Wednesday, June 22, 2011

~ Saya Paksa Juga Untuk Menaip . * Percutian Ke Lang IslanD (2) ~


PERHATIAN, ENTRY INI MENGANDUNGI SEBANYAK 38 KEPING GAMBAR


MAY 26th 2011 (Thursday)
Harini bangun awal sebab jauh lagi perjalanan nak round round satu Lang Island ni.
So, contactlah satu kreta sewa ni.
Macam Celak A!
Orang nak sewa keter, tapi langsung tak mesra pelanggan tul!
Then, mintak kat receptionist hotel nombor sewa keter.
Dapatlah satu tu. Confirm dah!
Jam 1100 mesti sampai depan hotel orang tu cakap.
Then, kami tunggu kat lobi 1050.
Tunggu dan tunggu.
Untillah 1115 tak sampai sampai lagi.
Bile dah 1130, call & tanya apsal tak sampai lagi?
Boleh die cakap yang suppose keter bagi kat kami tu orang die gune gi beli barang.
Tak ke sakit ati dengar?
Cz, dah janji kot.
Bapak aku teruslah tak suke (seorang yang sangat tegas bila melibatkan janji),
Then terus call agensi lain nak sewa.
Dapatlah sorang ni.
Uishhh~
Orang kampung rupenyer.
Orang negeri sembilan.
Pa lagi terus kuar arr bahasa nogori dia duk sembang.

Kami sewa keter MyVi saja.
Cz, jimat minyak & senang nak bawak & senang nak parking & yes! senang nak main cilok cilok nanti. Ngeh!
Sewapun murah!
Rm110 saja untuk 2 ari.
Sampailah ke airport esoknya.


So, dekat Lang Island ni aku jerlah yang jadi tukang driver.
Nyatakan saja mana tempat nak pergi.
Takde hal arr. mesti sampai punyer!!


Then gi isi minyak RM20.
Shell, Lebih KILOMETER Oo0o0o0o0~

1st destination adelah GUNUNG MAT CHINCHANG.
Tapi, before that, singgah jap kat Telaga Pearl Harbour solat zuhur.
Then, bergambar skit skit.


 Its me!

 Sis Re3n yang alahhh.. Gedik! Wahaha!

Sexy back yaww My Dad! Hehh!

Baru terus ke kaki gunung.
Unfortunately, hari hujan.
So, kene tunggu jap baru boleh naik.


Di depan pintu gerbangnya!

So, tiket adelah mahal ye!
RM30 for adult & RM20 for kids.
Cz, harga dah naik sejak 2 bulan yang lalu.


 Harge seperti berikut.


The tickets!

Kat gunung ni ade 2 platform.
1 & 2.
Ketinggian pun berbeza.
Yang 1st 652.5m, & 2nd 705m.
OK! I ADMIT yang aku ni memang fear of heights!
Daimm!
Bende ni memang aku takleh nak buang dari perasaan aku.
Memang kecut perut arr coottt bile duk dalam tuh.
Dahlah tahap ketinggian die sangat sangat menakutkan dengan gaung yang perghh!
*kalau cable car genting lain. cz, gaung die biasa biasa jer. tak terasa sangat.
Yang ni? Wat sesak nafas aku jer.
Wuhh!
*mengucap dua kalimah syahadah saya tau.



This is how my face look if im afraid of heights. Wahaha..
My mum rileks saja. Takde perasaan sungguh! Ish ish..


Ni dekat 1st platform.








Kemudian naik ke platform 2 plak.

Disebabkan cuaca kurang menarik pada haritu, so, tak dapat nak gi ke jambatan gantung.
*ataupun aku gelarkan jambatan maut! wahaha...





Tapi, teringin nak naik.
Tak kesahlah aku merangkak sekalipun kat jambatan tuh.
Ape aku kesah.
Kalau nak malupun, haritu jer.
Pastu takde dah nak kenai kenai diorang kat luar nanti. Hee~


Itu dia jambatan maut!



