Wednesday, April 20, 2011

~ Itu Tragis ! Ye Saya TahU ~

Harini punye cerita.
Maaf, agak menyepi dekat 2-3 ari ni.
Tak tau nak tulis pe & yeah!
Takde bende menarik yang nak ditaburkan huruf huruf kat blog ni.

So, harini aku tak keluar mane mane.
Just melepak dalam rumah jer.
Macam "anak dara" u all!
Perghh! Bergetah!
Hahaha~

Tak banyak sangat bende yang aku buat.
Just layan internet, dengar radio online, blog walking, tweet tweet, check mail box..
What else?
Haa! Mengusik ngusik member kat Facebook!
Kejer harian nih!
Hahaha~
Tu jerlah aku rase.

Waktupun dah tengahari.
Perut tak makan makan lagi ni.
Lapar..
Mama masak plak sedap sedap belaka!
Sambal petai buh udang, ayam masak cili api..
Memang menyelerakan giler!!!
Lewat sikit baru aku makan.
Melantak aku 2 pinggan...
Blurpp! Alhamdulillah kenyang sangat sangat...

Masuk balik ke bilik aku layan online.
Bile dah bosan sangat aku layan muvie.
Tajuk "Battle : Los Angeles".
Time ni baru je nak hujan.
Tak lebat manepun.
Tapi, hujanlah...
Basah muka bumi ni dengan limpah rahmat-NYA.

Makin lama makin lebat.
Langit dari cerah terus menjadi tersangat gelap.
Mula guruh - petir menjadi cahaya berliplapliplap di awangan.
Beberapa ketika selepas itu bapakpun masuk bilik aku cakap,
"eyh! tutuplah komputer tu. guruh guruh ni".
So, aku dengar bapak cakap macam tu akupun off sume yang berkaitan dengan penggunaan elektrik.
Siap cabut lagi dari plug plug.
Aku lepak kat depan.
Mase ni like woahh!
Seriously!
Guruh super duper kuat!
Kilat memang orang kate kalau boleh nak cecah tanah arr.
Sangat sangat kuat.
Aku dari biasa terus rase cuak!
Sebab TERsangat JARANG situation macam ni jadi kot.
Aku rase last mase aku ade kat rumah ni pun last year kot kuat kuat macam ni.

Then, bile dah guruh + petir duk sambung menyambung & TERsangat kuat.
"pomm! PoOMm!! pOoomM!!!" bunyi die.
Then, "pop!"
Rumah aku blackout.
Sebab main suis ditendang.
Gelap gelita rumah walaupun baru jam 1615+.
Akupun duduklah kat kerusi panjang sambil bapak duk kat kerusi hijau
(walaupun korang tak tau susunan rumah aku camne, aku tetap nak bagitau gak.hahahaha)
Selang beberapa minit lepas tu.
Bunyi macam arus elektrik *zuzzz
POP!!!
Cing!
(taktau aku nak bunyikkan camne mentol jatuh ke lantai. hehe~)
Jatuh sebijik mentol ke lantai.
Aku nampak arr lampu tu jatuh sebab kire aku memang berdepan dengan situasi tu.
Tercengang aku kejap!
Bapak terus bangun nengok nengok pe bende tu (sambil muke tak tau pape)
Then, bapakpun ternampak mentol tu atas lantai.
Nak kate suis rumah bukak, tak dah.
Memang dah blackout sebab suis tu tendang sendiri.
Pelik pelik dan terus terasa pelik.
Sape sape budak elektrical leh arr ye bagitau kenape boleh jadi macam ni.
Nak tau gak kenape...
Then, bapak terus sapu mentol tu buang.

Lepas beberapa belas minit kemudian barulah cuaca sikit sikit jadi cerah.
Lame lame hujan pun makin slow slow & terus slow.
Tiada lagi guruh + petir.
Terasa tenang skit.
Tak penah penah aku rase jadi macam ni.
Slalu modem je yang meletup.
Tapi, free bile tukar sebab still under warranty. Hehe~
Skrang tak dahlah.
So, tu cter aku nak bagitau.
Nampaknye, cuaca jugak nak lepaskan geram kat penduduk bumi yang jahil.

Ni lah tempat mentol sepatutnye berada.
Tapi, dah jatuh pecah.
Kene ganti yang baru nanti.
Adehh~
(walaupun bukan aku yang beli mentol tu nanti. ehehehe~)

 Ni lah die mentol yang pecah tu

 Pecah kat bahagian depan.
Sebab jatuh straight ke bumikan

Lokasi kejadian.
Ish ish..
Haa! Nampak kerusi hijau kiri bawah tu?
Kat situ arr bapak aku duduk.
Tak perasan sangat mase jatuh tu sebab bapak tak pandangpun tempat tu.

~ Jaa ~

Monday, April 18, 2011

~ Cerita Kedai Kopi Hari InI ~

Cerita kedai kopi?
Tu dah macam nak gosip gosip boy jer dengar.
Ish ish..
Tak baik duk bergosip.
Tak baik tak baik...
Ni nak ce cter ce cter today punyer activity.

