Showing posts with label ~ HappY ~. Show all posts
Showing posts with label ~ HappY ~. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

~ October 24th 2011 ~

Eerrr...
Sorry for not updating anything in this blog like "years" or "months" or "weeks".
Yeah! Whatever.
I Am Truly Sorry For That!

So, this is just a quick one.
Didn't have any ideas to jot panjang panjang. Hehehe~

So, what i wanna share with u all that YESTERDAY was my "Big Day".
Not Sooooo Big But Kinda Big For Me.
Hee~
Just pictures will tell u more.



 With my Parents




 At Batu Belah Batu Bertangkup Yang Tertangkup Tangkup

 My Dad's Convo :P
Okie! He was Graduated from ITM also okie!

Sis Re3n Yang Poyo.
Bahaha~

Thats It!
Papai~

~ Jaa ~

Monday, August 29, 2011

~ Rambut RayA ~

Lepas dah berminggu minggu kene suruh/paksa potong rambut dengan mama & bapak.
Akhirnyer, aku makbulkan permintaan orang tua aku.
Hoho...

Actually, akupun nak potong gak since raya dah nak dekat, kang tak sempat or salon tutup.
Tak ke naya??
Berambut panjang plak aku tahun ni.
Tak berapa sesuai aiiiih.

Punca aku malas nak potong rambut awal awal bukan pa.
Sebab banyak salon dah aku try kat area area aku ni.
Sumenyer hancur.
Cara potongan tak menarik, kire tak memenuhi citarasa aku.
Bagi lelaki ye untuk kaum kaum hawa nak tau.
Rambut = Identity bagi seseorang lelaki.
Haaaaaaa~
Boleh dikatekan arr macam asset jugak!

So, takyah nak complain macam macam arr kalau laki ampa duk wat style pelik pelik.
Heheehehe~
Tapi kalau buruk sangat tegur jer.
Tu, karang wat malu jer duk jalan sama sama.

So, cternyer, semalam aku gi try satu lagi salon baru kat taman aku ni.
Name salon tu
"INFINITY PRO STYLIST"


ni name card owner salon nih.

Sebab salon die nampak macam exclusive.
Aku time tu gamble jer arr.
Dah malas nak mencari salon lain dah.
Masuk masuk, pekerje pompuan die yang entertain.
Die just tukang cuci rambut customer.
Tukang gunting KALAU tak silap aku 2 orang jer.
2-2 laki.
Sebab tu je yang aku nampak.

Then, mase aku tengah potong rambut datanglah sorang laki lembut nih.
Die tanye, nak cut & rebonding kat bahagian depan skali color rambut brapa sumenyerkan.
Pastu, die nga pilih pilih kaler.
Member die datang, tapi bukan lembut, keras arr. Hehe~
Pastu, diorang kene tunggu 30 min sebab nga potong rambut aku.
Pastu boleh tak yang si pondan tu cakap
"Aaa, nanti saya datang balik boleh tak? Saya nak gi beli makanan jap".
Eyh hello!
Melayu kot.
Hohooo~
Aku time tu macam glurp!
Wokeyhh.
Wat taktau jerr arrr..

Pastu bile dah abis potong & check check potongan rambut aku.
Akupun terpandang si pondan nih.
Amboihhhh..
Nga sedap gler makan kropok ala ala mister potato dalam balang tuh.
Hahahahaa~
Tak senonoh sungguh.
Tapi, takleh kate pe arr since kebiasaan "diorang" memang macam tu.
Biarkan jerlah.
Pandai pandai diorang menjawab nanti.
Heee~

So, rambut ni harge die RM25 sahaja.
Kalau skali cuci RM30.
Aku tak cuci rambut sebab before aku gi tu pun aku baru je lepas cuci rambut.
Maybe next time kot.
Then, mister owner salonpun bagi aku name card die seperti yang tertera kat atas tu.

