Friday, February 18, 2011

~ ATM Drive-ThrU ~

Currently, I'm home babey!!!
Ahaha~
Selepas beberapa hari tak dapat nak online sebab lappy meletop hari tu
Skrang aku kat rumah rembat lappy sis re3n gune
Yeehaa!

Ok ok!
Pe yang aku nak cter ni adelah perkara yang aku nampak semalam
Actually aku sampai kat rumah ni around 0300
Pulang bersama big bro
Mase dah nak sampai tu saje lalu ke Damansara
Then, lalu lalu dan lalu
Then, berhenti di salah satu traffic light sebab merah
Hurmmm.....

Pastu, mate aku ni pun melilarlah ye
Aku pandang kiri
Ku pandang kanan
Dikau tiada......
Risauuuu~
Eyhh!
Ternyanyi plak. Hahaha~

Aku pandang kiri and kanan
Then, dekat depan belah kanan ade satu pam petrol
Pam petrol kaler hijau
Pahamlah kot ye? Hee~
Pastu, saje nengok sign board pam petrol tu
Kan biasa ade mercu tanda kat setiap pam petrol yang ade lambang kad kredit, fastfood etc..
Then, adelah satu label bank harimau kaler kuning
Ade 2 sign untuk bank harimau tu
Dekat atas tanda office bank harimau
Dekat bawahnyer tu die tulis "ATM drive-thru"
Aku terkejut!
Serius! Haa??? ATM pun ade drive-thru jugak ke?
Camne rupe die? Haha~
Aku pelik time tu.
Then, lalu kat tepi pam petrol tu a'ah!
Betoi arr drive thru.
Kat tepi bangunan bank harimau kuning tu ade mesin build-in ATM
Tak banyak, satu bijik je.
Maybe takut kene pecah rembat kot. Hehe~

Itu adelah first time aku nampak
Tak penah jumpe kat mane mane pun before this.
Wuhh~
Pastu aku duk terfikir sorang sorang time tu.
Gler sempoi nak kuarkan duit
Bawak keter, stop, cucuk duit.
Pastu, datang perompak potong tangan, amik duit terus blaaaa.
Hahahaa~
Tak ke bahaya camtu?
Ish ish...
Terlalu moden sampai takut kot nak gune camtu.
Baik cucuk duit kat ATM dalam bangunan bank tu lagi bagus
lagi selamat
Hurmm...

So, tu je senornyer aku nak bagitau
Excited tau nyah! Haahaha~

~ Jaa ~

Wednesday, February 16, 2011

~ KesepiaN ~

Puas memerhati disetiap ceruk dan penjuru
Tetapi masih tiada jawapan yang diingini
Setiap perkara yang dilalui
Pasti akan ditepis, mengelak dari dilalui untuk dicuba
Semakin lama ia ditinggal
Semakin biasa untuk dihadapi.

Bila keseorangan melanda diri
Pelbagai perkara yang cuba ditafsirkan
Seolah-olah membiarkan hati bermonoloq kesayuan keseorangan
Berbicara dengan rupa yang seakan-akan iras diriku
Tatkala aku menyoal, pasti dia akan menjawab
Sehinggakan perasaan itu pudar dan hilang dibayangan.

Semakin lama ia dibiarkan
Selama itulah ia menjelma
Kadang-kadang tidak dapat dirungkaikan
Kerana jawapan yang muncul begitu pelbagai
Semakin lama semakin rumit untuk dicari
Bagaikan mencari cahaya bulan dicelah langit yang gelap.

Setelah dicuba dan ia gagal dipertengahan jalan
Halangan yang tiba tidak dapat ditepis lagi
Akhirnya aku akur dan aku lepaskan
Pelbagai pula yang menjelma dan juga pergi
Yang menjelma kata "selamat tinggal", yang pergi kata "bubye"
Kini, barulah daku tahu jawapan yang sesuai dengan diriku
Jawapan yang dicari adalah "kesepian".

~ Jaa ~

Wednesday, February 9, 2011

~ Gudbye My Beloved Lappy VaiO ~

Yesterday (February 8th 2011),
My beloved Lappy had exploded.
Arghh! Now, i cant surf internet, watch muvies, series, listen to the music as usual.
Now, i have nothing to do.
Just watching tv everyday, every minute & every second.
Hurmm....

