Tuesday, August 24, 2010

~ Tiada Yang Sebaik Ini MungkiN ~

Akhirnya impian aku untuk pulang awal ke rumah sempena raya kali ni telah tercapai.
Mahu shopping habis-habisan sampai poket betol-betol kering nih.
Walaupun tau raya ni aku dah tak dapat dah duit raya banyak-banyak.
Taktaulah kenapa aku tak dapat. Bile cakap still study, "owh! blajar kat mane?". Barulah hulur sedikit sebab aku masih study dan aku bukan bekerja. Owh! Nampaknya aku kenelah cakap "i'm still study, could u please give me some duit raya? Thank you."
Kalaulah aku boleh cakap macam tu setiap kali pergi ziarah kunjung mengunjung ke rumah-rumah orang, mesti aku jadi sangat kaya. Paling koman orang nak bagipun at least RM1. Hello! Its still money ok!

Owh! Beralik ke topik asal. Sebok dah nak beraya nih!
Tak taulah nape raya kali ni aku rase macam excited sedangkan last year punye raya aku sangat rileks macam takde pape jer. Nak kate meriah Owh! Tidak dah kot. Cume meriah tang nak main mercun jerlah & hang out ngan cousin-cousin sume.
Haa! One more! Sugar daddy nak kawen dah this year! Macam mane nak powww lebih-lebih nih time nak hang out. Aiseyh! Napelah sugar daddy nak kawen tahun ni. Pilihlah tahun-tahun lain yang banyak lagi mase ade. Adehh~
Nampaknya raya tahun ni tak lagi semeriah tahun-tahun lalu. Hurmm~

Berbalik lagi ke topik asal. Ish! Dah start melalot memang macam ni lah.
Dah makin susah nak concentrate pada yang asal. Hehe~
Hahh! Memandangkan dapat balik awal, aku nak shopping beli kasut & harap kalau ade duit lebih aku nak borong Levi's sehelai.
Baru cukup hajat yang diingini. Hehe~
Cuti kali ni memang panjang berbanding semester-semester yang lepas dimana kalau dikire pakai sempua adelah dalam 18 hari. Hahaha~
Kali ni raya agak lama, jadi, bolehlah aku berkunjung ke rumah rakan-rakan yang ada disekitar kawasan perumahan aku. Yeah!
Rakan-rakan yang membaca, pastikan korang ada Kuih Tart Nenas Ok!
My fav tu setiap tahun!!!

~ Jaa ~

~ Keakraban Rakan SekelaS ~

Owh!
Hari ni dah masuk puasa yang ke-14... Betoi ke??? Ahaha~
Dah nak separuh dah kite puasa ye yok!

Hahh! Tadi berbuke pose kami rakan-rakan sekelas pergi berbuke kat luor...
Takdelah ramai mane pun kan.
Adelah around 16 orang termasuk 3 orang lecturers yang join sama.
Masuk ni dah 2 kali kami berbuke pose secara beramai-ramai.
Seronok, boleh bergurau senda, gelak kuat-kuat bagi setan keluar, boleh macam-macam lagilah.
But the saddest part is, this probably the last sem we can hang out & eat & gather together like this (pose ye abang-abang akak-akak sekalian).
Maybe, after this sume ngan hal masing-masing.
Trying to make a sweet memory here.

Owh! Ade skit picca yang sempat diambil mase nak balik.
Tapi, tak semua yang ade dalam pic ni ye. Sebab sume duk jauh-jauh & aku malas nak amik picca time tu. Ni pun suh member yang amikkan. Hehehe~


Salah Lima Yang Turut Hadir

Indah Sungguh Dapat Bergambar


Owh! Disebabkan Kami berempat dibelakang yang agak himpit-himpit macam "roti himpit", jadi kami ni sukelah kalau bergambar.. Haha~ Jangan ingat perempuan jer suke bergambar dalam-dalam keter ni. Ish ish... Laki pun same jer...

Alahaiii Comelnyer Yang Kiri Skali Tuh

3 Jenis Muke Yang Rasa Macam Nak kene Pelempang

Yeks!