Servis diorang bagi tu kire okie!
Sedap!
Selesa!
Maybe cara potongan rambut SEDIKIT kurang.
SIKIT jerlah.

Yang betol betol boleh memenuhi citarasa aku HANYALAH kat sungai petani.
Itu sahaja yang betol betol puas ati...
Salon Beaufort.

So, here's my new hair!
My "rambut raya"
 dah macam kat convo je rasenyer. hehehe~

sorry, cant reveal since ini adalah rambut raya.
hahahaha.
bajet retis!
ceith!

So, skrang ni dah takde istilah "Just Tin Zen Bibir"
Sebab rambut aku dah pendek.
Takleh nak swing swing dah lepas ni.
~SobsobsoB~

!!! Selamat Hari Raya !!!

~ Jaa ~

Thursday, July 14, 2011

~ M-N-I Cribs ? Owh YeaH ! ~

Eyh?
Kenape M-N-I Cribs?
Haaa..
Ni ala ala M-T-V Cribslah.
Tapi, version Mohd-Nazree-Ibrahim Cribs punyerr..
Coooooool gilak kan?.
I know...!
Hahaha~

So, on the previous entry i touched about "how lazy am to kemas kemas my room".
And now it has done perfectly 100% like i want/need.!
Weehuuu..
V-happy yaww!
And now let me introduce to you guys the owner of this room (that will be reveal soon)...
And he is.......
Jeng-Jeng-Jeng

Mr. Sepet En Zen
"nice to meet you guys!"

Yawww man!
Very GooD LookinG ahh?
Ngahaha!
Just kidding!

So, penah aku janjikan dulu dulu kala
& penah jugak aku kuarkan statement yang kalau aku tak siapkan lagi kekemasan yang aku mahukan.
Jangan harap aku akan wat special entry ni.
& now dah siap.
So, lehlah aku wat entry ni.
Tak gitew yeww?
Good!

Ni kalau nak masuk bilik aku disarankan supaya pakai slipar ye!
Kalau tak nak pakai boleh jer.
Tapi, pi gesek kaki tu kat mat tu sampai tapak kaki kamu kamu berkilat tau!
Jangan bawak bende tak senonoh taruk dalam bilik aku.
Aku baru je kemas ni.
Hahaha~

Ni lah yang korang akan nampak dulu kalau bukak pintu bilik.
Hasil ciptaan idea spontan.
Aku sukakan "kecantikan".
So, ni antara hasil yang aku rase aku suke.
Hehhh~

Tadi kalau bukak pintu.
Kalau tutup pintu nampak pa?
Haa!
Nampaklah tempat sangkut sangkut baju busuk masam kat sini.
Bukan pe, kadang kadang baju tu pakai 10min je pun sebab gi kedai.
Pastu salin pakai baju lain.
Then, bior jerlah baju tu duk tergantung kat blakang pintu ni.
Takde sape prasanpun kalau ade orang datang melawat.
Mesti diorang cakap
"Wahh! Baguih betoi anak 'akak' (mama aku) ni kan. Pandai kemas bilik, jaga bilik".
Owh! bukan aku je yang akan kembang bontot semangkuk.
Mama akupun same naik punyerlah.

 Di bahagian kiri lampu yang bergemerlapan tuh terbentang sebuah katil yang empuk.
Owh!
Sebab tu lah kalau aku dapat baring kat katil, memang sedaplah tulang blakang aku duk shuffling.

*ade yang bertanyakan kenape tak beli full set skali comforter cadar tu?*
Aku ade gak cari full set cover skali comforter tapi takde arr time tu.
So, aku rembat jer cover yang ni.
Aku suke sebab same theme ngan bilik aku "Black+White"

 Yang korang duk nampak kat atas kepada atas pic ni sebenarnyer bilik tambahan aku.
Bilik yang telah di-renovate-kan menjadi bilik study.ing+lepak.ing+online.ing+solat.ing.
Tak lupe jugak, tempat punca inspirasi aku untuk berkarya untuk penulisan dan jugak lukisan.
Kire sumenyer kat sinilah.

