Showing posts with label ~ Short StorY ~. Show all posts
Showing posts with label ~ Short StorY ~. Show all posts

Monday, September 5, 2011

~ Iftar Di Concorde HoteL (28/08/2011) ~

This time aku cter pasal iftar kat luar plak.
Tiap tiap kali iftar mesti kat rumah jer.
Jaranglah makan kat luar.
Sebab lebih selesa makan kat rumah.
Senang nak wat papepun.
Hoho~

So, untuk harini, Big Bro & Sis Re3n yang punye cadangan.
Nak berbuka kat Concorde Hotel Shah Alam.
Sebab ade promotion 2 hari jer.
27/08/2011 & 28/08/2011 Sahaja!
RM50/Head.
So, kire okie arr.

Juadah kat hotel tu pun tak lokek.
Macam macam jenis ada.
& sedap gak arr.
Yang pasti!!!!
Daging kambing ada..
Wuhhh!
Itu makanan fav!
2 kali kot aku pi amik...
Memang aku tarik banyak gler arrr sampai pale dah nak nak naik pening diwatnyer.
Hahaha~

Gambar gelap sebab Sis Re3n tak reti amik gambor.
Hahaha~

Muke ku with rambut yang baru dipotong petangnyer before gerak.
Hehe~

Ni arr kaki kaki yang berbuka aritu.
Penuh sepenuhnyer orang time tu.

Ni makanan semasa berbuka.
Ni baru 1st round.
Aku makan sampai 4-5-6 round kot.
Serius!
Sampai waitress situ kejer duk angkat pinggan kat meja kitorang jerlah.
Lepas satu satu, lepas satu satu.
Hahahaa~
Memang aku seksa die sikit arrr.
Kejer aku duk berjalan cari makanan yang nak dimakan.
Tetibe plak aritu perut aku jadi perut buaya + biawak.
Non-stop mulut aku duk kunyah.
Kire orang kate pe?
Tak rugi arr bayar..
Hahaha~
*serupa arr kalau di makan kat kenduri kawen. kaw kaw aku bantai makan
Yang Penting Apa??
Tiada Pembaziran Yang Berlaku Semasa Makan

Itu Mustahak!

Nyum nyum.
Jarang aku dapat makan tiram.
Sebab susah nak jumpe kat luar luar kedai biasa.
Nyummy!

Makan makan makan solat maghrib makan makan makan...
Sampai arr jam 2115 gak arr.
Ke lebih.
Ntahlah.
Baru arr blah dari situ.


Pastu lepak kat Kompleks PKNS & SACC Mall.
Kat SACC Mall, terjumpelah plak Baki 8TV
Duk jadi tourguide 2 orang mat saleh duk shopping baju raya gak.
Pastu nga Sis Re3n duk try & nak beli baju, tetibe aku ternampak
Eyh! "Nabil Rajalawak" dengan awek die (bakal tunang) duk shopping shopping baju raya gak.
Owhooo.
Kejer nampak artis jerlah time tu.
Pastu ade keter ZainalAbidin yang agak stylo duk parking kat luar.
Rasenye ade wat show kot...

Pas pusing pusing lepak sampai kakipun agak lenguh dengan duk carry perut yang buncit.
Kitorangpun balik arr ke rumah.
Kenyang ggggler.
Hehe~

~ Jaa ~

Thursday, August 25, 2011

~ Kini Blog Saya Sudah Berubah WajaH ~

Blog Saya TelahPun Berubah Wajah
Mungkin Bagi Readers Yang Agak Agak Slalu Datang Terjah Mesti Perasan Akan Perubahan Yang Berlaku.
Bagi Yang Kadang Kadang Je Datang Masuk Ada Yang Perasan Dan Ada Jugak Tak Perasan.
Takpa, Tu Suma Tak Kesah.
Yang Pasti, Saya Tahu Blog Saya Berubah Wajah.
Walaupun tak banyak beza, tapi terasalah...
Hohoho~

Apsal Saya Pilih Warna Hitam As My Theme Colour?
(Puihh! sorry arr, aku nak guna bahasa "aku" arr. macam skema gler gune "saya". hahaha)

So, sebab aku pilih kaler hitam kerana hitam bagi aku itu elegan.
Tak sakit mate kalau baca blog.
Kalau kaler cerah macam putih, kuning, oren etc tu sebagai background.
Kalau bukak & baca, nanti lame lame berair mate tau baca!
Sebab mate kite ni seperti exercise berlebihan untuk membaca.
Sebab warna yang terang benderang menyebabkan mata kite cepat terasa iritasinya.
Jadi merah dan jadi cepat letih.
So, warna yang sejuk macam hijua pucuk pisang, biru langit/laut itu adalah digalakkan.
Sebab mata kite jadi tenang dan senang dengan keadaan sekeliling.

Warna hitam?
Hohohooo...
Cube anda baca...
Mata anda dapat fokuskan?
Walaupun tak berapa tenang tapi senang dengan sekeliling.
Hee~
Itu yang aku kekalkan lagi warna hitam sebagai theme blog ini.

Bagi link link di tepi kana tu still aku kekalkan.
Takde perubahanpun
Just font & jenis tulisan je aku tukar.
Walaupun tak berapa menarik sangat
Tapi okie okielah...

Sebab aku ubah tetibe sume ni kerana ehehehe~
Okie!
Exceli, pagi semalam aku saje je tukar tukar template
Skali naaahhh!
Aku lupe nak save code theme yang lame.
Tu yang terus tertukar jadi pelik pelik.
Then, akupun macam panic jerrr...
Then, akupun niat arr nak tukar terus.
Penat owhhh aku cari theme yang sesuai.
Kejap elok kejap tak.
Adehhh~
Last last lepas aku buat sikit sikit
Inilah hasilnya...
Harap okie ejrlah bagi readers yang datang terjah ye!
Hee~

So, tu jer aku nak bagitau.
Papaiii!!!

~ Jaa ~

Monday, August 15, 2011

~ TrusT ~

Kisah ni dah lame dah aku fikirkan
& ade jugak niat nak publish kat blog since ape yang berlaku adalah perkara yang dah berlaku.
So, I think it should be no problem for me to publish this entry.
Am I rite? Whatever…

So, dalam entry “I'm Just Tired Of Waiting“
Ramai yang memberi respond walaupun tidak dalam ruang komen di entry tersebut.
Maybe mereka tak mahu ade sesetengah pihak terasa hati akan perkara yang berlaku ataupun tau siapakah yang memberi komen.

Lepas je aku published entry tuh, komen yang aku dapat ade yang positif dan jugak negative.
Antaranya adelah yang suruh aku bersabar, ini semua dugaan, ade jugak yang berasa kasihan dan ade jugak yang mengatakan perbuatan tersebut adalah kejam.
Maaf! Bukan aku yang kata.
Itu adalah dari sesetengah pihak yang prihatin sahaja.
Terima kasih! Aku menghargainya. Sungguh!