April 18th 2011
Hari ni aku tak kuar mane mane sebab kakak kate ade orang nak datang rumah.
So, aku pun lega arr dengar.
Dah khamis aritu balik dari Negeri Jelapang Padi
Pastu, the next day kene teman kakak ke Mid Valley
The next day nyer lagi teman untuk bufday party.
So, hari ni, aku rileks jer kat rumah.
Hilangkan penat & segala dalaman punye penat.
So, disebabkan rileks punye pasal
Akupun kojerr online jer arr.
Dari lepas subuh kalau tak silap aku dah on modem sampailah ke skrang tak tutup tutup lagi.
Lappy pun sepanjang tu arr duk terbukak.
Heaven abis arini.
Kejer aku download cter arr.
& aku download Maharaja Lawak
Aku kat Negeri Jelapang Padi kan takde astro astro ni.
Mane nak nengokkan?
Sumber alternatif jugak arr yang dicari.
Hehe~

So, suppose arini just ade 1 family jer yang datang.
Biasalah bile ade ahli keluarga sesiapa yang ank kawen ni mesti arr ade
Adat adat "memanggilkan"?
Haa. Dah budaya melayu kite kat Malaysia ni.
So, normal arr tu.
Esok esok time aku kawenpun macam ni jugaklah carenyer.
By the way, mase petang aku nga sedap duk melayan Maharaja Lawak minggu ke-2 tak silap
Tetibe, cousin aku yang duk kat Setapak tu masuk bilik aku.
Aku macam. Eyh!!! Bile ko sampai?
Hahaha.
Giler ko! Tak expect kot!
Semalam aku gi umah die yang sedap duk melantak chicken chop MakUsu buat,
Tetibe arini diorang plak wat kunjungan balas.
Hahaha~
*owh! bukan cousin aku ni ye yang datang untuk "memanggil" tu.
Ni just unexpected situation punye arr.
A bit terkejut jugaklah. Hahaha~
But, its ok!
Memang dah siang siang bute lagi aku post kat FaceBook


" ~ Hari Ni Terima Kunjungan Kehormat Dari Sape Sape Yang Nak Datang Rumah .
Lai Lai . Kami Sekeluarga Ada Di Rumah . Call First ! Hee ~ "

Tapi, its ok lorr...
Memang rumah aku sebenarnye boleh datang bile bile mase jer.
Tak kesah. Datanglah.
Pintu rumah sentiasa terbuka.
Kawan kawan, sedara mara, jiran tetangga, lai lai...
So, mase diorang datang ni pun dah dekat jam 17++ arr.
Tak alert plak dengan jam waktu tu.
So, lepak lepak sembang sembang, makan makan.
At first mama masak nugget, kuih pe ntah & beberapa jenis frozen food arr.
Then, bile dah lewat lewat skit around 1830 camtu, mama dah siap masak spagetti.
Wuhh! Sedap kot!
So, berjamah arr kitorang makan spagetti.

Then, bile dah lepas maghrib MakUsu, PakUsu & cousin aku ni (sorang je)
Pun berangkat nak gi Seremban plak.
Actually, PakUsu nak test drive keter baru beli Toyota Hilux.
Tu yang jenjalan sakan skit.
Kalau tak, kamipun dapat naik skali. Hahaha..
Disebabkan malam nanti ade orang nak datang "memanggil", tu yang kami tak dapat follow.

So, akupun tunggulah bile keluarga tersebut nak datang.
Aku layan lagi Maharaja Lawak minggu ke-3 plak.
Tengah tengah layan, then, sampai keluarga tersebut.
Diorang ni senornyer family balak Sis Re3n.
Adek kepada Encik Rafiq nak bersanding.
So, thats why lorr datang nak memanggil.
Haa, berjamahlah kami lagi spagetti.
Banyak giler mama masak spagetti ni. Serius!
Skali masak untuk keluarga PakUsu,
Then, skali lagi masak untuk keluarga Encik Rafiq.
Keluarga Encik Rafiq datang berlima saja.
His Mummy, adek beliau 3 orang.
So, sembang sembang arr kami ni sume.
Makan makan.

Then, bile dah lewat skit, merekapun berangkatlah pulang sebab adek
Encik Rafiq ade skolah pagi 2 orang yang kecik skali.
So, pulanglah mereka.

Itu saja aktiviti harini.
Seronok!
Walaupun aku tak kuar mane mane menghabiskan duit.
& hanya berbekalkan lappy+internet+kehadiran tetamu=happy gila!

*maaf. tiada picca. this time bukan malu, tapi tak teringat. hee~

~ Jaa ~

Sunday, April 17, 2011

~ Ganggang Telepon Tak Bermaya Untuk DiangkaT ~

Morning!
Evening!
Night!
Pilihlah mane mane waktu yang korang nga baca waktu ni.
Hehe~

Actually, nak story morry pasal semalam punye aktiviti.
April 17th 2011
So, todays plan is nak pergi Bufday Party kat Key Ill.
Lepas tu langsung ke umah cousin aku kat area area rumah Bufday Party tu gak.
Dokek jo..

Pagi yang tak brapa nak indah sangatlah sebab pale terase sikit sikit pening.
Tak tau asal akhir akhir ni kojer poning je eden haa bila bangun pagi.
Nak kate mengandung, hello! Lelaki kot!
Pastu, kejer bersin pagi pagi.
Ni mesti kehidupan aku yang kurang sehat mase berada di Negeri Jelapang Padi.
Environment yang bukan & sepatutnye kebiasaan untuk aku. Hee~

So, back to the story.
Pagi ni aku bangun macam biasa arr, memang bangun terus ngadap internet arr.
Blogwalking, tweet tweet, check mail box, & download muvies/series.
Bile dah lame skit & mataharipun dah naik beberapa degrees menegak ke atas kepala.
Kakakpun datang bilik "bob, teman aku gi bufdat party".
Erghh! At first aku macam malas giler giler arr sebab penat.
Then, lame skit, aku pun dengan relanyer gi gak arr.
Bufday party ni senornyer member kakak mase skolah teknik dulu.
Almost 9-10 years tak pernah jumpa, tapi, FB jadi tempat untuk berhubung.
See? How wonderful FB ni kan?
& & & & &, bufday ni jugak senornyer anak perempuan kepada member kakak umur 2 tahun.
Hahaha...
Dah kawen ko! Tu pun dalam perut nga membawa lagi 8 bulan. Ish ish...