Bukti aku tengah online.ing tuh~
Sambil duk bung bang bung bang dengar radio online.
Hehe~

Ni adelah satu lagi partition dimane dijadikan sebagai bilik salinan baju.
Hahh!? Camno tu?
Lihat kat bawah ni jer.

Tadaa!
Kat sebalik langsiaq ni lah aku buh wardrobe aku.
Baju kotor & nak ke toilet pun sini jugaklah.
Tu, yang pintu plastik kaler biru tuh.

Haa!
Kalau dalam M-T-V Cribs kan ade gak duk jelajah wardrobe orang.
So, mai aku bawak korang jalan jalan kat sini.
Ni lah rupenyer wardrobe aku.
Dah nazak dah almari aku.
Aku suh mama beli wardrobe lagi,
Tapi, mama cakap "ahh! beli gune duit ko".
Erghh!
Sedihnyer aku dengar.
*sentap-mak-nak 3 ari*
Ngahaha!
Just Kidding!

Dekat sebelah pintu lagi tempat aku buh alatan "make-up" aku.
Errrr...
Sesuai ke gune ayat "make-up" tuh?
Macam tak jerrr..
Hurmmm......
Okie okie.
Peralatan solek?
Hahaha~
Pape jerlah labu...

 Ni tempat aku buh segala jenis mak nenek.
Nengok!
Deodorant sampai 6 botol!
Minyak rambut ade 5 jenis, perfume 3 jenis (hugo boss tu adelah pemberian dari seseorang :) )
Dan macam macam lagilahh...
Gila tul!

 Ni atas kepada alat alat "make-up/solek" or lebih sesuai aku nak cakap adelah.
Alatan perhiasan diri???
Hurmmmm.....???
Atas die tempat aku buh ties, medicines, etc..

Ekceli disebalik aku buh "peralatan hiasan diri" & tie segala jenis ni
Dilindungi oleh sebuah cermin jenis slide.

Kat tepi wardrobe aku buh kotak kotak.
Kotak kotak tu bukan kosong eyh!
Sume berisi.
2 kotak besar tu aku buh buku buku aku mase blajar Diploma dulu.
Dari Sem 1- Sem 6.

Haa! before korang terjah buh soklan pelik pelik kat aku baik aku bagitau awal awal.
Patung katak gergasi hijau tu adelah pemberian dari seseorang sempana bufday aku tahun lepas.
So, jangan duk cakap bukan bukan naaaa...
Cek bagi kaki baru ampa tau.
Haha~

So, tu jer jelajah Cribs kali ni.
Next time kalau ade perubahan besar aku siarkan lagi kat blog ni.
I REPEAT
"KALAU ADE PERUBAHAN BESAR BARU DISIARKAN KAT BLOG NI"
Kalau takde, duk diam diam key takyah suh aku wat entry lagi dah.
Haha~

So, trademark dalam Cribs adelah halau orang kuar dari bilik aku.
Now! Syuhh! Syuhh!!!

Oppss!
Before that!
Tengok lu cermin besar yang aku paling suke!
Errrr...
Bukan aku je yang suke
Abis sume orang dalam rumah ni to be exact suke masuk bilik aku
Semata mata nak bertenggek depan cermin ni.
Ish ish...
Buang tabiat aku rase.
*Ni cermin kat sebelah pintu masuk. Kompom nampaklah*

~ BYE ~

p/s : ape yang aku karangkan ni bukan aku nak show off tapi sekadar berkongsi kegembiraan dan kepuasan dengan readers.

