Setiap nafas yang terhasil adalah perkara yang terindah buat diri aku.
Kerana aku masih lagi mampu untuk hidup di dunia yang fana ni.
Biarpun setiap langkah aku kadang kadang rapuh.
Aku gagahi juga kerana tidak mahu ketinggalan.
Walaupun kedipan mata terasa lemah dan layu.
Aku berikan juga pandangan agar tidak disalah ertikan.
Kadang kadang bibir aku menjadi kaku untuk terus mengukirkan senyuman.
Tapi aku tetap memaksainya untuk terus terukir.
Kerana apa?
Kerana aku tidak mahu mereka mereka terus berasa tidak senang dengan apa yang aku hadapi.
Kerana aku tidak mahu mereka mereka terus berasa tidak senang dengan apa yang aku hadapi.
Kerana apa?
Kerana aku tidak mahu mereka merasai apa yang aku rasai.
Kerana aku tidak mahu mereka merasai apa yang aku rasai.
Kerana apa?
Kerana aku tidak mahu mereka terjebak dengan apa yang aku hadapi.
Kerana apa?
Kerana aku tidak mahu mereka menyalahkan sesiapapun.
Kerana aku tidak mahu mereka menyalahkan sesiapapun.
Biarlah aku seorang saja yang menghadapnya.
Biarlah aku seorang saja yang merasainya.
Biarpun aku terus berlari untuk melupakan apa yang terjadi.
Biarpun aku terus berusaha untuk tidak terus memikirkannya.
Ternyata aku tidak dapat!
Ternyata aku masih lagi memikirkannya.
Maaf!
Mungkin aku hipokrit perkara ini!
Maaf!
Ternyata aku masih lagi merindui dirinya...
~ Jaa ~
No comments:
Post a Comment