Dalam jam 1500 camtu baru kuar dari rumah sebab kami bersiap pe sume.
But then, singgah jap kat Jusco Equine Park sebab kakak nak beli hadiah.
Apokobondonyor? Haa.
Biarlah aku, Sis Re3n & bufday girls tu yang tau. Hee~
This time mama follow skali, tapi, drop mama kat umah cousin aku tu.
Baru kami langsung ke bufday party.
kami sampai around 16++ arr.
Jalan asyiklah ade jam.
Bosan giler!

Bile sampai tu, ade jugak arr orang.
Sume berkeluarga & dah ade baby masing masing. Hahaha~
Kami masuk masuk jumpa tuan rumah then, terus gi amik makanan.
Macam macam makanan ade.
Satey, laksa johor, strawberry choc, kek besar giler, cup cakes, chocs, puding etc..
So, melantak tak brapa melantak arr sangat arr aku time tu.
Just makan sume tu kecuali cup cakes.
Tapi, amount aku makan skit jer.
Comel owhh anak die.

Bile dah lame skit, kamipun beransurlah pulang.
Kami ke rumah cousin kami plak.
Elok elok jer sampai, MakUsu nga wat chicken chop.
Pa lagi, memang bantai arr makan.
Sedap!!!
Kenyang giler aku time tu.
Hahaha~
Tapi, penat giler badan aku nih.
So, terlelap arr kejap 20min.
Aku terjagepun sebab kakak aku kejut nak balik dah.
Kalau tak memang sedap arr aku membuta lagi.
So, drive arr pulang ke rumah dengan agak berat skit badan ni.

Sampai rumah terus layan online, then makan nasi plak sebab MakUsu tapau kami gulai ayam kampung.
Nyum nyumm...
Makan je aku satu ari.
Tapi, badan terase penat sebab tak cukup rehat.

*maaf, tiada picca sebab malu nak amik. ahahaha~

~ Jaa ~

Saturday, April 16, 2011

~ Hari Pertama Setelah Pulang Ke GangganG ~

(April 16th 2011)

Pagi yang syiok giler ni dimulakan dengan solat subuh, pastu, terus online.
Hahh! Heaven kau!
Tak yah gune berokband kalau kat umah ni.
Jimat skit monthly usage orrr…
Ermmm. Ok, daily usage, nanti leh melantak cukup cukup mase kat Negeri Jelapang Padi.
Best best!

Pastu, bile mate ni dah tak tahan, aku lelap jugak.
Sampailah around jam 1210 kot.
Time ni kakak masuk bilik kejutkan aku.
“Eyh! Eyh! PD masuk WHI”.
Hahh! Aku apa lagi, terus bangun gi nengok WHI.
Dengan kepala agak pening pening berat..
Mesti Korang tak tau kan PD tu pe?
Bukan Port Dickson ye!!!
Haa! Die ni kire blogger yang famous & yeah!
Entrepreneur yang bakal gegarkan Malaysia mengenai fashion.
Sape yang tau tu baguslah, tak tau tu pandai pandailah stalk ye! Ngeh ngeh ngeh~

So, bile dah tengahari aku pergi solat jumaat/ tajuk hari ni “Perang Muktah”.
Seronok! Tok Imam punye suarapun buat orang akan dengar kutbah die.
Memang best! Penuh informative.

Bile dah balik rumah lepas solat Jumaat, terus makan pe sume,
Then, kakak suh siap siap teman die gi Mid Valley sebab ade Career Fair kat sane.
Adehh~
Kalau ikutkan hati serius memang malas nak follow sebab still terase penat.
But then, follow jugaklah.
Yang pergi semua family aku kecuali My Dad.
So, bile kat sane, kami di-drop oleh big bro sebab die ade kejer lagi,
Bile dah abis baru datang kat kami smula.

Sampai je Mid Valley kami terus ke Career Fair yang dianjurkan oleh JobStreet.Com
So, nak kate best, bagi aku biasa biasa jerlah.
Tak brapa sangat.
Plus, tak banyak sangat company yang name name besar untuk bidang kakak aku ade kat sane.
Just segelintir jer yang ok!
Penah dengar name die, & ade jugak tidak.
Kat sane jugak ade booth untuk sape sape yang nak lanjutkan pelajaran ke tahap Master & PhD.
Banyak IPTA/IPTS ade yang tawarkan.

Sesiapa yang masuk tu kene pakai sticker ni.
Kalau tak nanti kene halau ngan guard.
Tu yang agak ketat skit nak masuk.
Sticker ni jangan tampal cam aku ye!
Ni tampal kat baju korang or mane mane tempat yang leh dinampak oleh guard.

So, bile dah abis pusing pusing, kamipun chow arr keluar.
Tak lame sangat arr kami masuk kat sane, just masuk drop CV, gi tempat lain drop CV, pastu keluar.
Bile kami dah kuar ni, elok elok je big bro sampai kat kami.
Then, big bro kate nak nengok movie cter Scre4m.
Pastu kami gi beli tiket.
Tapi, cter die agak lambat lagi, so, berpecah arr kami gi makan.
Aku like seriously craving giler giler & of course mengidam 2 bulan setengah nak makan Carl’s Junior.
Hahaha. So, pergi arr aku ngan Sis Re3n makan kat Carl’s Junior.
Time order tu aku ingatkan Sis Re3n orderkan Burger Mushroom bla bla bla…
Skali ter-order Super Star burger.. Takpa takpa, yang ni arr first skali aku makan dulu dulu.
Seriously! Sangat sedap. Sangat superb! Arghhhh~
Nyaman tekak ni tau!

I Am A Super Star
Hee~

Mama? Mama gi makan Mc’D kat sebelah Carl’s Junior jer.
Big Bro? Die gi makan akt Pizza Hut sebab ade discount 50%.
Hahh! Kalau tau follow die lagi bagus.
Mane tau ade makan free gak. Hehe~
Tapi, tapi!!! Carl’s Junior ni pun di-sponsor oleh Sis Re3n. haaa!
Thanks Sis Re3n! Sayang ko banyak banyak... Wahahaa!