Jadi, kat sini bukanlah aku nak memperbesarkan perkara tersebut.
NoNoNo!!!
Since perkara tersebut telah berlaku, so, biarkan jer.
Aku dah melangkah satu tapak ke hadapan.
Mungkin kadang kadang aku terpijak duri pokok semalu.
Tetapi, aku gagahi jugak meredahi lalang lalang yang tinggi paras bahu aku.
Biarlah ape korang nak cakap.

Selepas ape yang berlaku, aku berdiamkan diri.
Tidak sama sekali mem-reply message sesiapapun.
Kawan kawan, teman rapat, kecuali keluarga sahaja.
Maaf!
Kalau call, mungkin aku akan jawab. MUNGKIN!
Sebab itu aku banyak berinteraksi di dalam facebook sahaja!
Sebab, online bagaikan separuh nyawa aku.
Handphone bagaikan takde makna dah.
Buang kredit dan perabis masa berlian aku jer.
Sampai tito akupun kadang kadang terganggu dek kerana perkara stupid yang aku buat.

Langkah aku yang goyah kini semakin kukuh lepas buat physiotherapy .
Lepas buat medical heart check-up.
Urin test & jugak x-ray tulang telinga.
Sumenyer jawapan positif aku terima.
Alhamdulillah!
Sejuk perut aku duk dalam air-cond dengar.

Now, aku akan terus terang.
Walaupun akan Nampak poyo tetapi ini yang hakiki.

MAAF!

Aku mohon sangat sangat takde perempuan yang akan tersangkut dengan aku.
Aku mohon sangat sangat takde perempuan yang akan jatuh hati kat aku.
Aku mohon sangat sangat takde perempuan yang akan suke dekat aku.
Aku mohon sangat sangat takde perempuan yang akan mempermainkan hati aku.

Dan aku mohon sangat sangat aku tak suke kat perempuan wat waktu ketika ini.
Aku mohon sangat sangat supaya aku tak sakitkan hati perempuan.
Aku mohon sangat sangat supaya aku tak mempermainkan perasaan perempuan.

Yang mane minat aku tuh.
Silalah tarik balik perasaan anda.
Sebab aku tak ready dah untuk sume ni.
Langsung!
Biarlah aku jalani kehidupan dengan “RAKAN RAKAN, SAHABAT HANDAI, KAWAN KAWAN” sahaja wat mase sekarang ni.
Tiada istilah teman istimewa, girlfriend, teman wanita untuk seketika waktu sehingga hati aku terbukak.
Tak kire anda anak tan sri, anak datok, anak majistret ke, lawyer ke, ahli music ke..
Eden tak heran.
Sekaya manapun anda, maaf!
Mata aku tak pernah dikaburi dengan nilai wang ringgit!
Setulus manapun hati anda, maaf!
Aku dah tak boleh percayai anda 100%-200%-300% dah.

*sumber akak google mate sepet

Kerna aku juga mempunyai perasaan dan jugak nilai maruah sebagai seorang lelaki yang perlu dijaga.
Jangan pernah dicanang mahupun diuli dengan perkara perkara yang anda rasa anda mampu lakukan kepada insan lain kepada aku.

Ingin aku memetik kata kata dari seorang blogger NurulBadiah Lai

"If You Are Successful, You Will Win Some False Friends And Some True Enemies;
Succeed Anyway.

If You Are Honest And Frank, People May Cheat You;
Be Honest And Frank Anyway.

What You Spend Years Building, Someone Could Destroy Overnight;
Build Anyway.

The Good You Do Today, People Will Often Forget Tomorrow;
Do Good Anyway.

You See The Final Analysis, It Is Between You And GOD;
It Was Never Between You And Them Anyway."

It was really nice sayings..
And I am truly sorry with all my statement.
This is what I think I should tell to everyone.
I guess.
That’s all!


 *sumber akak google gigi rongak

~ Jaa ~

Saturday, June 25, 2011

~ EgoistiK ~

Setiap manusia di dunia ni mempunyai salah satu perangai iaitu EGO.
Ego memang tak boleh lari dari sifat manusia.
Samada sifat itu yang positif or sebaliknya.
Hanya kerana ingin menjaga diri sendiri maka habis tidak dibiarkan yang lain.
Yang bagaimana?

Yang positif, sebagai contoh, mengelakkan diri dari melakukan kancah maksiat.
ITU PERLU!!
Ego untuk mengelak perkara yang berdosa.
Dan ini memang bagus untuk diamalkan.

Kalau yang negatif.
Hanya mementingkan diri sendiri tetapi tidak pada orang lain.
Ini kerana menganggap dia sajalah yang betol.
Sukar untuk mengaku kesalahan diri sendiri setelah apa yang dilakukan.
Ataupun ingin menunjukkan dia sajalah yang hero.

Sebenarnyer aku nak cerita mengenai diri aku.
YES! I admit yang diri aku ni mempunyai ego yang agak tinggi.
Kadang kadang aku sendiri tak pasti samada ego aku ini yang jenis positif ataupun negatif.
Kadang kadang aku takut nak buat salah.
Kadang kadang ego aku buat orang berasa bersalah.
Aku degil! Kadang kadang berhati batu jugak.
Keras kepalapun sama saja.
Kadang kadang aku tak berapa fikirkan perasaan orang sekeliling.
Kadang kadang aku hanya mementingkan diri sendiri saja.
Tapi, tindakan aku bile sesuatu perkara adalah berdiam mengelak dari bercakap cakap.
Tapi, lebih kepada penulisan sebagai luahan.
Sebagai contoh, di wall fb, di blog ini juga malahan di tweet tweet jua.
Aku tidak berkata kata kepada dirinya.
Bukan kerana aku takut.
TIDAK! Tapi, itulah aku.

Yang sebenarnyer aku sangat mengambil berat pasal seseorang tuh walaupun aku menyepi.
Sebenarnyer aku sangat sayang akan seseorang tu walaupun aku berdiam seribu bahasa.
Sebenarnyer tiada langsung perasaan benci walaupun aku mengelak akan sesuatu.

Maaf! Aku memang ego!
Kadang kadang ego aku tak bertempat!

Bile kite ego kite sukar untuk meluahkan perasaan ini.
Kite rela untuk berdiam dan menunggu ia datang dengan sendiri.
Apabila ia datang kite wat endah tak endah.
Bile ia pergi barulah kite terasa sangat akan kehilangannya.
Benar! Dan itu memang benar!
Maaf!
And i wont do that again!

"I Am Of Nothing Special
I Am A Common Man
I've Led A Common Life
There Are No Movement Dedicated To Me And My Name Will Soon Be Forgotten
But I've Loved
Another With My Heart And Soul And To Me
This Has Always Been Enough."