~ Jaa ~

Thursday, July 7, 2011

~ Picnic Di Port DicksoN ~

Last Saturday aku, Sis Re3n, Akak Mulan & her Husband Bro Izzul pergi picnic kat Port Dickson.
Bende ni sebenarnye Akak Mulan yang rancang sebab nak celebrate Sis Re3n dapat kejer.
So, akupun dijemput skali untuk join same same. Hehh~

So, pagi tu memang aku agak sayur gler arr.
Sebab malam tadi aku nengok muvie, sampai rumah dah around 0030.
Pastu tito plak around 0300.
Bangun pagi tu dah 0635.
Pastu takleh dah nak tito.
Memang dah jadi turin aku tetiap pagi macam ni.
Hehe~
Owh! Pagi ni mama masakkan kami semua nasi lemak sebab Akak Mulan yang nak makan.
So, sempatlah buat nasi lemak yang agak banyak jugaklah.
Then, kami tunggulah Akak Mulan datang dengan husband beliau.
Around 1030 camtu sampai rumah.
Wak masuk sume barang dalam keter, terus kami gerak menuju kejayaan.

Around 1230 kami sampai kat Tanjung Biru a.k.a. Blue Lagoon.


Kat sini kami makan tengahari lu, nasi lemak yang ermm ermmmm sedap! Hehh~

Perkenalkan yang kiri skali tu adelah Akak Mulan ye!
Sis Re3n & Me En. Sepet
Abang Izzul tukang amik pic ni. Hehe~
Abang Izzul ni memang suke amik pic. So, jangan risaulah ye.
Memang banyak pic abang amik

Lepas makan pe sume, kami tukar pakaian dulu cause nak gi berendam jap.

 Ni Abang Izzul
Husband pada Akak Mulan

Owh! berendam macam dalam je.
Padahal paras pinggang tak silap aku. Hehh~

Lepas berendam dalam sejam macam tu kamipun naik arr ke darat sebab nak gi kat Tanjung Tuan plak.
Tempat tumpuan orang ramai, water sportspun banyak kat sane.


 Owh! Before that kite aksi sekejap!

Haa!
Tolonglah ye sume sume!
Jangan jadi over-confident sangat macam auntie ni okie!
Dahlah "bukan kurus", pastu duk berenang macam dalam cter BayWatch tu.
Pastu lepas berenang pe sume, terus gi kat banana boat duk terbongkang macam tu.
Aku nengok "erghh!" ape kes minah ni?
Hahaha~
Tolong jangan jadi macam ni ye!

Lepas tu kami kemas kemas barang gi arr kat Tanjung Tuan.
Kat sini lagi arr..
Erghhh~
Kami berendam dekat 2jam straight.
Sebab nak tunggu air pasang.
Pastu Akak Mulan & Abang Izzul nak naik game yang ade.
Taknak Banana Boat.
Sebab macam biasa jer.
*plus aku dah penah naik dulu. so, dah rase dah game die macam mane
Nak try something new.
Nengok nengok ahaa!
Jumpe!
Name die "AirHead Turbo Blast".
Serius super cool!!!!
Harge sorang RM25.
Tapi, min untuk naik 2 orang.
Disebabkan kami 4 orang so, kami naik yang double arr.
Leh main langgar langgar.
Serius best gler!
1 more!
Turbo Blast ni tak kan jatuhkan korang okie.
Memang balance!
So, kalau korang tak reti berenang takpe jangan risau.
Harge RM25 sorang tapi die bawak memang jauh gler.
Yang bestnyer Akak Mulan duk jerit "laju lagi, laju lagi".
Errrr.. Itu ape yang brother tukang bawak yang bagitau.
Aku tak dengar, aku just jerit keseronokkan jer.
Hahaha~
Owh! One more!
Pasti bontot korang kebal okie!!
Memang lepas korang naik tuh korang tak rase kebas pe pun, just aku rase mesti ade sembelit skit skit.
Ngahaha~
Yang pasti AWESOME GILA!
AWESOME GILA bile die wat 360 degree.
Paling thrill abis aarrrrrr...