Pastu, ronda ronda jap, then, muviepun dah nak start.
Masuk arr kami. Cter Scre4m kat Hall 2. Hurmmm…..
Aku tak tau nak describe camno, nak kate tak best, ok oklah.
Nak kate mengarut bullshit! Tak jugak.
Ok oklah~ so so jer..
Tapi, kalau sape tak suke terkejut terkejut, tak brapa galakkan arr.
Dah namepun “SCRE4M”…
Memang terjerit terkejut arr. Macam cilake. Wahahaa~

Maaflah, pic ni kat umah dah.
Tak amikpun pic mase kat Mid. Hee~

Bile dah abis, kami gi jalan jalan jap.
Pastu ke center court sebab ade fashion week dari SEED.
But, unfortunately, tak start lagi, just nga cocktail dulu kot.
Serve arak arr, ade makanan pe ntah.
Yang masuk ni sumenyer yang di-invite jerrr.
So, yang lain lain nengok dari tingkat masing masing arr. Macam aku. Aaaa.. So Bad & So Sad!
Ade gak celeb & artis yang dijemput.
Aku tak Nampak, tapi, big bro yang Nampak.
Yang datang tu majority orang mat/minah saleh kot. Ish ish.
Mesti model diorang tu sume.
 Ni adelah stage peragaan die.
I wish i was on the stage owhh..
Ermmmm....

 Ni lah orang orang nyer yang minum arak Heinekein. huhu~

 Ramaikan orang yang di-invite?

 Jadi macam nilah kalau tak dapat masuk skali ngan mat/minah saleh ni.
Hehehe~

Pastu, bile dah nengok diorang duk minum arak tuh (hahahaha) pastu,
Terus chow arr ke kreta nak balik.
Then, mase on the way tu, mama suh gi kat medan selera putra permai,
Sebab mama suh try makan yee mee goreng.
Kami tapau jer. Tak makan sane, penat dah.
So, bile dah settle, balik arr ke rumah terus makan & of course online!

Haa!
Ni lah Yee Mee Goreng.
Ok oklah.
Maybe first time bagi aku.
Sis Re3n & Mama kate sedap.
Maybe diorang yang promote.
Hehe~

~ Jaa ~

Wednesday, April 13, 2011

~ Akhirnya Pulang Juga Ke Ganggang TelefoN ~

Setelah hampir sebulan lebih aku menapak kat Negeri Jelapang Padi ni,
Perasaan aku menjadi sedikit tidak tentu arah.
Dengan kelas yang kejap ada kejap tiada.
Dengan Event yang kene handle.
Dengan Bufday yang kene sambut.
Dengan kerenah perut yang sentiasa lapar.
Dengan mata yang semakin hari semakin sepet.

Macam macam perkara yang berlaku dalam sebulan ni.
Tadi, aku pergi ke town sebab nak bayar cukai pintu
& cukai tanah untuk rumah di Negeri Jelapang Padi ni.
Bukan rumah sewa tapi memang rumah persendirian.
Jadi, aku dah plan sejak beberapa hari yang lalu untuk melunaskan
Tunggakan beberapa hari dari tarikh surat sampai.
Jadi, pada pagi ini aku mempunyai kelapangan untuk melakukannya.

Jauh merenung, jauh lagi pemikiran.
Itulah yang berlaku sebaik aku bangun dari tito pagi tadi.
Set alarmpun macam tak gune, sebab bangun lagi awal dari yang ditetapkan.
Tapi, tak mengapa, aku rehatkan diri sampailah alarm clock berbunyi dengan lagu
"Girl's Generation-Hoot".
Riuh bangunku dengan nada lagu tersebut.
Lalu, akupun bangun dan bersiap untuk ke toilet dan mandi.
Owh! Sebelom itu aku online seketika kerna toilet ada orang guna.
Hurmmm.....

Aku open satu persatu, Facebook, Twitter, Blogspot & Yahoo Mail.
Tiada apa sangat yang menarik dipagi ini.
Lalu akupun bacalah seketika blog seseorang.
Lepas sahaja baca, akupun terus ke toilet untuk mandi & bersiap di pagi yang indah ini.

Aku pinjam kereta milik housemate ku untuk ke tempat yang ditujui.
Selepas 20min macam tu akupun sampailah di tempat yang harus aku bayar terlebih dahulu.
Iaitu cukai pintu.
Setibanya disana, aku mengambil nombor giliran.
Ini pertama kalinya aku membayar sedemikian rupa yer.
Aku tidak tahu bagaimana procedure die.
Aku hanya hipokrit bertindak macam tau tau saja.
Lalu, seorang pakcik jaga menegur aku,
"Adik, adik.. Adek ada resit ke?"
*Pada ketika itu aku memegang sehelai kertas salinan resit cukai tanah untuk dibayar sejurus selepas cukai pintu ni.
Akupun pergilah ke pakcik tadi tu,
& "saya takde resit cukai pintu. Yang saya pegang ni resit cukai tanah."
Gerbelut seketika kami disitu.
Pakcik kata, pergi ke kaunter 7 untuk mengambil resit.
Lalu, akupun dengan muka yang agak ok ok saya pergi dan pergilah ke kaunter 7.
Setibanya, saya nak bayar untuk setahun terus ye cukai pintu.
Siap siap dicetak, aku keluarkan duit tetapi tidak menghulurkan kepada penjaga kaunter 7 tersebut.
Kakak tersebut kate, encik pergi amik nombor giliran dan bayar di kaunter sebelah sana.
Ok, kene ambik no lain ye? Ok...
Lalu aku mengambil nombor giliran yang lain & tunggu dalam seminit, dan terus ke kaunter 4 untuk pembayaran.
Habis melayang RM194.00.
Nasib duit tersebut bukanlah duit aku. Hehe~

