Showing posts with label ~ Aku Tak KesaH ~. Show all posts
Showing posts with label ~ Aku Tak KesaH ~. Show all posts

Monday, August 15, 2011

~ TrusT ~

Kisah ni dah lame dah aku fikirkan
& ade jugak niat nak publish kat blog since ape yang berlaku adalah perkara yang dah berlaku.
So, I think it should be no problem for me to publish this entry.
Am I rite? Whatever…

So, dalam entry “I'm Just Tired Of Waiting
Ramai yang memberi respond walaupun tidak dalam ruang komen di entry tersebut.
Maybe mereka tak mahu ade sesetengah pihak terasa hati akan perkara yang berlaku ataupun tau siapakah yang memberi komen.

Lepas je aku published entry tuh, komen yang aku dapat ade yang positif dan jugak negative.
Antaranya adelah yang suruh aku bersabar, ini semua dugaan, ade jugak yang berasa kasihan dan ade jugak yang mengatakan perbuatan tersebut adalah kejam.
Maaf! Bukan aku yang kata.
Itu adalah dari sesetengah pihak yang prihatin sahaja.
Terima kasih! Aku menghargainya. Sungguh!

Jadi, kat sini bukanlah aku nak memperbesarkan perkara tersebut.
NoNoNo!!!
Since perkara tersebut telah berlaku, so, biarkan jer.
Aku dah melangkah satu tapak ke hadapan.
Mungkin kadang kadang aku terpijak duri pokok semalu.
Tetapi, aku gagahi jugak meredahi lalang lalang yang tinggi paras bahu aku.
Biarlah ape korang nak cakap.

Selepas ape yang berlaku, aku berdiamkan diri.
Tidak sama sekali mem-reply message sesiapapun.
Kawan kawan, teman rapat, kecuali keluarga sahaja.
Maaf!
Kalau call, mungkin aku akan jawab. MUNGKIN!
Sebab itu aku banyak berinteraksi di dalam facebook sahaja!
Sebab, online bagaikan separuh nyawa aku.
Handphone bagaikan takde makna dah.
Buang kredit dan perabis masa berlian aku jer.
Sampai tito akupun kadang kadang terganggu dek kerana perkara stupid yang aku buat.

Langkah aku yang goyah kini semakin kukuh lepas buat physiotherapy .
Lepas buat medical heart check-up.
Urin test & jugak x-ray tulang telinga.
Sumenyer jawapan positif aku terima.
Alhamdulillah!
Sejuk perut aku duk dalam air-cond dengar.

Now, aku akan terus terang.
Walaupun akan Nampak poyo tetapi ini yang hakiki.

MAAF!

Aku mohon sangat sangat takde perempuan yang akan tersangkut dengan aku.
Aku mohon sangat sangat takde perempuan yang akan jatuh hati kat aku.
Aku mohon sangat sangat takde perempuan yang akan suke dekat aku.
Aku mohon sangat sangat takde perempuan yang akan mempermainkan hati aku.

Dan aku mohon sangat sangat aku tak suke kat perempuan wat waktu ketika ini.
Aku mohon sangat sangat supaya aku tak sakitkan hati perempuan.
Aku mohon sangat sangat supaya aku tak mempermainkan perasaan perempuan.

Yang mane minat aku tuh.
Silalah tarik balik perasaan anda.
Sebab aku tak ready dah untuk sume ni.
Langsung!
Biarlah aku jalani kehidupan dengan “RAKAN RAKAN, SAHABAT HANDAI, KAWAN KAWAN” sahaja wat mase sekarang ni.
Tiada istilah teman istimewa, girlfriend, teman wanita untuk seketika waktu sehingga hati aku terbukak.
Tak kire anda anak tan sri, anak datok, anak majistret ke, lawyer ke, ahli music ke..
Eden tak heran.
Sekaya manapun anda, maaf!
Mata aku tak pernah dikaburi dengan nilai wang ringgit!
Setulus manapun hati anda, maaf!
Aku dah tak boleh percayai anda 100%-200%-300% dah.