To be the truth
I dont know what exactly happened to my Vaio Lappy.
The last time before it explode,
I think it is because of overheated.
When i was surfing the  internet,
I put my lappy on top of toto.
For about 15-20 minutes later,
I heard a sound like "POP" on my left board.
I was surprised dude!!!
"What was that!?"
Then, suddently, the screen turned to blank.
Damn!
What happened man!
Arghhh!

I've tried many times to switch on back my lappy
but it didn't work.
Still blank...
I'm quite nervous.
Nervous nervous nrvous...
Hurmm...
Just, be calm.

Now, seriously i need a new lappy or Ipad to replace my vaio lappy.
Papa! I hope u can hear & understand me.
Hee~
I dont mind if it cheap or else.
As long as i have a new lappy it is quite good for me.
It woud be much much much appreciated to me.
Hurmmm...

Now, the hardest part is how i want to "pujuk rayu" my parents.
How to convince them?
Because i cant get a new lappy in a short time.
I cant wait!
I ketagih nak online maa..
Hahaha~
HELP MEEE!!!

~ Jaa ~

Monday, February 7, 2011

~ Percutian Keluarga BesaR ~

This time kami keluarga keluarga besar rancang nak pergi holiday ke Pantai Timur
Iaitu Negeri Kelantan.
Suppose cuti december lepas tapi Sugar Daddy kawen & ade yang amik SPM & STPM
So, kene tangguh ke cuti raya cina kali ni.
Takpa, asalkan jadi.

Kali ni 5 keluarga je yang dapat follow iaitu
My Family - 4 orang
PakChek - 3 orang
PakTeh - 5 orang
MakAchik - 3 orang
PakUsu - 5 orang
Total = 20 orang
Ramai jugaklah. Itupun ramai lagi tak dapat nak join sekaki sebab kene kejer time cuti cuti ni.
Adehh~
So, kami gerak 4 kereta semuanya.

Kami pergi ari khamis (Feb 2nd 2011) lepas.
Kami gerak awal pagi gler kot!
Sebab pe? Sebab nak elak jam yang teruk kalau gerak lewat lewat.
Malamnyer tu, kami semua menapak kat rumah PakUsu kat Key Ill.
Sebab dah dekat skit nak gerak ikut kot Pahang-Terengganu-Kelantan.
Dah kate Pantai Timur, memang lalupun kot pantai timur gak arr.
kami gerak jam 0445 dipagi hening bute.
Wuhh~
Itupun dah banyak gler kot kereta yang ade kat atas jalan raya.
Adehh~

Kami sampai ke destinasi dalam tengahari camtulah.
Kat Kelantan kami sewa rumah banglo.
Murah je, RM150/night.
Kami lepak kat Kelantan 3 hari 2 malam.
Segalanya lengkap.
Perabot, pekakas dapur, bilik berair-cond.
Sangat luas!
Rumah tu actually member bangah punyer, so, kami dah tempah awal awal.
Senang skit.

Selama 3 hari ni takdelah banyak sangat tempat yang dipergi,
Sebab banyak masa habis untuk shopping saja. Huhu~
Yang sempat dikunjung adelah,
Makan kat Restoran Yati Ayam Percik (member mama belanja kami sekeluarga besar)
Wakaf Che Yeh
Rantau Panjang
Gi rumah mak angkat kakak kat KB.

Tak sempat pun nak pergi PCB
Pasar Khatijah
& tempat tempat yang best.
Huhu~

Then, hari terakhir iaitu hari ke-3.
Suppose kami pergi ke Terengganu plak,
But then, keluarga aku tak dapat nak ikut sama
Sebab kami gerak ke arah utara.

Mase OTW tu, bapak singgah ke Tanah Merah
Nak shopping kat sane plak.
Beli keropok & macam macam lah.
Then, kami ke Gerik plak.
Solat Zuhur & makan tengahari kat sane.
Pastu, kami lalu ke kuarters bapak duduk dulu mase kejer kat Gerik ni.
Banyak kenangan ade kat sini.
Keadaan sekelilingpun dah banyak gler berubah.
Dari segi pembangunanlah.

Pastu, kamipun gerak arr ke Sungai Petani plak.
Kami singgah ke Tanjung Dawai plak sebab mama nak beli ikan bilis & pe bende ntah lagi.
Pastu kami lepak satu malam kat rumah sedara.
The next day, we went to kenduri kawen plak.
Kire anak kepada 2 pupu bapak kawen.
Kami anak anak ni kire pangkat camne eyh?
Pening pening. Hehe~
Yang pasti 2 pupu bapak ni kami panggil MakUteh & PakUteh.
Diorang ni duk kat Selangor.
Dekat je ngan rumah aku.
Dah jodoh dengan orang Sungai Petani,
& nasib kami ade kat sini, lehlah join skali.