~ Jaa ~

Thursday, March 31, 2011

~ Kucing PertamaKu Sehingga SekaranG ~

Dulu mase aku duduk kat Kedah & Johor, bapak & mama sikitpun tak kasi bela kucing.
Sebab bapak dulu alah dengan bulu bulu ni.
Kami ni (aku & Sis Re3n) tersangatlah teringin nak bela kucing.
Tak kesahlah Persian cat, Siamese cat ke, kucing biasa biasa ke.
Asalkan ianya adalah kucing.
Disebabkan oleh orang tua kami ni tak kasi, so, kami akur and tak belalah.
Pernah skali tu, Sis Re3n dapat kucing, Persian cat kalau tak silap dari kawan die.
Sangatlah lawa ye!
Bulu tak yah cter arr, panjang panjang gler. Time ni duduk kat Kedah.
Then, disebabkan penjagaan yang agak susah, kene gi wat medical check up lah,
Bagi special makananlah, vitamin pe sume. So, agak susah & rumitlahkan.
Then, kucing tu diserahkan kat member Sis Re3n or kat sape ntah. Tak ingat dahlah.
Sebab tuan asal bagi kami kucing tu sebab die kene pindah ke tempat lain.
So, MUNGKINLAH die tak boleh bela dah or tak nak bawak skali MUNGKIN perjalanan yang jauh.
Who knows.

Then, bile kami sekeluarga pindah ke Selangor, time baru baru duduk takde bela lagilah.
Until lah satu hari tu (beberapa bulan lepas pindah ke Selangor),
Ade seekor kucing yang tersangat besar badan die datang rumah.
So, kami ni pun bagilah makan sebab lawa gler kot!!!
Kami just bagi makan jer. Sebab time tu rase kesianlah.
Lepas makan die belah ronda ronda.
At that time takde lagi niat nak bela kucing segala bagai ni.
But then, bile dah tetiap hari kucing ni datang dengan manja die lagi.
Timbul rase macam, wahh! Sayang kat kucing ni.
So, kamipun approach lah bapak & mama nak bela kucing ni.
Mama & bapak dah tau dahlah.
Sebab, kadang kadang mama & bapak jugak yang bagi makan.
Then, lepas bincang berhari hari, lame lame mama setuju.
Time tu, bapak tak kasi lagi.
Yerlah, bapak kan alah bulu bulu ni.
Tapi senang! Kalau mama setuju, bapak mengalah.
Kalau bapak setuju & mama tak setuju, mama akan mengalah. Ahahaha~
Kalau salah sorang dapat “greenlight” cukup arr. Kire bolehlah. Hee~
Tapi, Bapak ada syarat, nak bela jangan letak dalam rumah.
Nanti abis bulu melekat kat carpet, krusi & mane mane jerlah.

So, sejak dari tu, bile dah dapat “greenlight”, kamipun belalah.
Seriously! Tersangat jinak ok kucing ni!!!
Hari demi hari, minggu demi minggu, then, dapatlah name.
Hasil dari idea sape tak ingat plak.
Kami bubuh name kat die “Coriang”. Haaaa! Mesti pelikkan?
Sebab, color kat badan die banyak.
Kite macam bertompok tompok berselerak.
Ade kaler orange, putih, hitam, kelabu. Abislah sume color ade kat badan die.
Tu kami panggil die “Coriang”. Hehe~

Ni kire 1st everlah kami bela kucing yang dapat kelulusan dari pihak majlis tertinggi (parents). Hehe~
Bile setiap kali orang datang rumah (jiran, sedara mara) mesti tegur yang kucing ni lawa & besar.
Bile tanya mane datang? Kami tak tau nak jawab.
Just cakap die datang dari mane mane jer then terus bela.
Then, adelah sumber dari jiran kate yang kucing ni sebenarnyer milik jiran lorong belah depan depanlah. Disebabkan “Tuan” asal die tak bagi makan, tu die datang ke rumah kami cari makan.
Macam orang tua tua katelah, bile kite bagi kucing makan WALAUPUN sekali,
Die tetap akan datang balik sebab die dah anggap ade orang akan bagi die makan lagi nanti.

Sifat Coriang sangat manja!
Kalau nak tau, kite buatlah macam ne skalipun kat Coriang, macam tengah main ke,
Macam saje saje tampar manje ke, marah ke, tak kesahlah korang buat pe pun kat die, Coriang TAK AKAN sesekali cakar korang!
Apatah lagi gigitkan. TAK PENAH SKALIPUN. Die tersangat baik!
Bile jalan jalan kat taman, die mesti follow skali ikut kat tepi.
Padahal bukannyer panggil suh followpun. Die sendiri nak ikut.
Memang terharu gler gler arr...
Abis jiran jiran tegur rase macam teruje. Hee~
Dengan manusia Coriang sangat jinak…
Tapi!!! Janganlah dengan kucing kucing lain.
Gangster taman kot! Serious!
Bak datanglah kucing jantan ke, betina ke.
Sume kalah dengan Coriang.
Coriang boleh perambat lagi adelah. Ahahaha~
Sebab pe? Coriang tersangatlah besar besar besar ok!
Kire kalau korang nengokpun korang tak kan percaya.
Cakap “Wow!” lagi adelah...

Until lah satu mase bile dah datang musim “mengawan”. Aduhhh~
Biasalah kucing. Hehee~
So, bile kami dah tau yang Coriang ni bunting pelamin. Wahahahaa!!!
& nak sampai dah due date die, kamipun bincanglah dengan parents
Nanti nak buh kat mane kalau Coriang beranak?
Takut nanti anak Coriang kene makan plak ngan kucing jantan kat luar sanekan.
Then, lepas decide, kami bela Coriang skali anak anak die dalam rumah dalam kotak.
So, masa hampir tiba, adehhh~
Then, “uwekkk uwekkk”..
Eyh! “nyii nyii nyii” duk bernyanyi bunyi anak kucing 3 ekor.
Comel comel kot!

3 ekor, tige tige color lain. Yang sulung color Hitam + Putih (jantan),
Second color Kelabu + Putih (jantan), Bongsu color Putih + Coklat Perang (betina).
Kire sume abis larilah dari color asal Coriang. Hehe~
Kami seronok rasenyer sebab dah ade waris kucing kucing ni.
Dari sekor jadi 4 ekor dah.