 Ni lah rupe die.
Memang coooool abislah game nih!
Should try!!

Ni yang double tuh.
Main langgar langgar lagi.

Agak agak dalam 1700 kamipun dah tak larat dah nak berendam pe sume.
Kami pun naik arr gi mandi & tukar baju.
Dalam 1800 kami gi kat Jeti plak.
Ingat nak nengok sunset.
Tapi, awalkan, so, ape yang ade jerlah kami nengok.
Hehe~

 Titi @ kawasan ni aku tak tau senornyer name ape



Oppss!
Ni suppose aku je yang amik pic.
Skali Akak Mulan datang kot blakang
Then aku pun terpandanglah Akak Mulan.
Erghh!
Pastu die marah aku "asal pandang macam tu?"
Hahaha~
Spontan arr!

Pasangan Bahagia
Hehh~

Pastu kami gi Mc'D dekat Equin Park.
Lepas tu baru arr kami balik umah.

~ Jaa ~

Thursday, June 30, 2011

~ Jom Main Air PlaK ~

Haa!
Ingat dah abis dah kuaq jenjalan.
Rupernyer belom!
Previous entry aku cter pasal aku gi ke Kota Keriangan.
This time kami main air plak.
Kat mane? Haa!
Ni nak cter nih.
The next day lepas gi Kota Keriangan yang berpanjangan tuh, kami pergi ke Sunway Lagoon plak.
Sugar Daddy sume tito kat umah.
So, aku sebagai petunjuk arah, aku jugak di jemput hadir bersama untuk gi main air. Hehe~
Syiokk abaq hang!
Berjalan sakan tak duk umah.

Pagi ni abang Z a.k.a. Sugar Daddy siap message aku lagi. Hahaha~
Padahal duk dalam satu rumah jerpun.
So, pagi tu aku bangun & siap siap sume.
Around 1200 kot abru gerak dari rumah.
Bile sampai tuh tetibe hujan kemain lebat plak.
Ish ish...
So, sampai arr kat depan kaunter tiket.
So, harge die boleh tahan rupenye.
Errrr!
Name je aku duk dekat gler ngan Sunway Lagoon tapi tak penah pun masuk.
Slalu macam tu.
Yang dekat memang takkan gi nyer.
Yang jauh slalu akan gi.
Pelik pelik.

So, dalam themepark ni ade 5 bahagian.
Water park, wildlife park, extreme park, amusement park & scream park.
Tiket untuk masuk ni WAJIB 3 parks ni.
Waterpark, wildlifepark & amusement park.
Yang ni harge RM60 with IC holder.
Kalau tambah scream park & extreme park (all park) just add RM15. So, total RM75 with IC holder.
So, Sugar Daddy amik All park untuk kami.
Owh! before that, Sis Re3n tak join skali kerana masalah kesihatan.
Rugi rugi rugi...........

So, masuk arr kami berempat jer.
At first gi mandi lu kat water park.
Agak agak dah lame berendam baru start journey kami gi terjah sume jenis mainan yang ade dalam tu.
Errr..
Aku ngan Sugar Daddy jer. Hehe~
Maaflah aku taktau arrr pe name kebendenyer mainan tu.
Tapi, adelah dalam 3-4 jenis.
Yang buat lambar sebab kene beratur.
Ramai plak pelancong asing yang datang.
So, memang menunggu tu yang makan mase.