Pas dah makan pe sume, hantar arr plak aku ke rumah sewa kat Merbok ni.
Pastu, mama, bapak & kakak terus shoot pulang ke Selangor.
Dalam jam 1700 camtu gak arr gerak pulang.
Sampai jam 0330 kot.
Mesti jam teruk gler.
Ish ish ish~
Aku dah siap membuta dah kat umah.
Hee~

Selama 4 hari ni, sejauh 1100Km+ dah aku berjalan.
Penat gler!
Serius!


Ni lah suasana pagi tu.
Sejuk gler abaq hangpa suma.. Hahaha~
Kabus saja kiri kanan.

See...
Jarak penglihatan dalam 250-350 meter je

Owhh! Ni PakChek.
Time ni otw nak gi kat keter dah.
Penat duk ronda ronda shopping kat Rantau Panjang.

 Ohh!
Sawangtingkap.
Medai medaiii..
Hhaaha... Baru balik dari imigresen ni.

Welcome to Malaysian Gate.
Ohh! Im a malaysian citizen ye!

Cube teka!
Masjid Or Tokong?
Haa! Ni orang setempat panggil Masjid Beijing
Sapa kata takleh gi beijing.
Haha~

Ni last day nak balik.
Kami nginap kat rumah ni arr.
Tokey rumah duk blakang tu jer.
Dekat sungguh nak collect sewa. Hehe~

Ni just kaum hawa & 2 orang lelaki yang suke menyebuk interframe.
Hee~

Mule mule nak makan kat sini malam tu.
Then, lauk sume dah abis.
Bayangkan ye, time tu baru kul 2030.
Awal gler kot dah abis.
Pelik pelik.

Then, kami makan kat sini arr.
Yati Ayam Percik.
Orang kate kedai ni mahal gler.
Ada cawangan kat Bangi.
Kedai makan ni lah kawan mama belanja kami sekeluarga besar makan malam.

Owh!
Ni lah kenangan kat Gerik dulu.
Dulu tempat ni lah aku ngan bapak & member member bapak main badminton.
& dulu gak takde lagi bangunan sebesar ni.
Hall die dulu kecik jer.
Skrang dah membangun dah.

 Hahh! Ni lah tempat nak melepak petang petang.
Best! Ramai orang duk joging kat tepi tepi ni & duk wat senaman.
Semuanya disediakan.
Tempat ni depan je ngan kuarters bapak duk.

Ni lah rumah kuarters bapak dulu.
Besar gler.
Tapi, bapak duk sorang je.
Kami sekeluarga yang lain duk kat Sungai Petani rumah sendiri.
Hujung minggu samada bapak akan pulang ke Sungai Petani or kami yang akan pergi ke rumah bapak ni.
Tiap tiap minggu camtu.
Tak jauh mane pun.
Dalam sejam setengah or 2 jam je dah sampai.

Hahh! Ni lah kat Tanjung Dawai tu.
Mama tak suke beli kat arked die.
Sebab mama kate mahal.
Mama suke beli kat kedai ni.
Tapi bukan kat kedau Shafee & anak anak ye.
Kedai die kat sebelah kiri tu.
Jauh skit, mesti tak dapat cam.
Huhu~

Ni kedai tadi tu. saje je snap.
Tak dapat nak amik picca kat kedai yang mama selalu beli sebab parking jauh sangat.


Pastu, end cter!

~ Jaa ~

Wednesday, February 2, 2011

~ Pendedahan Sulung Dan Bakal BersambunG ~

Sejak berkurun lamanya aku menyatakan hasrat untuk menampilkan perkara yang diusulkan oleh aku sendiri.
Kini ia bakal menjelma & bakal menamatkan teka teki orang ramai bagaimanakah rupanya.
Sebelom aku menunjukan rupanya, eloklah sekiranya aku memohon maaf
Jikalau ada menyakitkan hati or membuatkan orang tertunggu tunggu dengan kehadirannya.
Aku memohon maaf.
Sesungguhnya, itu bukanlah kehendak aku untuk tidak menunjuk sebahagian yang telah sempurna.
Akan tetapi, aku ni jenis tidak akan tunjuk selagi ia tidak sempurna.
Dan itulah sebabnya aku tidak boleh reveal bende yang tak siap sepenuhnya.
Boleh fahamkah ini ayat?
Ermmm...
My quote,
"A perfectionist cannot see things that is not done yet and he/she will not reveal it until it been done".
Boleh faham dah kot ye?
Hehe~
Good Boy/Girl.