Then, tibe arr plak nak buh name kat anak anak Coriang ni.
Hurmm! Macam macam duk pikir sampai naik pening kadang kadang.
Then, bile dah tak tau nak buh name pe kami buh je name ikut color badan diorang. Hahaha~
Yang Sulung name Tam (Hitam), Second Bu (Kelabu), Bongsu Teh (Putih).
Bile dah sampai tahap Bu, Tam, Teh ni dah boleh jage diri masing masing,
Kami lepas balik kat luar skali Coriang.
Coriang ni pun bagus satu, pandai gler jage anak.
Tak penah abaikanpun anak anak die.
Kire boleh dapat award Ibu Mithali arr. Haha~
Yang paling best bile kami dah letak kat luar ni, anak anak Coriang kecik lagilah.
Bile waktu malamlah.
Banyak kali jugak arr kami sekeluarga nampak, ekceli siang puan same, pagi pun same.
Kire setiap mase arr...
Janganlah ade sekor kucingpun lalu depan rumah or masuk dalam kawasan rumah aku.
Coriang serious memang akan cari gaduh.
Sebab die takut kalau kalau jadi pape kat Bu, Tam, Teh ni.
Ade skali tu, kucing jantan kot.
Besar jugak arr. Coriang perambat kucing tu kejar sekeliling rumah kot!
Sampai arr kucing tu dah tak lalu kat rumah lagi.
Die very super duper secure kot. Bagus gler!
Memang selamat arr anak anak Coriang ni. Untung gler dapat Coriang. Ahaha~

Bile dah berbulan bulan or dah setahun lebih bela (kurang ingat sebab dah lame), sampailah satu hari tu.
Time tu waktu Maghrib. Aku duk kat luar tengah siram pokok kot sebab mama SURUH. Hehe~
Then, ade satu keter ni lalu. Agak rushing arr.
Aku rileks jer duk siram pokok.
Tetibe, aku terdengar “gedebuk, gedebak”. Sangat kuat ok!!!
Then, aku pandang arr cepat cepat kat jalan raya depan umah aku nak nengok pebende kan.
Then, ternampak sekor kucing berlari ke arah longkang.
Pastu, aku cepat cepat arr gi check kucing sape kan.
Pastu, aku kuar nengok kat dalam longkang eyh!!! Coriang!!!
Then, keter yang langgar tu adelah keter Bilal surau lorong aku.
Tak taulah pe masalah die. Maybe nga rushing nak gi azankan kat surau arr kot sebab dah masuk waktu. Hurmmmm………
Terus aku masuk rumah panggil mama, Sis Re3n. Tak silap time tu bapak dah gi surau.
Serious! Sedih gler gler kot!!!
Betoi cakap orang orang tua lagi, kucing yang jinak & diberi penuh kasih sayang, die tak kan mati depan “Tuan” die. Die akan mati kat tempat lain taknak bagi “Tuan” die risau.
Mase die kene langgar tu, langsung tak besuara “meow” ke ape ke. Die terus lari duk bawah longkang adelah… Tapi, tulah die ajal kire aku ade time tu. Kalau tak, memang takkan tau arr die mati. Hurmmm…

Then, kami ingat nak amik arr bangkai Coriang nak gi tanam. Tapi, dah malam.
So, kami tunggu bapak balik, & esoknyer baru gi tanam kat tanah tapak permainan.
Mase Coriang takde seriously tersangat terasa ohh.
Sebabkan Coriang aku boleh menangis kalau pikirkan die.
Bukan aku jer, mama, Sis Re3n, bapak pun same sedih…
Dengan manja die, baik die. Kire memang perfect!
Takde ganti langsung dengan kucing kucing yang penah dijumpai kat mane mane.
Serious aku rindu kat Coriang!

p/s : maaflah takde picca. Orang penah cakap, kalau amik picca kucing nanti kucing tu cepat mati. So, kami tak amik langsunglah. Itu just orang cakap jerrr…

Kisah seterusnyer akan diteruskan ke entry lain.

~ Jaa ~

Wednesday, March 30, 2011

~ 5 Gadgets That I Loved MosT ~

Now I’d like to tell about what kind of gadget that I like or love most in my life.
This things cant be changed with any gadgets EVEN it have the most super COOL system
Or any other products that have most similar with my things.
I don’t mind at all.
So, what are the 5 gadgets I loved most? Haaaa!
Actually, gadgets ni sume adelah gadget yang telahpun aku owned.
To be truth, man cant run from gadget things.
Seriously!
Man => Gadget, Gadget => Man.
Kalau bukan gadgets, keretalah or motorlah yang akan diutamkan,
Nasib aku takde lagi kenderaan.
So, aku takdelah kene pikir pasal bende bende tu sume.
This is s0o0oo00o true man! Babe! Don’t lie!
5 gadget yang paling aku sayang adelah seperti berikut!

i)                    Sony Vaio
Ok! Seriously! Sony Vaio ni memanglah nyawa utama aku.
Sony Vaio ni aku dah jadi “tuan” die lebih dari 3 tahun.
Kire aku dapat before aku masuk UiTM ni.
Walaupun system & any operating dalaman ni sume adelah boleh dikatekan lapuk!
Tapi, aku tetap sayang! Walaupun memori dalaman HANYALAH 120GB, 2GB RAM.
Sangat kecik kan memori die. Susah ohhh.
Dahlah aku ni jenis main download and sumbat je dalam lappy ni.
And piccas jugak memang bersepah sepahlah dalam folder dalam folder.
Kadang kadang tak larat nak cuci kasi clean buh dalam external hard-drive.
Adehh~
Harge time aku beli ni kire mahal lah.
Tapi! Still ok sampai skrang. Boleh diguna pakai.
Actually, mase aritu yang dikatekan yang lappy Vaio aku ni “sakit tenat”
Sampai kene antar ke Center die adelah disebabkan masalah habuk yang terlalu banyak
Kat motor die sehinggakan operating tak berfungsi sebab di cut off.
Macam main suis elektrik kat rumah koranglah.
Kalau tutup main suis tu, abis blanks satu rumahkan.
Macam tu lah yang terjadi akt lappy aku.
Then, lepas di-clean sampai berkilat.
Now! Dah ok! Inilah yang aku gune skrang ni.
Die just deduct dari deposit yang kite bayar jer. RM20 per item.
Macam ne dengan lappy baru aku tu?
Haaa! Dunn wurry people.
Lappy Vaio ni akan diserahkan kat bapak or mama.
Kalau mereka tak mau, lappy ni akan aku serahkan ke Sis Re3n.
So, Sis Re3n! Jage elok elok ye nanti!
Tunggu kepulangan aku nanti. Hehe~

ii)                   Handphone
Haaa! Ni satu lagi nyawa.
Takde handphone ni memang mati kutu gak arr.
Bukan pe, handphone ni walaupun takdelah sangat aku nak bermessage or make any calls sape sapelahkan.
Tapi, aku boleh dengar radio!
Itu sangat penting! Isu semasa & lagu semasa!
So, kire aku still up-to-date arr ye! Hehe~
Handphone yang aku owned ade 2 bijik.