Jadi, kalau ade mase lagi rakan-rakan semua jemput-jemputlah kami ye!
Kalau boleh taknaklah kite-kite ni lupe akan masing-masing.
Se-busy manepun adekan jugak mase terluang untuk rakan-rakan yang dihormati.
Wahh! Dah macam bagi ucapan kat ketua pengarah plak. Bahaha~

~ Jaa ~

Thursday, August 19, 2010

~ Baru Puasa 4 Hari Dah Fikir Nak RayA ~

Owh!
1st Ramadhan aku berjaya untuk pulang ke rumah untuk berpuasa bersama-sama ahli keluarga yang tercinta.
Puasa kali ni aku rasa macam biasa sahaja.
Terasa seperti tiada apa-apa halangan untuk cubaan membatalkan puasa aku.
ALHAMDULILLAH
Semenjak aku pulang ke rumah tersebut aku sudah fikirkan apa baju yang perlu aku beli.
Hurmmm............

Hari Jumaat (Puasa ke-3)
Lepas sembahyang jumaat mama bising-bising suh pergi Alamanda sebab suh beli barang-barang makanan untuk berpuasa di Kedah terchenta ni.
Tapi, aku tak mahu. sebab nanti banyak barang yang perlu aku bawak balik. Ish! tak suka banyak-banyak barang nak angkut-angkut kesana kemari. Huhh~
Pastu, cakap ngan mama *taknaklah. Biar jerlah orang beli kat Kedah. Senang skit*
Mama pun seperti, *haaa. Yerlah*.
Tetapi, kami tetap ke Alamanda sebab aku nak pergi kedai Esprit nak beli baju.
Tukang peneman aku adalah my Lovely Sister *Sis Re3n*.
Sampai jer, aku terus pergi membelek-belek baju-baju yang menusuk di kalbu.
Akhirnya dapatlah 3 helai baju untuk dicuba pakai.
1 long-sleeve shirt
1 short-sleeve shirt
1 T-shirt
Setelah penat ber-posing sorang-sorang dalam fittingroom, aku pun keluar dan tunjukkan pada perunding pakaian yakni sis re3n. Hehe~
Satu persatu aku duk tayang.
Akhirnya long & short sleeve shirt yang berjaya dibeli.
Sis Re3n?
Mesti jeles sebab setiap kali aku nak shopping aku mesti beli.
Senang jer, - tengok, test, ok, bayar -.
Procedure yang mudah untuk diikuti. Huhu~

Saturday (Puasa Ke-4)
Pada hari ni aku nak keluar gi OU(One Utama) sebab nak shopping seluar plak.
Pukul 1200 baru aku bangun lepas tito semula lepas subuh. (ish ish. terok betoi anak teruna ni.alahh... Sis Re3n pun sama jer. tak kejut, tak bangun. ahahaha~)
Around 1235 macam tu geraklah kami berdua ke OU.
Dekat sana benda yang sempat aku rembat adalah skinny jeans TopMan ngan baju FCUK sehelai.
Suppose nak tarik Levi's sebijik, but then, nak beli kasut Nike plak. Adoiii~
Dilema seketika time tu nak tarik Levi's or Nike one.
Tetapi, malangnyer Butik Nike kat OU tak best! Dahlah skit jer kasut yang diorang ade.
Samalah Kedai Levi's die. Kecik, tak best!
Kalaulah aku dapat pulang awal ke rumah at least 4-5 days in advance, aku nak pergi Pavillion nak cari kasut. Dekat sanalah yang best nak shopping. Bagaikan syurga dibawah telapak kaki jer. Wahh~ Ahahaha~

Owh! Seperkara lagi, baju Melayu aku dahpun siap 2 bulan before puasa. Cepat bukan???