Ok ok!
Janganlah plak fikir aku nak tayang gambar awek aku or pape ye.
Sesungguhnya aku ini masih lagi solo dan belum berpunya pada sesiapa gadis diluar sana.
Ok?!
Cantek!

Actually, before this aku pernah menyatakan hasrat aku untuk menunjukkan kaler baru bilik aku
Yang berunsurkan Black Emortal.
Sesungguhnya itu bukanlah nama sebenar or theme.
Itu cumalah nama yang aku gelarkan jer.
Main ikut sedap mulut.
Hahaha~
Kaler die adelah kaler black + light grey

So, ini adalah rupa semasa bilik aku yang masih lagi tengah di-renovate sejak beberapa bulan yang lalu.
Sesungguhnya masa yang diperlukan untuk menyiapkan penambahan bilik
Aku ni memakan masa dekat 2 months ok!
Walaupun lambat, aku tak kesah sebabnya?
Sebab aku kini adalah seorang pelajar & jarang duk kat rumah.
So, tak kesahlah sangat.
Tambahan plak tukang yang buat ni adelah orang yang sangat cermat & berkualiti.
Die akan pastikan semua perkara dikemasi dan cantik dipandangan.
Katanya "saya cari makan kat sini, sayapun ada anak & bini kat Indon, jadi, saya mahu cari makan untuk keluarga saya. saya mahu kerja lama disini. Saya tak mahu bila sudah siap nanti ada masalah & orang kutuk dibelakang saya"
See?
Bagus orang macam ni.
Aku respek jugaklah cara die kerja.
Jenis yang professional.
Die ni skrang boleh dikatakan pekerja Indon yang sedang menakluk taman aku untuk sebarang pembikinan pembesaran rumah & sebagainya.
Harga? Boleh dirunding.
Jangan risau.
Nama samaran die adelah Pandi.

So, ini just pic mase tengah dijalankan.

Plaster ciling tu die sendiri yang rekomen untuk buh.
Kami tak terfikirpun mase tu.

Ohh!
Yang berlubang tu adelah toilet untuk bilik depan.
Bukan toilet saya ye!
Aku dah ade toilet dah.

Itu adelah suasana dihari raya!
Oppsss!!!
Bukan hari raya, suasana semasa tengah nak siapkan.
Ish ish~
Hari raya tunggu pemegang mohor mohor diraja baru yang umumkan.
Bukan aku. Hee~
So, bile dah siap, dipasang tiles, plaster dinding, siling.
Akhirnya tiba untuk cat.
Ok! Part bilik tambahan aku tak cat.

Secara normalnyer, bilik yang siap di bina akan di cat dengan kaler putih.
Plus, kami memang tak kesahpun kalau di cat dengan kaler putih.
So, kami tak mintakpun untuk dicatkan dengan kaler hitam.
Pandi sendiri yang offer akan kaler hitam.
Bukan main main punyer brand cat ye!
Jotun lagi. Huhu~
Habis RM100+ untuk cat tu.
Cantek!
Dengan tiles aku mintak kaler hitam yang menawan.
Tiles ni mama yang pilihkan.
Aku duk umah mase tu jage anak.
Wahhh! Hahaha~
Tolong jagakan rumah senornyer.
Adehh~

Mahu lihat?
Mahu???
Mari mari.
Ini cuma gambar bilik tambahan sahaja ya!
Tidak secara keseluruhan bilik lagi.
Sebab belom siap mengemas.
Huhu~

Tadaaa!
Inilah biliknyer.
Ni mase tengah basuh bilik.
Katil tu tak dapat bukak & letak kat luar sebab banyak sangat skru kat katil tu.
So, aku & bapak malas nak bukak.
Then, main pindah pindahlah katil tu kehulu kehilir.
Hee~
Thank bapak sebab tolong basuh bilik ni!