1st ever handphone aku adelah Nokia 7260.
Ni kire handphone paling aku sayanglah.
Bukan pe, die sangat tahan lasak kot!
Balinglah kat mane skalipun. Memang cool abis! Still bernyawa & boleh digune.
Aku start beli handphone tu mase aku umur 16.
Tetapi, skrang ni handphone tu hanyalah sejarah lepas handphone tu buat meragam
Selepas hampir 5-6 tahun digune.
Prob die adelah tak leh dapat signal coverage.
So, kalau nak wat calls or message memang takleh dapat & deliver arr kan.
So, skrang ni aku TERPAKSA gune EX-HANDPHONE Sis Re3n.
Handphone ni just sesuai untuk message sahaja!
And handphone tersebut digunekan oleh line Celcom sebab tak ramai yang message telco tu.
So, save battery! I noe. Hehe~

2nd handphone aku yang aku beli adelah Nokia N95.
Ni kire handphone yang aku sayanglah selepas Nokia 7260.
Ni sebab function yang ade kat Nokia N95 boleh dikatekan perfect bagi aku.
Ade radio, camera 5MP, Bluetooth, WiFi, what else?
Everything is in Nokia N95.
Cume, takde touch screen jer.
So, no worries people. Hehe~
Handphone ni aku start owned sejak aku di semester 2 di UiTM.
Dan yang penting, picca yang diamik memang jelas!!!
So senang nak wat toyol mase test or quiz!
Opps! Kantoi! Ahahaha!


iii)                 External Hard-Drive
External ni banyak function die. Aku ni kaki tangkap gambar pe sume.
So, disebabkan memori Sony Vaio aku adelah sangat rendah,
Then, aku terpaksalah beli external ni untuk bubuh segala bagai piccas lah.
Selain picca, video, muvies, series memang bersepahlah dalam external aku.
Jangan risau!
Sume bende adelah CLEAN.
Tiada dirty ye dalam external aku.
Tak caya?
Mai lah check! Takde hal. Hahaha~
External ni aku beli semasa aku di semester 3.

iv)                 Speaker
Disebabkan aku ni suke dengar lagu. Almost each of time aku akan dengar lagu.
Tak kesahlah lagu lagu dari Vaio aku ataupun radio dari handphone aku.
Aku jenis suke dengar kuat kuat.
So, kalau aku balik rumah kat Selangor memang “bung bang bung bang” arr rumah.
Serious tak tipu!
Tambah tambah time aku nak mandi.
Pergh! Memang “lets party” arr sume! Hahaha~
Music yang loud memang jenis telinga aku dengar.
Tak kesahlah lagu tu jiwang karat ke, rock, disco sume layan.
Aku jenis “Universal Listener” ye.
Tak kesahpun.
So, speaker yang aku owned adelah Sonic Gear Tatoo Duo 2.
Memang superb! 45watts tak silap aku.
Tak penah lagilah aku open sampai abis bile dengar lagu.
Mau jiran jiran report kat polis sebab gangguan bunyi. Hehe~
Aku beli speaker ni time aku semester 4.

v)                  Headphone
Owh man! Headphone ni memang paling best mane mane aku penah beli.
Headphone yang aku gune skrang ni adelah Sony Headphone XBS-300.
Aku dulu dulu memang suke beli headset.
Macam macam jenis dah aku beli and gune.
Sume brand Sony lah. Ni je product yang VERY trusted bagi aku.
Sound yang diorang produce memang superb lah.
Tapi, sayangnyer adelah headset yang aku beli dulu tak tahan lama sangat.
Around setahun or kurang dari 2 years dah rosak.
Samada tali die rosak, or sound headset tu sendiri. Aduhh~
Then, until lah mase ade PC Fair kat KLCC.
Time tu actually saje saje jer gi kat booth Sony.
Nengok nengok. Saje test. Pastu tetibe hati ni teringin nak beli.
Then, lepas bincang dengan mama and kakak.
Aku terus rembat. Mahal plak tuh! RM169.
Harap je PC Fair. Tapi, takde diskaun. Teruk! Free gift pun takde.
Harge Rm70 boleh plak dapat free t-shirt. Teruk teruk!!!
Tapi, tak kesahlah. Bass die bagi perghhh!
Memang serius ko akan teruje arr bile dengar.
Headphone ni aku owned sejak aku di semester 5.

So, tu jerlah 5 gadgets yang paling aku sayang.
Walaupun ade yang rosak & diganti dengan yang baru.
Tapi, ni lah gadgets bagi aku takde tandingan.
Kalau perasan, boleh dikatekan setiap semester aka nada bende baru.
Tu sebab, aku ade duit pinjaman PTPTPU.
Bolehlah beli mahal or murah.
Kalau tak, memang dalam mimpi jerlah berangan. Hehe~
So, lepas ni hajat aku nak owned I-Pod Touch, I Phone 4/Blackberry, I Pad.
3-4 bende ni dalam perhatian aku sekarang ni.
Cepat atau lambat tu jerlah yang akan jadi penanda aras.
Wish me luck k!

Ni adelah sume gadget yang aku ade.

Ni antaranyerlah.

Ihsan akak google yang penuh information

Ihsan cik adek manis google

~ Jaa ~

Tuesday, March 29, 2011

~ Disebalik Nama NamakU ~

So, this time aku nak cter arr skit disebalik kesemua nama nama yang member member kenalan
& sedara mara keluarga besar duk panggil lah kat aku ni.
So, dalam entry aku yang lepas ade aku bagitau yang name orang duk panggil aku ni
AGAK banyak jugaklah.
Ade dalam 6 name.

“Nazree”, “Boy”, “Bob”, “Zen”, “Sepet”, “JenJen”

So, ni adelah kisah disebalik nama aku.

“Nazree”
Name ni aku dapat beberapa hari selepas aku dilahirkan.
Mase aku lahir seriously my mum & dad tak tau nak buh name pe kat aku.
Pity Me... Hahaha~
Aku ni lahir kat rumah Ustaz di Machang, Kelantan.
Kire keluarga angkat akulah.
So, orang kampong sanepun tak tau nak panggil aku time tu.
Disebabkan tak tau pe name nak buh kat aku ni
Orang kampungpun panggil jerlah aku dengan name “boy”.
Sebab aku ni kan LELAKI. “Boy” tu memang lelaki lah kan. Hahaha~
“Nazree” ni senornyer adelah abjad abjad dari name kakak aku sebenarnyer.
“Azreen” => “Nazree”. Boleh Nampak tak?
Just bawak huruf “N” ke depan jer. So, jadilah name aku “Nazree”. Ok!

“Boy”
Seperti kat atas, name ni dapat mase aku tak tau lagi nak dinamekan name sebenar akulah.
Name ni masih lagi digune pakai oleh orang yang kire betoi betoi mase aku diperkenalkan kat sedara mara.
“Boy” ni normally orang orang tua lah yang panggil name ni. Macam sedara mara belah mama aku.
Mak angkat & pak angkat (Ustaz) & just beberapa kenalan jerlah yang tau.
Bile dah lame name ni makin pudarlah. Cume!
Mama aku je yang still kadang kadang panggil aku name ni.