Selepas itu aku menelefon mama nak tanya tempat untuk bayar cukai tanah plak.
Bla bla bla bla bla.....
Akupun pergilah dengan panas yang terik di atas langit.
Aku mendongak sambil menelan air liur. Glurp!
Dehydrate aku 2min.
Setibanya di pejabat pembayaran cukai tanah, aku mengambil pula nombor giliran yang berangka 1117.
Pada ketika itu nombor sedang berada pada angka 1113.
Dalam 3min selepas itu, nombor aku diangkat naik ke papan angka giliran.
Aku tersenyum! *nasib tak tunggu lama.
Akupun memberikan surat salinan yang di emailkan kepada aku oleh Sis Re3n.
Selepas dilihat oleh brother kaunter tu, lalu diminta sebanyak RM80 untuk cukai tanah.
Akupun bayarlah.
Dalam masa 35min settle dua perkara yang sangat perlu aku settlekan.
Lega dihati ini.

Aku bergegas ke kereta.
Start enjin, lalu aku memikirkan "owh! tiket bus".
Aku pergi ke stesen bus untuk membeli tiket bus Transnational.
Begitu banyak skali ULAT-ULAT tiket bus kat sini.
Tensi betol aku!!!
Datanglah sorang brother ni, asal aku datang sini mesti muke die yang datang,
"abg, abg. nak pergi mana? key ill?"
Aku mengangkat tangan sambil dengan muka yang agak sombong!
Sebab aku tak suke ulat ulat tiket ni.
Walaupun mereka mencari rezeki, tapi aku tak suka.
Biar pembeli yang buat pilihan.
Aku terus pergi ke kaunter bus Transnational.
Maaf to say! Hanya Transnational sahaja yang akan aku naik untuk perjalanan jauh.
Bus lain? Maaf! Aku tak rela.
Lalu aku membelilah tiket untuk ke Key Ill.
Lega! Masih ada lagi kosong.
Jam 1600 bertarikh 04-14-2011.
Iaitu esok sajalah ye! Yeah!

Dapat saja tiket, aku mahu pergi ke saloon rambut yang slalu aku pergi iaitu saloon beaufort
(kalau tak salah eja)
Memang lama dah aku potong di kedai ni.
Sejak aku dulu dulu lagi mase duduk sinipun kedai ni dah bukak.
Very trusted arr untuk aku.
Unfortunately, kedai die belom buka lagi.
Baru jam 1100.
Jadi, aku memikirkan kemana harus aku pergi.
Haa! Tesco!
So, aku ke Tesco berhampiran untuk beli air mineral & cashew nuts.

Selepas tu, aku singgah kat salah satu gerai.
Gerai ni tersangat famous amos ye!
Cendol die tersangat superb!
Bihun sup die lagi arr super duper superb!
Laksa ermmm. Aku jarang makan laksa, so, aku tak tau sangat nak describe macam ne. Hehee~
Sebut saja "cendol petronas", pastu ramai yang tau.
Aku hanya tapau cendol pulut.
Lepas tu, aku pergi ke petronas di sebelah gerai tu jer sebab nak kuarkan duit di mesin ATM Maybank
& aku beli ais cream cornetto.
Terubat aku dengan bende bende ni sume.
Ahh! Bihun sup die aku tak beli sebab brother yang jage tu cakap, sup tak panas lagi.
So, Cendol pun cendol arr..
Senyum ke telinga keriangan...

Lepas beli, aku pergi isi minyak keter dulu di Shell.
*dah pinjam keter orang , takkan tak isi minyk keter plak kan. hehe~
Lepas diisi, aku pergi semula ke saloon rambut aku tu.
Nasib tak ramai pelanggan.
So, duduk tak sampai seminit aku dipanggil untuk di-saloon-kan.
Hee~
Then, bile dah abis akupun bayarlah RM17.00
Erghh! Naik lagi ke harga?
Aritu datang RM15.00.
Hurmm. Takpalah.
Janji potongan rambut OK bagi aku.

My new hair?
Kinda nice! Heehee~
*maaf. belom rela nak amik picca. bile dah amik, aku publish di sini kemudian hari

Bile dah selesai, akupun pulanglah.
Sebelom sampai di rumah, aku pergi dulu ambik baju di dobi.
Suppose semalam dah boleh amik, tapi, aku pergi dah lewat, diepun dah tutup dah. Adehh~

So, esok aku dah boleh balik rumah!
Yeehaa!!!
"akhirnya pulang juga aku ke ganggang telefon rumah"
Heee~
Ade kene mengena ke?
Hurmmm...

~ Jaa ~

Tuesday, April 12, 2011

~ Diam Diam Itu Baik RupenyE ~

No Words!
Silent Mode!







*google source


Syhhhhh~

~ Jaa ~

Sunday, April 10, 2011

~ Saya Mengada ? Yes I AM ! ~

Cter ni bukanlah aku nak luahkan perasaan yang buruk or seangkatan dengannyer.
Owhh! Tidak tidak!
Ini cume memang aku tau yang aku ni mengada skit.
Skit jerlah. Tak teruk manepun.
Ermm! Sume orang memang ade perasaan yang macam aku nih.
Kalau tak, ermm. Maybe once in their life…
So, pe yang aku mengada sangat nak menaip ni?
Haaa…
Mari kite sentuh skit bab makan.

Actually, bab makan ni aku memang tak kesah.
Kasilah pe makanan yang korang nak aku makan.
I’ll eat it!
KECUALI MAKANAN YANG HARAM, NON-HALAL,
BATU, KAYU, PASIR, TANAH & SEANGKATAN DENGANYER.
Cume! Bagi sesetengah manusia ni memang ade jugaklah makanan yang TIDAK dimakan.
For example, maybe “A” tak makan ayam sebab alah.
“B” tak makan daging sebab panas.
Even Tun Mahathir kitepun tak makan kepala ikan sebab kate boleh melemahkan daya ingatan kite.
So, that is normal for people with the name of “HUMAN” that living on this earth.
So, aku pun ade jugaklah jenis makanan yang tidak dimakan.
But, normally, makanan yang aku tak makan ni sebenarnyer like sume orang makan.
Just segelintir jer yang maybe serupa dengan aku.
Hehehe~

So, ade 2 jenis makanan yang aku rase memang kepantangan aku skit.