~ Jaa ~

~ Berikan Aku MasA ~

Akhir-akhir ni aku bagaikan tidak berupaya untuk menulis karanganku di blog.
Sampai satu tahap aku rasa macam dah *berhabuk* sangat blog aku ni.
Yerlah, its because i never update. *sigh*

Setiap hari aku pasti akan disilangi oleh pelbagai perkara yang mungkin masuk akal mahupun tidak.
But, why i have to face that situation?
Benda ni lah yang membuatkan aku rasa seperti hilang arah seketika untuk menumpukan pelajaran.
By next week i have 3 tests. *Research & Methodology* , *Selling* , and * International Business*.
Semua ni aku kene hadapi dengan terpaksa.
I'm not ready yet!
GOD please help me!

Owh!
Seperkara lagi, semester ni aku tersangat-sangat busy!
Dengan aktiviti mandarin lah, melanconglah, aktiviti-aktiviti luar lagilah.
Ish ish...
Akhir sem plak aku kene berdepan dengan sume ni.

Tolonglah BERIKAN AKU MASA untuk berehat seketika.
Dont ruin my life just because of simple things.
I'm totally exhausted!

~ Jaa ~

Saturday, July 31, 2010

~ Kau Aku Dan Dia ~

Sejak akhir-akhir ni aku seolah-olah tidak berdaya untuk menulis diblog aku sendiri.
Aku mempunyai pelbagai cerita yang mahu disampaikan cuma aku seperti kaku untuk menekan-nekan, menghentak-hentak keyboard tersayang ini.
Mungkin aku tidak dibenarkan lagi untuk terus berhubung dengan orang luar dengan cerita-cerita dongeng yang aku rekakan.
Ataupun aku tidak dibenarkan untuk berkongsi masalah-masalah yang muncul difikiran aku.
Ataupun aku tidak dibenarkan untuk bercerita kepada umum dengan keadaan aku ini.

Sudah banyak kali aku menekan new post.
Tetapi apabila ia sudah terpancar di screen LapTop aku dengan kotak-kotak kosong.
Aku menjadi kaku diam seribu bahasa.
Tidak mampu untuk menulis lalu aku beralih ke arah facebook, blog walking.

Sebelum ini sudah banyak kali aku cuba untuk menulis dan mem-publish-kan ke blog aku cuma aku tidak terdaya.
Adakah ini yang dikatakan masalah untuk menekan?
Ataupun masalah untuk menge-post?
Ataupun masalah untuk berkongsi cerita?
Hurmm...

Mungkin aku perlu berubah sedikit supaya aku dapat meng-update blog aku dengan meriah, ceria.

Owh Kamu! Kamu adalah LapTop tersayang Aku.
Owh Aku! Aku adalah Aku!
Dan Owh dia! Dia adalah Blog!

~ Jaa ~

Wednesday, July 28, 2010

~ Perubahan Yang Kurang DiketahuI ~

Owh! Time has changes.
We're not like before.
So, please, i'm not like u.
Owh! Please, I need some times.
Owh! There u are.
A beautiful scenario exist infront me.
Owh! There u are.
With a beautiful day, with a pleasant of time will make both of us in heaven for a while.

Owh!!! Please.
I've changed.
Changed! Me!!!
Changes that no one noticed.
A change knows by me only.
A little changes can REALLY change me.

Did i changed??
Ermm....

~ Jaa ~

Monday, July 26, 2010

~ Cerita BenaR ~

Hahh! Sambungan dari episod lalu. Haha~
The story begins here!
Yesterday, Padil, Bedorm, Syed & Me went to Central Square sebab Bedorm wanna find a new handphone disebabkan pencuri pemecah rumah yang bodoh!
Then, we arrived around 1400 kot. Not pretty sure plak bout that. Haha~
Kami pun pusing pusing pusing dan terus pusing sampai mate aku dah jadi kuyu.
Almost setiap kedai handphone masuk sebab nak cari handphone yang murah & berpatutan ngan spec die.

Then, TUHAN ITU MAHA ADIL!!!

Ade satu kedai ni aku & Padil saje usha handphone, then, suddently, Syed & Bedorm datang. Pastu, si penjaga kedai tu pun saje cakap "haa. nak cari handphone ke?"
Pastu, Bedorm said yes! N86 ada?? Pastu, orang tu kate, ade ade!

ALLAH nak tunjuk benda yang benar!