*sumber akak google mate sepet

Kerna aku juga mempunyai perasaan dan jugak nilai maruah sebagai seorang lelaki yang perlu dijaga.
Jangan pernah dicanang mahupun diuli dengan perkara perkara yang anda rasa anda mampu lakukan kepada insan lain kepada aku.

Ingin aku memetik kata kata dari seorang blogger NurulBadiah Lai

"If You Are Successful, You Will Win Some False Friends And Some True Enemies;
Succeed Anyway.

If You Are Honest And Frank, People May Cheat You;
Be Honest And Frank Anyway.

What You Spend Years Building, Someone Could Destroy Overnight;
Build Anyway.

The Good You Do Today, People Will Often Forget Tomorrow;
Do Good Anyway.

You See The Final Analysis, It Is Between You And GOD;
It Was Never Between You And Them Anyway."

It was really nice sayings..
And I am truly sorry with all my statement.
This is what I think I should tell to everyone.
I guess.
That’s all!


 *sumber akak google gigi rongak

~ Jaa ~

Friday, July 8, 2011

~ I'm Just Tired Of WaitinG ~

Aku sekarang keseorangan.
Keseorang yang berada di dalam kesepian.
Mencari ilham di suatu tempat dimana terdirinya lambang kemegahan Umat Islam bagi penduduk kawasan ini.
Dihadapan aku terdirinya sebuah Masjid yang tersergam indah
Sambil dibahagian kirinya terpampang sebuah tasik yang tenang dimata pemelihat.
Dilimpahkan dengan cahaya cahaya lampu dari sekeliling tasik ke atasnya.
Indah sungguh nikmat dunia ini!

Kebiasaan dahulu kala semasa aku berada di sini,
Ramai yang sedang melakukan riadah bersukan, bergambar sana sini,
Ada yang membawa ahli keluarga yang lain bermain badminton.
Rakan rakan bermain kereta kawalan jauh.
Yang si kanak kanak riang bermain basikal kecil mereka.

Memang seronok jika dilihat.
Kerana jika kita melihat kembali di zaman kita dahulu kala.
Kita juga begitu.
Seronok tanpa memikirkan masalah.
Masalah peribadi mahupun masalah dunia.

Semakin kita membesar, semakin banyak masalah yang timbul.
Mungkin semua masalah itu adalah perkara yang negatif, ada juga yang positif.
Cuma cara corak kita menyelesaikan masalah itu sahajalah yang akan menjadikan ia baik atau buruk.

Ingin aku kongsikan satu perkara.
Or mungkin beberapa perkara yang telah lama aku pendamkan selama ini.
Tiada siapa yang ketahui apa yang aku rasakan.
Kamu, dia ataupun sesiapa.
Walaupun ada jugalah beberapa orang yang aku kongsikan tetapi hanyalah sekadar mendengar.
Takpelah.
At least ada juga yang sudi untuk mendengar rintihan aku.

Sebenarnye im just tired of waiting.
Waiting of what?
Okie!
Tired of waiting a gurl to be a part of my life.
Maybe sound "owh! kesiannyer mamat ni"...
Just read my story first, then u may judge.
At least leave a comment.
I dont mind at all.
I will take it all as a positive comments.

Semasa di bangku sekolah rendah, aku sekolah semuanya lelaki.
Tiada pergaulan dengan perempuan.
Jadi sifat aku sangat pemalu dengan kaum berketurunan "hawa".
Benar!
Semakin aku membesar dan terus membesar.
Masuk disekolah menengah di form 1-3.
Tiada langsung perasaan aku terhadap perempuan.
Sungguh! Tiada langsung.
Sehinggalah aku berumur 17 tahun.
Semasa itu aku form 5 di dalam aliran Sains Tulen kelas nombor 2.
Aku ada kenali seorang gadis yang aku minat.
Tinggi, mempunyai rupa yang menawan, mempunyai background yang baik.
Aku minat die!
Sungguh! Berani aku utarakan di blog ini.
Tetapi, MALANGNYA akibat perasaan malu aku terhadap wanita memang menyukarkan aku
Untuk meluahkan apa yang aku rasakan.
Sekadar di dalam sistem pesanan ringkas sahaja yang mampu aku ucapkan.
Walaupun kami sering berjumpa tetapi tiada pun ucapan yang mampu aku luahkan.
Sangat sukar.