Aik!
Apa motif tunjuk kipas?
Haa~ actually, ni kipas baru.
Kipas before this penah terjun terhempas kat lantai disebabkan hook sokongan tu tak diskru betoi betoi kat dalam siling. Tu runtuh.
So, blade die dah bengkok bengkok.
Jadi kene cari baru.
Kipas ni kaler putih ye.
Ingat nak cari kaler hitam.
Baru menarik. Tapi, tokey kedai kate, brand tu tak bagus & mudah rosak.
So, mau tak mau aku tarik panasonic.
Before this pun panasonic jugak yang runtuh tu.
Tapi bukan salah Panasonic, Ini salah orang yang pasang before this sebab tak ketatkan skru tu.
Camne leh tau?
Bapak aku sendiri kerabat masuk bumbung nengokkan semua bende.

Tadaaaaa~
Inilah ruang tambahan bilik aku.
Dapat jugaklah aku merasa ruang yang agak besar compare before this.

Ok kan?
Aku paling suke adelah tiles die senornyer.
Serius lawa gler kat mate aku ni.
Huhu~

So, tu jerlah entry kali ni.
Tak larat dah nak mengomel macam macam.
Pe pandangan korang?
Leave the comment in the space that have been given
Ok Kan?
Thanks in advance!

~ Jaa ~

Monday, January 31, 2011

~ Bertambah Kemudahan Jalur LebaR ~

Semenjak beberapa ari lepas yang menyebabkan aku tidak dapat untuk mengupdate blog aku ni,
So dengan rasminye aku telahpun sign up satu broadband untuk kegunaan aku kelak.
Semenjak aku pulang ke rumah tempoh hari,
Aku terus open web broadband yang ade kat Malaysia tercinta ni.
Dari Maxis, Celcom & YES.
Aku survey yang terbaik.
Yang pantas.
Yang mempunyai GB yang tinggi.
Mempunyai coverage yang bagus di tempat bakal aku duduki nanti.
Dan akhir sekali adalah harga yang murah dan berpatutan.

Aku nilai satu persatu dengan terperinci.
Agar aku tidak menyesal kemudian hari.
Selepas diperhatikan.
Yang tertarik untuk diri aku adalah Maxis Broadband.
Kenapa aku pilih Maxis & bukan Celcom?
Mudah jer.
Aku perolehi broadband yang terbaik bagi aku.
Cuma bayar RM100 untuk yuran pengaktifan.
Cuma bayar RM38 sebulan untuk selama 5 bulan pertama.
Tiada kontrak dengan Maxis.
Modem percuma berharga RM100.
Kelajuan 3.6 Mbps.
& semestinyer pelan aku adalah 3GB.
Hebat bukan???
Sangat hebat!

Berbanding dengan Celcom.
Kene bayar RM100 untuk yuran pengaktifan.
RM48 sebulan untuk selamanya.
Kontrak selama 6 bulan.
Kelajuan cuma beberapa ratus kbs sahaja.
Pelan hanyalah 1GB.
Dan satu lagi adalah student UiTM memang bersepah sepah dok gune Celcom Broadband.
So, semestinyer coverage agak slow sebab ramai duk gune.

Kalau YES plak.
Broadband paling superb kat Tanah Air ni.
4G. Perghh! Stylo cukup!
Memang nak rembat.
Tapi, sayang, tempat yang aku nak duduk ni takde plak coverage 4G.

See???????
Dah terang lagi nyata bahawasanya Maxis broadband adalah terbaik untuk aku.
TETAPI!!!
Bukanlah semudah tu korang boleh dapat ye!
Hahaha~
Actually, aku dapat sehebat tu adalah kerana aku adalah sub broadband dari my big bro.
Pemegang utama Maxis Broadband mestilah 3GB ke atas.
Barulah ko boleh dapat pakej sehebat tu.
Haa~

Yang bestnyer bagi aku adelah takde kontrak.
So, anytime aku boleh terminate Broadband ni bile mase aku taknak gune dah.
Murah plak tu.
Jimat jimat!!!

Tapi, Broadband ni my big bro yang tolong buatkan.
Sebab perlukan beberapa dokumen mase nak sign up.
Big bro maybe tak nak fax kan or emailkan.
So, die tolong buatkan kat tempat die.
Senang hidup aku. Hehe~
Then, big bro send kat aku gune Pos Laju.
Baru tadi dapat & try.
Cantek!
Boleh digunakan dengan lajunyer.
Itu maybe sebab aku duk kat Selangor.
Nanti aku duduk kat tempat blajar.
Diharapkan hebat seperti di Selangor ni.

Dengan ini dengan rasminye
Aku Mr Sepet En Zen
Adalah pemegang Maxis Broadband.
Maxis!
U are the best!!!
& aku adalah pelanggan setia Maxis ye.
Sebab my 1st handphone number pun adelah Maxis.
Nak tau nombornyer?

