Lepas makan makan makan rehat tengok tv hampir hampir tertito.
Kazen gua turun rumah mau pasang pelita.
Aku dari yang mengantuk terus segar mau pasang pelita skali.
Pasang pelita baru.
Yang lama punye tak tau pi mana.
Agak agak dah nak maghrib baru nyalakan sumbu.
Bila maghrib berlalu, semua pakat nak tengok berita tetibe dipasang cerita "Flat 3A" di television.
Lalu, dipasang terus sehingga tamat.
Owh!
Kaum adam sudah ada planning mau dibuat.
Kami sengaja pasang cerita "Flat 3A" sebab nak bagi kaum hawa duk lepak tengok tv lama lama
Tak turun main apa yang kami mainkan.
Heehehe~
Macam biasa arrr.
Tiap tiap tahun mesti "Sugar Daddy" sponsor mercun + bunga api kaw kaw punye.
This time aku main sampai badan aku lenguh lenguh dan lenguh sangat sangat.
Sampai nak angkat tanganpun macam dah takde deria owh.
Ni barang disponsor.
Ini baru suasana raya di kampung.
Kat bandar dah takde sangat nak buat macam ni.
Ni barang disponsor oleh "Sugar Daddy"
Banyakkan?
Ada bola, telor, yang macam dynamitepun ada gak.
Bunyi takyah cter arrr.
Bergegar kampung aku.
Yang paling best kami lawan mercun dengan kampung sebelah.
Tiap tiap tahun macam tu.
Yang menang sapa??
Kami arrr.
Kami arrr.
Hahahaha~
Sebabnyer, diorang bakar dulu.
Tanda mengajak.
Pastu kami balas non-stop.
Lepas satu satu, satu satu...
Dekat 2 jam lebih gak arr duk membaling mercun bola bla bla bla tuh.
Sampai kampung sebelah senyap terus tak bakar dah mercun.
Kitorang je yang duk bakar lagi
Hahahaha~
Sebenarnyer aku taktau aku duk wat pe time ni.
Duk menari tarian pa pun tak tau.
Ish ish ish...
Sampai arr ke kemuncak main mercun..
Ini dia..
Ni barang paling dinanti nantikan.
Aku panggil mercun KLCC.
Yang ni 48 das punye.
Malam mase aku on the way balik tu "Sugar Daddy" dah bakar yang 138 das.
Yang lagi besar dan power punyer.
Daiiimmm!
Tak dapat nengok!
Agak agak Dah jam 2245-2300, kamipun stop main.
Sebab dah abis.
Kami main skali round jer.
Takde simpan simpan dah.
Takde simpan simpan dah.
Agak seronok kalau raya.
Hehehe~
*next entry mengenai raya seterusnya*
~ Jaa ~
2 comments:
pesta mercun ek.. bahaya la huhu
hehehee...
kene pandai main.. barulah selamat..
baca doa before main.. hee~
Post a Comment