Firstly, instant noodle.
Means, maggi, mamee slurp, cintan & yeah segala jenisnyerlah.
Dulu mase aku kecik kecik yes!
I admit yang aku memang suke giler arr makan.

Kalau lapar jer mesti buat. Siap wat tempahan lagi kalau sape sape nak makan (mama).
Kami (aku & sis re3n) boleh masak.
Takde masalah. Tu kire makanan sampingan bile mase lapar or malas nak memasak segala bagai arr.
Then, bile semakin lame aku semakin kurang makan.

Until lah, ade pertalian yang mengalami sedikit permasalahan dengan masalah kesihatan.
So, bile pergi berubat & segala bagai, mostly,
Doctor akan cakap masalah berpunca dari makanan segera.
Contohnyer, instant noodle tu sumelah. Sebab color yang ditaruk dalam serbuk tu.
So, bile aku terdengar akan perkara tersebut.
YES! Aku terus stop makan.
Mase tu adelah nga time form 5 or umur 18 tahun camtulah.
Time ni ko bagilah or hidanglah kat aku, seriously aku TIDAK akan makan.
Even nga lapar tahap giler giler ni, I’ll never eat it.

Serius! Cakaplah aku mengada nak mati ke. Fine!
Aku boleh accept. Takde masalah. Ehehe~
CUME!!! Instant noodle ni aku just makan mase pergi hiking or masuk hutanlah
Yang melibatkan tidor dalam hutan.
That! Aku akan makan.
Reason?! No specific reason. Hee~
It just, dalam mind set aku dah taruk awal awal macam tu. So, memang susahlah nak ubah.
But! Disebabkan aku dah lebih dari 2tahun 6bulan lebih lebih tak masuk hutan or hiking tu sume.
So, aku memang tengah stop arr skrang ni.
Itu secara officially arr.

2nd makanan yang aku tak makan adelah ikan keli.
Urghhh!
Dulu dulu mase kecik kecik memang aku makan. Aku mengaku lagi.
Kes aku tak makan ikan ni sebab dulu dulukan ade pernah diberitahu yang ikan keli ni diberi makan “najis”.
Like whole family akupun tak makan lepas kes tu walaupun bukanlah kes kat tempat aku duduk mase tu.
Najis pe aku tak sure arr.
So, sejak tau dari hari tu memang terus keluar dari menu makanan aku.

Walaupun skrang ni banyak ikan keli diternak dalam sangkar,
& diberi makanan yang bagus bagusand menyihatkan ikan tu.
Maaf to say! Aku memang tak makan jugak.
Andai kate menu kat tempat yang aku makan tu just ade lauk ikan keli, telor, sayur, ikan bilis.
Aku hanya makan semua lauk tu kecuali ikan keli.
But, my family dah start makan ikan keli yang diternak.
Diorang kate sedap.
Urghh! Tak tau lah camno raso die.
Eden dah tak makan sejak berkurun lamonyerr.

Nampak mengada gile macam nak hempuq kepala aku kat dinding jerkan?
Hahahaa~
Aku tau & aku tak kesah.
Yeah! Aku memang mengada skit.
Tapi, aku mengada ade sebab.
Sebabnyer adelah kes kes yang membuatkan terus hilang dari keinginan untuk dimakan.

Haa! Ade satu lagi makanan yang aku tak makan.
Iaitu telur masin.
Yang ni serious aku tak tau apsal aku tak makan.
Nak kate ade sejarah hitam NOPE!
Tapi, lidah aku macam tak leh terima telur masin hadir dalam perut aku.
Tapi, kalau paksa makan boleh jer.
Ntah, maybe rase die macma pelik skit kot.

Tapi, aku ade keinginan nak cube rase makanan pelik macam grasshopper,
Ulat pe ntah yang kat Sarawak ke sabah, landak, tenggiling.
Makanan yang unik tapi boleh dimakan &
Tak dicatat sebagai makanan yang haram untuk ditelan ke dalam perut.


 




*Semua Picca Adalah Sumber Dari Google Yang Pintar!

Tapi, secara jujurnye, aku boleh jer nak makan sume tu.
Perut & lidah aku boleh jer terima.
Tak kesahpun.
CUMA! Aku sendiri yang takmo & paksa supaya tak makan.
Tu jer. *big grin!

*P.E.A.C.E.P.E.O.P.L.E*

~ Jaa ~

Saturday, April 9, 2011

~ Aku Bosan , Aku MaiN ~

Halliuuuuwww~
Sorrylah sangat sangat ye sebab aku ni tak update lame giler.
Banyak sebabnyer.
1st, aku takde idea nak karang pe.
2nd, takde citer yang menarik aku nak kongsikan.
3rd, aku sememangnyer malas giler giler arr nak menaip.
Hahaha~

So, entry ni kire just nak bagi blog "www.kualamkeindahan.blogspot.com" ni bernyawa skit.
Nak kire menarik, biasa jerlah.
Aku takmo tulis panjang panjang, nanti ade duk cakap "panjangnyer. tak kuasa aku nak baca".
Hahaha. Aku paham. & Aku selalu laluinyer dulu.
So, kite terus ke ce cter ce cter kite..

Aku ni kire nak kate gamer giler giler, tak sangatlah.
Game yang heavy aku JARANG main.
Macam DOTA, NFS, & seangkatan dengannyerlah.
Tapi, aku suke main game bola & Need For Speed senornyer.
CUME! Lappy aku ni support die kurang skit untuk game tu.
Tu yang macam tak main sangat.
Aku suke giler game yang berunsurkan "speed", "sport".
Yeahh! Ni pilihan aku.