Mase nak naik ke tingkat atas.
Abis basah lens. adehh~


Dapat gak skodeng gurls kat blakang gunung sane. Ngahaha!!!

 Yehaaa!

Bile dah banyak sangat bergambar .
Then kamipun chowlah.
Then, bile dah turun tu.
Reronda jap kat Geopark ni.
Bergambar lagi!


 Peta Peta!!

 Bile dah turun bawah skitpun tak hujan dah. Adehh~
Abis rambut aku haritu.
Rosak rosak! Ahaha~

 Akukan Korea. Owh! Seronok dapat jumpa bendera negara kat negara luar. Ngehh!!

Aku terasa macam comel plak muke gaya ni. Wahaha!


kami singgah balik ke Telaga Pearl Harbour.
This time betol betol kat kapal layar.






Then, singgah jap kat Nusantara Minyak Gamat.
Belilah mama & bapak minyak minyak pe sume.


 Nak jadi duta gamat Nusantara boleh tak? Hurmm...

Blajor pasal gamat nih. Lai lai~

Then, ke pantai chenang kejap usha usha kedai.
Then, ternampaklah kedai choc!
Turun beli lagi. Wuhh!
Nikmat nimat DUNIA sungguh!


Dapat rembat lagi choc!!!


Kemudiannya, barulah ke Dataran Helang.
Bergambar sakan.
Baru balik hotel nak bersihkan diri.



Macam Hamis Jalikha Tak?
Erk! Hamis! Jangan marah ye. Hehe~


 Yamchaa!! Yehaaa!

 Kakak Saya Yang Tak Malu Berdiri Di Atas Keseorangan . Hehehe~

 Bergambarpun kene beratur. Ish ish...

 My turn! Hehe~

Malamnya, kami gerak nak gi makan.
Before that ade plak ala ala uptown. Dekat jugak dengan hotel.
So, singgah jap.


The Uptownmaniac! Hehe~

Then, singgah kedai kedai pinggan mangkuk, cawan mawan ni.
Cz, mama duk usha nak beli nanti.
Then, bile perut dah wat orkestra, terus gi cari makan.
Dapatlah satu kedai ni.
Owhkeyh! Sangat famous.
*sebab time tu nga final badminton beregu perempuan duk lawan china kot.
Buku menu die pun style! Hehe~
*sis re3n penah cakap yang kalau tak silap kedai ni penah masuk blog jugak. orang datang makan kat kedai ni. so, kire oklah kot..
Macam macam diorder sebab sangat lapar.
Hargapun biasa biasa jerlah.
& YES! Sedap! Kire perut aku boleh diterima arr..



 The menu...


The foods! Nyummy!


Pastu balik rehat & esok last nak ronda ronda Lang Island nih!

~ Jaa ~

~ Saya Paksa Juga Untuk Menaip . *Percutian Ke Lang IslanD ~

Hello Peeps!
Wahh, macam dah berkurun rasanya tidak taburkan tulisan kat blog nih.
Soory, nga takde mood senornyer nak update blog.
Taktaulah apsal.
& SORRY lah, banyak sangat entry before this yang berbaur puisi puisi yang agak kurang menyenangkan hati pembaca. Hehh~
Thanks pada yang memberi nasihat! Yang senyap tanpa komenpun takpa.
Thanks juga sebab sudi baca!
Hee..

So, ekceli apa yang nak aku taburkan kali ni adelah percutian aku semasa di Langkawi aritu.
Walaupun rasenyer sangatlah berkurun.
Cz, hujung hujung bulan May aritu kot.
Skrang baru terasa nak update. Hehe~

So, kami ke sane 3 hari 2 malam.

MAY 25th 2011 (Wednesday)
Hari ni merupakan kami berlepas ke Langkawi naik air asia.
Dah tempah lame dah untuk percutian ni.
Dekat 5-6 bulan jugaklah if im not mistaken arr.
Flight kami petang.
Tempoh penerbangan sejam jer.
So, sampai kat Lang Island around 5pm.