Sehinggalah pada suatu ketika aku mendapat tahu bahawa die sudah mempunyai teman lelaki.
Hati aku tersangat sakit, remuk, hanya TUHAN sajalah yang tahu.
Aku berdoa juga pada yang ESA mohon agar kuatkan hati & jiwa aku ini.
Kesakitan itu aku tanggung sangat lama.
Sehinggalah aku mendapat tahu yang die sudah tidak bersama dengan jejaka yang pernah bersamanya.
Pada saat itu aku masih lagi menaruh harapan agar diperjodohkan antara kami.
Kami masih lagi berhubung antara satu sama lain.
Saat itu harapan aku sangat tinggi.
Tingginya sangat menggunung.
MALANGNYA aku masih lagi berasa segan untuk meluahkan apa yang aku rasa
Secara face-to-face.
Itu sebenarnye apa yang dia mahukan.
Tapi aku tak dapat tunaikan permintaannya.

Sehinggalah aku mendapat tahu bahawa die sudah berpunya yang lain.
Hati aku ketika itu remuk sekali lagi.
Aku menunggu beliau sehingga 2 tahun setengah.
BENAR! 2 TAHUN SETENGAH.
Saat itu hati aku sudah musnah.
Harapan aku tak boleh lagi untuk diberikan kepada beliau.
Sekadar ungkapan "KAWAN" sahaja mampu aku ucapkan diantara kami.

Umur akupun semakin lanjut sehinggalah aku mendapat tawaran untuk tahap Diploma.
Di saat ini aku inginkan kegembiraan.
Kegembiraan bersama rakan rakan baru.
Seronok!
Semuanya satu kepala.
Sampailah aku bertemu dengan seorang gadis dimana beliau sangat memahami aku.
Benar! Aku sayangkan dia..
Bukan mudah untuk aku bertemu dengan gadis yang aku minat dan sayang.
Apatah lagi timbul perasaan untuk bersama sama dengannya.
Akhirnya aku proposed beliau pada Feb 14 2009.
Malangnya, hubungan kami tak kekal lama.
Sekadar 9 Bulan 3 Hari secara official.
Iaitu semasa aku di semester 3 hinggalah ke semester 4.
Dielah gadis pertama yang benar benar menjadi kekasih aku.
Kamu memang baik, penyayang dan benar!
Memang aku menyesal kerana tinggalkan kamu.
Tapi, jika itu yang terbaik untuk kedua dua pihak, aku relakan juga.
Maaf!
Memang aku pentingkan diri sendiri.
Punca kami tidak bersama, takpelah.
Biarlah aku seorang sahaja yang tahu dan akan aku simpan sehingga ke akhir hayat aku.
Jangan risau, tiada siapa yang tahu.
Ahli keluarga mahupun teman rapat mahupun sesiapa sahaja.
*peace*
"mohon tidak diutarakan persoalan ini kepada aku kelak"
Yang penting! Kita tidak bersama secara baik.
Itu yang dimahukan, bukan? :)
Cuma satu sahaja aku mohon kepada kamu
MAAFkan daku yang pernah sakitkan hati kamu
Dari hujung rambut sehinggalah kehujung kaki.
MAAFkan juga daku di dunia dan juga diakhirat kelak.
Itu sahaja daku pohon kepada kamu.

