Monday, June 27, 2011

~ Cerita Kawen LagI (2) ~

Now aku kuatkan jugak jari jemari aku untuk update entry ni.
Suppose malam semalam aku wat.
But then, tibe tibe mood nak menulis takde plak.
Sorry!

So, on my previous entry buat pasai Majlis Akad Nikah.
Now, aku wat hari bersanding bagi pihak perempuan plak.

Majlis ni buat pada June 11th 2011
Dekat Dewan Gemalasari Bangunan Risda kat IbukotarayakU, Key Ill.
Time untuk bersanding adelah jam 1300.
So, kami yang pihak pihak lelaki ni dah kene ade kat sane around 1230 lah kan.
In case tetibe pengantin datang awal tertunggu tunggu plak kami ni.
Hehe~
Tempat untuk VVIP (jemputan pihak lelaki) adelah terhad kepada 50 orang sahaja.
Disebabkan aku ni pn adelah wakil dari VVIP, so akupun tercalonlah gak. Haha~

Bile pengantin dah sampai, kamipun terus pergi ke tingkat 1 iaitu dimane dewan tu terletak.
Bergambar sementara di luar kemudian bile kaum keluarga pihak perempauan kata "silakan masuk"
Jadi kamipun mulakanlah langkah masuk ke pintu gerbang.
Dewannyer tersangat lawa!
(walaupun aku dah tengok malam sebelomnya cz ade urusan buat kat sini. hee~)
Kemudian kami berarak ikut blakang pengantin
Then bile pengantin pergi ke tempat bersanding
Kamipun carilah meja duduk.
Yeahh! Betol betol depan pengantin kami pilih.
Senang nak nengok nanti.
Hee~

Kemudian bacaan doa pe sume...
Tibelah makan time!!!
Yeehaa!
Part paling aku suke yuk!
Akupun makanlah makan dan terus makan.

Kami memang macam ni. Suke berebut skit. Hehh~
Kemeriahan sepupu sepapat kami! :)

Dah nak abis sepinggan dah ni.
Tetibe kazen aku (adek pengantin) ajak aku duk skali kat meja beradab suh teman die.
Erkk!
Ade aku malu?? Wahahaa..
Takdenyer!
Aku stop makan & akupun pergi arr makan kat meja beradab.
Makan lagi 2 pinggan.
Memang mengah arr tapi berbaloi.
Sebab meja beradab makanan die specialkan.
Sume tolong hidang plak kat aku.
Petik jari je nanti die mai buh. Hehehe~

 Makan makan.
Walaupun name die "makan beradab" tapi aku makan biasa jer.
Kadang kadang ade adab kadang kadang takde adab. Hehehe~
Just kidding!

Bergambar di meja beradab!!!

Bile dah settle makan pe sume.
Time untuk bergambar arr plak.
Kami jerlah yang bergambar sebab time ni upacara potong kek & merenjis & "mencampak".
Kalau korang orang Perak memang taulah ape tu upacara "mencampak".
Aku pun first time tau ooooo...

Bile dah settle pe sume, picca time!!

Saya orang VVIP

 *dengan izin ye keluarga PakUsu & MakUsu

 The cousins!!
Tapi tak sume yang ade dalam pic ni.
Ade yang segan or maybe malas or ntah. Hehe~

Haa!
Kenai tak mereka berdua ni?
Yang Merah tu Blogger Ain & yang Hijau tu Blogger Re3n
Blogger Ain baru je kawen gak.
So, harap tak terlambatlah ye nak wish "Selamat Pengantin Baru" buat anda dan pasangan anda.
Semoga kekal hingga ke akhir hayat!

So, bile dah agak lame kami kat sane tibelah untuk kami berangkat pulang.
Before that!
Gambaq sebijik!


Ok!
Jom Balik!

~ Jaa ~

Saturday, June 25, 2011

~ EgoistiK ~

Setiap manusia di dunia ni mempunyai salah satu perangai iaitu EGO.
Ego memang tak boleh lari dari sifat manusia.
Samada sifat itu yang positif or sebaliknya.
Hanya kerana ingin menjaga diri sendiri maka habis tidak dibiarkan yang lain.
Yang bagaimana?