Pastu, orang tu pun bagilah kat bedorm. Tetibe jer Bedorm cakap, "eyh! Ini handphone saye nih! Ni handphone saye!" Agak kuat nadanya disitu. Hehe~
Pastu, masing-masing duk wat muke pelik!
Then, si penjaga kedai tu kate, Eyh awak pasti ke? Rileks dulu.
Bedorm pun kate, "Betol! Ini tanda die." ( adelah yang tercabut something kat handphone tu & ade tanda hitam kat blakang handphone tu. Handphone beliau kaler putih ye pembaca sekalian).

Lagi mahu dikuatkan bukti, Bedorm pun on kan lah handphone tu.
Tadaa~
Apa ada?? Hahh???
Ermm... Mari teka beramai-ramai.


Soalannya adalah,
"Benda apakah yang menguatkan/mengukuhkan bukti bahawasanya handphone tersebut adalah milik Bedorm?"
A - Sim card nya kah?
B - Kreditnya kah?
C - Permainan yang terdapat didalam nya kah?
D - Gambar yang terdapat didalam nya kah?

5 Saat akan diperuntukan bagi soalan ini.

5
4
3
2
1

Tettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt~

Masa sudah tamat.
Jawapan yang dikehendaki adalah "D".
Yea!!! Bagi yang betoi!
Tepok tepok tepok!
Dahlah picca yang ade kat dalam tu uish! Picca yang tak senonoh aku. Ish ish~
Rahsia peribadi tu! Damn! Itu yang akan dijadikan bahan bukti. Wahaha~ Malu weyh! Malu!!!!!!!
Kini, urusan yang selebihnya akan diserahkan kepada pihak berkuasa.
Akupun ada juga cable nak cari pencuri ni.
Full name, IC number pencuri yang bongoks & bahalol tu aku ada.
Kini aku rujuk dekat cousin aku sebab nak dapatkan alamat orang ni.
Cousin aku kejer kat IPD Bukit Aman.
So, sangat senang kalau ada pape hal macam ni berlaku. Huhu~
Rasanyer tu jerlah kot cter yang nak dikongsikan bersama.
Maybe next time kalau ada cter menarik lagi, aku akan post ye people.
Pray for the right person, NOT for the guilty one OK!

~ Jaa ~

~ Pecah Besi Kebas Apa Yang AdA ~

Owh!
Rasanyer mesti ramai yang dah tau & mesti aku ni ketinggalan zaman untuk update pasai bendalah ni.
Adehh~
Pada Jumaat yang lalu ( 23072010 ), rumah sewa kami kene "pecah besi kebas apa yang ada".
Aiseyh~
Ini perumpamaan baru ke ni? Ish ish~
Actually, last friday my rented house kene pecah masuk dek jejaka hensem kemas bergaya.
Do i know him? OF COURSE NOT!!!
The story goes like this (jengjengjeng )...

Berita tiada nama melaporkan berita yang ada nama.
Jumaat lalu sebuah rumah dikawasan perumahan seteres setingkat berjaya dimasuki oleh beberapa orang suspek penjenayah ke rumah sewa yang didiami seramai 6 orang pelajar IPTA.
Suspek dipercayai melakukannyer lebih dari seorang. Dan waktu yang dilakukan oleh suspek adalah dianggarkan sekitar putaran waktu solat Jumaat. Ish ish~
Dahlah tak sembahyang Jumaat, pecah rumah orang plak tu. Manusia sungguh!

Cara-cara ataupun kaedah-kaedah pembelajaran untuk entry kali ini ialah bagaimana cara untuk melakukan pecah rumah.
Dari siasatan awal yang aku kaji dan nampak, cara-caranya sungguh mudah! Senang lenang arr. Gune jaripun boleh.
1stly, time kami pergi sembahyang Jumaat tu kami dah kunci dah ape yang patut, grill, sliding door. & masa yang kami pergi untuk solatpun around 1330 macam tu. Cz dah lambat kami kuar jerlah tanpa menutup pintu pagar utama depan rumah tu.
Suspek tu punyer kejer simple je aku nampak.
& aku rasa kejap jer mase die buat. Around 20 minutes, DONE!
1stly, diorang kopak grill tu kat selak tu, then, kopak lagi kat sliding door tu. Ish ish~

Barang yang hilang of course laptop, handphone 2 bijik skali charger, PS2 & MP4.
Luckily, all that was not mine & unfortunately, its my friends stuffs. Padil & Bedorm. Damn!
Poor them.