Selamat sudah tiba di bumi Helang. Hehe~



Then, we took cab to our hotel, dekat Kuah.
Langkawi Baron Hotel.

Ni lah hotel tersebut! Depan pasar nih. Hari rabu je pasar die.

Budget untuk hotel tak banyak, tapi budget untuk shopping banyak. Haha~
So, bile kami check in, perut aku terus lapar.
Giler ko! Dahlah tak makan kat umah.
Just makan Mc'D ja kat LCCT.
Mana nak kenyang.
The best is, depan hotel kami aritu ade pasar malam.


Ni rupe pasar die.. panjang  tuh!

So, memang nasib nga baik arr.
Terus turun gi melawat pasar beli makanan.
Macam macam ada.
Memang keinginan untuk makan tu lagi selera besar arr.

Pasar die panjang kot.
Penat jugak arr nak jalan dari mula sampai abis.
Then, pusing pusing pusing.
Ternampaklah satu gerai ni.
Juai nasi kerabu & dagang.
Memang terus terliur arr nak makan.
Sedap owh!

Ni lah gerainyer. Sedap owh!! Orang pure Kelate yang buat nih.

Then, malamnya, aku teringin nak jenjalan kat area area hotel tuh.
Takdelah jauh manepun.
Sebab dah memang dalam bandor.
So, memang terasalah tourist sedang berjalan jalan.
Ngahaha.

Ternampak kedai souvenir.
Singgah dan beli sikit. 
Then, kitorang terus jalan jalan dan ternampaklah kedai "Atok" aku.
Haji Ismail Group. Haha~

Nampak blakang tuh yang kaler hijau.
Tu wisma die. Ade lagi kedai kedai lain.
Dekat 5 kedai kot die conquer kat Kuah ni saja!

So, pa lagi?
Dah nampak choc tuh, memang rembat arr cukup cukup.
Fav gler kot!
Puas duk pusing pusing nak beli ni dan itu dan ini.
Wuhh~
Berpeluh peluh.
Becak abis ketiak aku. Wahaha!
On the way balik tu pekena nasi ayam, baru balik hotel dan istirehat.


~ Jaa ~

Saturday, June 18, 2011

~ Jiwa Aku Menangis Tiap Kali Mengingatkan KamU ~

Tiada siapa yang tahu jika ia melibatkan hati, jiwa
Kerana ia tersembunyi di dalam sanubari
Sukar dilafas, apatah dikongsi.

Jiwa aku menangis tiap kali aku mengingatkan kamu
Walaupun tiada titisan air mata yang keluar jatuh ke bumi
Tapi dalaman aku cukup terseksa.

Terseksa yang bagaimana?
Kerana aku merindui kamu!
Sungguh! Aku rindukan kamu!

Jika masa mampu diulang
Memang aku akan patah kembali di saat sebelum aku melafaskannya
Kerana waktu itu, aku akan berdiam tidak berkata-kata.

Biarpun menyakitkan
Tapi, akan aku telankan
Seorang diri, aku rela!

Kerana apa?
Kerana aku tidak mahu kehilangan disaat-saat manis kita lalui.
Walaupun singkat, tapi aku bahagia!

Aku berdoa pada yang ESA
Memohon kehadratNYA
Agar kita dipertemukan, dijodohkan.

Kamu perlukan masa?
Aku berikan
Tetapi jika ia terlalu lama, senyum tiada kata dan makna akan terukir di pipiku.

Selain kepada Maha ESA aku panjatkan
Kepada kamu juga aku ingin katakan
Kata-kata yang aku harap kamu akan fahami.

Jika kamu sudah bersedia, nyatakan!
Jika kamu tidak mahu, nyatakan juga!
Kerana perkara yang tidak pasti, memang tidak akan terungkap selagi tidak diketahui.

Kamu yang aku mengambil berat.
Kamu yang aku rindukan.
Dan kamu juga aku sayangkan!