Dulu aku slalu main DOTA ngan member aku.
Kire mase tu addict giler arr.
Pantang ade mase terluang mesti main.
Lawan nagn member aku, geng ngan member aku.
Best!
Tapi bile dah lame lame aku macam malas nak main.
Kadang kadang (ok! slalu jugaklah lepas aku malas tu)
Member ajak main, aku macam malas nak main.
Then, bile dah lame, game tu pun aku dah delete dari lappy aku.
Maybe after dapat bersama dengan lappy baru kot baru aku amik balik game tu dari member..
Hee~

But, ape yang aku nak ketengahkan kat sini adelah
Condition Zero.
Yeahh!
Ni game aku kat Negeri Jelapang Padi mase aku nga bosan giler giler.
Nga takde kejer & yes lepaskan tension walaupun mase main kadang kadang tension giler.
Takyah cter arr kalau nak kuar ayat ayat durjanakan.
Macam macam leh duk kuar kalau geram.
Wahahaha~

Aku malas nak citer panjang panjang.
Just gambar jerlah yang terngkan sumenyer ye!
P.E.A.C.E.P.E.O.P.L.E

Ni adelah musuh aku.
Aku tak suke jadi Counter Terrories.
Hehe~
Kite Bako Tempat Diorang.
Bako Bako!!!

Ni lah nasib bile kene tembak mati dengan Counter Terrories
Adehhh~
Sedih tul!
Nasiblah ni just game.
Kalau real??!!!

This is my best ever result untuk 100 rounds
Skali je kalah.
The rest yeahhh!
We Won dudeee!!!
Aku main bukan biasa biasa punye ye!
Bukan easy, bukan jugak normal, tapi EXPERT.
Nengok arr SepeTPoweR!!!

~ Jaa ~

~ Kejamnya CintA ~

Di Saat Ketika Masa Terus Berdetik
Jantungku Terhenti Seketika, Terhenti Dari Berkata Kata, Dan Juga Tingkahlaku
Berdiri Seperti Patung Yang Tidak Bernyawa
Dan Itu Seolah Olah Menyakinkan Aku Bahawa Engkau Begitu Kejam
Kejam Sehinggakan Tiada Kuasa Yang Mampu Menandingi Dirimu

Masa Bagaikan Terikat
Hidup Bagaikan Di Dalam Rumah Kaca
Tidak Dapat Dirasa Mahupun Disentuh
Biarpun Begitu Menyeksakan
Tetapi Hidup Perlu Diteruskan

Kelakuan Bagaikan Terbatas
Mulut Bersiul Menandakan Setuju
Mata Tertumpu Hanya Pada Satu
Bukan Sekeliling Tetapi Hanya Pada Kamu
Kuasa Sensetif Dan Cemburu Begitu Kuat Hadir Di Dalam Diri Kamu

Bijak Memujuk, Hati Menjadi Lembut Umpama Rebung Yang Baru Tumbuh
Jika Di Jentik Pasti Akan Berkecai Mahupun Hancur
Tidak Menampakkan Zarah Zarah Sifat Keperibadian Dirimu
Roh Diawangan, Jazad Terkulai Layu Di Atas Tanah
Siapa Dirimu? Tidak Lagi Daku Kenali.

~ Jaa ~

Monday, April 4, 2011

~ 119 Tahun , Tapi Di IngatI ~

Semalam ade satu celebration yang diraikan kat seluruh dunia.
Tak surelah kalau semua orang alert dengan bende ni or tak.
Semalam sambutan die diberi name
"Happy Sundae Sunday"
Haaa~
Sebab pe?
Ade kisah yang cakap John M. Scott dan Chester Platt dari Amerika yang mencipta
Ice cream yang kat atas die dibubuh perasa sirap cherry & buh buah cherry kat atas ice cream tu.
Tarikh yang diorang buat pada mase tu adelah April 3rd 1892 bersamaan hari Ahad.
So, dari situ, diorangpun bubuhlah name kat ice cream tu "Cherry Sunday"
Bile dah lame lame dan sangat lame
Kemungkinan name Sunday tu ditukarkan ke Sundae
Disebabkan sebutan yang hampir same ataupun lagi sedap name tuh.
Tu lah yang ditukarkan kepada "Cherry Sundae".

Then, kalau ade sesape yang alert lagi kalau bukak google semalam satu ahri mesti ade picca ni


*Sumber akak google yang terliuq semalam

Jumpa tak jumpa tak?
Tapi, semalam jerlah.
Kalau nak nengok lagi tunggu arr next year. Hehe~

Tapi, sayang! Aku tak dapat makan Ice Cream Sundae Mc'D semalam.
Erghh! Masalah die adelah jauh!
Adehhh~
Ngidam dah ni nak makan sundae strawberry nih..
Nyum nyummm!!!
Meleleh leleh air liuq nih.
Hishh!
Tu jerlah



Hoishh!
Sedap sedap sedap!!!
*ihsan google yang mengiurkan

~ Jaa ~

Sunday, April 3, 2011

~ 2 Perkara Yang Menyebabkan Rakyat Kita Cepat Berasa MaraH ~

Firstly, izinkan aku untuk menyentuh issue ni ye!
Dan aku mintak maaf kalau issue ni menyebabkan korang rase marah plak kat aku.
Ehehe~
So, bende ni dah dikirekan sebagai mentality kitelah.
Bukan rakyat kite je, malah boleh dikatekan kat seluruh dunia.
Seluruh tempat.
Bile kite dipihak “A” & orang tu dipihak “B”, bile “A” kutuk “B”, “B” kutuk “A”, haaa~
Mulalah berasa dingin, angin, ribut, taufan pe sumalah senang cter.
Then, mulelah masam masam muke pasal tak puas ati tu sume.

