkatakan.
Sukar untuk dipertikaikan.
Keadaan yang boleh dibicarakan.
Peristiwa yang boleh dirungkaikan.

Semalam Kau kata kau sayang
Kini Kau pergi tidak kembali
Esok???
Sukar untuk diramalkan.

Aku sentiasa menunggu biarpun selama mana mungkin yang terjadi.
Kerna Kau memberikan Aku harapan.
Harapan yang berbeza dari setiap Insan yang bergelar Manusia.
Manusia yang dicipta untuk mengajar Manusia yang lain supaya menjadi seorang Insan yang Indah.

Perkara yang berbeza memang sukar untuk diberikan,
Tetapi perkara yang sama memang mudah untuk disebarkan.
Biarpun Kau tidak berkata apa-apa,
Aku mengerti yang Kau pergi mungkin sukar untuk kembali.

Usah dibicara perkara yang remeh,
Jangan diulang perkara yang ditegah,
Biarkan berlalu tanpa diingati,
Jadikan ia perkara yang indah untuk diisi didalam memori.

Semalam Kau berkata "I Love You"
Kini Kau berkata "......."
Esok?
Tiada siapapun mampu meramal.
Hanya PENCIPTA yang mengetahui segala-galanya.

Biar indah dipandangan
Jangan ditunjuk didalam hati
Biar berpuitis berfalsafah
Jangan dirungkai perkara yang tidak sejati.

~ Jaa ~

Friday, April 30, 2010

~ Keinginan Yang TerbataS ~

Bukan ini yang aku mahukan.

Dan bukan juga seperti yang kau mahu berikan.

Sukar untuk aku lafazkan.

Sukar lagi perkataan yang kau mahu sampaikan.

Peristiwa mengajar pelbagai perkara.

Peristiwa juga memberi pelbagai iktibar.

Yang baik dijadikan teladan.

Yang buruk dijadikan sempadan.

 Jambatan tidak boleh direntasi jikalau tidak sempurna.

Jalan tidak akan rata jikalau berbonggol-bonggol.

 Hati yang kecil jangan dipermainkan.

Perasaan yang tulus jangan dipersendakan.

 Minda tidak akan berfikir jikalau terlalu “tepu”.

Darah tidak akan mengalir jikalau ter”sekat”.

Bulan yang indah sering dilihat.

Hati yang mulia, tidak diendahkan.

 Bintang bersinar dengan terangnya.

Perhubungan yang dijalin tidak di”polish” sebaik mungkin.

 Adakah ini yang kita perlu biarkan?

Atau kita ambil dan perbetulkan?

 Baik-baik kepala mengangguk.

Jari-jemari bermain telunjuk.

 Kaki bergoyang menghayun sekeliling.

Badan meronta tanda kemarahan.

Puas hati menyuci.

Puas lagi engkau biarkan.

Fikiran tumpu pada satu.

Tapi, engkau? Pelbagai difikirkan.

Keinginan hanya satu.

Banyak pula engkau tawarkan.

Terbatas sudah apa yang dihajatkan.

Luas bagai lautan engkau mahukan.



~ Jaa ~

Tuesday, April 27, 2010

~ Jejaka Dan Gergasi HijaU (3)~


Lama kelamaan, Gadis Comel berasa bingung dan marah dengan tindakan Jejaka yang menyepi dari dirinya dengan tanpa mengetahui akan sebab sebenar.
Jejaka tidaklah mahu untuk melukakan hati Gadis Comel dengan tindakan tersebut akan tetapi Jejaka tersebut tidak mengetahui dan tidak berniat bahawa tindakannya itu telah menyinggung perasaan Gadis Comel.
Sehingga kini, Jejaka dan Gadis Comel seolah-olah seperti telah terputus perkhabaran antara satu sama lain.
Masa yang dimiliki oleh Jejaka adalah terhad. Sehingga kadang-kadang masa untuk ber-chatting sekejap sahaja. Sehinggakan tidak sempat untuk jejaka mahu memberitahu punca-punca yang terjadi kepadanya.
Kini, Jejaka terasa sangat rindu dengan kata-kata yang diberikan oleh Gadis Comel.
Kini, Jejaka terasa seperti keseorangan.
Kini, Jejaka cuba untuk memulihkan keadaan yang keruh (tetapi tiada lagi percubaan dilakukan olehnya untuk sementara waktu ini)
Ini kerana Jejaka amat menyayangi diri Gadis Comel.
Jejaka tidak mahu Gadis Comel pergi begitu sahaja.
Jejaka telah berkata kepada Gadis Comel sebelum ini bahawa “no matter what will happened between you and me, i’m always be with you”.
That’s a promised he made to Gadis Comel.
And he believes that Gadis Comel would not forget his words towards her.
Jejaka harap apa yang berlaku akan ada kesudahan yang baik dari kedua-dua pihak.