Yang paling rugi adelah sebab tak dapat main G-Force X
& Bungee Jumping & Flying Fox sebab Sugar Daddy simpan wallet dalam locker.
Aduhhh.. Ruginyer..
Hehehehe~
Sebab Bungee Jumping & G-Force tu kene bayar.
Bungee harge die RM120 sekepala & G-Force X RM60 sekelapa.
Tapi kalau amik due due RM150 sekepala.
Sayangnyer! Hehh~
Yang flying fox tu sebab die tutup plak.
Padahal ramai je lagi yang duk beratur.
Sayang sangat sangat.
Sempat main painball jer.
Tu pun just tembak tembak pe ntah. Haha~

Bile dah try segala jenis game bahagian waterpark, so, kami naik balik nak gi main roller coaster.
Before that singgah jap kat wildlife nengok haiwan.
Barulah gi naik.
1st skali adelah Pirate Revenge.
Perghhh!
Serius aku suke!!!!!!!!
Walaupun rase die tersangat cuak bile kat atas tu. Wuhh~

Orang yang kat depan kami ni superlah batak okie!
Orang duk jerit jerit diorang duk nyanyi lagu kebangsaan diorang.
Tak paham tul aku.
Nak ajer aku nyanyi lagu Negaraku.
Tapi, kene diri. So, aku duk senyap jer. *sigh!


Tapi memang superb arr!!
Pastu gi plak main ape ntah name die.
Tapi kalau kat Pesta Penang name die "Top Gun".
Cume yang ni kecik skit arr.
Haa! Name die Tomahawk...

Woot Woott!! Tomahawk yaw! 

Yang ni serius wat sakit bahu & perut aku jer.
Walaupun nampak secure. Hahaha~
Yang sedap bile stop kat atas arr.
Tu je yang best gler gler..

Then, kami pi main Lost City Of Gold.
Yang ni roller coaster.
Superb jugak arr!
Die 360 degrees 3 kali kot. Wuhh~
Penat jerit! Hahaha~

 Ni kemuncak kat Sunway Lagoon. Tak try rugi.
Walaupun kejap jer sebab laju sangat.
Tapi rase arr thrill die. Hemo hemo~

Pastu bile dah turun.
Duk depan pintu masuk scream park.
Skali brother yang jage tu kate "mai mai masuk. free je".
Sebab die tengok tag kat tangan kami "All Park".
So, mule mule macam mau tak mau jer.
Skali blasah jer arr.
Aku ngan Sugar Daddy je yang masuk
Sugar Mummy kan pregnant. So, atas keselamatan tak dapat masuk.
Adek Sugar daddy takut. Hehehe~

Okie! Scream Park Superbbbbbb Best!!
Serius!
Sangat sangat menakutkan dari Kota Keriangan tuh!
Sebabnyer, dalam scream park ni ade 4 ke 5 ntah bahagian.
Sume hantu lain lain.
Ade zombie, pocong, vampire, pontianak bla bla bla.....
So, memang terasa arr "feel" die.
Siap ade 1 part tu 3D kot!!!
Yang bagus kat scream park ni adelah orang die dah cakap awal awal
"If You Dont Touch The Ghost , The Ghost Dont Touch You Back"
SO????
Terasa arr secure tu.
Buat die rabe bahagian yang bukan bukan memang "kaki" arr aku bagi. Ngahaha~

Tapi, serius!
Scream Park memang terbaik yang penah aku masuk mane mane rumah hantu.
Hahaha~
Terasa macam nak masuk jer owh skali lagi.
"Feel" die tuh memang masuk arr.

Pastu, bile dah kuar dari umah hantu.
Kami taktau dah nak lepak mane.
1800 Lagoon dah close.
So, ade dalam 15-20 min je lagi.
Then, last last abis dah.
Gi tukar outfit kat toilet then balik arr kami ke rumah.
Penat glerrrrr wa cakap sama luuu...
Tenaga yang aku recharge 1 aritu kire berbaloi arr lepas untuk Kota Keriangan & Sunway Lagoon ni.

Malam tu gak Sugar Daddy balik kampung antar adek beliau
Then balik Seremban smule sebab esok dah kejer.
Hehe~

p/s-maaf picca tak banyak sebab duk main air kan. sape nak jage camera/handphone nantikan? so, ni jerlah yang ade. thanks sugar mummy cz jadi tukang amik gambar lagi kali ni. hee~


~ Jaa ~