Kemudian ada seorang gadis ini, kami tidak pernah berjumpa.
Sekadar sistem pesanan ringkas sahaja yang menjadi perhubung antara kami.
Benar!
Semakin lama kami berkenal semakin rapat.
Pertama kali kami bertemu adelah semasa aku pergi ke rumah beliau nak bagi adiah sempena bufday beliau.
Dan pada malam itu juga aku ke Alamanda sebab nak pergi nengok muvie.
Sedangkan esok adelah Maal Hijrah.
Hahaha~
After that kami bertemu kali kedua semasa beliau datang kerumah aku sebab nak bagi adiah bufday aku.
Hehh~ Masih ingat lagi chocolate Cadbury di dalam frame.
Kemudian, pada suatu hari aku dijemput untuk hadirkan diri untuk bufday anak buah die.
Dekat je ngan umah aku.
So, akupun pergilah.
Itulah kali ketiga kami berjumpa.
Selepas itu, tidak lagi berjumpa sehingga sekarang.
Perhubungan kami sekadar di atas angin.
Kami masih lagi berhubung.
Tetapi berhubung jika ada urusan yang penting sahaja.

Aku menjadi sunyi.
Memang sunyi.
Walaupun aku dah biasa hidup keseorangan.
Keseorangan tanpa sesiapa selain ahli keluarga dan sedara mara.
Tetapi kadang kadang aku perlukan juga seorang teman yang sangat rapat untuk aku berkongsi masalah.
Berkongsi kegembiraan.
Berkongsi segala jenis cerita yang mahu diceritakan.

Sehinggalah pada suatu hari.
Dan disebabkan aku ini kurang cerdik untuk satu subjek ini.
Aku terpaksa extend satu semester.
Aku berada di semester 7.
Di saat ini aku bersama sama dengan budak Junior aku.
Seronok sebab mereka tahu untuk respect orang yang lebih tua dari mereka walaupun beza hanyalah 1tahun.
Tapi, respect yang diorang bagi tu memang aku respect diorang balik!
Sehinggalah aku kenai seorang gadis ini.
Bersuara lantang dan juga straight forward dengan apa yang dicakapkannya.
Itu bagus! Dan itu juga yang aku mahukan sebab mudah untuk aku fahami.
Aku kenal dengannya agak lambat.
Sebab aku di dalam kelas sangat pendiam.
Jika diajak borak barulah aku bersembang. Jika tidak aku dengan hal aku saja.
Tanyalah mereka, mereka semua tahu.
Sampaikan kadang kadang nama akupun diorang tak tau.
Hahaha~

Aku kenai dengan gadis ini semasa hampir hampir nak study week.
Masih lagi aku ingat ayat pertama die kepada aku "eyh! jangan rajin sangat". Hahh~
Sebab waktu tu aku di dalam kelas sedang buat assignment.
Due date plak dah nak hujung hujung.
So, aku sebagai senior kenalah tunjuk sifat yang baik kepada junior.
Sejak dari hari itu, hubungan kami semakin hari semakin rapat.
Benar!
Sejak dari hari itu jugaklah aku hati aku ade sedikit terpaut dengan sifat yang die berikan pada aku.
Penyayang, caring, manja, lemah lembut walaupun kadang kadang agak tegas.
Sifat yang aku rasa mesti ada pada setiap wanita.

Pernah aku cakapkan pada seseorang,
Bukan mudah untuk aku jatuh perasaan pada seseorang.
Munculnya seseorang hanyalah perkenalan dahulu bagi aku.
Jika perasaan suka dah muncul, perasaan sayang akan muncul seterusnya.
Untuk aku, ade banyak peringkat untuk menjadikan seseorang itu sebagai kekasih aku.
Yang aku rasa die sesuai memang aku susah untuk lepaskan.
Jika aku lepaskan memang sakit hati aku ini.

Munculnya gadis ini, aku dah ade sifat untuk berterus terang.
Tiada sifat berselindung.
Ini semua selepas apa yang aku pelajari dari masa silam aku.
Aku tidak lagi mahu untuk berkias kias dengan seseorang ataupun memendam seorang diri.
Tapi, jika aku kata itu adalah rahsia, memang itu rahsia yang tidak boleh dikongsi dengan sesiapa.