Yang positif, sebagai contoh, mengelakkan diri dari melakukan kancah maksiat.
ITU PERLU!!
Ego untuk mengelak perkara yang berdosa.
Dan ini memang bagus untuk diamalkan.

Kalau yang negatif.
Hanya mementingkan diri sendiri tetapi tidak pada orang lain.
Ini kerana menganggap dia sajalah yang betol.
Sukar untuk mengaku kesalahan diri sendiri setelah apa yang dilakukan.
Ataupun ingin menunjukkan dia sajalah yang hero.

Sebenarnyer aku nak cerita mengenai diri aku.
YES! I admit yang diri aku ni mempunyai ego yang agak tinggi.
Kadang kadang aku sendiri tak pasti samada ego aku ini yang jenis positif ataupun negatif.
Kadang kadang aku takut nak buat salah.
Kadang kadang ego aku buat orang berasa bersalah.
Aku degil! Kadang kadang berhati batu jugak.
Keras kepalapun sama saja.
Kadang kadang aku tak berapa fikirkan perasaan orang sekeliling.
Kadang kadang aku hanya mementingkan diri sendiri saja.
Tapi, tindakan aku bile sesuatu perkara adalah berdiam mengelak dari bercakap cakap.
Tapi, lebih kepada penulisan sebagai luahan.
Sebagai contoh, di wall fb, di blog ini juga malahan di tweet tweet jua.
Aku tidak berkata kata kepada dirinya.
Bukan kerana aku takut.
TIDAK! Tapi, itulah aku.

Yang sebenarnyer aku sangat mengambil berat pasal seseorang tuh walaupun aku menyepi.
Sebenarnyer aku sangat sayang akan seseorang tu walaupun aku berdiam seribu bahasa.
Sebenarnyer tiada langsung perasaan benci walaupun aku mengelak akan sesuatu.

Maaf! Aku memang ego!
Kadang kadang ego aku tak bertempat!

Bile kite ego kite sukar untuk meluahkan perasaan ini.
Kite rela untuk berdiam dan menunggu ia datang dengan sendiri.
Apabila ia datang kite wat endah tak endah.
Bile ia pergi barulah kite terasa sangat akan kehilangannya.
Benar! Dan itu memang benar!
Maaf!
And i wont do that again!

"I Am Of Nothing Special
I Am A Common Man
I've Led A Common Life
There Are No Movement Dedicated To Me And My Name Will Soon Be Forgotten
But I've Loved
Another With My Heart And Soul And To Me
This Has Always Been Enough."


~ Jaa ~

Friday, June 24, 2011

~ Cerita Kawen LagI ~

Kali ni aku nak story pasal kawen.
Entry before this pasai aku bercutikan.
Haa..
Aku dah kate kat sume member member aku yang schedule aku memang busy.
Mesti ade je aktiviti tiap tiap minggu.
Sampai kadang kadang aku pun naik pening.
Hee~

Yang kawen kali ni adelah kazen yang paling rapat arr.
Dan! Ni antara kazen yang pecah rekod arr yang kawen.
Cz, kawen pada umur yang muda.
25 year-old!
Before this paling mudapun KALAU tak silap aku umur 27 tahun.
-Brother hafiz-
Hehh. Dah sampai seru dak?
Dari menanggung dosa yang kite tak tau baik dirikan masjid jer.
Kan kan kan??
Hee~

So, Normally yang majlis kawen mesti 3 hari.
1st day - Akad Nikah
2nd day - Resepsi belah perempuan
3rd day - Resepsi belah lelaki
Ini antara adat melayu kitelah yang slalu buat.
Dan tu jugak yang sedara mara aku buat.
Dah menjadi budaya dalam kehidupan kawen kawen nih.

So, aku mulakan dengan cter Majlis Akad Nikahlah ye?
Kazen aku nikah pada June 10th 2011.
Kire 2 weeks ago arr.
Wat kat salah sebuah masjid kat area area Key Ill.
& ekceli, kami sekeluarga dah berkampung kat umah kazen ni dekat seminggu yang lalu.
Kami tolong tolong bungkus sume doorgifts, masak cookies, etc.
Sangat banyak ye!
Bende ni lah yang aku paling suke buat.
Tolong menolong itukan perlu!
Jangan ade perasaan malas & segan.
Ini sedara kita!
Esok esok kite kawen, diorang ni plak arr yang akan tolong kite buat segala jenis mak nenek bende tau!
Hahh! Berceramah plak aku.
Wahaha...