And the stories goes again.
Still have lot of story wanna tell u all yeah. Hehe~

But in the next entry. TQ! Hehe~

~ Jaa ~

Tuesday, July 20, 2010

~ 17072010 ~


Owh! Ade tournament. Kat court perempuan plak tu. Wahhh!
Teruje seyh! Ajak kawan-kawan!
Kite turun beraksi dengan meriah! Mari-mari!!!
Hahh!
At that day we had handball tournament under Sukan Antara Fakulti under Majlis Sukan Pelajar which is quite interesting  sports ever made in UiTM.
At that time, sport start around 0930 kot.
I had my own team named “Steven Keter Mayat (SKEMA)”.
This title we used for almost each game we played. & this name also we used for almost each semester from semester 1 until now for DBS students or to be specific my batch & my course. Wuhh! Memang gempak kot kalau disebut-sebut name ni. Hahahaha~ sentiasa dikenang.
Pada aritu game start around 0930, then my team actually xcukup. Adoiyai!
Penat nih ajak member-member suh datang main. Bukan sorang dua, ramai gak arr. Ahahaha~
Game tu suppose kene ade 6 person per group. Then, my team just ade 5 person jer. Adehh~
Sorang je lagi dah leh start dah main. Ni terpaksa bagi chance team lain main dulu. Aiseyh~
Yang datang time tu of course aku, Padil, Giant, Param & Ameq.
Then, we have to wait the others to come. Suddently, Bro Rino datang saved us. Wuhh!
Cukup dah quota 6 person per team. Yeehaa! Masing-masing punye excited habaq hang. Masuk je court masing-masing wahh! Seronok, muka ada senyum. Yer arr. Kami senior. Suke ati kami arr nak wat pe pun. Nak menari tengah gelanggang pun tak kesah weyh!. Hahahaa~
Then, 1st match kami menang.
2nd match kami menang. (time ni baru Syed datang join kami. Dapat jadi substitute kejap)
3rd match kami kalah (ni sebab kami main saje-saje cz kami dahpun layak ke next round. Hehe~)
Separuh akhir kami kalah. Adoiyai. Kami sume main macam ape je lagi. Wahaha~
Then, penentuan 3rd place & 4th place.
Hahh! Aku berazam gile-gile kalau boleh nak dapat no 3. Cz, 1st, 2nd, 3rd dapat medal kalau menang. Kalau 4th & the rest just dapat certificate jer.
Aku nekad!
1st round aku tak main cz aku nak masuk 2nd half.
1st half time tu kami ketinggalan dengan 4-6.
2nd half aku main sungguh-sungguh o00o0o0o.
Macam aku tak percaya pun ade. Cz, in real games aku ni takut skit nak main rempuh-rempuh orang. Takut arr wat kasar. Tak biasa. Hahaaha~
Main, dan main dan main dan main lagi.
Sampai in 1 time kami seri 8-8.
Mase ade lagi 1 minit. Damn!
Usaha! Usaha! Usaha!
Kami ketinggalan 9-8.
Adoiyaiii~
Kejar kejar kejar!
Aduhhh! Ditimpa tangga plak!
Tertinggal 10-8.
Mase ade lagi 30 saat nih!
Kami score! Mate tengah 10-9 nih!
1 point je lagi dapt extra time.
Yeahh!! Akhirnyer!
Kami kalah jugak dengan 10-9.
Aduhhh~
Sayang sungguh. Ahhaahaha~
Tapi, tak perlah. Dapat jugak no 4 dari takde no.
Terima kasih pada player SKEMA. Anda semua memang hebat!!!
But now! Im suffering kulit yang tegang kerana sunburn. Adoiii. Abis kulit muke aku merah-merah hitam. Tangan takyah citerlah ye. Same macam muke. Baru jer aritu Laoshi puji  “wahh! Zen, kulit muke kamu cerah ye.” Bahaha~ now?? Macam orang asli lorrr~
Next game!
Aku ingat nak masuk marathon. Tapi, tarikh tak ingat plak bile.
Tapi! Aku ade mandarin activities nak kene attend. Adoiii~
Macam mana ni kalau clash??? Hurmmm~