Salin salin ye...
012-34**5*3
Sekian terima kasih.
Hee~

Ni flyer mase aku gi Maxis Reseller kat Equien Park Tanya pasai details.

Ini BB nya.
Samakan ngan dalam flyer tu.
Huu~

Ok!
Abaikan muke aku yang buruk tu.
Tak perlu lawa lawa dalam keadaan sebegini.
Hee~


~ Jaa ~

~ Ayuh MerendeQ ~

Wuhh~
Tadi aku kuar jumpa somebody.
Ade date ngan diorang.
Diorang??
Ramai ke??
Haaa~
Takdelah ramai mane.
2 Orang jer pun.
Then menjadi 4 orang.

Suppose kitorang jumpe around jam 1500 keatas.
Then, dah kate "keatas", jam 1700 baru message lain kate nak jumpe.
Kemudian, beliau message lain kate lambat skit sebab ade hal.
So, akupun takpe gak arr sebab aku pun ade hal gak senornyer tengah buat time tu.
Hari pulak hujan je memanjang.
Adehh...
Musim musim...
Nasiblah tak lebat sangat, hujan biasa biasa jer takde kilat mahupun petir.

So, bile die dah call, akupun gerak arr menuju ke tempat yang hendak ditemui.
Dimana?
Di One Utama.
Punca kami berjumpa?
Haaa~
Bende kecik jerpun. Hehe~
Actually, aku mahu pulangkan kembali sticker kenderaan UiTM kat beliau.
Sebab, aritu before cuti semester, aku pinjam kejap nak masuk UiTM
Nengok nengok mase balik tu, baru aku perasan yang sticker tu ade kat aku.
Hahaha~
Nasiblah beliau ni blajar kat Shah Alam.
So, kamipun jumpe arr kat OU.

Sape beliau tu?
Okie okie.
Die ni bekas housemate + classmate aku.
Name beliau?
Panggil saja Baby Syed..
Hahaha~
Syed Firdaus namanya.
Die datang ngan awek die, Chu.
Kami jumpa, kami lepak lepak arr kat OU tu.
Then, bile dah tak tau nak pergi mane & lepak mane,
Die kate member die dari Cyber datang nak lepak kat Teh Tarik Place (TTP) kat E-Curve.
So, kamipun tuju arr ke sane.
Bile sampai kat E-Curve tu, Syed & Chu teringin nak makan karipap & meatballs kat IKEA.
So, kitorang pergi arr kat foodcourt IKEA.
Lepak lepak makan kat sane.
Fav ni meatballs. Hahaha~
Malangnyer, karipap IKEA dah abis.
Mane taknyer, kitorang sampaipun dah jam 2145 camtu.
Kedaipun nak tutup dah.
Ish ish~
So, kitorang just dapat makan meatballs jer.
Nyummy!
Tengah tengah makan, member Syed pun datang ngan awek die kat kitorang kat foodcourt.
Pastu, kitorangpun gi arr kat TTP tu.
Nasib E-Curve & IKEA tu sebelah sebelah jer.
Jalan kakilah kami ke sane.

Sampai kat TTP tu pa lagi,
Dah name kedaipun Teh Tarik, teh tarik arr kami order.
Sedap gak arr teh tarik die.
Pasni nak lepak kat sane no hal arr.
Anytime babeyh!

Lepak sembang sembang, gelak kaw kaw nyer,
Menyakat sane sini.
Perghh! Best arr.
Sume sporting abis.
Dekat sejam lebih gak arr lepak kat sane.
Then, plan nak ke UpTown Damansara plak.
Aiseyh!
Sorry arr member.
Aku tak dapat follow korang arr.
Penat seyh.
Petangnyer tadi aku ade hal yang mengerah tenaga aku.
So, aku terpaksa pulang tak follow diorang.
Maybe next time babeyh!
Calling calling ye!
Duk dekat jer pun.
Anytime dude!

Then sampai rumah dalam 0115.
Terus online & bukak pe yang patut.

~ Jaa ~

Thursday, January 27, 2011

~ Kau , Aku Dan KitA ~

Di saat ketika kita memutuskan untuk tidak bersama lagi
Aku menjadi resah dan pilu
Aku tahu itu adalah keputusan yang aku inginkan
Akan tetapi, sukar untuk aku luahkan
Bagaikan ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Perkara yang lepas perlu dilepaskan
Usah dikenang mahupun difikirkan
Aku mohon cuma satu
Maafkan daku yang bersalah ini
Aku tahu sukar bagimu untuk bersuara
Aku juga begitu
Aku mengerti.
Apa yang aku lakukan adalah yang terbaik untuk kita berdua.