Back to the story.
So, majlis akad nikah ni mule jam 1000.
Tapi, time tu ade satu lagi pasangan meng-akad pada hari yang sama.
Suppose diorang jam 0900.
Tapi, tok kadi datang lambat.
Then, buatkan skali arr due due pasangan.




Ni adelah hantaran pihak lelaki ke pihak perempuan
*ehem! ade 3 gubahan tu aku yang buat. hehe! nak amik name gak nih!

Yang ni plak hantaran perempuan ke pihak lelaki

Dengan hanya sekali lafaz sahaja, kazen aku dah jadi suami orang yang sah!

Ececeyh~
Penat sume orang duk bahan kazen aku ni. Hehe~

 Yang ni pun same, kene bahan gak ngan makcik pakcik.
Opps! Aku pun tak ketinggalan gak nak bagi bahan, Ngahaha~

 Bile agak agak dah selesai, pa lagi!
Aku wat arr muke tak malu aku nih. Ngeh!
Sebok je 2 orang makcik kat blakang nih! Haha~

 Terasa seru aku dah sampailah.
Sape nak masuk minang aku nih??
Mai mai antar resume!

After that, kami sume pi arr makan kat tingkat bawah masjid ni.
Lepas makan kami sume pergi ke rumah pengantin perempuan
Cz makcik pakcik sume sebok nak tengok bilik pengantin macam manekan. Hehe~

Akupun sempat masuk bergambar dalam bilik pengantin.
Opps! Ramainyer BIDADARI aku!
Sampai 5 orang skali gus!
Perghh! Syurga aku macam nih!
Ngahaha~

Kepada Akak Farhana!
Selamat datang ke keluarga besar kami!
Kami semua amat mengalu-alukan kedatangan akak dalam keluarga besar kami.
Selamat Pengantin Baru!!!
Semoga kekal hingga ke akhir hayat!
Aminn~

Puan Nor Farhana & Encik Khairul Anuar

p/s - resepsi belah perempuan akan di buat pada entry yang baru.

TQ!

~ Jaa ~

Wednesday, June 22, 2011

~ Saya Paksa Juga Untuk Menaip . * Percutian Ke Lang IslanD (3) ~

MAY 27th 2011 (Friday)
Pagi ni turn my sis & me yang pergi breakfast.

Muke pagi aku yang terasa sangat suci

Balik jer.
Guess what? Erghh!
Dahlah tak mandi.
Terus gi Langkawi Fair kot kami sekeluarga. Haha~
Memang muke tak heran dahlah.
Pusing pusing, takdak pa pun sangat.
Sama macam shopping complex yang murah murah tuh. Hehh!

Di depan Langkawi Fair

So, agak agak nak tengahari kami balik ke hotel cz nak siap siap nak gi solat jumaat nih.
Haa! Jalan jalan gak! Solat jangan lupa! Huhu~
Yang paling bestnyer solat jumaat kali ni sebab dikhutbahkan & diimankan oleh Datuk Harun Din.
Memang terasa macam, wahh! Nikmat sungguh haritu.
*walaupun diri aku tersangatlah mengantuk. serius tak tipu!
The best is, mama kautim sama receptionist mintak kebenaran untuk check out lambat skit.
Around 1500 baru kami check out instead of 1200 kan? Hee~

So, kami terus ke jeti sebab mama nak dah nak start memborong dah ni.
So, dapatlah 4 set kot gelas, bla bla bla...
Akupun dah tak ingat pe yang beli.
Unfortunately, mama tak beli pinggan mangkuk sebab fikir nanti nak balik naik flight.
Rugi rugi!!!
Maybe next time datang ngan keter sendiri kot mama cakap.
Bile tu je yang jadi persoalan. Hehe~

Bile dah borong kamipun jalan jalan ke Makan mahsuri.
Masuklah dalam nengok ape yang ade.
Disebabkan aku ni sejarah tak pandai,
So, bende ni sangatlah membantu aku untuk kenali apa itu Langkawi. Hee~



 Pemain pemain caklempong yang dapat perhatian orang ramai o0o0o0oo...