Pernah aku mencurah isi hati aku, aku menunggu sehingga sekarang.
Beberapa jam dari sekarang cukuplah 30 hari aku menunggu.
Menunggu jawapan yang tiada jawapan darinya.
Benar!
Setiap hari aku berdoa pada yang ESA mohon diperjodohkan antara kami.
Kerana aku tidak mahu perhubungan aku seterusnya tidak mendapat keredhaan oleh-NYA.
Aku takut!
Takut isi hati hanyalah mainan syaitan.
Tapi, setiap doa dari seorang insan yang bernama hambaNYA.
Tidak pernah tidak didengari olehNYA.
Cukup 30 hari, maknanya harapan aku hanyalah tinggal harapan.
Tidak mengapa.
Kali ini memang benar!
Benar dari kata katanya.
"Kalau niat baik, InsyaALLAH tuhan makbulkan".
Mungkin niat yang dicurahkan belom cukup sempurna untuk ditemukan antara kami.

Takpalah.
Aku redha dengan apa yang berlaku.
Aku tidak akan sesekali memaksa seseorang untuk menyukai aku.
Aku meminjam ayat seseorang untuk diletakkan kat sini
Mohon diizinkan
"aku tak mahu orang suka aku kerana terpaksa"
"aku tak mahu orang suka aku kerana kasihan"
"aku tak mahu orang suka aku kerana harta"
"aku tak mahu orang suka aku kerana paras rupa"
"aku tak mahu orang suka aku kerana nafsu"

Ini antara perkara yang aku memang tak suka.
Mintak maaf!

Apa yang aku tuliskan kat sini bukan niat untuk menghukum seseorang tu.
Apa yang aku tuliskan kat sini bukan niat aku untuk mengaibkan seseorang tu.
Apa yang aku tuliskan kat sini hanyalah apa yang aku bukukan di hati selama ini.
Apa yang aku tuliskan kat sini hanyalah apa yang aku rasa aku mempunyai hak untuk diluahkan.

Aku tidak memaksa korang untuk tidak membaca entry ni.
Cuma aku mohon jangan ada sesekali niat untuk memburuk burukkan seseorang dengan hanya coretan "sampah" disini.
Apa yang aku tulis sebenarnya dari apa pengalaman aku hadapi.
Memang nampak sorrow je.
Gelap dan malap.
Benar!
Maybe benar kata sesetengah orang tu.
"U ARE A LOSER"
"L"!

Fine!
Whatever!
Ape yang aku cari adelah seseorang yang memang akan aku bawak sehingga ke akhir hayat aku.
Ikatan yang akan aku bela sehingga ke hujung umur aku.
Pertalian yang akan aku jaga sehingga ke akhir nafas aku.
Dan seorang gadis yang akan aku bersama mendapat keredhaan oleh-NYA.
Im just done my story.
Thats all.

~ Jaa ~

Thursday, April 21, 2011

~ Must See ThiS !!! ~

With handphone camera flash


Salam pembuka bicara.
Actually, I don't know where to start.
Ermmm...
Gambar ni telah dilukis oleh one of my friend.
Actually, dulu dulu aku ade request kat die suh lukis gambar aku.
Sebab die very talented arr.
Tangan die berseni gilerr.
Cish! Kalah aku camni!
Aku tak sehebat die.
Hahaha...

Kire lukisan yang die buat boleh dikatekan lawa gak arr..
Kite bukannye professional.
Dapat lukis & siapkanpun dah kire wahh!
Satisfaction achieved!

Then, a few days ago die ade post ke Facebook.
Akupun komen komen arr seperti dibawah,


Then, isnin lepas die pun upload pic kat Facebook die siap tag aku lagi.
Pa lagi.
Tak kan tak kenai muke sendirikan. Hahaha~
Teruja nengok!
So, inilah hasilnye.