“Bob”
Haaa! Ni satu lagi. Tak jauh bezapun dengan “Boy” kan?
Tapi! Ade sejarah tersendiri.
Panggilan “Bob” ni hanyalah sedara mara keluarga besar yang panggil aku dengan name ni & member member kenalan aku mase aku duk ke Kedah ni dulu dulu.
Name “Bob” ni muncul bile aku umur lewat standard 5 or standard 6 macam tu lah.
Kenape? Haa! Mai nak cter skit. Ce cter ce cter. Ehehe~
Kazen aku rangkap bestie lah punyer kazen. Hehe~
Dia ni digelar “Boy” jugak bagi keluarga besar. So, bile mase kami kami ni balik kampong bersama.
Then, bile makcik pakcik duk panggil “Boy”, abis kami due duk menyahut “YE”. Haha~
Then, yang panggil tu kazen aku & kadang kadang aku.
So, memang kompius gler arr kan. Sape panggil sape.. Adehh~
Sampailah satu mase, aku & mama gi pasar malam.
Then, aku ternampaklah satu handkerchief ni tulis “Bob Marley” siap skali gambar gambar muke die lah. Then, aku pun belilah handkerchief tu.
So, start dari situ aku change panggilan aku dari “Boy” ke “Bob”.
And yes! Name tu still melekat sampai sekarang.

“Zen”
Mesti pelik sebab pe muncul plak name “Zen” ni kan?
Hahaha~ actually, mase dulu dulu aku nak create Account E-mail.
So, aku tak tau nak buh name pe kat e-mail aku tuh.
Then, time tu tengah hot cter Philippines, tajuk dah tak ingat dah arr.
Then, hero cter tu ade iras iras skitlah dengan muke aku.
INI BUKAN AKU YANG PERASAN YE!
INI KAKAK AKU SENDIRI YANG CAKAP. Haha~
So, name watak hero cter tu adelah “Zen”.
Then, dari situlah aku create Account E-mail aku atas suggestion dari kakak aku.
And bile masuk kolej & UiTM, name “Zen” lebih commercial lah dari name name lain selain “Nazree”.
So, get it people? Good!

“Sepet”
Ini aku rase biase jerlah ye. “Sepet” ni adelah disebabkan sifat semula jadi mata aku yang sepet.
So, “Sepet” ni tak ramai sangatlah yang dipanggil.
Just bile member member or sedara mara nak wat lawak diorang akan panggil aku “Sepet” or!
Kalau aku tak dengar diorang panggil aku. Hehe~

“JenJen”
Panggilan ni hanyalah beberapa orang sahaja yang panggil aku dengan name ni.
Pengasas asal orangnyer of courselah aku kenal.
Panggilan ni aku dapat since aku umur lewat form 4 or awal form 5 macam tu lah.
Kire since aku kenal dengan orang tersebut.
Then, bile aku masuk UiTM ni adelah jugak beberapa kenalan yang panggil aku dengan name ni.
Tak ramai. Kire boleh bilang dengan jari jemari yang halus mulus lah kot.
Punca nama ni tidak dapat dikenalpasti.
Maybe sebab panggilan yang lain juga aku berikan pada beliau. Hehe~

Aku rase tu jerlah kot sejarah sejarah disebalik panggilan name aku disepanjang aku hidup ni.
Korang panggil lah aku dengan nama yang aku tahu & yang dah biasa dipanggil.
Jangan yang pelik pelik sampai tergeliat lidah nak panggil sudahlah ye!

So, peace people!

~ Jaa ~

~ The Famousbolous Question Ever AskeD ~

Ni adelah jenis jenis soalan yang agak sering orang bertanya kepada aku.
Bukan aku mereka cerita ye.
Soalan ni kalau nak diikutkan agak kerap jugaklah duk tanya.
Tak kire dimanepun.
Di sekolah, di kolej, di UiTM, pasaraya, jiran tetangga.
Abis sume tempat tanya bende yang same.
Macam diorang ni ade connection each other plak. Adehh~
Sampai aku kadang kadang tak larat nak menjawab.
Sebab pe?
Sebab jawapan yang aku bagi same jer sering kali duk bagitau.
Penat owhhh… Berbuih buih rasanya air liur ni. Nyum nyum!
So, kadang kadang kalau aku malas nak jawab aku banyak anggukkan kepala jer sambil senyum. Hehe~
Memberi “sign” itu lebih baik dari berkata kata.
Kadang kadanglah yer.

Ni adelah contoh soalan yang sering serik ditanya,

i)                    Eyh, ko ni ade mix ke?
Yes brother, sistah!
Cek memang ada mix pun.
Tengok mukalah ye.
Bapak I pure Malay sawo matang.
Mak I yang darah chinese putih melepak.
So, bile kite camtumkan Malay + Chinese = MaNese = Manis.
Tulah yang jadi kat anak anak beliau yer.
Hee~

ii)                   Ko boleh cakap cine tak?
Haa! Ni satu lagi masalah.
Mentang mentanglah muke aku ni chinese.
Of course lah tak reti!! Hahaha~
Yang aku reti 1-99, selamat pagi, selamat malam, cik, cantek, bodoh.
Haaa~
Ini aku hebat. Hehe~
Kire yang basic basic duk balajau dulu dulu tu oklah.
Itupun kalau tak lupalah. Hehe~

iii)                 Ko penah couple tak?
Wahh wahh! AMBOI berani sungguh ko tanya soklan macam tu kat aku ye.
Ok ok! Aku jujur.
Memang aku pernahpun.
Itupun skali jer.
SEKALI SAHAJA YA!
Terkandas di tengah jalan.
Just dapat bertahan 9 months 3 days jer.
So, skrang ni aku SOLO lah yer!
Single but not available.
Haaa! Not available ni bukan bermakna ade orang dah dijadikan pilihan.
No no no!!!
Not avail kat sini adelah aku belom ready lagi.
Takut terkandas lagi.
Orang terkandas kat lapangan terbang takpa, boleh diselamatkan lagi.
Ni takut terkandas kat dalam hutan. Takde sape tau. Tak boleh diselamatkan lagi.
Tak ke bahaya. Ish ish.
So, korang cubalah sedaya upaya. Hati aku tetap belom terbukak lagi.
So, silalah tunggu bile pintu pintu rongga terkopak nanti k! *big grin!*

iv)                 Panjang janggut ko ye.
Owh yes! Janggut ni boleh dikatekan trademark akulah jugak. Ahahaha~
Janggut ni tak silap aku, aku dah bela lebih dari 2 tahun.
KALAU TAK SILAPLAH
 Maybe 2 years 2-3 months camtu.
So, skrang ni dalam sesi nak membela sepanjang yang bolehlah.
Orang kate bela janggut ni sunnah.

v)                  Name pe? Nak panggil ko ni name pe ye?
Ok ok!
Since aku ni AGAK banyak jugaklah name name gelaran yang duk orang panggil kat aku ni.
So, like seriously, member member skolah aku dulu,
Diorang panggil aku name sebenar akulah "nazree".