 Ini makan Mahsuri tersebut

 Ni telaga ORIGINAL tau!
Orang sane siap wat jual lagi air telaga die.
*tapi, selepas dirawat arr..

Ade satu muzium tu tak dibenarkan amik picca.
So, aku just baca jerlah sejarah keturunan si Mahsuri ni.
Mahsuri ni lah yang menyebabkan 7 keturunan yang darah putih tuh.
Haaa.. Bagi sesiapa yang tak taulah. Hee~

Lepas tu, gi ke pantai chenang nak cari sourvenir lagi.
Pusing pusing. Best! Makan anginlah katekan.
Sebab dah takde bende nak dibuat.
Shopping sudah, makan pun sudah, so, tiba untuk jalan jalan saja.
Bile dah dapat.
Kami ronda ronda kat tepi airport.
Pekena plak cendoi.
Biasa jerlah. Tak sedappun. Hehe~
Then, bergambar skit skit.
Around 1900, kami ke airport walaupun flight jam 2100.

 Muke tak cukup tito. Hehe~

Aku rase dah macam mat rempit jer duhh. Ish ish...

Rileks chill sambil duk check in sume bende.
Kemudian, kamipun terbang sudah pulang ke rumah kesayangan.


Pelancong KOREA nak balik rumah dah. Hehehe~

Kat LCCT big bro yang datang jemput.

Selamat sudah sampai di bumi LCCT!

Sampai rumah, makan, mandi, segala suma, online jap pastu tito arr puas puas..

Ni sourvenir yang sempat aku rembat.
Hehe..
Ade sape sape nak?
1st come 1st serve.
Takde main hold hold ye!
p/s-tinggal keychain saja yer! Choc dah abis ditelan dah. Hee~

~ Jaa ~

~ Saya Paksa Juga Untuk Menaip . * Percutian Ke Lang IslanD (2) ~


PERHATIAN, ENTRY INI MENGANDUNGI SEBANYAK 38 KEPING GAMBAR


MAY 26th 2011 (Thursday)
Harini bangun awal sebab jauh lagi perjalanan nak round round satu Lang Island ni.
So, contactlah satu kreta sewa ni.
Macam Celak A!
Orang nak sewa keter, tapi langsung tak mesra pelanggan tul!
Then, mintak kat receptionist hotel nombor sewa keter.
Dapatlah satu tu. Confirm dah!
Jam 1100 mesti sampai depan hotel orang tu cakap.
Then, kami tunggu kat lobi 1050.
Tunggu dan tunggu.
Untillah 1115 tak sampai sampai lagi.
Bile dah 1130, call & tanya apsal tak sampai lagi?
Boleh die cakap yang suppose keter bagi kat kami tu orang die gune gi beli barang.
Tak ke sakit ati dengar?
Cz, dah janji kot.
Bapak aku teruslah tak suke (seorang yang sangat tegas bila melibatkan janji),
Then terus call agensi lain nak sewa.
Dapatlah sorang ni.
Uishhh~
Orang kampung rupenyer.
Orang negeri sembilan.
Pa lagi terus kuar arr bahasa nogori dia duk sembang.

Kami sewa keter MyVi saja.
Cz, jimat minyak & senang nak bawak & senang nak parking & yes! senang nak main cilok cilok nanti. Ngeh!
Sewapun murah!
Rm110 saja untuk 2 ari.
Sampailah ke airport esoknya.


So, dekat Lang Island ni aku jerlah yang jadi tukang driver.
Nyatakan saja mana tempat nak pergi.
Takde hal arr. mesti sampai punyer!!


Then gi isi minyak RM20.
Shell, Lebih KILOMETER Oo0o0o0o0~

1st destination adelah GUNUNG MAT CHINCHANG.
Tapi, before that, singgah jap kat Telaga Pearl Harbour solat zuhur.
Then, bergambar skit skit.


 Its me!

 Sis Re3n yang alahhh.. Gedik! Wahaha!

Sexy back yaww My Dad! Hehh!

Baru terus ke kaki gunung.
Unfortunately, hari hujan.
So, kene tunggu jap baru boleh naik.


Di depan pintu gerbangnya!