~ Jaa ~

Friday, July 16, 2010

~ Aku Suka BersendiriaN ~

Orang lain maybe suka bercerita dengan rakan-rakan or member-member rapat.Maybe diorang juga suka membebel kat orang sekeliling sampai telinga orang tu bernanah.
Maybe diorang juga suka bercerita dengan lecturer, cikgu, mak bapak, adek beradek or sesiapa jerlah.

Tetapi, aku! Aku suka sendirian.
Bagi aku bende ni lebih interesting untuk diri aku yang jenis pendiam ini.
Pendiam ke aku ni????
Surely budak-budak kelas aku gelak guling-guling kalau dapat baca statement aku nih.
Ish ish!
Aku pendiam. Sungguh!

Bila sendirian mesti korang duk pikir ape yang aku akan buat??
Hahh! Macam-macam aku leh buat ok!
1stly, aku suka menulis.
Melukis.
Berpractice cakap.
& macam-macamlah.
And of course lagu menjadi kegilaaaaannnnn aku!

Adakah aku akan berasa kesunyian??
Hahh! Mungkin sedikit sedikit.
Tetapi, bagi aku sendirian itu adalah harga yang amat precious untuk mase nih.
Nest bile dah start kejer mane ade dah mase untuk diri sendiri.
Asyiklah nanti kene kejer ngan orang-orang sekeliling.
Terpaksa hipokrit sementara wat mase tu sebabkan DUIT!

Percayakah anda???
Hidup sendirian BOLEH HIDUP?

Tambah-tambah kalau solo + single + mingle nih??
Hahh! Percayalah. Aku adalah salah satu makhluk yang tergolong di dalam keadaan ini.
Its ok. Im good with it.

It just a small matter ever happened to me.
So, yeah. I AM ALONE & I LOVE IT...

~ Jaa ~

Thursday, July 15, 2010

~ LarangaN ~

Hahh! Ape pulak yang aku nak ceritakan kali ni.
Aritu citer tu, cerita ni. Ish ish...
Tak penat ke duk membebel sorang-sorang yang belom pasti ade orang nak baca??
Adoiiyaiiii.....
Larangan??
Ape yang korang paham dengan larangan ni ekk?
"Dilarang meletakkan kenderaan disini"??
"Dilarang merokok"??
"Dilarang meludah"??
"Dilarang mencaci aku"??
Hahh??
Ade ke subjek macam tu??
Bahaha~

Takde, larangan yang aku nak ceritakan ni ade kene mengene ngan hidup aku.
Citer dulu dulu kale yang jenis zaman tok naduk tu.
Mule mule jom makan sirih k.
Nanti nak dengar cter tak syok plak tak ngunyah. Hehe~

Ni kire time aku hingusan lagi, time zaman budak-budak skolah rendah.
Time skolah rendah ape je yang aku aktif???
Jengjengjeng.
Time skolah rendah dulu aku takdelah aktif tera mane pun.
Just suke masuk lumbe lari, lumbe lari & lumbe lari.
Tapi, takdelah sampai wakil skolah kan.
Just untuk rumah sukan je.
Macam-macam jenis lumbe lari gaklah aku masuk.
Lari dalam guni, lari kat padang sebab tak siapkan kejer skolah (ok, yang ni aku tipu), lari-lari membawa anak (lari-lari anak nagn kawan-kawan), lari takut dibuli oleh rakan-rakan.
Banyak jugaklah larian amal yang aku buat.
Itu wakil kelas & persendirian.
Kalau skolahnyer yang betoi-betoi lari lah ye. Hahaha~
Aku lari macam kat atas tu? Mau aku kene perambat sebat ngan coach!
Time skolah rendah aku sebenarnyer banyak bende yang aku nak masuk blajar.
Seperti, taek kwon do, taek kwon do & taek kwon do.
Tapi, malangnyer aku DIHALANG or DILARANG dari menyertai seni mempertahankan diri tu.
Sebab? Hahh! Ini sume ade sebab kenape aku tak dapat masuk.
1stly, kakak aku dulu penah gak join taek kwon do nih, tapi, sampai tahap berape jer.
Just basic abis arr die blajar. Pastu, kakak bagitau mama nak masuk tahap wachaa wachaa batu bata tu, hahh! Time tu mama tak kasi kakak masuk. So, kakak terpaksa berhenti dari menyertai seni tu.
Dan dari situ juga aku langsung tak dapat nak join serta. Kerana apa? Kerana mama tak mahu beli baju taek kwon do untuk aku. ISh! Itu betoi ye. Tak tipu. And of course lah kan, mama takut kalau aku cedera parah, patah riuk abis tulang-tulang nih. Ish ish! Adatlah mama o000o0oi~ Hurmmm~