Aku

Kau

Kita

Jadi, jadikan ia sebagai satu perkara yang mengasyikkan untuk diri kita
Aku tahu ia nya sukar, tetapi usaha tidak mengenal akan kesukaran itu
Biarpun ia melanda bagaikan ombak mengganas di tepi pantai
Bagai langit disambar petir dan guruh
Kerana usaha itu adalah tangga kejayaan.

Kini, kita tidak lagi bertemu, bersuara, berpimpinan tangan
Biarkan ia berlalu begitu sahaja
Pasti akan menjadi satu keajaiban di dalam kehidupan
Keajaiban yang memastikan tiada lagi persamaan yang dihadapi.

Kadang kala ia dibicara oleh sesetengah masyarakat
Dibualkan dan juga di-gossip-kan
Keutuhan yang dibina dileraikan bersama
Yang menjadi kepincangan adalah mereka semua.

Kau

Aku

Kita

~ Jaa ~

~ No Title GiveN ~


Seriously I don’t know what to do.

I think I’m not that good enough.

I think I’m just a person that cannot fulfil my dreams.

Currently I think I’m so useless.

It just came out straight from my head.

I don’t know what I should do.

I’m just an ordinary person.

That always makes mistakes.

Forgive for my wrongs.

I know I can’t fix it.

Yes! For everything!

I’m done!

I’m out!




~ Jaa ~

~ What Should We Call IT ~

Dah dekat seminggu aku tak update blog ni.
Maafkan aku.
Kerana aku ade urusan yang kene buat dalam seminggu ni. Hee~

So, dekat seminggu jugaklah aku tak online.
Arini aku dah ade dekat rumah,
Boleh online seperti sediakala sampailah raya cina nanti.
Lepas tu?
Sambung balik urusan aku.
Adehh~

So.......
Bile aku bukak google crome ni,
Akupun bukaklah satu satu web.
Email, FB, Blogspot.
Hurmmm...
Bagaikan takde papepun berlaku.
Until lah aku perasan yang "friends" kat FB aku tu berkurang.
Semenjak aku sign up Fb ni & approved friends,
Belom pernah lagi aku delete mane mane "friend".
Dari seramai 10 orang hinggalah ke 100 orang.
Dari 100 orang hinggalah ke 200 orang.
Dari 200 ke 300 orang.
Sampailah capai tahap tertinggi iaitu seramai 360 orang yang bergelar mereka itu sebagai "friends".
Owh! Maaflah.
Aku hanya approve orang yang aku kenal jer.
Yang tak kenal tu, tunggulah ye duk senyap senyap dalam friend lists tu.
Bile kite dah kenai, aku approve lah korang satu satu. Huhu~

Kemudian, secara tiba tiba
Dari 360 tu berkurang kepada 359.
Ok. Aku tak amik port sangat.
Tak heranpun.
Sebab dah lame.
& tak dapat detect sape orang tersebut.
Bile tadi time aku dapat online tupp tuppp..
Terus ke 357.
Kurang lagi 2 ketol makhluk.
Hurmm..
Aku berasa musykil lah kan.
So, aku pun saje sajelah bukak friends nak check.
Bukanlah bermaksud aku ni stalker ye!
Tapi, tu adelah hak aku untuk check sebab itu adelah "friends" aku.

Belek dari satu page ke satu page.
Selak lagi macam bukak Yellow Pages.
Ok!
Dapat dikenal pasti sudah.

Wahh wahhh!
Tak sangka.
Hebat rupanya mereka ini.
Aku tidaklah terkejut dengan tindakan mereka ini.
Cuma, terlalu obvious dengan tindakan mereka.
Janganlah menganggap yang "friends" di FB tidak akan kurang sejurus anda men-delete aku dari friends korang.
Takpa. Tak kesahpun.
Lantaklah kat korang pe yang nak buat.
Pasni leh cepat skit aku delete account Fb ni.
& bile ade mase aku ade account baru.
Kamu?
Maaf. Tiada dalam list lagi untuk disenarai putih sebagai friends kembali.
Bukanlah tindakan mogok yang nak ditunjukkan.
Tetapi, tindakan anda yang membawa tindakan aku sedemikian rupa.
Tindakan ini aku tak dapat terima.
Terima kasih diatas tindakan anda yang pada mulanya "hiding post from me"
& now u deleted me from being ur friend.
Owh! This is what we call as a "true friend".
Such a wonderful scenario.
Great!