So, tiket adelah mahal ye!
RM30 for adult & RM20 for kids.
Cz, harga dah naik sejak 2 bulan yang lalu.


 Harge seperti berikut.


The tickets!

Kat gunung ni ade 2 platform.
1 & 2.
Ketinggian pun berbeza.
Yang 1st 652.5m, & 2nd 705m.
OK! I ADMIT yang aku ni memang fear of heights!
Daimm!
Bende ni memang aku takleh nak buang dari perasaan aku.
Memang kecut perut arr coottt bile duk dalam tuh.
Dahlah tahap ketinggian die sangat sangat menakutkan dengan gaung yang perghh!
*kalau cable car genting lain. cz, gaung die biasa biasa jer. tak terasa sangat.
Yang ni? Wat sesak nafas aku jer.
Wuhh!
*mengucap dua kalimah syahadah saya tau.



This is how my face look if im afraid of heights. Wahaha..
My mum rileks saja. Takde perasaan sungguh! Ish ish..


Ni dekat 1st platform.








Kemudian naik ke platform 2 plak.

Disebabkan cuaca kurang menarik pada haritu, so, tak dapat nak gi ke jambatan gantung.
*ataupun aku gelarkan jambatan maut! wahaha...





Tapi, teringin nak naik.
Tak kesahlah aku merangkak sekalipun kat jambatan tuh.
Ape aku kesah.
Kalau nak malupun, haritu jer.
Pastu takde dah nak kenai kenai diorang kat luar nanti. Hee~


Itu dia jambatan maut!



Mase nak naik ke tingkat atas.
Abis basah lens. adehh~


Dapat gak skodeng gurls kat blakang gunung sane. Ngahaha!!!

 Yehaaa!

Bile dah banyak sangat bergambar .
Then kamipun chowlah.
Then, bile dah turun tu.
Reronda jap kat Geopark ni.
Bergambar lagi!


 Peta Peta!!

 Bile dah turun bawah skitpun tak hujan dah. Adehh~
Abis rambut aku haritu.
Rosak rosak! Ahaha~

 Akukan Korea. Owh! Seronok dapat jumpa bendera negara kat negara luar. Ngehh!!

Aku terasa macam comel plak muke gaya ni. Wahaha!


kami singgah balik ke Telaga Pearl Harbour.
This time betol betol kat kapal layar.






Then, singgah jap kat Nusantara Minyak Gamat.
Belilah mama & bapak minyak minyak pe sume.


 Nak jadi duta gamat Nusantara boleh tak? Hurmm...

Blajor pasal gamat nih. Lai lai~

Then, ke pantai chenang kejap usha usha kedai.
Then, ternampaklah kedai choc!
Turun beli lagi. Wuhh!
Nikmat nimat DUNIA sungguh!


Dapat rembat lagi choc!!!


Kemudiannya, barulah ke Dataran Helang.
Bergambar sakan.
Baru balik hotel nak bersihkan diri.



Macam Hamis Jalikha Tak?
Erk! Hamis! Jangan marah ye. Hehe~


 Yamchaa!! Yehaaa!

 Kakak Saya Yang Tak Malu Berdiri Di Atas Keseorangan . Hehehe~

 Bergambarpun kene beratur. Ish ish...

 My turn! Hehe~

Malamnya, kami gerak nak gi makan.
Before that ade plak ala ala uptown. Dekat jugak dengan hotel.
So, singgah jap.


The Uptownmaniac! Hehe~

Then, singgah kedai kedai pinggan mangkuk, cawan mawan ni.
Cz, mama duk usha nak beli nanti.
Then, bile perut dah wat orkestra, terus gi cari makan.
Dapatlah satu kedai ni.
Owhkeyh! Sangat famous.
*sebab time tu nga final badminton beregu perempuan duk lawan china kot.
Buku menu die pun style! Hehe~
*sis re3n penah cakap yang kalau tak silap kedai ni penah masuk blog jugak. orang datang makan kat kedai ni. so, kire oklah kot..
Macam macam diorder sebab sangat lapar.
Hargapun biasa biasa jerlah.
& YES! Sedap! Kire perut aku boleh diterima arr..



 The menu...


The foods! Nyummy!


Pastu balik rehat & esok last nak ronda ronda Lang Island nih!

~ Jaa ~