So, 2 perkara yang aku nak cakap kat sini pasai rakyat kite adelah “Politik” & “Bola”.
Like seriously, bende ni pun banyak kali jugaklah duk cakap
& of course nampak sendiri dengan batang mata hidung kite sendiri.

Kat Malaysia ni contohnyer ade pelbagai jenis Parti.
Yang color birulah, merahlah, hijaulah, putih & macam macam lagi.
Yang orang tu pihak hijau, pihak tu plak pihak biru, & yang tu kat pihak merah.
Padahal diorang ni sekampung, setaman, senegeri, senegara
& kadang kadang ade pertalian darah lagi tuh!
Bile duduk semeja sekopi, then, sembang pasai bende ni.
Mulalah!
Yang ni cakap pihak die lagi bagus, banyak buat amal untuk rakyat. Kepentingan bersama.
Yang pihak tu cakap plak pihak die utamakan pembangunan setempat.
Pihak lagi satu cakap diorang ni banyak berbakti pada negaralah pe lah.
Abis sume duk berbalah, berdebat.
Sampai kadang kadang nak bertumbuk, buang kawanlah.
MUNGKIN ade jugak yang buang sedara mara.
Aduhhh!
Susah susah. Bile dah menjadi kebiasaan & jadi amalan turun temurun.
Memang susah nak dibendung.
Yang si atuk ajaq kat anak, si anak ajaq kat anaq.
Abis berapa generasi duk turunkan amalan tu sume supaya benci ni lah benci tu lah.

Ahhh! C’mon! kite pilih mana yang bagus!
Mana yang betol betol boleh gune!
Ini masa depan kite! Tak payah nak berdebat sesame sendiri.
Buang masa jer! Buang air liur! Buang tenaga yang tak berfaedah! Ishh!
Yang mencalonkan diri boleh buat kejer, bagus!
Yang tak brapa boleh tuh, tak yah sokong.
Kite lihat sendiri kata kata yang dilemparkan kat kite masa duk berkempen.
Kite “take note” kata kata diorang.
Kite nilai sendiri dalam masa 5 tahun tuh.
Tak jalan, pilih yang lain untuk pimpin kite.
Abis cter.

Jujur aku cakapkan! Aku tak minat sangat dengan politik Negara kite.
Macam macam yang duk terlempar sana sini.
Yang ni dengan kroni diorang, yang tu dengan kroni diorang.
Abis kite?! Dengan sapa?
Hurmmm…
Tanda tanya!

Kite ke kes kedua plak. Ni bola!
Ok! Normally, ni banyak kepada bola sepak luar Negara lah.
Contoh EPL!
Seriously! Setiap remaja kat Malaysia ni agak fanatic dengan bola EPL.
Macam aku sendiri aku sokong Chelsea.
Orang lain dengan Manchester United, Liverpool, Arsenal, Manchester City.
Ni ANTARA 5 kumpulan yang BAGI aku team yang ramai gler fanatic.

Sebab team ni dari dulu lagi antara team yang boleh dikatekan paling kukuhlah dihati diorang.
Like aku sendiri, mase aku skolah rendah
Aku tak minat sangatlah team team ni sume.
Sebab, aku tak brapa paham sangat pasal rules bola ni.
Tu yang aku macam, oklah.
Biasa biasa jer. Takde pilihan hati lagi.
Bile aku dah masuk form 4 camtu, baru aku rase minat
& stick pada satu team iaitu Chelsea.
Aku time tu tak nak same team dengan mane mane cousin rapat or adek beradek aku sendiri.
Like my big bro, die MU, cousin aku pun MU.
Ars, Liv hurmmm.. takde rasenyer. Hee~
Tapi, Chelsea gak yang terlekat kat hati aku.

Kite cter secara overall, bile ade match contohnyer, mane mane team lah yang duk lawan,
Bile menang bangga gila ni!
Boleh duk angkat hidung tinggi tinggi macam KLCC tuh.
Tapi, kalah or seri. Haaa!
Mulalah duk meng-anjing team diorang ni.
Abislah macam macam ayat duk kuar.
Memang jadi bahan arr untuk seminggu tuh.
Tambah tambah kalau Chelsea Vs MU.
Seriously, kalau MU menang abislah…
Abis Chelsea supporters kene bahan.
Kalau Chelsea menang, MU supporter plak yang kene bahan.

Bagi aku bende ni biasa jer.
Tapi, janganlah TERLALU fanatic sampai nak gaduh gaduh.
Kalau takpun, bahan teruk giler babeng sampai tarik tarik muke.
Kalau orang yang kite kenai & rapat ok arr lagi.
Mungkin dah biasa or kenai sangat dengan perangai die.
Ni kalau orang yang kite kenal SAHAJA tapi tak rapat.
Pastu, kene bahan kaww kawww punyer, then, mulelah die tu rase benci, tarik muke 10-20 tahun.
Ish Ish...
Takpun, melenting tak tentu pasal.
Nak marah marah jer.


Aku dulu mungkin agak fanatic, tapi, bile pikir balik. Ahhh!
Tak payahpun TERLALU tuh.
Buang saja ke tepi.
Rileks sudah. Bahan sikit sikit untuk minggu tu dahlah.
Next match kalau menang lagi, ade lagi bahan.
Wahahaha~

So, tu jer yang aku nak sentuh kat sini.
Fikir fikirkanlah ye.
Jangan terlalu obsess dengan bende bende ni sume.
Kalau bende tu baik ok! Fine.!
Kalau bende tu just memburukkan situation.
Just throw it away lah!
Bukan datangkan faedah kat diri kite sebaliknyer mendatangkan musibah.

Ni adelah member member aku.
Ni last year punye Season.
Nengok bajupun cukuplah.
Hehe~
*pic credit to Parman

~ Jaa ~