Owh! This is great,
See, as pepatah melayu said,
"berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing"
*tapi yang ni macam berat sama diangkat, ringan main campak campak je*
Heee~



This is true people


Wanna make out?
Hee~


Owh! We're not best friend, we're just friends.
:)

So, thats all for now.
Next entry would be much better than this topic.
Hee~
Chill... & be a nice person to others.

~ Jaa ~

Thursday, January 20, 2011

~ Shopping TimE ~

Semalam kami 3 beranak pergi ke Carrefour Alamanda sebab nak beli barang dapur.
Bapak tak nak follow.
Sebabnyer? Ntahlah.
Mungkin takut kot nanti time nak bayar. Hahaha~
So, semalam before pergi bapak bagi duit kat mama untuk beli barang dapur.
Bile dah dapat, kamipun pergi arr ke Alamanda tu dalam jam 1830.
Jalan biasa jer. Tak jam pun. So, 20 min sampailah kami.
At first aku ngan kakak pergi kedai Camelion (betoi ke eja?), yang kedai accessories perempuan tu.
Pastu, kami pergi Watson plak.
Nengok nengok ade sale lah skit skit.
Akupun rembat syampoo & pencuci muke.
Bile dah bayar pe sume, kami oun chow arr masuk Carrefour.
Dan disitulah bermulanya kami punye perjalanan untuk beli barang dapur.

Dah namenyerpun barang dapur, so, mestilah
Beras, telor, garam, gule, tissue,
Minyak masak yang nga krisis ni, tapi tidak di Carrefour Alamanda,
Cume die hadkan 2 botol 5kg per family per day. Itu sign yang die buh. Hehe~
See? "2 bottles per family per day"..
Kami nak minum ke pe minyak masak tu? Hahaha~

Biasa kami beli barang memang 1 troli penuh sampai nak termuntah muntah & sampai troli tu orang kate pe,
Nak tolak pun kene gune tenaga sepenuh hati.
Ish ish ish~
Bile time nak bayar kalau bapak ade slalu *slap forehead. Hehe~
Pastu kate "uish. bapak rase nak demam demamlah".. Hahaha~
Mane taknyer, asal bayar untuk barang dapur jer mesti lebih dari RM350.00.
Tapi, tu pun tak kesemuanyer lagi beli. Ade jugak yang kadang kadang barang takde kat supermarket tu.
Kene beli kat supermarket lain.

Penah skali tu buat rekod untuk skali beli in single resit,
Jumlah barang dapur termasuk barang barang kami anak beranak ni dekat RM500 kot.
Itu memang rekod yang paling wuhh~ Leh jatuh pengsan kejap.
Rekod yang takkan diulang kembali kot. Kalau tak, memang leh pengsan duk hospital jerlah nampaknyer.
& penah skali tu wat rekod resit yang beli tu panjang die dekat 1 1/2 meter. Hahahaha~

Then, semalam beli barang serius aku tak prasan brapa ratus abis & aku terlupe nak nengok resitnyer.
Tup tup dah hilang resit tu. Ntah, samada kat mama or bapak.
Malas plak aku nak mintak nengok.
Then, lepas beli kat Carrefour, kami pergi plak ke pasaraya Abang Giant.
Sebab mama kate ade jugak barang yang takde & mahal kat Carrefour tu.
So, kami singgah Abang Giant beli barang yang diperlukan tu.
Bile dah beli, kamipun pulanglah ke rumah.

Ni just baru separuh troli
 Tapi aku terlupe untuk amik picca mase nga penuh
Bile kat kaunter dah siap punggah baru teringat "eyh! aku tak amik pic lah. terlupe". Hee~

Ni mase bayar barang kat kaunter.
Pening brader kaunter tu duk amik scan. Hehe~

Amalak! Ade orang curik curik gambar arr.
 Mama duk tunggu je nak bayar
Takpa, kalau lebih bayar, leh claim kat bapak. Hee~

Ni penuh satu troli yang tak kesemua barang barangnyer

See? Nak termuntah muntah dah troli tu.
Adehh~

Ni mase kat pasaraya Abang Giant.
Sape punyer Maggi Tu??
Tak bertamadun tul makan maggi maggi ni
Pantang aku!
Huhu~

~ Jaa ~