Without handphone camera flash

Walaupun die cakap dekat 10 kali betoikan tang hidung tu.
Siap jua akhirnye..
Usaha tangga kejayaan!
Hehe~

Then, malam tadi die datang ke rumah sebab nak bagi hardcopy kat aku.
Dah alang alang die kate nak gi Jusco nak beli something.
So, around 2045+ die sampailah ke rumah.
Terkejut bile aku nengok ramai betoi tukang escort die.
Mak beliau turut ade, kakak beliau tukang drive, adek beliau skali ngan die.
Ish ish..
Segan aku.
Ingat die just datang ngan kakak beliau.
Hahaha~
Never mind.
Then, dieorang singgahpun tak lame sangatlah,
Cz, diorang nak gi umah sedara plak.


MAAF! PIC KAT BAWAH NI MEMANG GEDIK SIKIT YE!
AKU TAK KESAH PE KORANG NAK KATE.
SEBAB, AKU TAK KESAH...
AHAHAHA~






Dah macam bercerita kan pic aku amik? Hee~

Pic ni lah die lukis.

Ada persamaankan???

Not just lukisan tu jer yang diberi.
Bile beliau kuar dari keter die pass kat aku
Coklat Cadburry Old Gold Dark Chocolate!
Erghh!
Serius! Aku mengidam giler giler choc ni.
Bukan pe, choc ni takde kat mane mane kecuali kat Cold Storage je.
Dahlah harge die kat Cold Storage Berbelas belas hengget hampir ke RM20!
Macam tak berbaloi giler arr...
Kat Langkawi around RM10 & below jer.
Actually, beliau ni pergi ke Langkawi a few weeks ago.
Then, aku just suggest kat die suh try choc ni.
Tak sangka beliau beli untuk aku.
Hahaha...




*picca sedikit gelap sebab tak bukak lampu bilik. Hehe~

So, thats all aku nak cerita untuk entry ni.

Actually, orang tersebut adelah
CIK AFIQAH BINTI RAHMAN
a.k.a. PIKA KOPI (name samaran aku panggil kat die)
*beliau meminta supaya tidak dipublishkan muke beliau di blog ini atas tujuan & sebab sebab tertentu
(takut ade orang order lukisan kat die. ngehehehe)


Papepun Pika Kopi
Thanks a lot!!
BIG BIG BIG SMIL(=


~ Jaa ~

Sunday, April 17, 2011

~ Ganggang Telepon Tak Bermaya Untuk DiangkaT ~

Morning!
Evening!
Night!
Pilihlah mane mane waktu yang korang nga baca waktu ni.
Hehe~

Actually, nak story morry pasal semalam punye aktiviti.
April 17th 2011
So, todays plan is nak pergi Bufday Party kat Key Ill.
Lepas tu langsung ke umah cousin aku kat area area rumah Bufday Party tu gak.
Dokek jo..

Pagi yang tak brapa nak indah sangatlah sebab pale terase sikit sikit pening.
Tak tau asal akhir akhir ni kojer poning je eden haa bila bangun pagi.
Nak kate mengandung, hello! Lelaki kot!
Pastu, kejer bersin pagi pagi.
Ni mesti kehidupan aku yang kurang sehat mase berada di Negeri Jelapang Padi.
Environment yang bukan & sepatutnye kebiasaan untuk aku. Hee~

So, back to the story.
Pagi ni aku bangun macam biasa arr, memang bangun terus ngadap internet arr.
Blogwalking, tweet tweet, check mail box, & download muvies/series.
Bile dah lame skit & mataharipun dah naik beberapa degrees menegak ke atas kepala.
Kakakpun datang bilik "bob, teman aku gi bufdat party".
Erghh! At first aku macam malas giler giler arr sebab penat.
Then, lame skit, aku pun dengan relanyer gi gak arr.
Bufday party ni senornyer member kakak mase skolah teknik dulu.
Almost 9-10 years tak pernah jumpa, tapi, FB jadi tempat untuk berhubung.
See? How wonderful FB ni kan?
& & & & &, bufday ni jugak senornyer anak perempuan kepada member kakak umur 2 tahun.
Hahaha...
Dah kawen ko! Tu pun dalam perut nga membawa lagi 8 bulan. Ish ish...