Pastu, time standard 5 & 6, aku join badminton. Yang ni best!
Ramai gak member-member aku yang join serta.
So, leh main same-same kat court di luar sekolah yer. Jauh perjalanan, kene kejar anjinglah, orang giler lah. Adoiyaiii...
Nak kate pro main badminton tu takdelah sangat. Dulu-dulu oklah hebatnyer. Kini????
Takde dah power mane. terok sudah.

Masuk sekolah menengah!!!
Waktu form 1 aku masuk olahraga. Kini, aku juga nak try masuk seni mempertahankan diri yakni taek kwon do. Tapi, macam biasalah, mama tetap taknak belikan aku baju nyer. Ish ish~
Tak dapat nak join lagi. Lastly, masuk lagi acara larian.
This time, aku suke lari lari dalam sekolah. Sebab?
Nak practice! Hehehe~
Nak masuk olahraga nih.
Tapi, tulah. just wakil rumah sukan jer.
Sebab? Time tu aku dah tak brape power lari lari nih.
Banyak duk ngadap buku nak wat latihan. Hahahaha~

Bile pindah skolah masuk form 2 & form 3, aku dah tak de dah lari lari.
Aku try masuk badan beruniform. Time tu aku masuk kelab bomba.
Tapi, tak aktif tera mane pun. Atas name jer bomba tu.
Hahaha~

Pastu, pindah pulak ke selangor. Hahh!
This time, skolah yang aku masuk nih takde seni mempertahankan diri sangat. Yang wujud hanya taek kwon do.
So, i tried request mama nak masuk lagi taek kwon do, then ma mum replied, hahh! Tak payah, dah lambat dah nak masuk blajar. Nak masuk biarlah dari dulu. Ni masuk masuk takde basic tak pasai pasai patah tulang tu. Ish ish~
Tak dapat lagi nak masuk taek kwon do sampai sekarang. Hahahaha~
So, now! Aku takde dah niat nak masuk taek kwon do. Sebab? Sebab dah takde hati dah.
Banyak blajar sendiri jer bende-bende nih.
Yang hanya aku tahu. But, pasni korang dah baca blog aku, mesti korang pun dah tau kan?
Adoiii~ Kantoi...
Tapi, ape yang aku blajar tu korang tak tau pe bende. Hahaha~
Keep it as a secret ok!

But, time form 5 lah aku paling aktif sekali dalam seumur hidup aku time tu..
Jadi ajk time merdeka.
Jadi penolong ketua kelas.
Masuk camp.
Aku join sketsa. (peringkat tinggi gak o00o0o0o aku menang) Hahaha~
Best, time tulah baru aku dapat nikmat ape itu keseronokan di sekolah.

Kini. Aku di alam Universiti.
Semenjak aku dibangku kayu. Eyh!
Dibangku semester 2, aku dah join macam-macam kelab.
& Paling aktif sampai sekarang adalah Kelab Bahasa Mandarin.
Seronok & penat...

Tu jer kot nak citer.
Sape sape rajin bacalah dari mule ye.
Bahahaha~

~ Jaa ~