~ Jaa ~

Thursday, June 9, 2011

~ I Would Do It If I CaN ~

Nothing seems right lately.
If i have time machine i would turn back the time where i can find more peacefulness.
Where i don't felt like this.
Just a fake smile is putting on my face right now.
Cause i'm not a person that can easily tell to the people what is going on with me
Especially related to my own personal problems.

GOD please guide me.
So that, i can lead my day, my life with YOUR "keredhaan".



~ Jaa ~

Monday, June 6, 2011

~ Sebuah CeritA ~

Ade Sebuah Cerita
Cerita Yang Belum Pasti
Kepastian Yang Hanya Menunggu Masa
Masa Yang Terlalu Sukar Untuk Dicari
Pencarian Yang Belum Ada Penghujungnya
Penghujung Cerita Yang Kini Semakin Rumit
Kerumitan Itu Yang Menjadi Persoalan
Persoalan Yang Hanya Menjadi Kepincangan
Kepincangan Berlaku Di Pelbagai Pihak
Pihak Yang Hanya Bertindak Acuh Tidak Acuh
Acuhan Yang Merundung Kepada Pelbagai Lagi Permasalahan
Masalah Yang Hanya Aku Dan Kau Sahaja Yang Tahu
Ketahuan Itu Yang Tidak Pasti Sehingga Ke Akhir
Akhirnya Ianya Menjadi Sebuah Kisah Dongeng Sahaja Antara Kita

~ Jaa ~

Thursday, June 2, 2011

~ Mainan Tito Yang Tak Pernah Ganggu Sepanjang HiduP ~

Assalamualaikum
Izinkan aku nak cter skit pasal mainan tito ni
About "MimpI".
Yes! Aku dah sangat lame tak mimpi.
Tak kesahlah mimpi "indah" ataupun mimpi yang menyeramkan or so so saja.

Last night aku de mimpi something yang aku rase agak menggugat keimanan aku.
Bukan sebab aku mimpi bende bende yang menyesatkan.
No NO No!!!
Mai aku cter skit bagi paham.

Tapi, camno den nak mulokan eyh?
Hurmmm...
A bit complicated untuk menulis tapi senang untuk diluahkan dari segi bahasa percakapan.
Lantaklah ye.
Harap boleh paham.

Okie okie...
(dalam mimpi)
"waktu ni waktu malam. time tu aku atas katil.
Then, bile aku duduk, ade something yang datang menyerang aku.
Aku tak tau ape bende yang datang serang tu.
Tapi, mulut duk cakap toyol toyol toyol.
Walaupun aku tak nampak bende tu.
Then, suddenly die hinggap atas belakang badan aku.
Time tu aku agak cuak arr.
Aku terus baca ayat al-fatihah.
Bismillah, dan mulakan ayat.
Bile aku baca sampai ke tengah tibe tibe
Mulut aku sangat sangat susah nak baca.
Macam 'die' duk tekan taknak bagi baca sampai abis.
Tapi, aku teruskan jugak walaupun macam orang bisu yang baca.
Terkumat kamit mulut aku habiskan ayat dengan paksa sedaya upaya."
Elok jer aku abiskan ayat al-fatihah...

Terus aku terjaga!
Memang tarik nafassss sangat dalam arr.
Pastu aku pandang sekeliling kot kot ade ke bende tu jadi real kat bilik
Walaupun gelap tapi masih nampak bilik aku macam mana.
Then, aku tarik handphone
Time tu 0409.
Lepas tu aku sambung tito dengan feeling yang agak lain skit.
Berdupdap dupdap jugaklah jantung nih.

Tadi around 2230 aku gi tanya bapak ape tande die.
Then, bapakpun tak tau ape maksud die.
Mungkin mainan tito jer kot.
Syaitan duk menganggu.

Ni kire 1st time mimpi sejak berbulan bulan rasenyer.
Slalu mimpi "indah" jer.
This time lain skit.
And aku rase ni first time aku mimpi "toyol" pe sume ni
Walaupun tak nampak "toyol" yang aku duk cakapkan tuh..
Adehh~

~ Jaa ~