Dalam jam 1500 camtu baru kuar dari rumah sebab kami bersiap pe sume.
But then, singgah jap kat Jusco Equine Park sebab kakak nak beli hadiah.
Apokobondonyor? Haa.
Biarlah aku, Sis Re3n & bufday girls tu yang tau. Hee~
This time mama follow skali, tapi, drop mama kat umah cousin aku tu.
Baru kami langsung ke bufday party.
kami sampai around 16++ arr.
Jalan asyiklah ade jam.
Bosan giler!

Bile sampai tu, ade jugak arr orang.
Sume berkeluarga & dah ade baby masing masing. Hahaha~
Kami masuk masuk jumpa tuan rumah then, terus gi amik makanan.
Macam macam makanan ade.
Satey, laksa johor, strawberry choc, kek besar giler, cup cakes, chocs, puding etc..
So, melantak tak brapa melantak arr sangat arr aku time tu.
Just makan sume tu kecuali cup cakes.
Tapi, amount aku makan skit jer.
Comel owhh anak die.

Bile dah lame skit, kamipun beransurlah pulang.
Kami ke rumah cousin kami plak.
Elok elok jer sampai, MakUsu nga wat chicken chop.
Pa lagi, memang bantai arr makan.
Sedap!!!
Kenyang giler aku time tu.
Hahaha~
Tapi, penat giler badan aku nih.
So, terlelap arr kejap 20min.
Aku terjagepun sebab kakak aku kejut nak balik dah.
Kalau tak memang sedap arr aku membuta lagi.
So, drive arr pulang ke rumah dengan agak berat skit badan ni.

Sampai rumah terus layan online, then makan nasi plak sebab MakUsu tapau kami gulai ayam kampung.
Nyum nyumm...
Makan je aku satu ari.
Tapi, badan terase penat sebab tak cukup rehat.

*maaf, tiada picca sebab malu nak amik. ahahaha~

~ Jaa ~

Sunday, April 10, 2011

~ Saya Mengada ? Yes I AM ! ~

Cter ni bukanlah aku nak luahkan perasaan yang buruk or seangkatan dengannyer.
Owhh! Tidak tidak!
Ini cume memang aku tau yang aku ni mengada skit.
Skit jerlah. Tak teruk manepun.
Ermm! Sume orang memang ade perasaan yang macam aku nih.
Kalau tak, ermm. Maybe once in their life…
So, pe yang aku mengada sangat nak menaip ni?
Haaa…
Mari kite sentuh skit bab makan.

Actually, bab makan ni aku memang tak kesah.
Kasilah pe makanan yang korang nak aku makan.
I’ll eat it!
KECUALI MAKANAN YANG HARAM, NON-HALAL,
BATU, KAYU, PASIR, TANAH & SEANGKATAN DENGANYER.
Cume! Bagi sesetengah manusia ni memang ade jugaklah makanan yang TIDAK dimakan.
For example, maybe “A” tak makan ayam sebab alah.
“B” tak makan daging sebab panas.
Even Tun Mahathir kitepun tak makan kepala ikan sebab kate boleh melemahkan daya ingatan kite.
So, that is normal for people with the name of “HUMAN” that living on this earth.
So, aku pun ade jugaklah jenis makanan yang tidak dimakan.
But, normally, makanan yang aku tak makan ni sebenarnyer like sume orang makan.
Just segelintir jer yang maybe serupa dengan aku.
Hehehe~

So, ade 2 jenis makanan yang aku rase memang kepantangan aku skit.

Firstly, instant noodle.
Means, maggi, mamee slurp, cintan & yeah segala jenisnyerlah.
Dulu mase aku kecik kecik yes!
I admit yang aku memang suke giler arr makan.

Kalau lapar jer mesti buat. Siap wat tempahan lagi kalau sape sape nak makan (mama).
Kami (aku & sis re3n) boleh masak.
Takde masalah. Tu kire makanan sampingan bile mase lapar or malas nak memasak segala bagai arr.
Then, bile semakin lame aku semakin kurang makan.