~ Jaa ~

~ Jejaka Dan Gergasi HijaU (2)~


Selepas itu, Jejaka pulang ke biliknya untuk melihat apakah yang terdapat didalam kotak yang sangat besar tersebut.
Selepas Jejaka membuka balutan kotak yang besat itu dengan berhati-hati, Jejaka tersebut tersangat terkejut dengan apa yang dilihat olehnya.
Senyuman manis mula terukir di bibir Jejaka.
Hati Jejaka mula tersentuh.
Jejaka mula rindu pada Gadis Comel yang berada di Canada.
Mereka hanya dapat berjumpa apabila cuti semester sahaja.
Itupun tidaklah selalu mereka dapat bertemu.
Jejaka tersentuh dengan apa Gadis Comel lakukan untuknya.
Kotak besar yang dihantar oleh Gadis Comel berisi “Gergasi Hijau”, sekeping kad dan juga sebuah plat yang terukir nama Gadis Comel dan Jejaka tersebut.
“Gergasi Hijau” yang sangat comel.
“Gergasi Hijau” yang merupakan salah satu jenis yang amat digemari oleh Gadis Comel.
Didalam kad tersebut, Gadis Comel telah menulis;
“Hai Dear! I am sorry for the late. Hahaha... Hopefully we could meet each other when we are in Malaysia. Happy “Hari” for you.
With lots of LovE, ‘Gadis Comel’.”
Sebaik Jejaka tersebut melihat hadiah yang dihantar dari Canada itu, Jejaka terus meng-e-mail kepada Gadis Comel yang Jejaka sudah menerima hadiah yang dihantar oleh Gadis Comel.
Semenjak dari hari tersebut, hidup Jejaka bertambah gembira dengan kehadiran “Gergasi Hijau” itu.
Jikalau jejaka didalam kesedihan, gembira, rindu pada Gadis ComeL, Jejaka pasti meluangkan masa dengan berbual-bual dengan “Gergasi Hijau” bagi melepaskan segala perasaan yang –ve mahupun +ve.
Jejaka juga sangat menjaga “Gergasi Hijau” dengan sebaik-baiknya kerana “Gergasi Hijau” sering menjadi tumpuan rakan-rakannya untuk dijadikan bahan experiment.
Kini, Jejaka sedang sibuk menghadapi peperiksaan akhir semester.
Selepas ini, Jejaka sudah boleh pulang ke Malaysia untuk bertemu dengan ahli keluarganya dan sangat berharap agar dapat berjumpa dengan Gadis Comel.
Jadi, masa yang dimiliki oleh Jejaka sering kali dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti membaca buku kerana gementar jikalau Jejaka tidak dapat untuk menjawab peperiksaan akhir semester yang begitu sukar dan mencabar minda.
Di Universiti juga Jejaka amat aktif dengan pelbagai kelab dan persatuan.
Jadi, masa untuk Jejaka amatlah terhad dengan aktiviti-aktiviti sampingan. Kadang-kadang Jejaka terpaksa pulang dari menghadiri perjumpaan kelab dan persatuan sehingga ke larut malam. Pulang sahaja Jejaka ke biliknya, pasti Jejaka akan melenakan dirinya untuk berehat untuk menghadapi hari-hari seterusnya.
Masa untuk Jejaka berhadapan dengan lappy nya adalah terhad untuk berchatting dengan Gadis Comel.

~ Jejaka Dan Gergasi HijaU ~


Pada suatu hari, Jejaka sedang bergembira dengan “Hari”nya.
Kerana pada hari tersebut, Jejaka tersebut telah mencapai umur yang meyakinkan iaitu ulang tahun yang ke-25 tahun.
Pada “Hari” tersebut, Gadis Comel amat sangat disayangi telah “wish” padanya.
Gadis Comel tersebut merupakan orang yang pertama sekali “wish”.
Jejaka sangat gembira dan terharu.
Jejaka tersebut dengan muka tak malunya cuba meminta hadiah kepada Gadis Comel.
Tetapi, Gadis Comel cuba mengelak dari berkata-kata.
Bukan apa, Gadis Comel tersebut sekadar mahu menguji pada jejaka tersebut.
Kedudukan Jejaka dan Gadis Comel tersebut tersangat jauh.
Ini kerana, kedua-duanya sedang melanjutkan pelajaran didalam bidang masing-masing di salah sebuah Universiti yang terkemuka didunia.
Jejaka tersebut sedang belajar di Korea Selatan dalam bidang jualan dan Gadis Comel tersebut sedang belajar di Canada didalam bidang janakuasa.
Selepas beberapa hari dari “Hari” jejaka tersebut, Gadis Comel telah mengirimkan e-mail kepada Jejaka yang mengatakan;
“Hello honey. I’ve send u something last two-day. Go & check it out at college office yeah! When you got it, do not forget to buzz me. Alright? Love you dear!”.
Selepas Jejaka membaca e-mail tersebut, keesokkannya Jejaka pergilah ke pejabat kolej di Universiti Jejaka tersebut belajar.
Sesampai sahaja Jejaka tersebut sampai, jejaka tersebut terus bertanya pada penjaga kaunter;
Jejaka = I’m sorry, is there something posted to me. My name is Renaze.
Penjaga kaunter = Please wait for a while.
*after 1 minute*
Penjaga kaunter = So, here you are Mr. Renaze. A big box was posted for you.
Jejaka = Wahh! What a big box. Are you sure that’s mine?
Penjaga kaunter = Owh! Of course, that stated your name Sir, Mr. Renaze, right?
Jejaka = Yes! Owh, ok! I was surprised that I would have this kind of “surprise”. So, thank you Sir. *big grin to him*
Penjaga kaunter = Haha. It’s ok. U’re welcome.

~ Jaa ~

Friday, March 19, 2010

~ Just For You DeaR ~

There is only 1 person can have my Red Rose. There’s only U Dear!
So, Here The Rose From JenJen To You Nana



~ Jaa ~