Member member kolej & UiTM sume panggil name aku “zen”,  “nazree”.
“zen” tu kire name commercial lah bagi rakyat rakyat jelata kat sini.
"nazree" biasanya lecturerlah & orang yang kenai aku melalui kertas attendant bukan secara personally.

Bagi member member rakan laman sesawang facebook, twitter plak
Diorang ni lebih kepada ke name “sepet”, dan “zen”.
Ini adelah kerana name kat facebook aku. So, itu biasa jerlah.

Untuk keluarga keluarga besar plak nama “bob” akan lebih dikenali.
Name “bob” sebab ade sejarah disebalik panggilan tu.
Ceritanyer? Haaa~
Malas aku nak cter. Hee~

Ada satu lagi nama.
Ini unik bukan apa, ini adelah name yang digelarkan oleh beberapa orang sahaja yang pengasas asalnyer Adelah seorang gadis yang actually dikenali secara POP!.
Yang tau tu senyum sahaja.
Yang tak tau tu wat je tak tau ok!
Gelaran yang diberi adelah “jenjen”.
Dari mane dapat?
Akupun tak tau. Ehehehe~

So, panggil lah name yang biasa terlekat kat minda korang.
Asalkan bukan name yang pelik pelik dahlah sampai aku tak tau yang korang tu sebenarnyer panggil aku. Ok!

So, tu jer yang aku ingat wat mase ni.
Any question will be reveal later ok!
Or, ade pape soklan yang korang nak tanya, do ask me ok.
ANY QUESTION
I'll answer ur question with truthfully!
*peace*

~ Jaa ~

Tuesday, March 22, 2011

~ Aku Pelanggan SetiA ~

Hoish hoish hoish!!!
Fikiran nak blue kaler biru jer lebih! Ish ish~
Aku bukan pelanggan setia perempuan perempuan kat luar sane.
Aku jugak bukan pelanggan setia drugs!!
Aku jugak bukan pelanggan setia ke kelab kelab hiburan…
Rokok pun tidak! Apatah lagi sisha!!!
Tetapi!!! Aku merupakan pelanggan setia rangkaian telekomunikasi Maxis.
Haaa! Ini baru betoi. Hahaha~

So, kalau nak tau first ever hanphone number aku adelah Maxis yang masih lagi nombor yang same sampai skrang.
Tak penah tukar langsung. Tambah adelah. Itupun Celcom U Pax.
Mari mari.
Tengok dulu picca resit mase aku beli simcard ni.
Resit skali kotaknyer masih lagi disimpan elok & rapi dalam kotak rahsia. Hee~

Time ni aku nga duduk kat Segamat.
See, nombor bill pun cantek tuh!
Hahaha~

See.
RM20 je tuh skali airtime RM10
Time tu memang ni arr paling murah
Tak rugi langsung. 

See? Nak dekat 6 tahun lebih dah aku gune number ni.
Time ni kire umur aku lewat form 3.
Before result PMR kuar. Hehe~
Dulu dulu punyer simcard nak beli kemain mahal lagi.
Tambah tambah kalau number tu yang cantek cantek giler macam MiZZNina. Haha~

Nasib zaman aku beli ni kire murah.
RM20 jer.
Tak macam number kakak aku. Brapa ratus ntah die beli. Tapi! Number memang serius cantek gler arr.
Yang sayangnyer! Die dah tak gune number tu sebab sebab tertentu. Sayang gler! Suppose bagi kat aku jer. Tapi tu lah sis re3n tetap tak bagi aku gune number tu. Teruk! Teruk! Adehh~
Tapi, itu dulu punyer cterlah. Hee~

Reason aku tak tukar number ni adelah aku malas nak kene signup pe kejadahnyerlah..
Urusan urusan yang membuangkan mase aku jer.
Better aku simpan number ni because semua orang yang penah dapat number ni especially member member yang TER-lost contact ade jugak contact aku sebab still simpan number aku.
So, antara yang baguslahkan.

Aku kadang kadang tak brapa nak pahamlah kekadang girls/boys kat luar sane yang slalu tukar number tu.. Sebab pe eyh?
Yang aku taulah sebab break up dengan gf/bf lah. Reason diorang tak nak kene kacaulahh.
Alohhh.. Rileks sudah.
Aku takde hal pun.
Siap ade je contact masing masing even dah tak seperti dulu.
Ade hal baru contact. Takde hal, senyap sudah.
Kalau break up tu tak yah nak benci benci.
Jiwa tenang, hidup bahagia. Haha~

Plus, kalau main tukar tukar number ni wat susahkan orang lain jer nak kene save save pe sume.
Pastu, tukar lagi. Pastu, tukar tukar lagi. Then, tukar tukar tukar dan terus tukar... Ish ish…
Sampai kadang kadang ade 2-3-4-number dalam phone aku.
Pastu, bile message or call. Tak dapat. Tak dapat dan terus tak dapat.
Pe kes?
Kes die susahkan aku kalau ade pape hal sume.
Come on lah.. Tak yah tukar banyak banyak number.
Stick pada yang satu! Pasti lebih menarik…

Ehemm! ni dah lari topic.. hahaha~
So, sesiapa yang nak number aku nih?
Haaa~ Simple macam pimple tumbuh jer!
Salin salin!
0 1 2 - 3 4 x x 5 x x

Nak betoi betoi kasi kenai kite due dulu arr yer.
Tak sesenang yang di harapkan. Hehe~

So, Maxis! Anda tak perlu takut kalau hilang ramai pelanggan yang lain.
Sebab aku sentiasa akan gune number aku yang aku gune skrang ni...
Kalau Mister Ananda Krishnan ada baca blog aku ni. Hehe~
Kasi topup lah skit yer! Takpun bagilah pape rewards ye!
Thanks!

 ~ Jaa ~

Thursday, March 3, 2011

~ Keluhan DirikU ~

Kisah ini adalah berputik pada February 27th 2011 at about 0215 early in the morning.