Until lah, ade pertalian yang mengalami sedikit permasalahan dengan masalah kesihatan.
So, bile pergi berubat & segala bagai, mostly,
Doctor akan cakap masalah berpunca dari makanan segera.
Contohnyer, instant noodle tu sumelah. Sebab color yang ditaruk dalam serbuk tu.
So, bile aku terdengar akan perkara tersebut.
YES! Aku terus stop makan.
Mase tu adelah nga time form 5 or umur 18 tahun camtulah.
Time ni ko bagilah or hidanglah kat aku, seriously aku TIDAK akan makan.
Even nga lapar tahap giler giler ni, I’ll never eat it.

Serius! Cakaplah aku mengada nak mati ke. Fine!
Aku boleh accept. Takde masalah. Ehehe~
CUME!!! Instant noodle ni aku just makan mase pergi hiking or masuk hutanlah
Yang melibatkan tidor dalam hutan.
That! Aku akan makan.
Reason?! No specific reason. Hee~
It just, dalam mind set aku dah taruk awal awal macam tu. So, memang susahlah nak ubah.
But! Disebabkan aku dah lebih dari 2tahun 6bulan lebih lebih tak masuk hutan or hiking tu sume.
So, aku memang tengah stop arr skrang ni.
Itu secara officially arr.

2nd makanan yang aku tak makan adelah ikan keli.
Urghhh!
Dulu dulu mase kecik kecik memang aku makan. Aku mengaku lagi.
Kes aku tak makan ikan ni sebab dulu dulukan ade pernah diberitahu yang ikan keli ni diberi makan “najis”.
Like whole family akupun tak makan lepas kes tu walaupun bukanlah kes kat tempat aku duduk mase tu.
Najis pe aku tak sure arr.
So, sejak tau dari hari tu memang terus keluar dari menu makanan aku.

Walaupun skrang ni banyak ikan keli diternak dalam sangkar,
& diberi makanan yang bagus bagusand menyihatkan ikan tu.
Maaf to say! Aku memang tak makan jugak.
Andai kate menu kat tempat yang aku makan tu just ade lauk ikan keli, telor, sayur, ikan bilis.
Aku hanya makan semua lauk tu kecuali ikan keli.
But, my family dah start makan ikan keli yang diternak.
Diorang kate sedap.
Urghh! Tak tau lah camno raso die.
Eden dah tak makan sejak berkurun lamonyerr.

Nampak mengada gile macam nak hempuq kepala aku kat dinding jerkan?
Hahahaa~
Aku tau & aku tak kesah.
Yeah! Aku memang mengada skit.
Tapi, aku mengada ade sebab.
Sebabnyer adelah kes kes yang membuatkan terus hilang dari keinginan untuk dimakan.

Haa! Ade satu lagi makanan yang aku tak makan.
Iaitu telur masin.
Yang ni serious aku tak tau apsal aku tak makan.
Nak kate ade sejarah hitam NOPE!
Tapi, lidah aku macam tak leh terima telur masin hadir dalam perut aku.
Tapi, kalau paksa makan boleh jer.
Ntah, maybe rase die macma pelik skit kot.

Tapi, aku ade keinginan nak cube rase makanan pelik macam grasshopper,
Ulat pe ntah yang kat Sarawak ke sabah, landak, tenggiling.
Makanan yang unik tapi boleh dimakan &
Tak dicatat sebagai makanan yang haram untuk ditelan ke dalam perut.


 




*Semua Picca Adalah Sumber Dari Google Yang Pintar!

Tapi, secara jujurnye, aku boleh jer nak makan sume tu.
Perut & lidah aku boleh jer terima.
Tak kesahpun.
CUMA! Aku sendiri yang takmo & paksa supaya tak makan.
Tu jer. *big grin!

*P.E.A.C.E.P.E.O.P.L.E*

~ Jaa ~