"malam ini aku merenung disebalik sisir sisir tingkap yang gelap,
aku perhatikan sekeliling,
seperti biasa, rutin kejiranan pada ketika ini adalah beristirehat.
kerana esok adalah hari bekerja bagi wilayah utara yang aku duduki ini,
di negeri jelapang padi.
aku? masih terlalu awal untuk aku beradu,
paling kurangpun jam 0300 barulah mata aku mula terasa berat untuk melelapkan mata.
 untuk aku, hari ahad merupakan hari untuk aku meneruskan istirehat dirumah yang begitu berselerak ini
biasalah, rumah bujang.
pasti pakaian bergelimpangan dimerata-rata tempat,
botol mineral yang kosong juga menghiasi diatas lantai lantai,
'snack' bersepah-sepah.
sebut saja 'snack' apa yang dimahukan
Lay's? Chipsmore? M&M? roti krim?
kesemuanya pasti ada.

rutin harian aku adalah sangat membosankan,
bosan yang tidak berpenghujung,
selagi mana jari jemari aku ini tidak dapat menggeletek keyboard seperti harianku sebelum ini,
selagi itulah kehidupan aku yang membosankan.

aku merenung kembali disebalik sisir sisir tingkap yang gelap ini,
aku cuba ilhamkan sesuatu mengenai penulisan,
tetapi, kegagalan yang muncul,
seolah olah mindaku ini beku untuk seketika,
aduhh! aku mengeluh kehampaan.
tiada idea mahu aku karangkan.

aku merenung ke langit,
sambil meninggalkan senaskah buku kertas kajang bersama sama sebatang pensel mekanikal,
aku cuba tinggalkan perasaan itu buat seketika,
aku cuba untuk menghayati keindahan malam yang dingin ini,
sambil dihidangkan dengan gemerlapan cahaya cahaya matahari yang terpancar ke atas para bintang di langit,
aku senyum tanda ketenangan,
tenang dari segala galanya.

aku pejamkan mataku,
tiba tiba, aku cuba untuk merenung kehidupan aku dimasa hadapan kelak,
mampukah aku untuk membahagiakan orang yang aku sayangi?
mama, bapak, abang, kakak, sedara mara, teman teman rapat, teman yang kurang rapat
ataupun bakal teman istimewa nanti?
mampukah aku untuk menghadapinya kelak?
mampukah aku untuk menjadi insan yang berjaya dimata mereka?
mampukah aku untuk menyara kehidupan keluarga aku kelak?
mama, bapak.

walaupun cita-cita aku semasa dibangku sekolah memang tidak dapat aku kecapi,
tetapi, cita-cita baru yang ditanam harus aku usahakan,
itulah perkara yang ingin aku buktikan,
buktikan pada keluarga, teman teman, jiran tetangga,
aku mahu buktikannya selagi badan dikandung hayat,
selagi senyuman yang masih mampu terukir di pipi mama dan bapak.

setiap saat yang berdetik memang tidak dapat dikembalikan lagi,
ia sudah diibaratkan sejarah buat diri kita,
jika sesaat itu adalah perkara yang baik, maka senyum kerianganlah diri ini,
jika sesaat itu adalah perkara yang kurang baik, maka kekesalanlah yang akan menyelubungi diri.
aku masih menanti,
menanti jawapan yang bakal menjelma,
dan aku berharap ia adalah perkara yang paling manis dalam hidup aku.

aku bukakan mata,
aku mengeluh...
keluhan itulah yang perlukan sedikit usaha untuk berjaya,
keluhan itu jugalah yang akan membawa diri kita ke arah yang lebih baik dimasa hadapan kelak."

~ Jaa ~

Sunday, February 20, 2011

~ Dell XPS14 Vs Apple IpaD ~

Ok!
Since lappy aku meletop aritu,
Terus aku survey which lappy yang gempak + murah
Dah takut nak beli mahal mahal skrang ni
Bukan pe, takut rosak jadi macam Lappy Vaio aku aritu
Adehh~

Pada mase tu, kepala otak aku just fikir
IPAD, Dell XPS jer
No more Sony Vaio
Hehe~
Sony Vaio aku tu aku dah gi hantar ke Sony Center ari Jumaat lepas
In one week, diorang akan call bagitau pe masalahnyer skali anggaran harge baiki
Kalau boleh dibaiki, lappy tu akan ku serahkan kepada bapak aku
Pasni, abislah. Silap aribulan bapak bukak facebook
Memantau anak beliau berfacebook
Adehh~
Bahaya ni. Haha~

So, selepas di-survey kedue due jenis model ni
Aku tertarik dengan Dell XPS14
Die ade 2 pilihan model for XPS14 yang berharge rm3299 & rm3699
So, aku pilih harge yang murah lah kan
Mahal mahal takdak duit abaq ank
Adehh~
Tapi beza untuk kedua due tu just dari segi RAM je
The rest, sumenyer same
And of course features die serius superb
Yang bestnyer sebab die gune processor i-7
Video card die 2gb NVIDIA geForce GT425m
So, sesuailah untuk aku yang jenis suke ber-gaming, online memanjang & bermuvie ni
Walaupun harge die adelah rm3299 di pasaran
Tetapi aku dapat special price
Diskaun hampir rm550-rm650
Macam mane? Haa~
Sebab, ade pertalian yang bekerje kat Dell
Then, minta untuk dibelilah untuk aku
Damn great!
Kalau nak tengok feature die yang selebihnyer tu
Sila lawat SINI

For Apple Ipad
Kawan sis re3n ade gune Ipad ni
So, sis re3n pun tanyelah kawan beliau itu yang bernama akak mulan
Ipad ni banyak jugaklah kekurangan die
Die just sesuai dijadikan sebagai second lappy
Tu jer. Sebabnyer, walaupun hebat dari segi modennyer
Tapi, kurang sesuai bagi aku yang sukekan pelbagai perkara untuk dilakukan
Dengan memory yang rendah
Software kebanyakkan tak boleh yang ciplak, kene yang original sahaja
Kene ade special usb untuk transfer pe sume barang
Adehh~
So, agak sukarlah untuk aku ni
Walaupun harge die boleh dikatakan sangat mampu untuk dibeli
Tapi, kalau kene tambah accessories die pe sume mau gak arr harge die melambung nanti
So, takpalah, maybe next time aku akan beli untuk dijadikan second lappy aku
Bile? Haaa~
Bile dah kejer
Hahaha~
More detail, click HERE

So, dengan ini aku berjaya untuk booking Dell XPS14 sebagai lappy baru aku nanti
Mase penghantaran Dell adelah 14 hari
So, aku masih lagi menunggu jawapan akhir dari pertalian aku tu untuk confirmkan harge lappy tu
Lepas je confirm, terus beli
14 days later, barulah sampai ke tangan aku
Lepas tu, lepaslah gian aku nak online, main game, nengok muvie
Haaa~
Tak sabar nak tunggu hari tu
Hahaha~

Tapi, satu perkara yang kureng menggembirakan
Kali ni kemungkinan besar takkan dapat dana dari parents untuk lappy ni
So, terpaksalah aku menggunakan duit simpanan nak bayar
Tapi, bapak ade kate nak bagi dana rm500
Hurm... Harap harap dapatlah
Kurang skit bebanan aku


Ni adelah rupe dell XPS14
Sumber akak google



Ini pula Ipad
sumber akak google

~ Jaa ~